Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mengumumkan perlantikan Ahli Jawatankuasa tambahan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri bagi sessi 2008-2011.

Setiausahanya, Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berharap dengan lantikan ini, akan dapat mengeratkan kerjasama dan perpaduan di kalangan ahli-ahli Pemuda UMNO dari segenap lapisan masyarakat.

Pada masa yang sama beliau berkata dengan perlantikan ini, mereka akan dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi bagi memastikan usaha mengembalikan sokongan orang Melayu khususnya golongan muda kepada UMNO dan BN menjadi kenyataan.


Berikut adalah senarai EXCO Lantikan Pemuda UMNO Malaysia:-

Sdr. Anis Hisham Abdul Aziz
Pemuda UMNO bahagian Kuala Selangor

Sdr. Abdul Razak Abd Rahman
Ketua Pemuda UMNO bahagian Kota Melaka

Sdr. Khairul Azwan Dato’ Harun
Ketua Pemuda UMNO bahagian Pasir Salak

Sdr. Badrol Hisham Haji Zakaria
Ketua Pemuda UMNO bahagian Kuala Terengganu

Sdr. Mohd Faizal Hj. Ramli
Ketua Pemuda UMNO bahagian Teluk Kemang


Berikut adalah senarai Ketua Pemuda UMNO Negeri-Negeri:-

Ketua Pemuda UMNO Negeri Perlis
Sdr. Mohsin Mohd Yusoff
Ketua Pemuda UMNO bahagian Padang Besar

Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah
Sdr. Badrol Hisham Hashim
Ketua Pemuda UMNO bahagian Padang Terap

Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang
Sdr Norman Zahalan
Ketua Pemuda UMNO bahagian Bayan Baru

Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak
Sdr. Maslin Sham Razman
Ketua Pemuda UMNO bahagian Kuala Kangsar

Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor
Sdr. Suhaimi Mohd Ghazali
Ketua Pemuda UMNO bahagian Sepang

Ketua Pemuda UMNO Negeri Wilayah Persekutuan
Sdr. Rizalman Dato’ Mokhtar
Ketua Pemuda UMNO bahagian Bandar Tun Razak

Ketua Pemuda UMNO Negeri Negeri Sembilan
Sdr. Mohd Helmy Din
Ketua Pemuda UMNO bahagian Rasah

Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka
Sdr. Karim Yaacob
Ketua Pemuda UMNO bahagian Bukit Katil

Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor
Sdr. Mohd Fadil Muskon
Ketua Pemuda UMNO bahagian Air Hitam

Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang
Sdr. Abu Jimi Samat
Ketua Pemuda UMNO bahagian Lipis

Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu
Saiful Bahri Baharuddin
Ketua Pemuda UMNO bahagian Marang

Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan
Sdr. Anuar Safian
Ketua Pemuda UMNO bahagian Kubang Kerian

Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah
Sdr. Azman Hj Ruslan
Ketua Pemuda UMNO bahagian Keningau

Pemuda Pelapis

Suatu ketika dahulu lagu "Madah Berhelah" gubahan Saari Amri yang dipopularkan oleh penyanyi Ziana Zain pernah meraih beberapa anugerah seni tanahair. Melodinya merdu, liriknya mengasyikkan pendengar. Ia menjadi kegilaan ramai. Gabungan irama dan lagu itu satu karya seni yang cukup unik dan luarbiasa.

Politik tanahair juga tidak kurang seninya. Pentas politik umpama sebuah filem yang menjadi rebutan pelakonnya meraih pangkat dan kuasa. Keadaan ini mengundang tarikan semua lapisan masyarakat dari yang tua hinggalah kepada golongan muda remaja.

Kalau dulu ia kurang diambil peduli tetapi sejak Tun Dr Mahathir melepaskan teraju kepimpinan negara kepada Pak Lah ia mula bergolak dan rakyat generasi muda umpama terpanggil untuk mengambil tahu perkembangannya.

Ini berkemungkinan kerana konflik dan kemelut yang berpanjangan melanda sehingga ke hari ini. Lanskap politik negara berubah-ubah wajah. Iklimnya tidak menentu dengan suhu yang menurun dan menaik tanpa dapat diramal. Zon keselesaan seolah-olah tidak lagi wujud. Terlalu banyak isu-isu semasa, terlalu banyak kerenah-kerenah oleh pelakon-pelakonnya. Masing-masing mencari nama, masing-masing mengejar cita-cita dan mencongak kuasa.

Negara dianggotai banyak parti-parti politik yang dibintangi pelakon-pelakon (pemimpin) dari semua bangsa majmuk yang ada. Ada parti mewakili kaum Melayu, kaum Cina, kaum India, bumiputera Sabah, bumiputera Sarawak dan sebagainya. Juga tidak kurang parti yang mewakili semua kaum. Semua parti bertanggapan merekalah parti terbaik untuk perjuangan rakyat.

Bagi kaum Melayu beragama Islam, kita hanya mempunyai dua buah parti sahaja iaitu UMNO dan PAS. Perjuangan UMNO berlandaskan membela nasib kaum Melayu dan menegakkan Islam sebagai agama rasmi negara sementara PAS dengan halatuju memperjuangkan Islam semata-mata.

Malangnya parti ini tidak duduk sebumbung disebabkan ideologi berbeza. UMNO meletakkan Melayu itu sinonim dikaitkan sebagai Islam tetapi PAS pula mengatakan Islam tidak sinonim untuk dikaitkan dengan Melayu sahaja.

Mungkin kerana platform inilah agaknya PAS sentiasa menggemari rentak irama "Madah Berhelah". Ketertarikan terhadap lagu "Madah Berhelah" bagai tidak dapat disembunyikan lagi oleh pelakon-pelakonnya yang sudah sebati menjiwainya.

Sentiasa ada saja akal pelakon-pelakonnya untuk menarik perhatian dan tumpuan umum. Satu demi satu idea helah diterbitkan berlandaskan sebuah parti yang membawa perjuangan Islam yang berjuang sambil memperdaya.

Tapi PAS tidak harus mengenepikan dasar perjuangan asal partinya yang lebih dikenali sebagai Parti Islam Se-Malaysia. Tunggak perjuangannya ialah Islam dan Islam tidak wajar dijadikan taruhan hanya kerana kuasa dan kepentingan pelakon-pelakonnya. Rakyat dijadikan mangsa kekeliruan PAS yang sering berselindung di sebalik Al-Quran dan Hadis.

