Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Alasan kenapa DS Anwar terpaksa bersembunyi dan meminta dilindungi di Kedutaan Turki kononnya beliau dikatakan menerima ancaman bunuh oleh pembunuh upahan yang diaturkan pihak-pihak tertentu. Benarkah dakwaan ini atau satu tanggapan kosong semata-mata yang hanya khayalan DS Anwar sahaja? Kalau benar siapa yang bersungguh-sungguh sangat nak bunuh DS Anwar ni?

Kepoh satu negara memukul gendang, lebih-lebih lagi di blog pemimpin PR serta penyokong PR. Diberitakan konon pembunuh upahan telah masuk ke negara ini untuk bertindak ke atas DS Anwar. Macam-macam cerita dan macam-macam helah baik di barisan PR mahupun kerajaan yang memerintah. Huru-hara dan bercelaru dibuatnya. Banyak sungguh bala dan malapetaka di zaman pentadbiran DS Abdullah.

Pada pandangan saya, jika betul DS Anwar mahu dibunuh dah lama pun beliau duduk 6 kaki bawah tanah. Bukanlah sekarang masanya pun. Banyak lagi waktu-waktu lain di mana beliau sedang leka ke hulu dan ke hilir. Apakah bodoh sangat pakatan pembunuh memberitahu kepada orang yang hendak dibunuhnya? Anwar! Aku nak bunuh kamu. Aku dah "hire" pembunuh upahan. Siaplah kamu! Baik kamu cari tempat perlindungan! Begitu ke bunyinya? Oh ye ke? Sebab itulah agaknya dia menyorok di Kedutaan Turki?

Ini lawak jenaka atau apa? Apa sebenarnya yang cuba didalangi lagi oleh DS Anwar, ahli-ahli keluarganya dan konco-konconya? Rasanya dah tak ada suara garau lagi dah saya nak ketawa terbahak-bahak. Cukup-cukuplah buat lawak bodoh! Semua orang dah bosan... Carilah publisiti secara lebih profesional sikit. Biarlah nampak diri tu lebih mahal. Ini betul-betul "cokiau" punya gaya pemimpin tapi bercita-cita tinggi nak jadi PM. Hentikanlah!

Tapi sungguh pun kita kata dia buat lawak bodoh, yang hairannya ada jugak pemimpin bengap dari kelompok Umno/BN bagi respon. Yang hendak dilayan sangat tu kenapa? Kalau masing-masing nak sangat berlakon menipu rakyat, pergilah jumpa pengarah drama/filem mohon jadi aktor dan hentikan saja berpolitik bodoh. Kiri kanan semuanya hanya tahu membuang masa rakyat tak sudah-sudah.

Benarkah menggegarkan?

Dalam masa yang sama beliau tetap lantang juga menjawab tohmahan kes liwat di samping menyuarakan hasrat beliau tetap akan bertanding pada pilihanraya kecil nanti dan turut meyakinkan rakyat kononnya 4 Ahli Parlimen BN akan keluar meninggalkan BN dan masuk ke kelompok PR. Eh...! Eh...! betul ke ni pun? Tak sudah-sudah duduk kelentong rakyat. Sampai bila...? Sampai mati kena bunuh ke pun...? Yang lepas-lepas duduk kata soal lompat parti tak jugak berlaku. Dah banyak kali dah...

Rasionalnya di sini jika mahu difikirkan, tak ada sesiapa pun yang nak bunuh DS Anwar. Itu semua rekaan atau hanya khabar-khabar angin lalu sahaja. Kalau betul ada, masa dia berdiri keluar kepala dari bumbung kereta SUV dia naik tu dah meletup dah dua tiga das tembakan macam Allahyarahamah Benazir Bhutto di Pakistan kena dulu. Semua orang tolong bukalah sikit mata dan minda. Jangan mudah percaya perkara karut-marut yang bukan-bukan. DS Anwar dan keluarganya ni sakit jiwa ke apa?

PKR: Parti Kelentong Rakyat

Pemuda Pelapis
Di dalam kehangatan pelbagai isu-isu semasa politik negara terselit kembali kes dakwaan liwat terbaru terhadap DS Anwar selepas pernah didakwa 10 tahun lalu pada 1998. Apakah ini satu khabar berita yang benar atau hanya satu konspirasi jahat oleh pemimpin tertentu dari pihak Umno/BN? Begitulah kata-kata balas daripada pihak yang kena tuduh.

Siapakah yang lebih tahu? Jawapannya tentulah Allah swt sahaja yang maha mengetahui segala-galanya. Bagi makhluk bernama manusia pula tentulah tuan empunya diri yang dituduh serta si pembuat tuduhan itu sendiri. Selain daripada itu kemungkinan juga isteri, anak-anak, kaum keluarga terdekat atau rakan-rakan terdekat yang sentiasa bersama orang yang kena tuduh.

Samada benar ataupun tidak sahaja dan samada mahu mengaku ataupun tidak sahaja. Ini membawa dua maksud iaitu jika benar dilakukannya maka sukar untuk diakui kerana takut mencemar duli maruah diri dan keluarga serta karier politik dan jika tidak dilakukannya maka akan diakui tidak sama-sekali atau dinafikan dengan bermati-matian menegakkan kebenaran bahawa diri telah difitnah demi meyakinkan dunia Malaysia. DS Anwar sekali lagi berhadapan dengan tuduhan yang amat berat dan sekali lagi harus berusaha keras menjernihkan maruah diri beliau.

Mengikut kata sesetengah pihak khususnya orang-orang terdekat dengan DS Anwar, tuduhan yang dibuat ini ada kaitan rapat dengan DS Najib tetapi Buletin Utama TV3 sebentar tadi (jam 8.00 PM - 30 Jun 2008) memperlihatkan DS Najib menjawab sangkaan tersebut adalah tidak benar jika mahu mengaitkan beliau yang kononnya mengaturkan konspirasi jahat kerana si pembuat laporan polis itu dikatakan oleh DS Najib pernah datang ke pejabat beliau berjumpa dengan pegawai-pegawai beliau bagi tujuan mendapatkan biasiswa pelajaran daripada pihak kerajaan kerana si pembuat laporan itu adalah juga mewakili persatuan pelajar di kolejnya.

Jadi sekiranya DS Wan Azizah mahu berlandaskan gambar yang dirakamkan oleh si pembuat laporan itu di ruang legar pejabat Timbalan Perdana Menteri maka tidaklah boleh diambilkira. Mengikut kata DS Najib lagi, budak muda itu merakamkan gambar di situ lebih 3 bulan yang lalu dan juga pernah bergambar dengan beberapa pegawai dan pemimpin-pemimpin lain sebelum ini. Apa pun kita perlu adil menunggu PDRM membuat siasatan.

Untuk situasi semasa memanglah menjadi adat sesiapa pun yang kena tuduh menolak dakwaan itu dengan mengatakannya sebagai satu tuduhan palsu yang berbau fitnah untuk menjatuhkan karier politik DS Anwar. Orang yang kena tuduh berhak mempertahankan maruah diri dan berhak membela diri. Untuk mempercayai bulat-bulat pun adalah tidak adil kerana proses siasatan sedang dilakukan. Kita harus sabar menunggu apakah hasil keputusan siasatannya nanti.

Cuma di sini tuan empunya diri yang dituduh, ahli keluarganya dan penyokong-penyokongnya memanglah tidak boleh menerima hakikat dakwaan ini dengan terus menafikannya dan menganggap isu ini satu fitnah jahat oleh pihak tertentu yang kononnya bermotifkan politik yang mahu menamatkan terus karier politik DS Anwar. Begitu jugalah di pihak yang tidak menyokong DS Anwar maka dakwaan ini terus dipercayai bulat-bulat kerana mengaitkan perilaku lama DS Anwar sebelumnya ketika memegang jawatan TPM dulu. Kesimpulannya, jangan mudah mempercayai dan tidak juga mudah untuk menolaknya.

Tunggu dan lihat sahaja dulu hasil siasatan mengikut undang-undang dunia di negara kita. Jika undang-undang yang ada dirasakan tidak adil dan berkeinginan mengetahui akan kebenarannya, umat Islam haruslah ikut kaedah yang disuruh Allah swt dan Rasulullah saw iaitu berwudhu' dan tunaikan Solat Istikharah sekerap yang mungkin sehingga diberikan petunjuk yang benar. Di situlah jawapannya yang paling tepat. Apakah petunjuk dari Allah swt masih juga mahu dipertikaikan? Selamat menunaikan Solat Istikharah memohon petunjuk Ilahi kepada seluruh umat Islam sejati.

Buat masa sekarang saya "reserve" dulu komen saya dan tidak mahu mengulas panjang tetapi hanya akan membuat ulasan selanjutnya setelah mendapat perkhabaran hasil siasatannya nanti. Berpeganglah pada HAK dan KEBENARAN.

Jika DS Anwar sudah berubah baguslah, alhamdulillah tetapi andaikata benar masih dilakukan beliau berlandaskan hasil keputusannya nanti maka penyokong-penyokongnya harus menerima dengan redha dan wajib menolak beliau sebagai pemimpin sebagai memenuhi tuntutan Allah swt dan amanat Rasulullah saw.


Namun jawapan yang tepat datangnya daripada petunjuk Allah swt jua. Jangan ada umat Islam yang tidak memohon petunjuk Allah swt kerana itu adalah sebaik-baik petunjuk. Jangan pula ada pemimpin yang hanya pandai bercakap soal-soal agama untuk mengelirukan rakyat tetapi di dalam isu ini sengaja dielakkan atau dinafikan. Lebih-lebih lagi dinasihatkan kepada semua Tok Guru dari golongan ulamak PAS yang menganggap diri mereka cukup hebat tentang ilmu agama.

Pemuda Pelapis
Merujuk laporan Utusan Malaysia Online 28 Jun 2008. Aktiviti songsang masih menjadi kegemaran pemimpin politik. Padan pun melata tumbuhnya kelab gay di ibukota Kuala Lumpur. Apa nak jadi ni? Lama-lama tak ada lagi lelaki minat perempuan kalau dah syok sesama jantina. Yang perempuan pulak syok sesama perempuan.

