Saya sedang menyiapkan beberapa artikel penulisan terbaru untuk dikongsikan di laman ini. Ada yang telah siap dikarang dan ada yang sedang ditulis tetapi malangnya menghadapi sedikit masalah teknikal untuk "upload" ke laman blog Pemuda Pelapis kerana masalah CPU.
Saya percaya ini hanyalah masalah kecil yang sementara sahaja. Mungkin dalam tempoh dua atau tiga hari, perkara ini akan dapat diatasi dengan segera. Saya juga merasa sedikit hampa kerana tidak dapat memuatkan artikel penulisan terbaru saya dengan lancar akibat masalah yang dialami yang tidak diundang. Nampaknya saya mungkin kena "format" semula PC saya untuk memastikan tiada lagi masalah di masa akan datang.
Bercakap tentang "format" ni rasanya macam tak sanggup nak buat. Ianya tidaklah serumit mana pun cuma satu kerja yang amat membosankan saya. Apa pun jua saya akan cuba mengusahakannya secepat mungkin. Cepat disiapkan maka cepatlah dapat saya siarkan semua artikel-artikel terbaru penulisan saya untuk berkongsi pengalaman penjelajahan saya beberapa hari yang lalu di samping mengulas sedikit isu-isu semasa yang panas-panas.
Semoga pengunjung setia blog Pemuda Pelapis terus setia dan bersabar. Bagaimana panasnya isu-isu semasa, begitulah bakal merah menyala muka DS Abdullah dan DS Najib bagaikan udang kena bakar apabila ianya dipaparkan nanti. Pekong demi pekong akan dibongkarkan sedikit demi sedikit (lama-lama menjadi bukit, membengkak dan bernanah).
Yang pastinya kedua-dua mereka itu WAJIB disingkirkan oleh seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum tanpa kompromi. Masanya sudah tiba untuk Malaysia berubah dengan apa cara sekali pun. Lemak sudah bertempek dan harus dicuci. Jika terus dibiarkan, nanti ramai pula rakyat kena "attack" sakit jantung membela spesis biawak-biawak hidup yang terus bermaharajalela membaham anak-anak ayam yang tidak berdosa.
Sekian dimaklumkan. Semoga bersua lagi seterusnya.

sabar itu separuh dari Iman...Saya akan tunggu...asalkan ia menggegarkan..
gegar? betullah tu... si dolah dan menantunya harus digegarkan... digulingkan... disingkirkan... ditumbangkan... juga amat patut diaibkan seaib-aibnya... tang orang lain depa bukan main syok sakan aibkan orang, tang depa kenalah kasi lebih-lebih sikit berlipat kali ganda... kalau boleh lebih aib daripada thaksin (bekas pm thailand) dan juga tidak kurang pm thailand sekarang ni si samak tu... entahlah! si dolah dgn si khairy tu manusia jenis kulit cap apa pun tak tahu...
asal orang tak sokong saja dia, suka-suka tok nenek moyang dia nak cungkil semula kes-kes lama yang berbelas tahun malahan ada yang berpuluh tahun punya cerita... apa dia ingat politik ni macam main-main pondok bawah rumah kampung zaman budak-budak dulu ke pun? betul-betul korup punya akal... nak bertahan dengan kuasa semata-mata nak membalas dendam... pekong punya hati perut!
si dolah tu nak "innalillah..." dalam jawatan ke pun? sampai la ni takut nak berundur tu bukan apa... takut dengan bayang-bayang rasuah diri sendiri... daripada didakwa lebih baik mati tegak dalam jawatan, konon-konon mati syahidlah tuuu...
SUKA HATI KAMULAH SI LUNCAI