Hari ini PAS semakin ketara memperlihatkan sikap tamak-halobanya terhadap kuasa politik. Demi meraih sokongan golongan Cina dan India, PAS terus berdolak-dalik lagi kepada rakyat. PAS dengan slogan baru "PAS For All" maju selangkah lagi untuk memberi ruang secara lebih terbuka kepada calon-calon bukan Islam menggunapakai lambang bulan purnama dalam pilihan raya.

Buat pertama kalinya pada PRU12 lalu PAS membenarkan calon bukan Islam daripada PKR menggunakan lambangnya semasa bertanding di kawasan kerusi milik PAS di DUN N.18 - Seri Medan dalam Parlimen P.147 - Parit Sulong, Johor. Bagaimanapun calon tersebut, Saja @ Mearaj Patani tewas kepada Ahmad Zahri Jamil dari UMNO-BN.

PAS juga menunjukkan minatnya untuk membuka keahlian kepada orang-orang bukan Islam sebagai kesinambungan daripada kelab penyokong PAS yang terdiri daripada kaum Cina dan India dan tidak menolak kemungkinan untuk berbuat demikian mengikut apa yang disuarakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub.

Tidak dinafikan walaupun ada kelebihan di pihak PAS dalam isu untuk memajmukkan keahlian parti itu tetapi jika ini terlaksana maka akan terwujudlah sebuah parti Islam yang tidak lagi Islam jika cadangan terbaru itu diluluskan oleh Majlis Syura PAS yang akan bersidang selepas Muktamar Tahunan parti itu bulan Jun ini.

Alasan mahu bertolak ansur bagi menyatupadukan semua kaum tidak cukup kukuh bagi PAS untuk membuka ruang terlalu luas kepada golongan bukan Islam menyertainya. Tindakan ini jelas mempersenda-sendakan agama Islam kerana PAS adalah Parti Islam Se-Malaysia yang wajib dianggotai oleh golongan Islam sahaja.

Dalam hal ini sudah menjadi kewajipan kepada kita sesama Islam untuk menegur kepimpinan PAS yang semakin hari semakin keterlaluan seolah-olah Islam itu hak mutlak mereka. Cadangan ini wajib dikaji semula dengan lebih teliti. PAS perlu peka dan prihatin isu-isu sensitif berkaitan Islam.

Kalau PAS mahu mempertahankan cadangan ini maka parti PAS wajib dibubarkan atau dimansuhkan terus dan mereka wajar mendaftar sebuah parti gabungan baru jika berminat mewujudkan keahlian berbilang agama dan kaum sepertimana PKR dan DAP.

PAS yang sebelum ini mewujudkan kontroversi dalam kempen pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang dengan membiarkan wakil bukan Islam memelodikan sepotong ayat suci Al-Quran di pentas PAS, wajar beristighfar dan kembali mempertahankan kesucian agama Islam daripada dipersendakan oleh golongan kafir dan bukan duduk semeja merelakan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Tidak cukupkah lagi Islam disandiwarakan oleh PAS selama ini? Jadilah golongan pemimpin Islam yang luhur dan benar-benar bertanggungjawab mendarjatkan kesucian Al-Quran dan Hadis. Kaedah dan tertib mengislamkan orang kafir ada caranya. Bukan sepertimana yang berlaku dan dihalalkan oleh PAS itu yang lebih bermotifkan politik.

Bertaubatlah sebelum terlambat.

Pemuda Pelapis
Inilah barisan kepimpinan baru UMNO yang diumumkan Dato' Seri Najib Razak dalam mesyuarat MT kali pertama yang dipengerusikannya petang semalam di tingkat 39, Ibupejabat UMNO di PWTC.

Setiausaha Agung - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor


Bendahari Agung - Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

Ketua Penerangan - Ahmad Maslan

Badan Perhubungan UMNO Negeri

PERLIS
Pengerusi - Datuk Seri Md Isa Sabu
Timbalan - Datuk Zahidi Zainul Abidin

KEDAH
Pengerusi - Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan - Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah

PULAU PINANG
Pengerusi - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan - Datuk Zainal Abidin Othman

PERAK
Pengerusi - Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Timbalan - Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

SELANGOR
Pengerusi - Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan - Datuk Noh Omar

WILAYAH PERSEKUTUAN
Pengerusi - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan - Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

NEGERI SEMBILAN
Pengerusi - Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan - Datuk Shaziman Abu Mansor

MELAKA
Pengerusi - Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Timbalan - Datuk Wira Abu Seman Yusop

JOHOR
Pengerusi - Datuk Abdul Ghani Othman
Timbalan - Datuk Latiff Ahmad

PAHANG
Pengerusi - Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan - Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin

TERENGGANU
Pengerusi - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan - Datuk Ahmad Said

KELANTAN
Pengerusi - Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan - Datuk Awang Adek Hussin

SABAH
Pengerusi - Datuk Seri Musa Aman
Timbalan - Datuk Salleh Said Keruak

Pemuda Pelapis
Jangan betulkan skrin anda. Ini bukan kesilapan. Ini kisah benar, kisah Anwar Kasanova. Tidak harus kita lupakan lakonan terbaik Anwar sepanjang zaman. Filem ini mendapat ranking tertinggi menjadi pilihan Box Office minggu ini.


Ibarat seperti filem-filem lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, ianya perlu diulang tayang selalu sebagai menghargai jasa-jasa aktor terbaik negara. Kegigihan beliau memperjuangkan agenda seni maksiat harus kita hormati.

Pemuda Pelapis

Portal berita maya Malaysiakini yang menyiarkan tajuk berbahasa Inggeris "Raja Nazrin Defends Monarchy Against Ridicule" pada Selasa lalu (21 April) yang dianggap menghina kenyataan Raja Muda Perak telah diambil tindakan oleh Gagasan Melayu Perak (GMP).

Laporan polis dibuat oleh Presiden GMP, Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail, jam 5 petang semalam (22 April) di Balai Polis Sungai Senam di Ipoh. Kata beliau memberitahu pemberita, laporan polis dibuat kerana GMP beranggapan berita yang disiarkan oleh laman web itu bersifat kurang ajar dan biadab terhadap institusi beraja di negeri ini.

Setelah membaca laporan berita yang disiarkan Berita Harian Online itu saya cuba membuat carian tajuk berkenaan di laman web Malaysiakini tetapi sudah dipadamkan dan tiada dalam senarai. Apakah disebabkan gelabah atau kerana menerima arahan agar ianya dipadamkan? Rujuk Berita Harian...

Lain kali siarkanlah berita dengan lebih bertanggungjawab dan jangan suka ikut selera penulis saja.