Tak kurang juga lelaki dan perempuan yang gemarkan dua hala sekaligus. Katanya, one way tak mainlah. Better try something extra-ordinary barulah ada ummpphhh! Buatlah Yeop, asalkan bahagia... akhirat esok pandai-pandailah jawab! Anak-anak kecil pun reti fikir, katanya, binatang pun tahu pilih jantan betina. Hairan manusia yang diberi akal yang mulia lebih hina daripada binatang. Nak panggil apa entah lagi... tak tahulah!

Liwat: Laporan polis terhadap pemimpin politik

KUALA LUMPUR 28 Jun - Seorang pemimpin sebuah parti politik didakwa meliwat seorang pekerjanya di sebuah tempat di ibu negara. Khamis lalu.Satu laporan polis mengenai dakwaan tersebut dibuat oleh lelaki berusia 23 tahun itu di Balai Polis Travers pada pukul 5.45 petang ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, laporan berhubung kejadian itu sudah dimaklumkan kepada beliau dan siasatan terperinci akan dilakukan.

Jelasnya, berdasarkan laporan yang diterima oleh polis, lelaki berkenaan mendakwa diliwat oleh pemimpin itu pada 26 Jun lalu di sebuah tempat di ibu negara.

"Lelaki berkenaan akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur esok atau Isnin ini untuk pemeriksaan kesihatan termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

"Siasatan terperinci akan dilakukan selepas menerima laporan DNA tersebut," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

Komen Pemuda Pelapis:

Agak-agak siapa punya kerja lagi ni? Pemimpin yang sama jugakah atau pemimpin baru? Masya'Allah tak habis-habis tabiat laknatullah. Jika orang yang sama faham-faham sendiri sudahlah... tapi kalau orang baru nak juga kita tahu siapa gerangannya? Inikah pemimpin politik di sebuah negara Islam? Betul ke Malaysia ni negara Islam? Islam Hadhari Dolah Badwi ke? Apa yang pasti kita sekarang berada di akhir zaman. Macam-macam bukti nyata telah diberikan petunjuk oleh Allah swt.

Biar dulu... tak mahu ulas panjang-panjang. Kita tunggu dan tengok nanti selanjutnya. Katanya Allahyarham Ibrahim Pendek, mari! mari! mari! kita tengok, kita tengok, siapa yang kena? siapa yang kena...?

Pemuda Pelapis
Apakah 3M itu? Lupakah kita dulu-dulu di zaman Tun Dr Mahathir menerajui kepimpinan negara beliau pernah melancarkan satu kempen yang diberi nama 3M iaitu Mendengar, Menulis dan Membaca. Kejayaan daripada kempen itu sehingga ke hari ini amatlah jelas sekali. Ramai juga golongan tua yang buta huruf pada asalnya telah berjaya digarab melalui konsep mendengar sehingga pandai menulis dan membaca.

Generasi rakyat yang lahir daripada kesinambungan pentadbiran Tun dulu adalah golongan yang lebih peka dan prihatin terhadap apa jua perkembangan semasa. Boleh dibanggakan kerana penerapan nilai-nilai 3M itu telah banyak memberi kesan yang positif kepada majoriti rakyat berbilang kaum pada hari ini. Maka tidaklah sia-sia kempen itu dilancarkan dahulu. Itulah pemimpin yang layak dimartabatkan sebagai pemimpin "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang" sebenarnya kerana Tun berpandangan jauh di dalam apa jua usaha-usahanya. Tiada yang tidak berjaya dilakukan Tun malahan semuanya menepati kejayaan.

Bunyinya begitu mudah 3M sahaja, seolah-olah tiada membawa apa-apa makna pun tetapi kesannya amatlah hebat sekali. Hasilnya hari ini rakyat berbilang kaum tidak kira apa jantina, bangsa dan agama, baik tua mahupun muda semuanya peka terhadap segala perkara dan tidak mudah diperbodoh-bodohkan atau diperdaya oleh pemimpin pemusnah. Cerdik pandai kian melata di bumi Malaysia pada hari ini dan sebab itulah rakyat bangkit memberi satu pengajaran dan tamparan yang cukup hebat kepada kerajaan pimpinan DS Abdullah pada PRU12 yang lalu.

Apakah isyarat pengajaran pada 8 Mac 2008 itu masih tetap tidak mahu diendahkan oleh DS Abdullah serta barisan kepimpinannya sehingga ke saat ini? Jika begitulah hajat di hati DS Abdullah untuk terus berdegil dan masih berangan-angan untuk terus bertakhta maka tidaklah salah untuk rakyat melabelkan beliau sebagai pemimpin yang tamak haloba dan gila kuasa yang hanya tahu Mengaut untung, Menipu rakyat dan Merompak harta negara. Itulah agaknya istilah 3M di sudut penjenamaan semula dan pandangan DS Abdullah. Selain daripada itu beliau juga seorang pemimpin yang Malas, selalu Mengantuk dan suka Mimpi di siang hari kerana masih menganggap rakyat terus menyokongnya walhal sangkaan beliau itu jauh meleset.

Kalau dibandingkan DS Abdullah dengan Tun Dr Mahathir amatlah jauh "panggang dengan api" atau bagaikan "langit dengan bumi" perbezaannya. Jika Mahathir Memajukan Malaysia Abdullah pula Makhluk Memusnahkan Malaysia.

Oleh itu DS Abdullah haruslah sedar diri bagaimana beliau dapat bertapak di jawatan PM jika tidak diberi laluan oleh Tun Dr Mahathir. Dari sudut kewibawaan dan kecemerlangan langsung tiada pada DS Abdullah cuma takdir sahaja yang menyebelahi beliau. Maka itu apabila sudah diberi rasa dan nikmat, berpada-padalah jangan sampai mengundang seluruh rakyat bangkit bertindak secara kekerasan. Jangan sekali-kali lupa rakyat Malaysia semakin hari semakin cerdik dan tidak kurang pula yang semakin berani. Kini DS Abdullah bagaikan cacing kepanasan kerana adanya Mukhriz Mewarisi Mahathir yang terus mendesak supaya beliau segera berundur meskipun Mukhriz telah beberapa kali diancam dengan pelbagai tindakan namun anakanda Tun itu tetap tabah dan tenang menghadapi apa jua kemungkinan sepertimana ayahandanya juga.

Sebelumnya Mokhzani didesak meninggalkan SIC, Mukhriz diancam tindakan oleh parti dan Mahathir diserang dengan pelbagai isu-isu lapuk dan fitnah, nampaknya satu pun masih belum lut lagi. Andaikata DS Abdullah dan barisannya terus ego mahu berusaha menunjuk jaguh terhadap 3M anak-beranak ini nescaya buruklah padahnya. Abdullah harus mengukur baju di badan sendiri. Sekali penangan Tun Dr Mahathir, singgahnya bagaikan petir. Berhati-hatilah!

ABDULLAH HARUS INGAT ASAL-USUL DIRI DAN KEMBALI KE PANGKAL JALAN.

Pemuda Pelapis
Semakin hebat ditekan dan diasak supaya berundur semakin galak Abdullah, anak dan menantunya berusaha untuk tidak melepaskan peluang bagi mengaut keuntungan berbilion ringgit bagi projek-projek "super mega" yang lebih mega daripada apa yang Tun Dr Mahathir tinggalkan supaya diteruskannya. Terkini kedengaran pula usaha-usaha cuba meragut dan membolot Petronas.

Memandangkan Tun Dr Mahathir masih di situ sebagai penasihat maka sedikit terhalang tindak tanduk mereka. Apa cara sekalipun terpaksalah menyerang mantan Perdana Menteri itu dengan segala isu-isu lapuk dan juga tergamak memfitnah dengan harapan mencari alasan untuk mengenepikan Tun daripada Petronas.

Kita juga tahu Tun telah mencabar Abdullah dan kumpulannya jika sekiranya berani mengambil tindakan terhadap Tun supaya melucutkan jawatan beliau sebagai penasihat di situ tetapi sehingga hari ini masih tiada apa-apa respon lagi. Apakah Abdullah dan kumpulannya takut Tun akan membongkar segala rahsia-rahsia mereka? Kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya nanti.

Mungkin dia sedar dia tidak akan lama mampu bertahan jadi apa sahaja yang boleh disebat dan disapu, eloklah dipercepatkan usaha itu sementara masih ada kuasa di tangan. Itulah pun punca utama kenapa Abdullah masih tidak mahu berundur. Dalam masa yang sama juga Abdullah licik memainkan peranan di sebalik tabir bersama anak dan menantunya untuk terus memperbodohkan barisan Kabinetnya yang lain.

Pendekata semuanya sedar mereka dipergunakan tetapi "paksa-rela" diri masing-masing untuk akur apa sahaja Abdullah perlakukan. Sudah tentulah masing-masing ada komisyen. Kalau tidak mana mungkin boleh tutup mulut dan diam sahaja. Ini fikiran anak-anak saya, takkanlah orang-orang tua bangka macam Najib dan seluruh barisan Kabinet semua tak reti nak berfikir?

Di dalam kelicikan kumpulan Abdullah pengkhianat ini bertindak merompak harta negara, dalam diam juga beliau mengaturkan pelbagai kaedah dan langkah untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden parti dan terus duduk sebagai Perdana Menteri yang tak tahu malu. Calon-calon lain tidak dibenarkan melobi atau meraih undi tetapi beliau saja yang bebas melakukannya sehingga sanggup menyekat kebebasan ahli-ahli parti menghadiri kenduri-kendara.

Macam-macam usaha bodoh yang ketara dilakukan Abdullah yang tak masuk dek akal tetapi tetap juga disokong oleh barisan MT untuk meluluskan usul tersebut. Betul-betul "hairan bin ajaib" kepala otak semua pemimpin di bawah telampuk Abdullah. Akal "brand" apa pun saya tak faham. Rata-ratanya memiliki akal yang cukup korup.

