Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Di dalam kehangatan pelbagai isu-isu semasa politik negara terselit kembali kes dakwaan liwat terbaru terhadap DS Anwar selepas pernah didakwa 10 tahun lalu pada 1998. Apakah ini satu khabar berita yang benar atau hanya satu konspirasi jahat oleh pemimpin tertentu dari pihak Umno/BN? Begitulah kata-kata balas daripada pihak yang kena tuduh.

Siapakah yang lebih tahu? Jawapannya tentulah Allah swt sahaja yang maha mengetahui segala-galanya. Bagi makhluk bernama manusia pula tentulah tuan empunya diri yang dituduh serta si pembuat tuduhan itu sendiri. Selain daripada itu kemungkinan juga isteri, anak-anak, kaum keluarga terdekat atau rakan-rakan terdekat yang sentiasa bersama orang yang kena tuduh.

Samada benar ataupun tidak sahaja dan samada mahu mengaku ataupun tidak sahaja. Ini membawa dua maksud iaitu jika benar dilakukannya maka sukar untuk diakui kerana takut mencemar duli maruah diri dan keluarga serta karier politik dan jika tidak dilakukannya maka akan diakui tidak sama-sekali atau dinafikan dengan bermati-matian menegakkan kebenaran bahawa diri telah difitnah demi meyakinkan dunia Malaysia. DS Anwar sekali lagi berhadapan dengan tuduhan yang amat berat dan sekali lagi harus berusaha keras menjernihkan maruah diri beliau.

Mengikut kata sesetengah pihak khususnya orang-orang terdekat dengan DS Anwar, tuduhan yang dibuat ini ada kaitan rapat dengan DS Najib tetapi Buletin Utama TV3 sebentar tadi (jam 8.00 PM - 30 Jun 2008) memperlihatkan DS Najib menjawab sangkaan tersebut adalah tidak benar jika mahu mengaitkan beliau yang kononnya mengaturkan konspirasi jahat kerana si pembuat laporan polis itu dikatakan oleh DS Najib pernah datang ke pejabat beliau berjumpa dengan pegawai-pegawai beliau bagi tujuan mendapatkan biasiswa pelajaran daripada pihak kerajaan kerana si pembuat laporan itu adalah juga mewakili persatuan pelajar di kolejnya.

Jadi sekiranya DS Wan Azizah mahu berlandaskan gambar yang dirakamkan oleh si pembuat laporan itu di ruang legar pejabat Timbalan Perdana Menteri maka tidaklah boleh diambilkira. Mengikut kata DS Najib lagi, budak muda itu merakamkan gambar di situ lebih 3 bulan yang lalu dan juga pernah bergambar dengan beberapa pegawai dan pemimpin-pemimpin lain sebelum ini. Apa pun kita perlu adil menunggu PDRM membuat siasatan.

Untuk situasi semasa memanglah menjadi adat sesiapa pun yang kena tuduh menolak dakwaan itu dengan mengatakannya sebagai satu tuduhan palsu yang berbau fitnah untuk menjatuhkan karier politik DS Anwar. Orang yang kena tuduh berhak mempertahankan maruah diri dan berhak membela diri. Untuk mempercayai bulat-bulat pun adalah tidak adil kerana proses siasatan sedang dilakukan. Kita harus sabar menunggu apakah hasil keputusan siasatannya nanti.

Cuma di sini tuan empunya diri yang dituduh, ahli keluarganya dan penyokong-penyokongnya memanglah tidak boleh menerima hakikat dakwaan ini dengan terus menafikannya dan menganggap isu ini satu fitnah jahat oleh pihak tertentu yang kononnya bermotifkan politik yang mahu menamatkan terus karier politik DS Anwar. Begitu jugalah di pihak yang tidak menyokong DS Anwar maka dakwaan ini terus dipercayai bulat-bulat kerana mengaitkan perilaku lama DS Anwar sebelumnya ketika memegang jawatan TPM dulu. Kesimpulannya, jangan mudah mempercayai dan tidak juga mudah untuk menolaknya.

Tunggu dan lihat sahaja dulu hasil siasatan mengikut undang-undang dunia di negara kita. Jika undang-undang yang ada dirasakan tidak adil dan berkeinginan mengetahui akan kebenarannya, umat Islam haruslah ikut kaedah yang disuruh Allah swt dan Rasulullah saw iaitu berwudhu' dan tunaikan Solat Istikharah sekerap yang mungkin sehingga diberikan petunjuk yang benar. Di situlah jawapannya yang paling tepat. Apakah petunjuk dari Allah swt masih juga mahu dipertikaikan? Selamat menunaikan Solat Istikharah memohon petunjuk Ilahi kepada seluruh umat Islam sejati.

Buat masa sekarang saya "reserve" dulu komen saya dan tidak mahu mengulas panjang tetapi hanya akan membuat ulasan selanjutnya setelah mendapat perkhabaran hasil siasatannya nanti. Berpeganglah pada HAK dan KEBENARAN.

Jika DS Anwar sudah berubah baguslah, alhamdulillah tetapi andaikata benar masih dilakukan beliau berlandaskan hasil keputusannya nanti maka penyokong-penyokongnya harus menerima dengan redha dan wajib menolak beliau sebagai pemimpin sebagai memenuhi tuntutan Allah swt dan amanat Rasulullah saw.


Namun jawapan yang tepat datangnya daripada petunjuk Allah swt jua. Jangan ada umat Islam yang tidak memohon petunjuk Allah swt kerana itu adalah sebaik-baik petunjuk. Jangan pula ada pemimpin yang hanya pandai bercakap soal-soal agama untuk mengelirukan rakyat tetapi di dalam isu ini sengaja dielakkan atau dinafikan. Lebih-lebih lagi dinasihatkan kepada semua Tok Guru dari golongan ulamak PAS yang menganggap diri mereka cukup hebat tentang ilmu agama.

0 Responses