Jadilah wartawan yang profesional sekalipun menyokong pakatan haram PR. Kita tahu ia bukan lagi satu rahsia kerana Malaysiakini lebih pro kepada pakatan pembangkang walaupun sekali pandang kononnya ia cuba berlaku adil. Di sebalik tabir media tersebut terdiri daripada pemimpin pembangkang. Semua orang tahu.

Lebih baik isytihar saja secara terbuka menjadi seperti Suara Keadilan dan Harakah Daily. Janganlah bersikap licik mengelirukan rakyat yang beranggapan media itu boleh dijadikan rujukan tapi dalam masa yang sama mencucuk jarum membawa agenda hasutan. Malaysiakini boleh didakwa di bawah Akta Hasutan.

Pemuda Pelapis
Saya tergelak besar lagi sekali petang ni bila terbaca satu komentar berbau "Cepu Tahi" yang diajukan kepada saya oleh makhluk asing tak bernama malah tak ret-reti bahasa pesanan kat atas dah bagitahu sila letakkan nama betul atau nama samaran jika mahu lepaskan komentar di sini.

Saya rasa tak perlu disiarkan komentar itu kerana tak memenuhi syarat. Lagi pun pendek saja soalannya yang hanya berbunyi "Cepu Tahi" iaitu parti Barisan Nasional (BN) ni macam mana? Berdaftar ke?

Tak dilayan karang dianggap kita sama tolol macam dia tapi nak mengulas panjang pun rasanya buang masa layan orang bengong. Senang cerita nah baca tajuk kat bawah ni sampai faham...

PAKATAN RAKYAT MASIH SEBUAH PAKATAN HARAM

Kat situ dah dijelaskan terang-terang. Sebenarnya banyak lagi tajuk-tajuk dalam blog ni yang ada menyebut perkara yang sama berulang kali. Labu Oh Labu...apalah nasib kau buta kayu.

Gelihati... Gelihati... Tu dia nooo... Gelihati semedang...

Pemuda Pelapis

Jika lelong parti-parti pakatan haram PR dan seluruh pemimpinnya setengah sen pun belum tentu laku tapi yang nak dilelong ini ialah kesemua 16 unit Toyota Camry yang hanya sempat digunakan dua bulan oleh exco-exco dan bekas MB balaci pakatan haram PR Perak.

Sekali lagi pakatan haram PR akan berputih mata menengok kereta idaman pula kena ketuk loceng lelong sesudah kerajaan negeri Perak dirampas semula oleh BN secara rasmi 6 Februari lalu dengan ketukan loceng lelong oleh FRU di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Semakin meraban dan kembali hilang akallah agaknya Nizar Jamaluddin (bekas MB balaci). Silap haribulan Nizar dan Anwar akan sekali lagi mengumpulkan pejuang-pejuang berani mati syahid untuk beratur sambil berbaring ditengah jalanraya yang saling tak tumpah macam lembu-lembu di kampung yang suka berbaring di jalan-jalan.

Kesian penyokong-penyokong tolol yang mungkin dimangsakan sekali lagi oleh pemimpin-pemimpin pakatan haram PR. Terlalu mudah dibahlulkan dan senang dibengongkan gara-gara taksub membabi-buta. Nama saja ada otak tapi masih berfikir dengan kepala lutut.

Sama-samalah kita saksikan jika peristiwa "lawak syahid" itu mungkin berulang lagi nanti. Jangan dimarah, pesan pada FRU jangan ditangkap mereka tapi ramai-ramailah nanti kita bersorak meraikan mereka dengan tepukan gemuruh. Kali ini kita siapkan kain kapan sekali sambil niatkan sedekah amal jariah tanda penghormatan terakhir atas kebongokan mereka sendiri.

Sambil menulis ni sebenarnya teman terkekeh-kekeh gelak besar teringatkan peristiwa kat Kuala Kangsar hari tu sebab teman nengok "live" (secara langsung dari lokasi kejadian). Gelihati...

Memang harapan teman mintak perkara ni berlaku lagi di hari lelong kereta-kereta Toyota Camry tu nanti. Bukan apa tapi seronok pulak melayan geng-geng biol macam tu. Dah jadi satu hiburan pulak rasanya. Alahai gelihati...

Pemuda Pelapis

Setelah sekian lama sepi memerhati gelagat politik keterlaluan yang dianggap gila dan tamak kuasa oleh pembangkang telah ditegur oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah baru-baru ini.

Sultan Perak menegaskan bahawa Raja berada di atas politik dan tidak mampu tangkis tohmahan secara terbuka. Dasar ini sengaja tidak difahami oleh pembangkang yang cetek pengetahuan.

Rakyat perlu bijak menilai kepimpinan mana yang lebih memahami perlembagaan serta lebih bertanggungjawab. Ikut secara membabi-buta menunjukkan sikap tolol penyokong pembangkang yang ketara.

Titah baginda, tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja merupakan satu perbuatan "menyalakan api dalam sekam" yang amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara. Baca seterusnya...

Sementara itu, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah pula bertitah akan mengambil tanggungjawab utama untuk melaksanakan segala usaha bagi memastikan tradisi institusi beraja yang menjadi teras kepada sistem berkerajaan dan bernegara di negara ini akan terus dipertahankan. Baca selanjutnya...

Pakatan haram PR, PKR-PAS-DAP, sering menimbulkan huru-hara dan tidak komited melaksanakan tanggungjawab serta amanat rakyat selain berpolitik sepanjang masa. Sentiasa berusaha menarik perhatian rakyat dengan pelbagai helah kotor yang tidak bertanggungjawab.

Anggapan pakatan haram PR kononnya raja-raja umpama badut kepada kerajaan pemerintah memang melampaui batasan dan tersangatlah durjana. Pakatan haram PR patut dikenakan tindakan keras sesuai dengan kebiadaban sikap mereka.

Gelagat mengheret istana ke kancah politik merupakan sikap dajal pakatan haram PR. Ketandusan modal politik pakatan haram PR perlu bijak dinilai rakyat dan janganlah menjadi pengikut bodoh dan tongong dengan membabi-buta.

Pemuda Pelapis

Mengenai pilihanraya kecil DUN Penanti kerana peletakan jawatan Fairus Khairuddin sebagai wakil rakyat pada 16 April 2009 perlu dikaji BN. Saya menyokong kenyataan DS Najib.

Jika perlu ia tidak patut dilayan. Biarkan pakatan haram PR syok sendiri bertanding melawan calon-calon Bebas. Elakkan membazir wang rakyat. BN perlu bertanggungjawab dan jangan ikut kerenah bodoh pakatan haram PR.