Kita tengok sajalah baru-baru ini kes Yong Teck Lee (SAPP), apabila ada mana-mana pihak yang tidak menyokong beliau saja maka terus dibuka fail siasatan BPR untuk kes-kes lapuk berbelas tahun yang lalu. Kerja itu sahajalah yang dia faham sebagai Perdana Menteri. Ugut... ugut... dan ugut... Apakah beliau ingat orang lain takut sangat dengan ugutan dia?

Dengan "Tun Dr Mahathir and the group" maaflah banyak-banyak, jika masih tak cukup fakta, kumpulkan banyak-banyak dahulu kot-kot berjaya menang kes tapi kalau gagal, siap sedialah menanti hari untuk kena "counter attack" habis-habisan. Jangan menyesal... sudahlah! Hanya itu sahaja pesanan yang mahu disampaikan.

Sebenarnya baik Abdullah mahu pun Najib dan beberapa kumpulan kaki ampunya pada ketika ini semuanya kecut perut setiap kali Tun Dr Mahathir mengeluarkan topik-topik baru di blog beliau. Pada mereka ini, sekadar memantau mungkin tidak cukup kuat maka terpaksalah menggunakan khidmat pakar IT untuk diupah mengkhianat blog Tun dan juga sebahagian penyokong-penyokong kuat Tun yang lainnya.

Itulah manusia apabila sudah terdesak, sanggup melakukan apa sahaja bagi berusaha menyekat tembelang mereka daripada pecah dan berbau pekongnya. Hendak mengalah takut pulak dianggap mengakui kesalahan maka terpaksalah meneruskan agenda-agenda jahat mereka. Berharapkan, "untung sabut timbul, untung batu tenggelam". Kita tengoklah apa yang bakal terjadi nanti.

Memang banyak jika mahu dibongkarkan tentang Abdullah, anaknya dan Scomi serta menantunya yang bahlul itu termasuklah juga perihal Najib dan skandal-skandal lampaunya. Jika saya ada fakta-faktanya, sudah tentulah terlebih-lebih lagi yang ada pada Tun. Mungkin kumpulan pengkhianat itu boleh berbohong kepada rakyat-rakyat yang tidak tahu menahu kisah sebenarnya tetapi dengan ahli-ahli kumpulan penyokong Tun rasanya eloklah pergi main jauh-jauh sebelum terjerat diri sendiri.

Itulah gamaknya blog saya turut mahu dicerobohi puak-puak mereka. Rasa tidak tenteram sentiasa menghantui orang-orang jahat seperti mereka. Itu telah menjadi hukum Tuhan sejak azali, memang tak boleh lari. Sebelumnya blog Pemuda Pelapis diintip PDRM (24 jam) untuk tempoh beberapa hari pada akhir Mei 2008 dan di awal Jun 2008 yang lalu. Apa yang dirisaukan sangat atau apa tujuan pun... entahlah! Jawapannya mudah, mereka takut pada bayang-bayang sendiri sehingga terpaksa menggunakan khidmat polis.

Kepada Abdullah, Najib dan seluruh kroni-kroni kaki ampu, jika mahu beringat maka beringatlah. Kita hidup bukan menongkat langit. Eloklah segera kembali ke pangkal jalan sebelum musibah besar bakal menimpa diri sendiri.

Besar malunya nanti, sampai bila-bila pun tak akan dilupakan rakyat. Eloklah cepat-cepat bertaubat sementara masih ada masa. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Sekadar menasihati tetapi jika tak mahu mengendahkan pun tak apa. Biarkan masa sahaja yang bakal menyelesaikan segala-galanya nanti.


Pemuda Pelapis
Jam 8:30 PM sebentar tadi (26 Jun 2008) saya baru pulang ke rumah dan 15 minit kemudiannya saya sambungkan komputer saya lalu mengakses ke blog Pemuda Pelapis. Terpinga-pinga saya melihat seseorang telah cuba mengakses blog ini dan sedang berusaha memadamkan gambar-gambar di atas tetapi sempat saya menukar "password" dan "signed-out" untuk menghentikan aktiviti pencerobohan itu.

Baru-baru ini semua orang tahu blog asal www.chedet.com milik Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah turut diceroboh sehingga beliau terpaksa menyediakan sebuah laman baru. Ini diyakini bukan kerja orang lain tetapi konco-konco Abdullah dan menantunya atau mungkin juga kroni-kroninya yang takut pada bayang-bayang sendiri. Tidak mustahil juga mungkin puak-puak penyokong "Najib and the gang" kerana kebelakangan ini ada beberapa topik yang menyentuh diri beliau telah saya paparkan. Mereka cukup takut dengan serangan media alternatif (blog) dalam keadaan sekarang untuk menjamin kedudukan politik mereka.

Oleh itu kepada seluruh rakan-rakan bloggers yang budiman, dinasihatkan agar anda sentiasa menukarkan "password" dari semasa ke semasa bagi mengelakkan aktiviti-aktiviti pengkhianatan seperti ini. Apa pun kepada seluruh penyokong-penyokong setia Tun Dr Mahathir yang menentang keras pengkhianatan Abdullah sekeluarga dan kroni-kroninya, teruskan usaha anda menyebarkan maklumat ini dan jangan sekali-kali gentar untuk terus menulis apa sahaja. Pergi jahanam dengan mereka! Sedaya-upaya mereka cuba berusaha menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara.

Dengan kejadian demi kejadian kebelakangan ini saya menyeru agar Tun Dr Mahathir segera membongkarkan segala-gala salahlaku pucuk pimpinan serta seluruh barisan kepimpinan Abdullah dan Timbalannya Najib agar diketahui umum sebelum lebih banyak lagi usaha-usaha jahat yang cuba menyekat kumpulan Tun Dr Mahathir. Saya percaya senjata dan pelurunya terlalu banyak ada pada Tun maka sebab itulah mereka semua amat takut.

Sekian dimaklumkan, semoga Tun mempertimbangkan untuk menyiarkannya dengan lebih banyak lagi.

HIDUP TUN DR MAHATHIR!
HIDUP TUN DR MAHATHIR!
HIDUP TUN DR MAHATHIR!

Pemuda Pelapis
Sejak kewujudan blog Tun lagi telah dilihat pucuk pimpinan negara mula merasa gusar ketidaktentuan, resah dan gelisah sehingga berlakunya anasir-anasir tidak sihat mensabotaj laman blog awal yang ditulis oleh Tun sebelum ini.

Adalah dipercayai perkara ini angkara Abdullah dan konco-konconya yang amat takut pada bayang-bayang sendiri kerana Tun mempunyai terlalu banyak fakta-fakta sahih untuk diketengahkan kepada umum terhadap setiap salahlaku pemimpin-pemimpin Umno serta parti-parti komponen lainnya.


Walau bagaimanapun, Tun tidak mudah patah semangat sebaliknya menukar wajah baru blog beliau dan mengisi semula artikel-artikel yang pernah ditulisnya sebelum ini tanpa sebarang kekurangan pun bagi usaha menjelaskan kepada rakyat situasi sebenar terhadap segala isu yang berlaku khususnya menjawab balas terhadap setiap usaha-usaha jahat yang cuba memeranginya.

Tun melawan arus dengan penuh ketenangan dan begitu berhemah sekali tanpa berasa gentar dengan segala ancaman yang dihadapinya demi mahu menegakkan kebenaran dan membela rakyat. Semua orang tahu Tun kini berusaha dengan niat murni untuk mengembalikan pentadbiran negara kepada landasan asal yang sebenarnya setelah dirobek teruk oleh kepimpinan Abdullah dan Najib.

Adalah tidak benar apabila ada pihak yang menuduh Tun cuba menghancurkan perpaduan Umno dan BN. Itu semua adalah fitnah semata-mata. Mereka yang membuat tuduhan itu adalah golongan konco-konco Abdullah yang tidak bertanggungjawab.


Di sepanjang Tun mula menulis sejak bulan Mei 2008 yang lalu, banyak rujukan-rujukan bermanfaat yang dapat membuka minda rakyat secara amnya. Di antara penulisan Tun adalah berkaitan isu-isu di sebalik tabir seperti pendedahan penyelewengan wang rakyat, politik keluarga, politik wang, kredibiliti pemimpin Umno, pengkhianatan pucuk pimpinan negara terhadap agama, bangsa dan negara, penyalahgunaan kuasa, kelemahan pucuk pimpinan, tidak memahami perjuangan, menjawab segala tuduhan dan fitnah terhadap dirinya serta keluarganya dan sebagainya.

Ulasan Tun Dr Mahathir tentang Abdullah dan Najib yang ditulis di laman blog beliau pada 17 Jun 2008 yang lalu agak menarik. Tun mendedahkan sejarah peralihan kuasa di zaman sebelumnya bagi menyangkal kenyataan Najib sebelum ini yang mahukan peralihan kuasa dibuat setelah keadaan stabil yang kononnya sebagai mengikut tradisi lama. Jelaslah Najib tidak memahami sebenar-benarnya sejarah perjuangan Umno dan tidak peka.

Nampaknya istilah "digula-gulakan" yang digunapakai oleh Tun masih tidak mampu difahami oleh Najib dan majoriti kepimpinan Umno pada ketika ini. Dalam pada ramai menganggap Abdullah sebagai lembik, bodoh, biol, dungu dan sebagainya, sebenarnya Abdullah begitu licik dengan pelbagai agenda bersama dengan anak dan menantunya. Yang terlebih-lebih bodoh dan biol ialah barisan Kabinet Abdullah yang masih terus menjadi "Pak Turut" membabi buta menyokong tanpa tahu hujung dan pangkal terutamanya Najib sendiri.

Daripada segala kenyataan dan ucapan Najib maka fahamlah kita bahawa Najib bukanlah seorang pemimpin yang berwibawa kerana gemar menuruti sikap pembohongan Abdullah tanpa menyelidiki sejarah silam. Najib banyak bercakap tidak menggunakan akal tetapi suka bercakap melulu ikut sedap mulut mengalahkan si tua yang nyanyok. Apakah rakyat menilai Najib layak untuk diangkat menggantikan Abdullah nanti?