Ini bukan soal bacul atau takut tetapi BN kena tegas berikan sekali pengajaran kepada pakatan haram PR supaya kehendak mereka yang syok sendiri bermain kotor meletak jawatan satu demi satu bagi mengadakan PRK ibarat harapan kosong.

Rentak permainan politik gila babi pakatan haram PR yang didokong "Si Peliwat" (Anwar) yang berpenyakit mental tegar tidak harus dilayan sama-sekali. Lagi dilayan kita yang rugi. Membuang masa dan membazir wang rakyat.

Dia (Anwar) nak syok sendiri itu dia punya pasal. Kita tak perlu layan orang seperti itu yang tidak mempunyai apa-apa wawasan dan matlamat. Penasihat umum PKR itu semakin hari semakin meraban sebab kehendak dia nak jadi PM ke-6 sudah terkubur layu setelah DS Najib disahkan sebagai PM ke-6.

Kita boleh ramalkan pekong jahat Anwar sekarang. Beliau sedaya-upaya akan berusaha memporak-perandakan negara dengan apa cara sekali pun. DS Hishammuddin sebagai Menteri Dalam Negeri harus bertindak lebih tegas jika ini berlaku. Apa lagi nak ditunggu? Inilah masanya mengajar Anwar.

Tangkap saja Anwar dan kurung semula dia di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi ketenteraman dan keamanan negara kita. Orang seperti ini adalah sampah dalam masyarakat. Anwar memang manusia durjana pembawa sial kepada negara. Orang seperti ini tidak diperlukan di Malaysia.

Jika perlu, lucutkan saja kerakyatan beliau seisi keluarga. Senang cerita kita campak mereka ke negara Yahudi yang bersekongkol dengan keluarga itu selama ini. Melayan kehendak bodoh Anwar samalah macam kita melayan biawak hidup yang suka menerpa anak-anak ayam.

Pendekata Anwar perlu dihapuskan.

Pemuda Pelapis

Isu terbaru, Mohammad Fairus Khairuddin, bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang mengesahkan pendiriannya apabila beliau mengumumkan peletakan jawatannya sebagai wakil rakyat DUN Penanti dalam parlimen Permatang Pauh.

Menyusahkan rakyat dan membazirkan duit rakyat. Lepas sekor, sekor letak jawatan bermula dengan DS Wan Azizah di parlimen Permatang Pauh, V Arumugam di DUN Bukit Selambau dan kini Fairus di DUN Penanti. Ketiga-tiga ekor semuanya wakil rakyat PKR.

Betul-betul menyusahkan rakyat dan membazirkan duit rakyat. Sekali pilihanraya kecil diadakan SPR terpaksa membelanjakan tidak kurang daripada RM1juta bagi menguruskan pilihanraya. Itu belum termasuk lain-lain perbelanjaan untuk menjaga keamanan dan kerja-kerja melancarkan pilihanraya kecil.

Inilah padah dan bala rakyat penyokong memberi sedikit kuasa kepada puak-puak bahlol yang tak tahu berpolitik. Pemimpin-pemimpin pakatan haram PR tak ada kerja lain selain mengganggu-gugat kelicinan pentadbiran kerajaan persekutuan seolah-olah dah tak ada kerja lain lagi.

Lepas PRK... PRK lagi... tak sudah-sudah. Memang dasar pembangkang bangang tahap dunia bangang tertinggi darjatnya. Dah tak tahu nak labelkan apa lagi. Pendekata mereka semua dasar bangang dan bahlol yang selamanya akan pasti bangang dan bahlol.

Brader Anwar Bin Ibrahim dah ketandusan modal dan agenda ke? Lepas ni beruk mana pulak daripada PKR yang akan letak jawatan? Sampai bila nak main kotor? Nak berlarutan sampai PRU13 ke pun? Memang Anwar laki bini dan anak perempuannya bangang yang sememangnya bangang.

Hentikanlah jadi pemimpin tahi kucing yang berpolitik 24 jam sepanjang masa tapi kerja dan tanggungjawab terhadap rakyat tak ditunaikan. Pakatan haram PR layak dimaki-hamun dan dicaci-hina sebab semuanya buta dan bahlol tak tahu menilai untung nasib badan. Ikut seikut-ikut membabi buta.

Orang melalak awak melalak. Orang jerit awak ikut menjerit. Bila tanya haprak tak tahu nak jawab apa yang diikutnya. Janganlah lagi jadi bodoh dan tolol mengundi pakatan haram PR yang tak sudah-sudah membuang masa rakyat, menyusahkan rakyat dan menghabiskan duit rakyat.

Dunia tengah gawat bila masa nak tolong rakyat atasi kegawatan ekonomi? Bila lagi nak tunjuk prihatin majukan ekonomi pengundi kawasan-kawasan yang dah dimenangi? Cakap berdegar-degar tapi tang kerja haprak apa pun tak tahu nak buat.

Ptuih...! Ptuih...! Ptuih...!

Pemuda Pelapis

Kerajaan negeri Selangor tadbiran pakatan haram PR memutuskan untuk mengekalkan jawatan Elizabeth Wong sebagai exco kerajaan negeri dan ADUN Bukit Lanjan.

Menurut kata MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, keputusan itu difikirkan wajar dan adil setelah mengambil pandangan semua pihak dan siasatan polis berhubung kes berkenaan yang juga gagal membuat keputusan yang muktamad. Baca lagi di sini...

Nampaknya sikap yang diambil oleh kepimpinan pakatan haram PR bercanggah dengan prinsip dan pendirian mereka sendiri yang mahukan sebuah kerajaan yang kononnya bersih daripada skandal, rasuah dan sebagainya.

Kalau rakyat penyokong pakatan haram PR nak sedar maka sedarlah betapa berbelitnya kenyataan-kenyataan pemimpin pakatan haram PR setelah diberi kuasa mentadbir negeri.

Kalau UMNO/BN yang bertindak mengekalkan ADUN yang dikaitkan dengan skandal bukan main haru-biru pembangkang haruk dan merusuh di jalanan. Bila terkena batang hidung sendiri, senyap sunyi bagaikan tikus mondok kekenyangan.

Sementara itu pandangan Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata, keputusan kerajaan Selangor mengekalkan jawatan Elizabeth Wong sebagai exco negeri dan ADUN Bukit Lanjan, menguntungkan Barisan Nasional (BN).

Katanya, ia juga menunjukkan bahawa pakatan haram PR tidak konsisten dengan nilai-nilai yang mereka pegang. Baca lagi di sini...

Ringkasnya, kenyataan Khir Toyo itu ada benarnya.

Pemuda Pelapis
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diperkenalkan Dato' Seri Najib Tun Razak dalam pentadbirannya sebagai Perdana Menteri tidak mengecualikan timbalannya. Begitulah apa yang dinyatakan sendiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Berikut adalah petikan daripada portal Utusan Online;

PUTRAJAYA 13 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sendiri tidak terkecuali daripada penilaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang baru diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pentadbiran kerajaan.

Tegas Timbalan Perdana Menteri, justeru beliau akan memberikan perhatian serius terhadap setiap tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. baca selanjutnya...

Sebagai rakyat kita berharap sistem KPI bagi memantau prestasi jemaah menteri, timbalan menteri dan pegawai kanan kerajaan yang diperkenalkan Dato' Seri Najib ini benar-benar dapat dilaksanakan dengan berkesan dan bukan sekadar omong kosong sahaja.

Harapan transformasi terhadap parti dan kerajaan yang dilaungkan Perdana Menteri akan terus diperhatikan rakyat bagi memastikan keberhasilannya. Sekiranya beliau gagal melaksanakan janji ini sudah pasti beliau akan dikecam hebat oleh rakyat khususnya parti pembangkang.

Semoga harapan Dato' Seri Najib juga menjadi harapan kepada rakyat untuk melihat satu pembaharuan benar-benar berlaku di bawah teraju kepimpinan beliau.

Pemuda Pelapis
Anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri, baru sahaja selesai mengangkat sumpah jawatan masing-masing di Istana Negara pagi semalam. Isnin, 13 April ini bakal menyaksikan hari pertama mereka memulakan tugas secara rasmi di kementerian-kementerian yang dilantik.

Memanglah tidak adil untuk kita membuat apa-apa telahan awal terhadap anggota kabinet di bawah kepimpinan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.

Sementelah lagi Perdana Menteri baru kita telah memaklumkan bahawa beliau melaksanakan sistem KPI (Key Performance Index) yang bermaksud Indeks Petunjuk Prestasi ke atas semua anggota kabinetnya. Tapi demi kebaikan semua adakalanya telahan dan kritikan awal ini dirasakan perlu sebelum nasi menjadi bubur.

Harapan beliau dengan petunjuk prestasi ini akan mampu memastikan hasratnya membawa perubahan ke arah mendahulukan harapan rakyat tercapai dan ianya akan dipantau setiap tempoh enam bulan .

Menurut Dato' Seri Najib beliau secara peribadi akan mengambil inisiatif untuk membuat kajiselidik mengenai perkara ini dari semasa ke semasa. Baguslah kerana rakyat akan sentiasa memerhatikannya.

Perdana Menteri berkata, rakyat mesti merasa gembira dengan kabinet itu. Menurut katanya lagi...

“Adalah mustahil untuk memuaskan hati semua orang. Saya pilih untuk memuaskan hati masyarakat awam, paling utama rakyat,” katanya ketika ditanya mengenai perasaan tidak puas hati di kalangan sesetengah anggota UMNO termasuk mereka yang menang pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Namun di sebaliknya ada kedengaran suara-suara yang melontarkan komen mengenai kabinet baru tersebut. Di antaranya ada yang tidak berpuashati kerana Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak dilantik menganggotai kabinet.

Diskriminasi dikatakan berlaku apabila Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin dan Ketua Wanita, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil turut terpilih. Sebaliknya Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim pula yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Alasan yang diberikan Dato' Seri Najib sekiranya Khairy dilantik menganggotai kabinet maka peluang dan masa untuk Khairy menumpukan sepenuh usaha bagi memperkukuhkan barisan pemuda akan terbatas dan alasan ini tidak dapat diterima oleh kebanyakan para penyokong Khairy Jamaluddin.

Jika itulah alasannya, kenapa Ketua Puteri dan Ketua Wanita boleh dilantik? Tidakkah ianya juga turut membataskan usaha-usaha pergerakan itu ke arah memperkukuhkan kesinambungan perjuangan sayap berkenaan?

Apa yang pasti adalah kerana Khairy Jamaluddin telah dikaitkan dengan politik wang semasa proses pemilihan parti tempohari maka jika dibariskan dalam kabinet baru bermakna Dato' Seri Najib khuatir pandangan rakyat terhadapnya yang mahu membawa usaha pemulihan terhadap parti dan kerajaan akan terjejas di samping ada yang mengatakan Dato' Seri Najib takut dikecam oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya membariskan Khairy dalam kabinetnya.

Sementara suara-suara lain pula memberi ulasan mengenai kenapa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dibubarkan? Apakah ianya digabungkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri? Di manakah relevannya jika ianya digabungkan?

Apakah kerajaan hanya akan terus membantu usahawan-usahawan yang sudah berjaya sahaja? Bagaimana pula dengan nasib usahawan-usahawan baru? Apakah langkah ini akan mampu meneruskan kesinambungan usaha membangunkan usahawan-usahawan baru khususnya di kalangan kaum bumiputra?

Saya kira YAB Perdana Menteri wajar memberikan penjelasan lebih terperinci kepada rakyat setelah membentuk kabinet baru ini. Jangan membiarkan rakyat terpinga-pinga dan berada dalam keadaan keliru.

Rakyat perlu diperjelaskan supaya lebih faham kenapa dan mengapa kementerian yang banyak memberi kepentingan kepada rakyat ini dibubarkan dan digabungkan sedangkan yang sepatutnya digabungkan ialah Kementerian Pelajaran dengan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Inilah masalah besar kepada rakyat apabila setiap kali kepimpinan bertukar tangan, ia seumpama pepatah mengatakan, "sekali air bah, sekali pasir berubah". Kita tidak mahu rakyat diletakkan dalam keadaan yang keliru untuk berurusan dengan kerajaan.

Siarkan satu pengumuman khas yang lebih jelas kepada rakyat, ke manakah para usahawan, pengusaha pengangkutan seperti bas, lori dan teksi serta koperasi-koperasi seharusnya berurusan termasuklah juga lain-lain kementerian yang digabungkan. Tidak semua rakyat arif dan tahu akan perkara ini.

Di samping itu, ada yang memberi pendapat soal kesesuaian pemimpin dengan jawatan yang disandangnya. Contohnya, Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin yang gemuk dan gempal diberi jawatan Timbalan Menteri Kesihatan yang dilihat langsung tidak mencerminkan kewibawaan kementerian berkenaan.

Ianya kerana apabila kita mahu memegang jawatan atau diberikan tugas memikul tanggungjawab mana-mana kementerian, selain daripada latarbelakang pendidikan, jasa kepada parti dan boleh diterima rakyat, pastikan juga penampilan diri sesuai dengan tugas dan paling penting mampu mencerminkan kita sebagai seorang pemimpin yang sihat dan bukannya obes untuk dicontohi oleh rakyat, lebih-lebih lagi membabitkan Kementerian Kesihatan.