Sudah tentulah tidak sekali-kali, maka haruslah kita semua bersatu hati di dalam menyekat kemaraan Najib. Saya menilai jika Najib diberi laluan, dipercayai Umno dan BN tidak mungkin juga akan pulih malahan negara akan lebih huru-hara kerana kredibiliti pemikiran Najib yang tidak terserlah di samping sikap semulajadi beliau yang tidak berpendirian teguh di dalam menangani sesuatu perkara. Rekod peribadi Najib juga didapati banyak tidak baik serta tidak menepati kehendak majoriti rakyat untuk menerajui kepimpinan negara.

Hakikatnya Najib adalah lebih lembik daripada Abdullah dan sebab itulah beliau sanggup dicucuk hidung oleh Abdullah untuk menuruti segala kemahuan Abdullah. Mujurlah Abdullah tidak berperangai pelik sepertimana Anwar Ibrahim, jika tidak Najib jugalah yang menjadi mangsanya. Kita khuatir dan bimbang jika inilah orang yang bakal mengganti Abdullah, jawabnya semakin malanglah rakyat dan negara. Masa akan terus terbazir begitu sahaja duduk di bawah telampuk kepimpinan yang dungu dan rakyat pula terus kerugian untuk jangkamasa yang lebih panjang.

Apabila Tun mula mendedahkan satu demi satu terhadap apa jua isu-isu semasa, rakyat lebih memahami dengan sebenarnya. Yang selama ini bodoh pun boleh menjadi cerdik. Itulah jasanya berdamping dengan Tun yang cendekiawan. Dulu saya pernah berkata, jika kita berkawan dengan orang pandai dan berilmu maka pandai dan berilmu jugalah kita di akhirnya nanti tetapi selagi kita bergaul dengan orang-orang yang dungu dan dangkal ilmu maka sampai bila-bila pun kita akan terus ikut menjadi dungu dan dangkal ilmu.

Ternyata keilmuan, ketajaman memori, kewarasan pemikiran dan kecekapan tindakan Tun masih terus terserlah meskipun usia Tun sudah mencecah ke angka 82. Khidmat Tun masih diperlukan oleh seluruh rakyat pada hakikatnya. Majoriti rakyat telah menyatakannya secara terbuka cuma segelintir saja yang masih malu-malu kucing sedangkan di sudut hati kecil amat memerlukan campurtangan Tun.

HIDUP TUN DR MAHATHIR!
HIDUP TUN DR MAHATHIR!
HIDUP TUN DR MAHATHIR!

Pemuda Pelapis
Semalam DS Najib mengumumkan ganjaran hadiah Sukan Olimpik kepada ahli-ahli sukan negara. Kata beliau, mana-mana ahli sukan yang berjaya memperolehi pingat emas akan diberikan ganjaran sejumlah RM1,000,000 tunai (RM1 Juta), bagi pingat perak ganjarannya RM300,000 tunai, manakala bagi pingat gangsa pula ganjarannya tetap ada sejumlah RM100,000 tunai.

Begitulah hebatnya kepimpinan hari ini akibat terlajak pandai atau sengaja buat-buat pandai kerana nak tunjuk ego diri masing-masing. Ini tentulah bukan idea Najib seorang tetapi ia melibatkan idea berkumpulan termasuklah Ismail Sabri Yaakob, Menteri Belia dan Sukan yang baru (yang paling dungu) bersama DS Abdullah dan kroni-kroninya yang lain.

Seimbas lalu mendengar kenyataan Najib malam tadi pun sudah cukup untuk menjadi bahan ketawa isteri dan anak-anak saya. Secara spontan anak kecil pun tahu menilai keadaan semasa ekonomi negara di kala rakyat menderita untuk hidup. Janganlah buat lawak keterlaluan kalau nak meraih kembali populariti sekalipun setelah mengumumkan beberapa keputusan yang tidak popular sebelum ini. Gunalah akal sikit secara lebih waras dan janganlah berfikir macam orang gila yang sudah hilang akal. Ini sajakah kredibiliti pemimpin kita yang ada?

Dalam situasi panas sekarang ini, rakyat tetap tidak akan nampak apa-apa kebaikan untuk dihargai selagi masalah semasa tidak bijak ditangani oleh pucuk pimpinan. Apa yang jelas, pengumuman Najib itu mengesahkan lagi kerajaan pimpinan Abdullah dan beliau begitu terdesak mahu meraih kembali sokongan rakyat secara mendadak tanpa mahu berfikir panjang akan risikonya. Mereka fikir mereka sudah cukup bijak di dalam membuat apa jua keputusan tetapi sebenarnya itu merupakan ganjaran bodoh kerajaan yang ada pada hari ini. Rasa-rasanya ini juga atas nasihat dan salah satu idea budak-budak terencat akal di tingkat 4.

Secara logik akal, ganjaran tersebut sama sekali tidak munasabah untuk diumumkan di dalam suasana semasa kerana banyak sebab-sebabnya. Di antara sebabnya adalah sepertimana pandangan ramai rakyat yang di e-melkan kepada Buletin Utama tadi yang mengatakan ganjaran itu adalah satu ganjaran yang keterlaluan.

Di samping itu juga, ianya adalah tidak adil kepada sesetengah golongan lain yang pernah menjulang dan memartabatkan negara sebelum ini. Pada ketika itu ekonomi negara dalam keadaan baik dan stabil di mana rakyat tidaklah terbeban seperti sekarang ini, kenapa tidak diberikan ganjaran sedemikian rupa? Kenapa di ketika inflasi ini di mana rakyat amat terbeban, kerajaan mengumumkan ganjaran setinggi itu? Bodoh atau cerdik namanya tu? Sendiri jawablah!

Nampaknya begitu jelas dan ketara betapa biolnya barisan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Jika terus dibiarkan puak-puak "mala'un" ini mentadbir negara, habislah punah dan hancur segala-galanya. Tak habis-habis berfikir guna kepala lutut!

NAJIB dinasihatkan BALIK KAMPUNG tanam jagung. HENTIKANLAH niat NAK JADI PM selepas Abdullah. Perkara remeh pun tak reti nak guna akal.

Pemuda Pelapis
Saya percaya isu kenaikan harga minyak 40% adalah punca utama kenaikan segala harga barang-barang keperluan harian. Boleh dikatakan majoriti rakyat tanpa mengira golongan pendapatan mana pun pasti terasa ianya amatlah membebankan. Daripada keseluruhannya, yang mungkin tidak terlalu terasa kemungkinan golongan berada dan korporat yang sering boros berbelanja (kerana terdedah dengan lubuk-lubuk buat duit) atau jenis golongan yang tidak berapa kisah.

Bagi PM, TPM, semua Menteri dan Timbalan Menteri adalah dipercayai mereka tidak mungkin terasa beban dengan situasi yang berlaku kerana mereka tidak rugi apa-apa pun. Masing-masing mempunyai elaun tetap, elaun perjalanan, elaun keraian, elaun lain-lain dan mungkin juga tuntutan-tuntutan elaun yang direka-reka bagi memperolehi pendapatan tambahan yang tidak mungkin dihalusi. Apa yang dituntut selalunya tidak dipertikaikan pun sebaliknya diluluskan sahaja untuk pembayaran.

Maka dengan pemotongan 10% elaun keraian (sebahagian kecil daripada elaun tetap sahaja) yang diumumkan oleh PM tempohari sebenarnya satu gimik dan pembohongan kepada rakyat sahaja. Untuk mencukupkan semula sejumlah 10% itu atau mungkin lebih lagi, akan timbul pula elaun-elaun rekaan lain yang tidak mustahil diada-adakan tanpa diketahui rakyat. Sesiapa yang pernah duduk menjawat atau sedang berada di sektor kerajaan pasti memahami perkara ini khususnya jika anda bertugas di bahagian pentadbiran dan kewangan.

Saya bercakap berpandukan pengalaman diri sendiri dari apa yang pernah saya lalui sebagai bekas kakitangan awam pada suatu masa dahulu (di bhg pentadbiran dan kewangan). Pegawai-pegawai bawahan (ikan bilis) nak menuntut elaun perjalanan dan apa-apa sahaja elaun meskipun benar, bermacam-macam kerenah terpaksa dilalui dan mungkin dipanggil untuk ditemuduga oleh ketua jabatan sehingga membawa kepada siasatan terperinci tetapi bagi pegawai-pegawai tinggi (jerung) selalunya amat mudah sekali diluluskan.

Malahan tuntutan-tuntutan elaun yang tidak benar pun tidak akan dihalusi sebagaimana pegawai-pegawai "ikan bilis" di mana-mana jabatan kerajaan pun. Janganlah ada yang tidak mahu mengakui kebenaran ini. Kepada mereka yang turut melalui pengalaman yang serupa, inilah masanya kita patut tampil mendedahkan kebenaran penyelewengan supaya seluruh rakyat memahami keadaan sebenar. Sama-samalah kita semua menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara di dalam mencari berkat kehidupan.

Bayangkanlah pada zaman tersebut, jumlah pegawai dan kakitangan awam baru cuma 800 ribu orang sahaja dan kini sudah mencecah 1.2 juta orang. Anda sendiri boleh mencongak dengan kira-kira "campur-tolak-kali-bahagi" berapa banyakkah kewangan rakyat telah dibazirkan oleh sektor kerajaan untuk pembayaran elaun sahaja jika hanya setiap seorang membuat tuntutan elaun palsu pada kadar RM1,000 hingga RM2,000 seorang setiap bulan?

Katakan hanya 30% daripada sejumlah 800 ribu itu adalah pegawai tinggi kerajaan, bersamaan 240 ribu orang. Jumlahnya RM240 Juta hingga RM480 Juta sebulan atau melebihi RM2.8 Bilion hingga RM5.7 Bilion setahun telah dirompak dengan cara yang licik. Hakikat sebenarnya adalah lebih daripada itu. Tapi adakah ini semua benar-benar dihalusi dan diperhatikan? Tidakkah BPR benar-benar arif tentang situasi ini? Jika ada yang tertangkap pun, berapa kerat sangat?