Ini adalah di antara contoh-contoh yang harus dibuat kajian semula dan penilaian lebih teliti oleh Dato' Seri Najib sebelum meletakkan mana-mana pemimpin di mana-mana kementerian. Pelantikan Ketua Puteri UMNO sebagai Timbalan Menteri Kesihatan dirasakan tidak sesuai dan tidak tepat.

Sudahlah sebelumnya pelantikan Datuk Liow Tiong Lai sebagai Menteri Kesihatan yang tidak mempunyai latarbelakang pendidikan dalam bidang perubatan menjadi kejutan, kini Datuk Rosnah yang keterlaluan obes pula diletakkan di situ.

Kementerian Kesihatan wajar mempunyai seorang menteri yang berlatarbelakangkan kelulusan dalam bidang perubatan (doktor) kerana pengetahuan dalam bidang berkaitan perubatan adalah penting di dalam menerajui kementerian ini kerana ia banyak membantu, sementara timbalannya haruslah berketrampilan lebih sesuai agar memenuhi kriteria kehidupan sihat sebagai tunggak kementerian tersebut.

Mohon YAB Dato' Seri Najib Tun Razak turut mengambilkira suara-suara hati rakyat ke arah penambahbaikan usaha kerajaan setelah apa yang dijanjikan beliau untuk mendengar keluh-kesah rakyat demi kebaikan bersama.

Pemuda Pelapis
Jumaat, 10 April 2009: Seluruh anggota jemaah menteri dan timbalan menteri yang baru dilantik oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak petang semalam telah selamat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia kerajaan di hadapan DYMM YDP Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pagi tadi.

Majlis rasmi itu bermula jam 9:30 pagi dan selesai pada jam 11:30 pagi (lebih kurang 2 jam), didahului oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengangkat sumpah jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran.

Upacara penuh adat istiadat itu diadakan di Balairong Seri Istana Negara yang disaksikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor serta bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semua anggota kabinet melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia, kemudiannya menandatangani dokumen rasmi pelantikan yang disaksikan oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Maka terbentuklah sudah sebuah jentera kerajaan baru di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Semoga seluruh jemaah menteri dan timbalan menteri yang telah terpilih dan diberi kepercayaan memikul tanggungjawab besar ini, akan mampu melaksanakan tugasan mereka dengan baik , secara jujur, telus dan ikhlas serta memenuhi aspirasi rakyat berbilang kaum sebagaimana yang dihasratkan oleh Dato' Seri Najib yang bersungguh-sungguh mahukan perubahan dan transformasi menjadi kenyataan.

Pemuda Pelapis

Jumaat, 10 April 2009: Petang semalam YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak secara sah telah pun melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri berserta anggota kabinetnya yang pertama.

Empat jawatan menteri penuh kabinet beliau telah diisi oleh senator melalui pelantikan baru. Berikut ini ialah senarai menteri penuh yang memegang portfolio masing-masing. Beberapa kementerian telah dibubarkan dan digabungkan di bawah kementerian baru dan lama.

JAWATAN MENTERI PENUH KABINET 2009


Pemuda Pelapis

Khamis, 9 April 2009: YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan senarai anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri bagi kabinet baru di bawah kepimpinan beliau pada jam 3:00 petang tadi yang disiarkan secara langsung oleh TV1. Berikut ialah senarai penuh jemaah Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri:

PERDANA MENTERI
Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
Mej. Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-Timbalan Menteri
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk S.K. Devamany
Ahmad Maslan
T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN
Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

MENTERI KEWANGAN II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah


Timbalan-Timbalan
Datuk Chor Chee Heung
Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan-Timbalan
Datuk Dr Wee Ka Siong
Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan-Timbalan
Datuk Abdul Rahim Bakri
Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI
Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan
Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI
Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan-Timbalan
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan-Timbalan
Datuk Joseph Salang Gandum
Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Dato' Seri Shafie Apdal

Timbalan-Timbalan
Datuk Hassan Malek
Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Dato' Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan-Timbalan
Datuk Dr Hou Kok Chung
Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan-Timbalan
Datuk Mukhriz Mahathir
Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN
Datuk Ng Yen Yen

Timbalan
Dato' Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Datuk Noh Omar

Timbalan-Timbalan
Datuk Johari Baharum
Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN
Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan-Timbalan
Datuk Razali Ibrahim
Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA
Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan
Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Datuk Kong Cho Ha

Timbalan
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil

Timbalan
Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR
Datuk Anifah Aman

Timbalan-Timbalan
A.Kohilan Pillay
Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan
Datuk M.Saravanan

Majlis mengangkat sumpah jawatan dan menyimpan rahsia kerajaan bagi kesemua jemaah Menteri dan Timbalan Menteri akan berlangsung pagi esok (Jumaat, 10 April 2009) di Istana Negara, di hadapan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Ulasan mengenai dua kementerian yang dibubarkan serta kementerian-kementerian yang digabungkan akan disusuli kemudian pada posting berikutnya nanti. Tahniah pada semua pemimpin yang tersenarai dan takziah kepada mereka yang tidak terpilih menganggotai kabinet baru di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Pemuda Pelapis

Petua kemenangan pakatan pembangkang di dua kerusi pilihanraya kecil N.25 - Bukit Selambau dan P.59 - Bukit Gantang mencerminkan pengundi-pengundi di sana gemar bersubahat soal-soal pembohongan yang dibawa pemimpin pembangkang yang merosakkan minda serta aqidah daripada ketelusan dan kejujuran membela nasib rakyat.

Ini khusus ditujukan kepada pengundi Melayu Islam terutamanya golongan muda-mudi yang amat mudah tertipu dan diperdaya.

UMNO/BN harus belajar petua ini daripada pakatan pembangkang, insya'Allah dalam pilihanraya umum akan datang kita mampu meraih kemenangan lebih besar melebihi dua pertiga sehingga mampu menenggelamkan suara pembangkang di Dewan Negeri mahupun Dewan Rakyat.

Berbohong janji, memanipulasi isu, berpropaganda, menabur spekulasi buta dan liar, melemparkan fitnah serta adu-domba untuk menyerang keperibadian calon yang bertanding adalah strategi yang menjayakan misi pakatan pembangkang jika diamati dengan baik sejak beberapa pilihanraya kecil diadakan bermula di Permatang Pauh sehingga ke saat 7 April 2009 kelmarin.