Cuba anda buat kira-kira sendiri dengan pertambahan pegawai dan kakitangan awam pada keadaan semasa hari ini. Sudah tentulah jumlahnya berkali ganda besarnya penyelewengan wang rakyat. Alangkah bagusnya wang-wang penyelewengan ini diagihkan kepada golongan miskin untuk membantu kehidupan mereka dan memberi pelajaran yang sempurna kepada anak-anak golongan miskin yang benar-benar memerlukan. Wang penyelewengan ini jika dapat diselamatkan, sebenarnya mampu untuk menangani masalah kemiskinan tegar di negara kita yang sepatutnya sudah lama dapat dibasmikan.

Rasionalnya dengan keadaan ini, secara tidak langsung bakal menjuruskan lebih banyak kegiatan penyelewengan wang rakyat oleh pegawai dan kakitangan kerajaan. Di samping itu, saya juga percaya bahawa dengan kekangan ekonomi yang melampau ini masalah jenayah akan bertambah dari hari ke hari akibat desakan kehidupan. Sejak peralihan kuasa daripada Tun Dr Mahathir kepada DS Abdullah dan Timbalannya DS Najib, rakyat nampak jelas kegiatan jenayah semakin menjadi-jadi di negara kita kerana kemasukan pendatang tanpa izin tidak terkawal dengan baik dan tiadanya langkah yang lebih praktikal diambil ke arah menanganinya. Kesimpulannya, Abdullah dan Najib bukanlah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap rakyat dan negara tetapi lebih mementingkan temolok sendiri sahaja.

Kepada seluruh pemimpin yang ada, anda dinasihatkan turun ke padang mendapatkan maklumat daripada rakyat. Rata-rata akan menjawab bahawa jenayah akan bertambah dengan keadaan ekonomi pada hari ini. Yang selama ini tidak pandai mencuri akan mula mencuri dan merompak, yang tidak pernah menipu wang orang akan pandai menipu kerana keperluan desakan hidup meskipun ada di antaranya tidak berniat untuk berbuat demikian. Adakah dosa-dosa mereka itu sudi ditanggung oleh Abdullah dan Najib?

Jika sekiranya tidak dipantau dengan baik oleh kerajaan atau tidak mahu dipertimbangankan semula secara lebih wajar oleh pucuk kepimpinan hari ini, nescaya masalah besar akan kian bertambah dari semasa ke semasa dan gejala-gejala buruk akan terus berleluasa sehingga menyukarkan pengawalan di kemudian hari nanti.

Subsidi Minyak Untuk Rakyat Dengan Pelaksanaan 2 Pam

Baru-baru ini DS Najib bercakap soal subsidi minyak kepada rakyat yang tidak harus dibiarkan untuk dinikmati oleh kenderaan-kenderaan jiran seperti Thailand dan Singapura dengan mencadangkan pelaksanaan 2 pam minyak berbeza di semua stesen-stesen minyak di seluruh negara khususnya di kawasan-kawasan berhampiran sempadan. Itupun setelah diharuk dan diasak teruk oleh rakyat berbilang kaum. Jika tidak, idea ini tak mungkin akan ditimbulkan oleh beliau.

Cuma di sini, saya merasakan buah fikiran Najib itu amatlah bodoh dan dangkal sekali sebagai seorang yang menjawat jawatan TPM iaitu pemimpin kedua tertinggi negara jika hanya berlandaskan nombor plat kenderaan semata-mata. Penipuan tetap akan berlaku sepertimana yang dituliskan oleh sahabat-sahabat bloggers yang ada saya terbaca. Sepatutnya Najib kena mengesyorkan kepada semua pemilik stesen minyak supaya mengemukakan MyKad serentak dengan nombor plat kenderaan bagi mengesahkan identiti sebenar. Sekadar MyKad ianya belum memadai.

Di sini pun ianya masih boleh dipertikaikan lagi kerana mungkin ada rakyat Malaysia di negeri-negeri sempadan menggunakan kenderaan bernombor plat asing khususnya Thailand kerana harga, cukai dan penyelenggaraannya masih murah. Saya menimbulkannya kerana saya ada beberapa kenalan yang menggunakan kenderaan yang didaftarkan di negara jiran Thailand dan Singapura. Bagaimana pula keadaannya?

Jika MyKad juga tidak boleh menyelesaikan masalah ini, apakah kaedah terbaik yang harus dilaksanakan? Sebab itulah sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan cadangan, fikirkanlah masak-masak terlebih dahulu. Hajat di hati bukan main besar mahu naik menjadi PM menggantikan Abdullah tetapi otak masih berpemikiran korup mengalahkan budak-budak nakal yang tidak berpelajaran.

Carilah jalan penyelesaian terbaik yang lebih konkrit. Jika Najib pening nak menyelesaikannya, sila email Pemuda Pelapis kerana saya mempunyai beberapa idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Janganlah buat-buat malu nak menghubungi saya untuk perkara-perkara yang bermanfaat. Kalau terus nak tunjuk ego dalam kebodohan, takkan sampai ke mana pun.


Pemuda Pelapis
Sepanjang perjalanan saya dan rakan-rakan menjelajah dari selatan ke utara tanahair semenanjung kerana berurusan, kami berpeluang singgah di merata-rata mukim serta daerah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Kata orang sambil menyelam sambil minum air. Sempatlah bertemubual dengan ramai orang dari semua golongan kaum, usia dan jantina.

1. Ketika berada di Kota Tinggi, Johor Bahru, Batu Pahat dan Kluang, saya serta rakan-rakan singgah menjamu selera di merata-rata warung, kedai kopi dan restoran dari sarapan pagi sehinggalah makan malam dan juga lewat malam. Rata-rata mereka yang kami temui, pada hakikatnya sungguh meluat dan amat membenci kedua-dua pucuk pimpinan tertinggi itu pada realiti yang sebenarnya. Hanya beberapa kerat kaki ampu sahaja yang terus menyokong tanpa ikhlas demi jawatan dan macam-macam agenda tersendiri.

Ada di antaranya menyebut nama pun mereka tak sanggup. Nak pandang muka apa entah lagi. Begitulah betapa hebatnya kepengaruhan dua pemimpin itu yang sebelum ini gah berkata kepimpinan mereka begitu mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi oleh rakyat dan seluruh akar umbi.

Nah kau! Rupa-rupanya pengaruh kebencian yang cuba hendak disampaikan kepada kita semua dan bukannya pengaruh sokongan. Kenapalah tampil MARA-nya-DO-lah-NA-jib tak mahu cerita yang benar? Rasa-rasa berapa lama mampu nak bertahan dengan pembohongan terhadap rakyat?


2. Dalam perjalanan ke utara kami sempat singgah di beberapa tempat di Melaka dan Negeri Sembilan termasuklah Rembau yang kononnya kubu kuat menantu DS Abdullah, ceritanya juga tiada banyak beza sepertimana di Johor. Kebanyakannya meluahkan ketidakpuasan hati yang hampir serupa malahan di daerah yang tinggi adat pepatih ini, banyak pula cerita-cerita yang lebih menarik.

Ia lebih tertumpu kepada bagaimana Khairy Jamaluddin yang sepenggal lalu diangkat naik ikut pintu belakang oleh bapa mertuanya sehingga menaikkan kemarahan sebilangan besar masyarakat setempat. Walaupun saya sendiri sudah tahu hal-hal yang sebenarnya sebelum ini tapi mendengar kali kedua dapatlah mengesahkan cerita awal dahulu. Mengikut kata veteran-veteran dan sebilangan pemuda di situ tentulah ianya melibatkan politik wang supaya semua orang terpaksa menutup mulut dan harus akur untuk menyokong menantu PM. Ertikata lainnya sokongan terhadap Khairy adalah bukan sokongan tulin tetapi sokongan yang dibeli dengan wang ringgit dan bukannya secara jujur dan ikhlas.

Padanlah pun PRU12 yang lalu majoriti kemenangan BN begitu ketara berkurangan jika dibandingkan dengan PRU11 sebelumnya. Secara tidak langsung apa sahaja kenyataan saudara Azman Mohd Sah (yang bakal mencabar Khairy) tentang Khairy itu benarlah jawabnya. Kita tunggu dan lihat sajalah pemilihan Ketua Pemuda Bahagian Rembau nanti. Juga disarankan agar BPR kenalah bekerja keras sikit membuat pemantauan di mana-mana saja proses pemilihan diadakan. Janganlah pula BPR turut hanyut dengan "RM" yang tak mustahil akan disogokkan. Malanglah nasib rakyat seandainya pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan tidak amanah menjalankan tugas.

3. Sementara khabar dari utara pula iaitu di Tanjung Malim, Ipoh dan Taiping, Perak, saya sempat mengumpulkan sedikit maklumat pandangan masyarakat setempat. Semuanya cerita tak puas hati sejak keputusan PRU12 dulu lagi. Apatah lagi setelah kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan seperti beras melonjak sekali ganda sedangkan itu adalah makanan ruji (harian). Keseluruhan yang saya temui, semuanya mengutuk dan mencaci hebat terhadap DS Abdullah dan DS Najib.

Kata mereka kedua-dua pemimpin itu samalah macam buah kelapa muda yang dah tak ada isi akibat ditebuk tupai. Mereka mengibaratkan tengkorak kepala kedua-dua pemimpin itu kosong tidak berotak. Kata mereka lagi, jika Abdullah dan Najib berakal, mana mungkin kita boleh jadi huru-hara sampai lagu ni. Jelas seorang lelaki Cina yang fasih berbahasa Melayu yang hanya mahu dikenali sebagai Mr Khoo sahaja, katanya kita mempunyai dua pucuk pimpinan tertinggi yang paling dungu dalam sejarah politik negara. Itulah pandangan rambang yang dikutip daripada daerah-daerah di Perak.

4. Dua hari terakhir pula, saya dan rakan-rakan menghabiskan masa berurusan di Kedah dan Pulau Pinang sahaja. Masa amat terhad untuk kami menjengah ke Perlis. Ketika di Kedah, kami berpecah dan saya dengan isteri hanya sempat singgah di Sungai Petani dan Alor Star sahaja. Di Pulau Pinang, saya dapat meluangkan masa lebih lama untuk berhenti rehat di Balik Pulau, Butterworth dan Kepala Batas, kampung DS Abdullah.