Rakyat tidak lagi mahu mendengar apa-apa janji pembangunan terhadap kawasan dan janji-janji membela nasib mereka tetapi pengundi lebih suka kepada sentimen pembohongan tegar sebagaimana dilakukan oleh DS Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Nizar dan lain-lain. Janji-janji manis BN hanya diibaratkan halua telinga sahaja.

Maka itu BN mulai dari sekarang kena ikut rentak pembangkang dengan membawa segala cerita dongeng dan episod-episod khayalan yang mampu mengasyikkan pengundi dan rakyat. Ini dilihat akan mampu menjayakan misi BN ke arah menumbangkan pakatan pembangkang. Nampak semacam tak masuk akal tapi itulah hakikatnya.

Kalau diteliti, insiden di Perak telah berjaya membuatkan BN kembali berkuasa setelah menumbangkan pakatan pembangkang dengan majoriti mudah melalui lompatan ADUN-ADUN mereka yang mengisytiharkan keluar parti menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN secara terbuka.

Bukankah strategi ini telah diakui sendiri oleh DS Najib? Seingat saya DS Najib kata kita hanya ikut rentak ketua pembangkang DS Anwar yang cuba memikat wakil rakyat DUN dan Parlimen dari BN agar menyeberang masuk pakatan pembangkang demi mencapai matlamatnya menubuhkan kerajaan baru.

Berkat kesabaran BN umpama "ular menyusur akar takkan hilang bisanya" akhirnya, BN membuktikan keberhasilan sebenar apabila berjaya menjejak langkah pembangkang sehingga senjatanya memakan diri mereka sendiri. Jadi sekali lagi kita harus ikut langkah dan pendekatan mereka.

Kali ini saya nasihatkan perkara yang serupa supaya BN turut mengikut jejak pakatan pembangkang agar ikut serta berbohong, memfitnah, membuat spekulasi liar dan sebagainya sebagai usaha menawan kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang.

Saya kira tindakan ini sebenarnya yang disukai oleh golongan pengundi muda yang tidak berakal waras. Mereka mudah diperdaya oleh dakyah-dakyah jahat pembangkang yang tidak berasas.

Oleh itu BN harus membawa sentimen yang menyerupai pakatan pembangkang yang sukakan ceritera dan segala unsur-unsur dongeng kerana ia diyakini mampu melekakan golongan muda yang lebih kepada emosi daripada logikal.

Dahulunya UMNO/BN sedia dicop sebagai kerajaan yang berbohong dan sebab itulah kita kuat. Berbohong adalah satu trend yang sebenarnya disukai ramai. Apabila UMNO/BN mahu berubah maka rakyat seolah-olah tidak percaya dan tidak suka.

Bermakna rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang masih dahagakan pembohongan. Kini pembohongan telah diambil-alih oleh pakatan pembangkang sebagai strategi baru mereka.

Mereka belajar daripada UMNO/BN yang selama ini dikecam hebat suka berbohong kepada rakyat. Tidak harus kita lupakan bahawa DS Anwar ialah bekas pemimpin UMNO/BN yang meneruskan agenda pembohongan besar.

Nampaknya DS Anwar berjaya dalam misinya dengan kaedah berbohong, maka peluang ini tidak harus dilepaskan oleh UMNO/BN disebabkan cara ini dilihat menjadi minat kepada rakyat golongan muda.

Fikir-fikirkanlah!

Pemuda Pelapis

Kehadiran Ezam di mana-mana pilihanraya kecil dilihat jelas membawa nasib malang kepada calon-calon BN yang bertanding. Isu lapuk dan basi mengenai kotak rahsia yang dijaja Ezam ke sana ke mari sebenarnya penyumbang bala dan padah kepada BN.

Mula-mula di PRK Permatang Pauh, kemudian PRK Kuala Terengganu dan terbaru Ezam sekali lagi masuk campur berkempen isu-isu bodoh di Paya Nahu dalam DUN Bukit Selambau yang hanya mengundang kebencian pengundi-pengundi Melayu khususnya. Kehadiran beliau di Bukit Selambau meninggalkan kesan negatif kepada pengundi-pengundi.

Ezam perlu dihalang daripada mencampuri mana-mana kempen pilihanraya kecil atau pilihanraya umum akan datang. Di akar umbi majoriti ahli-ahli UMNO tidak langsung menaruh apa-apa kepercayaan lagi terhadap Ezam Mohd Nor.

Beliau dinilai sebagai sampah di dalam UMNO dan BN. Diharapkan kepimpinan DS Najib tidak terus-menerus menaruh apa-apa kepercayaan kepada Ezam kerana kita khuatir ianya bakal menjadi barah besar kepada parti.

Ezam tidak boleh dipercayai dan beliau tidak boleh diharapkan. Berhati-hatilah dengan bekas orang kanan pemimpin sesumpah (Anwar) ini jika mahu melihat UMNO/BN dapat diperkasakan kembali seteguh-teguhnya.

Kemungkinan besar kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO bukan dengan hati yang jujur dan ikhlas tetapi dibimbangi mempunyai agenda-agenda tersembunyi atau menjadi agen perisik kepada pemimpin peliwat itu untuk merosakkan UMNO/BN dari dalam di kala DS Anwar pula berusaha dari luar.

Berwaspadalah! Mencegah itu lebih baik daripada merawati!

Perkara ini sudah awal-awal lagi dihidu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, sebab itulah Tun Dr Mahathir pernah menulis mengenai Ezam di blog beliau sekembalinya Ezam kepangkuan UMNO dahulu. Kata Tun (Mahathir), Ezam hanyalah "kuda trojan" atau "virus" kepada parti.

Selain itu, Ezam sudah tidak dihormati lagi oleh golongan pemuda. Beliau juga tidak lagi diminati dan auranya telah hilang. Bukan lagi sepertimana di zaman sebelum beliau meninggalkan UMNO untuk bersama dengan DS Anwar Ibrahim.

Jika penasihat umum PKR sudah tidak lagi memerlukan Ezam di sampingnya, apakah perlunya buat UMNO untuk mengajak Ezam (buangan PKR) bersama-sama menyertai kempen dalam mana-mana pilihanraya?

Saya betul-betul kesal apabila mengetahui Ezam turut turun berkempen di DUN Bukit Selambau tempohari. Akhirnya firasat saya yang merasakan calon MIC/BN akan tewas di Bukit Selambau benar-benar menjadi kenyataan setelah pengumuman keputusan dibuat SPR malam tadi.

Kepimpinan tertinggi UMNO/BN juga harus maklum bahawa salah satu punca pendorong kekalahan S Ganesan (BN) di kerusi Bukit Selambau adalah kerana Ezam Mohd Nor. Semakin banyak membiarkan Ezam bercakap, semakin ramai orang membenci UMNO/BN.