Di Pulau Mutiara itu saya lebih menumpukan kepada masyarakat Cina dan India khususnya ketika singgah di Balik Pulau dan Butterworth. Daripada 10 orang yang ditemubual, 8 daripadanya terang-terang cakap tak mahu dengar PM sama TPM punya nama. Ditatapnya suratkhabar yang terpampang wajah kedua-dua pemimpin itu, saya lihat dijentik-jentiknya gambar pada suratkhabar berkenaan sehingga tembus dan koyak sambil nada suara dialek Cina yang berbunyi maki-hamun (tak perlulah saya tuliskan di sini - faham-faham sendiri sudahlah kebiasaan kaum Cina sebut).

Secara spontan saya dapat bayangkan, jikalau-lah dua pemimpin itu tiada dikawal "body guard" dan keluar bersendirian bersama keluarga, tak mustahil dalam suasana rakyat mengamuk di sana sini hari ini, pasti ada yang tergamak menyinggahkan penyepak atau mungkin penumbuk ke muka mereka. Saya sendiri melihatkan gelagat mereka pun seriau semacam saja. Begitulah angkara dua orang PRIMA-DO-lah-NA-jib yang amat lemah pemikiran serta tidak bijak mentadbir negara. Akibat kedunguan dua individu utama, berpuluh juta rakyat dibebani masalah yang amat menghimpit. Macam mana orang tak marah?

Terakhir sekali adalah info daripada Kepala Batas, kampung halaman Abdullah sendiri. Pun sama juga tak ada siapa pun yang saya jumpa mengatakan sokong atau setuju dengan kepimpinan Abdullah. Oleh kerana saya sendiri amat-amat benci kepada Abdullah maka setiap kenyataan orang kampung dia sendiri kata Abdullah bagaikan kacang yang lupakan kulit dan muka tak tahu malu, cukup puas hati di dengar. Apa tidaknya, bukan senang nak dengar ulasan ikhlas macam tu daripada orang kawasan dia sendiri. Selalunya tukang kipaslah yang ramai. Tapi dengan situasi semasa yang mencengkam, tamparan terhadap Abdullah cukup hebat di mana-mana sahaja. Adalah dipercayai jika kata pilihanraya diadakan semula, nescaya 200% saya berani jamin Abdullah pasti tumbang menyembah bumi di situ.

Rumusannya

Daripada kesemua daerah dan negeri yang sempat saya jelajahi dan singgah untuk tempoh hampir seminggu itu, saya mencongak lebih 80% masyarakat umum tidak dapat menerima Abdullah lagi serta turut menolak Najib sebagai pengganti. Alasan-alasan penolakan terhadap Najib di antaranya adalah menilai di sudut kebodohan yang ketara, tidak berpemikiran dinamik, sanggup dicucuk hidung bagaikan lembu diheret Abdullah, pengecut untuk menegur dan bersuara, tiada berpendirian dan sebagainya.

Daripada pandangan sesetengah yang lain mengatakan Najib mempunyai banyak skandal perilaku di masa silam dan rasuah-rasuah. Bila ditanya balas, rata-rata orang sebelah utara menjawab, Tun Dr Mahathir ada banyak jawapan tentang itu kerana Tun banyak melindungi maruah Najib. Apabila direnungkan, ada benar juga kata-kata mereka itu kerana kita nampak Najib tidak berani untuk bersuara lantang bagi membalas segala kritikan-kritikan Tun Dr Mahathir. Mungkin jika Najib terlanjur mencemar maruah Tun nescaya peluru berpandulah yang bakal Tun lepaskan untuk mematikan kemaraan Najib. Maka itulah Najib terus berperanan dengan slogan "Play Safe" meskipun hatinya membengkak di dalam, tinggal hari saja untuk pecah bernanah.

Benar atau tidak benar, sebagai rakyat warganegara, sama-samalah kita menggunakan hak masing-masing bagi meminta ianya disiasat seadil-adilnya. Tidak kira Abdullah, Najib atau pun sesiapa sahaja Menteri dan Timbalan Menteri pun, jika diragui ramai maka wajiblah diambil tindakan untuk disiasat akan segala salahlaku sebagaimana mereka-mereka menyiasat Tun Dr Mahathir dalam banyak hal yang sengaja diada-adakan. Sehingga sekarang satu kes pun tak juga melekat? Oleh itu, fikir-fikirkanlah, untuk apa lagi sokongan perlu diberikan kepada Abdullah dan Najib serta kroni-kroninya?

Pemuda Pelapis
Saya sedang menyiapkan beberapa artikel penulisan terbaru untuk dikongsikan di laman ini. Ada yang telah siap dikarang dan ada yang sedang ditulis tetapi malangnya menghadapi sedikit masalah teknikal untuk "upload" ke laman blog Pemuda Pelapis kerana masalah CPU.

Saya percaya ini hanyalah masalah kecil yang sementara sahaja. Mungkin dalam tempoh dua atau tiga hari, perkara ini akan dapat diatasi dengan segera. Saya juga merasa sedikit hampa kerana tidak dapat memuatkan artikel penulisan terbaru saya dengan lancar akibat masalah yang dialami yang tidak diundang. Nampaknya saya mungkin kena "format" semula PC saya untuk memastikan tiada lagi masalah di masa akan datang.

Bercakap tentang "format" ni rasanya macam tak sanggup nak buat. Ianya tidaklah serumit mana pun cuma satu kerja yang amat membosankan saya. Apa pun jua saya akan cuba mengusahakannya secepat mungkin. Cepat disiapkan maka cepatlah dapat saya siarkan semua artikel-artikel terbaru penulisan saya untuk berkongsi pengalaman penjelajahan saya beberapa hari yang lalu di samping mengulas sedikit isu-isu semasa yang panas-panas.

Semoga pengunjung setia blog Pemuda Pelapis terus setia dan bersabar. Bagaimana panasnya isu-isu semasa, begitulah bakal merah menyala muka DS Abdullah dan DS Najib bagaikan udang kena bakar apabila ianya dipaparkan nanti. Pekong demi pekong akan dibongkarkan sedikit demi sedikit (lama-lama menjadi bukit, membengkak dan bernanah).

Yang pastinya kedua-dua mereka itu WAJIB disingkirkan oleh seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum tanpa kompromi. Masanya sudah tiba untuk Malaysia berubah dengan apa cara sekali pun. Lemak sudah bertempek dan harus dicuci. Jika terus dibiarkan, nanti ramai pula rakyat kena "attack" sakit jantung membela spesis biawak-biawak hidup yang terus bermaharajalela membaham anak-anak ayam yang tidak berdosa.

Sekian dimaklumkan. Semoga bersua lagi seterusnya.

Pemuda Pelapis
Di ketika masa saya yang begitu terhad di dalam talian (online) untuk beberapa hari lalu sejak 11 Jun 2008, isu yang terus hangat diperkatakan ketika itu masih lagi tentang kenaikan harga minyak dan harga barang-barang keperluan utama di samping beberapa isu lain. Sedikit sebanyak akan saya sentuh kesemuanya secara am pada topik-topik berikut.


Untuk artikel ini, saya mahu menyentuh sikap terpuji seorang peniaga gerai makanan yang amat prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat di dalam meringankan bebanan berbelanja khususnya kepada pengembara, pelancong atau golongan yang sering makan dan minum di luar di ketika waktu kerja. Kedai RM2 sinonim diketahui umum sebagai kedai barangan plastik dan pelbagai (produk buatan China) yang tumbuh bagaikan cendawan di merata-rata tempat namun gerai makanan RM2 hanya satu-satunya sahaja di negara kita sehingga hari ini terletak di Jeti Kuala Kedah.

Sebelumnya kisah peniaga ini telah beberapa kali dipaparkan oleh akhbar Utusan Malaysia Online pada 11 Jun 2008 dan juga pada 12 Jun 2008, sementara Kosmo Online pada 12 Jun 2008 juga turut memaparkannya. Berita Kosmo Online pada 14 Jun 2008 pula memaparkan anugerah yang bakal diberikan oleh kerajaan negeri Kedah kepada pemilik gerai tersebut, Khalid Ahmad, 41, sebagai jasa beliau yang berhasrat murni mahu membantu rakyat dengan mempertahankan harga RM2 sejak 20 tahun yang lalu itu meskipun di dalam situasi inflasi hari ini.

Di antara blog rakan blogger yang tertarik dengan konsep peniaga tersebut yang saya baca sebelumnya ialah di blog duniatiger.blogspot.com (saudara Dato’ Ibrahim Yahaya) yang turut memaparkan berita berkenaan. Katanya jika pemilik gerai RM2 itu boleh mengusahakannya, kenapa orang lain tidak boleh?

Ketika saya menjelajah dari selatan ke utara semenanjung, saya tidak berkesempatan singgah di gerai tersebut kerana masa yang terhad tetapi sahabat saya sempat mengambil peluang untuk berhenti rehat menjamu selera di situ. Sahabat saya menghubungi saya bagi memaklumkan keadaan sebenar setelah menemubual pemiliknya sendiri.

Kebetulan sahabat saya itu dijamu dan diraikan oleh rakan wartawan beliau pada 15 Jun 2008, semasa berada di sana. Keesokannya saya terbaca kisah sahabat saya yang singgah di gerai RM2 itu dipaparkan di akhbar Kosmo (16 Jun 2008). Oleh kerana kali ini tiada dimuatkan di dalam Utusan Online atau juga Kosmo Online maka saya mengimbas (scan) keratan akhbar itu untuk dipaparkan di blog Pemuda Pelapis.

Klik pada gambar untuk membaca dengan lebih jelas

Apa yang saya mahu tekankan di sini ialah sikap terpuji dan kebertanggungjawaban peniaga bernama Khalid Ahmad, 41, itu yang tinggi nilai budinya dan masih mempertahankan harga RM2 sejak 20 tahun yang lalu bagi meringankan bebanan rakyat, agar mampu dicontohi oleh semua para peniaga gerai makanan lain di seluruh Malaysia dan bukannya mengambil kesempatan dengan harga minyak yang naik serta harga barang-barang keperluan yang meningkat secara mendadak.