Senang cerita, Ezam tidak lagi relevan untuk berada di dalam kapal UMNO/BN setelah segala pengkhianatan yang dilakukannya terhadap UMNO/BN selama bersekongkol dengan DS Anwar. Mohon DS Najib dapat renungkan perkara ini dan disusuli dengan tindakan yang sewajarnya.

Pemuda Pelapis
Pemenang: S Manikumar (PKR), Nizar (PAS) dan Malcolm (BN)

Berakhirlah sudah episod pilihanraya kecil di tiga kawasan yang berlangsung semalam. Di Kedah kita dapat saksikan pertandingan luarbiasa lima belas penjuru, di Perak pertandingan tiga penjuru dan di Sarawak hanya dua penjuru sahaja.


Tahniah dan syabas kepada calon-calon yang menang dan takziah kepada semua calon-calon yang kalah dalam pertandingan. Kepada yang menang, tugas dan tanggungjawab besar menanti anda. Bekerjalah untuk rakyat di kawasan-kawasan yang dimenangi dengan lebih telus, secara ikhlas dan jujur serta penuh bertanggungjawab.

Bagi yang tewas janganlah berdukacita dan merasa terlalu kecewa kerana dalam pertandingan sudah pasti ada yang menang dan ada yang kalah. Tidak mungkin berlakunya semua calon itu menang atau kalah kesemuanya. Ia lumrah dalam pertandingan dan banyak-banyaklah bertenang.

Cuma saya turut merasa simpati kepada semua calon-calon Bebas yang telah hilang wang pertaruhan dalam pilihanraya kecil di Bukit Selambau dan Bukit Gantang ekoran syarat pencapaian undi yang tidak mencecah sejumlah satu perlapan daripada keseluruhannya.

Kekalahan calon BN di Bukit Selambau dan Bukit Gantang bukan bermakna rakyat menolak BN secara total tetapi ianya perlu dilihat dari sudut yang lebih positif. Badan penyiasat bebas untuk melakukan bedah siasat di atas kekalahan BN sepertimana saranan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin amat wajar ditubuhkan segera.

Jika dilihat jurang majoriti kemenangan oleh calon pembangkang yang berjaya menewaskan calon BN jumlahnya tidaklah terlalu banyak. Bermakna harapan rakyat masih terus diletakkan kepada Barisan Nasional (BN).

Usaha-usaha dan segala janji BN untuk membawa pembangunan kepada rakyat hendaklah diteruskan walaupun BN tewas. Ini sekaligus dapat membuka mata rakyat agar melihat kerajaan Barisan Nasional tetap berterusan menabur jasa dan baktinya kepada seluruh rakyat secara adil dan saksama.

Biarkan rakyat membuat penilaian sebenar parti manakah yang lebih bertanggungjawab membela nasib mereka. Insya'Allah lama-kelamaan rakyat dapat menilai BN dengan lebih positif di bawah kepemimpinan baru Dato' Seri Najib Tun Razak dan pelaksanaan janji yang dikotakan akan mampu membawa kemenangan besar buat BN pada pilihanraya umum akan datang.

Di samping itu, BN bersama seluruh anggota parti komponen juga harus bekerja dengan lebih kuat ke arah pemulihan dan perlu membuat kajiselidik akan punca-punca kekalahan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Dapatkan maklumbalas daripada rakyat apakah kelemahan serta kekurangan sebenar yang perlu diperbetulkan agar kebaikan dapat dipertingkatkan. Semoga kita dapat belajar dan mengambil iktibar daripada kekalahan ini demi mematangkan lagi perjuangan terhadap agama, bangsa dan negara yang tercinta.

Pemuda Pelapis
Rabu, 8 April 2009: Malam tadi kesemua keputusan pilihanraya kecil di tiga kawasan berasingan iaitu di DUN N.29 - Batang Ai, Sarawak, DUN N.25 - Bukit Selambau, Kedah dan Parlimen P.59 - Bukit Gantang, Perak telah pun diumumkan secara rasmi oleh SPR.

Barisan Nasional (BN) hanya mampu menang dan mengekalkan kerusi DUN N.29 - Batang Ai manakala tewas di dalam merebut kembali dua lagi kerusi di DUN N.25 - Bukit Selambau dan Parlimen P.59 - Bukit Gantang.

Batang Ai menyaksikan kemenangan calon muka baru BN yang berjaya menewaskan bekas wakil rakyat BN selama lima penggal yang keluar menyertai PKR. Bukit Selambau dimenangi oleh calon muka baru dari PKR dan Bukit Gantang pula oleh calon PAS yang juga bekas Menteri Besar Perak.

Berikut adalah carta keputusan penuh pilihanraya kecil yang telah diadakan pada Sabtu, 7 April 2009 semalam.

KEPUTUSAN PILHANRAYA KECIL
P.59 - BUKIT GANTANG, PERAK


UNDI ROSAK SEJUMLAH 456
PERATUS MENGUNDI 75.10%
PEMILIH BERDAFTAR 55,563
JUMLAH PENGUNDI POS 128 UNDI
DAERAH MENGUNDI 38 KAWASAN
PUSAT MENGUNDI 32
SALURAN MENGUNDI 112
MELAYU 62% - CINA 27% - INDIA 10% - LAIN-LAIN 1%

Keputusan Pilihanraya Umum 2008
Roslan Shaharum (PAS) - 20,015 undi
Datuk Abdul Zim Zabidi (BN) - 18,449 undi
M Morgan (BEBAS) - 872 undi


KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL
N.25 - BUKIT SELAMBAU, KEDAH

UNDI ROSAK SEJUMLAH 415
PERATUS MENGUNDI 70.28%
PEMILIH BERDAFTAR 35,140
MELAYU 50% - INDIA - 28% - CINA 21% - LAIN-LAIN 1%

Keputusan Pilihanraya Umum 2008
V Arumugam (BEBAS) - 13,225 undi
S Krishnan (BN) - 10,863 undi


KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL
N.29 - BATANG AI, SARAWAK


UNDI ROSAK SEJUMLAH 59
PERATUS MENGUNDI 75.32%
PEMILIH BERDAFTAR 8,006
JUMLAH PENGUNDI POS 43
IBAN 95% - CINA 3.5% - MELAYU & MELANAU 1.5%

Keputusan Pilihanraya Umum 2008
Datuk Dublin Unting Ingkot (BN) - 3,295 undi
Nicholas Bawin Anggat (SNAP) - 2,489 undi