Kebanyakan peniaga gerai makanan (yang setaraf) sering memberikan pelbagai alasan mengatakan tidak untung malahan rugi adalah tidak munasabah jika dibandingkan dengan saudara Khalid Ahmad (pemilik gerai RM2 di Jeti Kuala Kedah) yang masih jelas mengatakan tetap ada untung walaupun ianya tipis.

Apa yang lebih menarik, sahabat saya ketika menghubungi saya memberitahu, pemilik gerai itu masih mampu memberi hutang kepada pelanggan yang tidak mampu membayar tunai meskipun harganya cuma RM2 dan jelas terpampang senarai nama si penghutang (pelanggan tetap tempatan) dipamerkan pada papan putih (white board) di gerai beliau.

Jika ini mampu diamalkan oleh sebilangan besar peniaga-peniaga lain nescaya kekangan ekonomi pada hari ini tidaklah terlalu dirasakan terbeban walau pada hakikatnya ianya amat membebankan. Konsep “menang-menang” kurang dipraktikkan di antara peniaga dan pelanggan sebaliknya keuntungan berlipat kali ganda-lah yang sering menjadi sasaran peniaga pada kebiasaannya. Tapi ianya amat berbeza bagi saudara Khalid Ahmad yang telah sekian lama berniaga di Jeti Kuala Kedah.

Semoga apa yang diusahakan oleh pemilik gerai makanan RM2 di Kuala Kedah itu harus dijadikan contoh yang baik untuk diteladani oleh semua peniaga gerai makanan di seluruh negara dengan konsep yang sama. Ini sebenarnya pemangkin di dalam menjana keuntungan di mana para peniaga memperolehi untung secara “volume” apabila dikunjungi oleh lebih ramai pelanggan. Dengan meletakkan harga yang mahal, kadangkala orangramai kurang mahu mengunjungi gerai-gerai makanan di dalam keadaan mahu berjimat-cermat khususnya di dalam situasi semasa ini.

Oleh itu kepada semua peniaga gerai, saya sarankan supaya memikirkan kebaikan kaedah ini jika mahu gerai-gerai anda dikunjungi oleh lebih ramai bilangan pelanggan daripada lengang tanpa dikunjungi.

Akhirkata, saya mendoakan saudara Khalid Ahmad (pemilik gerai makanan RM2) mendapat berkat di dalam perniagaannya dan semoga kerajaan negeri Kedah dapat membantu beliau mengembangkan lagi perniagaannya dengan memperbaiki semula prasarana di sekeliling medan selera itu yang agak uzur, agar kelihatan lebih sempurna dan lebih ceria, di samping menghulurkan bantuan kewangan atau bantuan peralatan bagi memperbaharui imej gerai tersebut.


Pemuda Pelapis
Salam bahagia dan salam hormat buat seluruh pengunjung dan pembaca setia blog Pemuda Pelapis. Saya akan kembali mengemaskini blog Pemuda Pelapis untuk menulis artikel-artikel terbaru sebagai perkongsian maklumat dan pengalaman-pengalaman menarik di sepanjang penjelajahan saya serta rakan-rakan ke utara semenanjung hinggalah ke selatan tanahair untuk beberapa hari yang lalu.

Sambil saya berurusan soal perniagaan, sambil saya mengutip segala pandangan dan pendapat umum masyarakat. Secara tidak langsung saya akan mendedahkan perkara sebenarnya kepengaruhan DS Abdullah dan DS Najib pada realiti hari ini tanpa perlu untuk rakyat memegang atau mendengar apa yang sering diperkatakan oleh kedua-dua pucuk pimpinan sebelum ini yang kononnya mereka terus disokong tanpa berbelah bagi. Apa yang pasti kenyataan mereka itu adalah satu pembohongan yang cukup besar terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Saya kira dengan usaha turun ke padang menemubual masyarakat bagi mengumpulkan sedikit maklumat adalah satu pengalaman yang sungguh menarik untuk dikongsikan dengan saudara dan saudari sekalian. Jadikan segala apa yang bakal saya paparkan nanti sebagai suatu bahan rujukan untuk kita sama-sama fikirkan dan menilainya dengan penuh pertimbangan yang waras.

Inilah baru dinamakan turun padang untuk menyelami kesengsaraan rakyat setelah berlakunya kekangan ekonomi yang amat membebankan rakyat secara keseluruhannya. Malangnya pemimpin-pemimpin kita yang ada pada hari ini hanya bijak bercakap sahaja daripada bekerja. Sebilangan besarnya tidak bertanggungjawab untuk mengambil tahu permasalahan rakyat yang tertekan dengan keadaan inflasi negara.

Oleh kerana baru sahaja pulang dan masih lagi kepenatan maka saya perlu mengambil sedikit masa untuk mencukupkan rehat diri terlebih dahulu sebelum saya mula menulis kembali seperti hari-hari biasa. Mohon semua pengunjung dan pembaca setia blog Pemuda Pelapis agar dapat bersabar sehinga artikel-artikel terbaru terpapar di laman ini.

Sekian semoga berjumpa lagi seterusnya.

Pemuda Pelapis
Salam bahagia dan selamat sejahtera kepada seluruh pengunjung blog Pemuda Pelapis yang saban hari menjenguk di laman ini khususnya kepada tetamu-tetamu setia yang tidak pernah jemu singgah di laman ini. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah sudi meluangkan masa di sini.

Juga terima kasih kepada pengirim-pengirim e-mel yang ada bertanya secara peribadi, ke mana saya menghilang kerana tidak nampak apa-apa topik baru yang dikemaskini di blog Pemuda Pelapis sejak sehari dua ini. Perjalanan saya agak jauh ke selatan dan juga ke utara semenanjung atas urusan-urusan perniagaan kerana perlu berusaha dengan lebih gigih disebabkan situasi semasa yang mendesak akibat kekangan ekonomi yang tidak diundang.

Kebelakangan ini, saya tidak berkesempatan mengemaskini blog Pemuda Pelapis bagi dimuatkan dengan artikel-artikel penulisan yang baru disebabkan kesuntukan masa dari pagi hingga ke lewat malam. Apa pun saya tetap mengikuti segala berita-berita dan isu-isu semasa melalui media arus perdana mahupun media alternatif baru (blog) di internet.

Jika mahu diulas rasanya sudah tentulah banyak topik-topik baru yang panas yang boleh ditulis. Namun demi masa saya telah membuat catatan semasa yang mungkin akan dirumuskan secara am dalam sedikit masa nanti setelah semua urusan penting dapat diselesaikan dengan seberapa segera dengan izin yang maha esa.

Untuk keadaan hari ini, saya mahu anda semua berfikir akan kewajaran tindakan yang perlu dilakukan oleh seluruh rakyat Malaysia terhadap kerajaan pimpinan DS Abdullah dan DS Najib yang telah banyak membebankan rakyat dan amat mengecewakan.

Rujuklah beberapa topik terakhir yang saya tulis dan renungkan sejenak sambil berfikir terhadap apa yang saya sarankan tersebut jika kita semua mahukan sesuatu perubahan yang lebih drastik. Suara tanpa tindakan tidak membawa apa-apa kemajuan dan tidak akan sampai ke mana-mana. Selagi kita berdiam diri, selagi itulah kita tetap duduk di takuk lama sampai bila-bila selagi tidak memberi impak balas terhadap kerajaan hari ini.

Andaikata jika ianya mampu dilakukan segera untuk sekali sahaja, nescaya sampai bila-bila kerajaan pimpinan sesiapa pun tidak mungkin akan melupainya. Kesannya amatlah hebat jika majoriti rakyat bergabung dan bersatu hati melaksanakan tindakan itu. Apa kata mulakan percubaan dengan hanya satu jabatan yang paling penting (frontline) bagi negara iaitu Jabatan Imigresen Malaysia dahulu. Mogoklah dan tengoklah kesannya apa yang bakal terjadi.

Berfikirlah! Bersatulah! Bertindaklah! Selamat maju jaya!

Pemuda Pelapis
Di dalam situasi rakyat amat tertekan dengan kenaikan kos hidup yang terlalu tinggi akibat daripada kenaikan harga minyak yang mendadak dan harga barang-barang keperluan harian, adalah masih tidak wajar jika kerajaan hanya sekadar memotong elaun keraian sahaja di mana ianya hanyalah sebahagian kecil daripada elaun keseluruhan. Janganlah menjadikan ini sebagai satu gimik-gimik tambahan untuk terus memperbodohkan rakyat.

Elaun yang diminta oleh rakyat tempohari agar dibuat pemotongan 70% adalah daripada elaun tetap keseluruhan dan bukannya daripada elaun keraian sahaja. Sepertimana artikel penulisan saya sebelumnya, setidak-tidak pun haruslah dipotong sejumlah 30% daripada jumlah penuh dan bukannya dipotong 10% hanya pada elaun keraian sahaja. Di samping itu rakyat juga mahukan pemotongan elaun sejumlah yang sama terhadap semua wakil-wakil rakyat parti pembangkang sebagai menunjukkan keprihatinan apa yang ditanggung oleh rakyat, barulah adil.

Jika ini sahaja yang dilakukan nampaknya kerajaan masih belum benar-benar ikhlas bersedia merasai kesengsaraan rakyat sedangkan di ketika ini rakyat tiada pilihan lain selain terpaksa mengharungi keperitan hidup seharian. Apakah merugikan kerajaan dan wakil-wakil rakyat jika dibuat pemotongan seminima 30% sepertimana yang disarankan?

Janganlah menganggap pemotongan 10% elaun keraian itu sebagai satu pengorbanan ahli-ahli Kabinet terhadap rakyat tetapi sebenarnya usaha itu bermaksud kerajaan terus bermain tarik tali untuk mengelirukan rakyat. Apakah besar sangat jika terpaksa berkorban sebanyak itu sedangkan ada di kalangan sesetengah rakyat yang tidak makan sehingga terpaksa berikat perut. Tahukah kerajaan tentang semua ini? Belajarlah bersikap lebih bertanggungjawab sebelum kemarahan rakyat semakin memuncak.

Oleh yang demikian, saya tetap menyarankan agar seluruh pegawai dan kakitangan kerajaan termasuklah sektor swasta supaya bertindaklah dengan berani di dalam memberi impak balas terhadap kerajaan sebagai satu pengajaran yang paling berkesan sepertimana saya syorkan pada artikel sebelumnya (di bawah tajuk ini).

Itulah sebaik-baik kesan yang mana kerajaan tidak akan lupa sampai bila-bila sekiranya ia mampu dilaksanakan. Jika usaha pengajaran yang berkesan tidak diberikan kepada kerajaan, rakyat akan terus menjadi mangsa di atas keputusan-keputusan tidak bijak yang dibuat kerajaan pada masa-masa akan datang.

Fikir-fikirkanlah, sampai bilakah rakyat seperti kita harus akur dengan apa sahaja keputusan kerajaan? Sudah tiba masa dan saatnya kita harus memprotes secara lebih berani dan bijaksana supaya kesan keperitan ini benar-benar dirasai oleh kerajaan agar pihak kerajaan lebih bertanggungjawab di masa akan datang.


Pemuda Pelapis
Salam hormat dan selamat sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum. Saya ingin menyuarakan sedikit idea dan cadangan bagaimana rakyat mampu memprotes terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak dan barang-barang keperluan rakyat. Tiada guna kita berpiket atau mogok secara kaedah lapok dengan memegang sepanduk, menjerit dan melaung di sepanjang jalan di mana-mana.

Jika kita benar-benar merasa tertekan dan merasa tertindas oleh keputusan kerajaan itu, tidak perlulah kita semua merungut atau marah-marah. Banyak kaedah-kaedah lain yang mampu memberi impak balas terhadap kerajaan dengan lebih berkesan andaikata benar-benar tidak berpuashati ke atas tekanan ekonomi yang harus dilalui rakyat.

Setelah saya merujuk pelbagai penulisan dan pandangan rakan-rakan bloggers dan juga akhbar harian, saya tetap terpaut pada buah fikiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang begitu luas pandangannya. Menurut penulisan beliau berkaitan kenaikan harga minyak, sebenarnya banyak lagi kaedah dan alternatif lain yang boleh dilakukan kerajaan di dalam meringankan bebaban rakyat.

Apa yang dilaksanakan kerajaan dengan tergesa-gesa menaikkan harga minyak terlebih awal daripada bulan Ogos 2008 yang telah disebutkan dahulu menunjukkan kerajaan telah mengambil jalan mudah untuk melepaskan beban ke atas rakyat. Ternyata kerajaan di bawah pimpinan DS Abdullah dan DS Najib amatlah lemah sekali. Kerajaan yang ada pada hari ini gemar memberi pelbagai alasan demi alasan kepada rakyat.

Kita sebagai rakyat sering tertindas setiap kali dasar kerajaan berubah mengikut kepala pucuk pimpinan dan seluruh barisan kepimpinannya. Jika puak-puak ini cerdik dan bijak pandai maka beruntunglah kita sebagai rakyat tetapi nampaknya dengan apa yang harus dilalui rakyat pada hari ini adalah jelas bahawa barisan kepimpinan kerajaan amatlah dungu sekali di dalam menerajui kerajaan. Mereka adalah golongan pemimpin yang suka mengambil jalan mudah tanpa mahu memerah otak untuk berfikir alternatif lain yang lebih baik. Rakyat terus dijadikan mangsa, maka amatlah tidak adil sama sekali.

Pada pengamatan saya beberapa hari ini saya dapati sudah tibalah masanya kita semua harus menjadi rakyat yang lebih cerdik, lebih bijak pandai dan juga lebih berani untuk bertindakbalas mengajar kerajaan yang terlalu lemah. Kali pertama tindakan bijak rakyat telah dilakukan pada PRU12 yang lalu dan kali ini apa kata kita seluruh rakyat bergabung dan bersatu hati melakukan tindakan mogok secara lebih berkesan yang mampu memberi impak balas yang lebih berkesan terhadap kerajaan supaya kenaikan harga minyak dan lain-lain barang-barang keperluan dibuat kajian semula dengan segera.

Jika hanya bertegang leher menulis dan memprotes secara piket atau mogok biasa, saya tidak nampak ianya memberi satu impak yang berkesan terhadap kerajaan. Oleh yang demikian, seluruh pegawai dan kakitangan kerajaan termasuklah sektor swasta, haruslah memilih jalan "bercuti mogok 2 hari atau 3 hari secara paksa" tanpa perlu ke tempat kerja dan tanpa perlu memohon cuti tetapi "boikot kerajaan" secara serentak di seluruh negara. Hanya ini sahaja dilihat mampu memberi satu impak paling berkesan kepada kerajaan.

Dengan tindakan sedemikian sudah pastilah kerajaan akan merasa perit dan merana untuk tempoh berkenaan walaupun ianya singkat. Apatah lagi jika kakitangan di sektor swasta turut mengambil bahagian maka lebih perit lagi tekanan terhadap kerajaan yang dipimpin DS Abdullah Badawi dan DS Najib Razak.

Hanya dengan desakan begini sajalah kedua-dua pucuk pimpinan ini akan mampu memerah otak bersama barisan mereka bagi mencari alternatif baru yang lebih baik. Jika ini tidak dilakukan segera nescaya mereka akan terus bermain wayang dan menindas rakyat dengan cara melepas tangan sepertimana yang telah dilakukan sebelumnya dan sekarang ini.

Saya kira ini adalah kaedah yang adil, terbaik dan paling berkesan yang harus kita lakukan tanpa berlengah. Jika anda mogok secara lazimnya berbaris panjang di tepi jalan sambil menjerit, melaung dan memegang sepanduk, saya rasa itu hanya tindakan bodoh yang memenatkan tubuh badan dan membuang masa sahaja. Mogok kaedah yang saya nyatakan di sini adalah satu alternatif terbaik dan paling berkesan untuk memberi pengajaran kepada kerajaan di samping anda dapat berehat dengan selesa di rumah untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Percayalah hanya dengan 2 hari atau 3 hari itu sudah cukup untuk melemahkan ekonomi serta kerajaan pimpinan DS Abdullah Badawi dan sekaligus turut mampu mendesak beliau meletakkan jawatan dengan segera. Kita faham tindakan ini pasti merugikan kerajaan tetapi kenapa kita terus mahu mengasihani kerajaan yang tidak prihatin terhadap kesengsaraan rakyat? Berfikirlah!

Saya juga telah mengambilkira risiko dan implikasi sebelum menyuarakan tindakan ini, di mana kerajaan tidak akan mampu bertindak terhadap seluruh pegawai dan kakitangan kerajaan yang terbabit. Adalah mustahil untuk kerajaan bertindak membuang kerja kepada mereka-mereka yang terbabit yang mana sudah tentulah bakal memberi impak lebih besar terhadap negara.

Di samping itu jika membabitkan kakitangan swasta pula, sudah pasti kerajaan turut menerima tekanan hebat daripada majikan-majikan swasta yang membayar cukai kepada kerajaan apabila ini bakal terjadi.

Untuk mengetahui keberkesenannya, ayuh! kita bersatu dan bergabung dengan berani untuk bertindak. Jika hanya melalak dan pandai bercakap pun ianya tidak akan mampu merubah apa-apa tindakan kerajaan terhadap tekanan yang diberikan ke atas rakyat pada ketika ini. Inilah cara terbaik dan lebih berkesan untuk menekan semula terhadap kerajaan.

Semoga cadangan ini amatlah bermanfaat di dalam memulihkan semula tekanan ekonomi terhadap rakyat. Seandainya 50% hingga 70% bertindak mengikuti mogok secara ini pun saya yakin dan percaya ianya mampu memberi kesan dan tamparan yang cukup hebat tetapi sebaik-baiknya dilakukan secara menyeluruh. Jika rakyat merasa tidak bersedia melakukannya bermakna anda semua meredhai dan menerima tindakan yang dibuat oleh kerajaan, jadi tidak perlulah lagi merungut atau menimbulkan ketidakpuasan hati.

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang amat tidak berpuashati dengan kepimpinan hari ini yang telah banyak melepaskan beban kepada rakyat, maka saya mencadangkan tindakan ini sebagai satu pengajaran terhadap kerajaan jika sekiranya saranan ini mahu diambilpakai oleh seluruh rakyat khususnya pegawai serta kakitangan kerajaan. Apabila ianya dilakukan barulah kerajaan akan ingat sampai bila-bila dan sentiasa akan berhati-hati di dalam tindak-tanduknya membuat sesuatu keputusan. Yakin dan percayalah!

Pemuda Pelapis
Hukum alam sebenarnya tidaklah sukar untuk difahami. Segala-galanya telah tersurat dan sudah tersirat. Tuhan menciptakan sesuatu itu tidak sia-sia. Apa yang diciptakanNya berpasang-pasangan. Ada lelaki, ada perempuan. Ada yang kecil, ada yang besar. Ada yang muda, ada pula yang tua. Si cerdik lawannya si bodoh dan si celik lawannya si buta. Bermacam-macam lagi dan itulah dia hakikatnya.

Kapal Panca Warisan mula belayar sejak tahun 1946 lagi. Kapal itu cukup cantik, besar dan teguh. Sejak wujudnya kapal itu, ia telah dikemudikan dengan baik dan cermat sekali oleh si nakhoda pertama sehinggalah empat kali bertukar nakhoda. Keempat-empat nakhoda itu masing-masing semuanya cukup tinggi ilmu pelayarannya dan begitu arif membaca kompas untuk mengemudikannya mengikut hala yang hendak dituju dengan selamat dan tenang.

Walaupun kadangkala pernah diuji dengan lambungan ombak besar di lautan yang bergelora namun kecekapan nakhoda-nakhoda berkenaan telah mampu mengawalnya dengan baik sehinggalah berjaya berlabuh di pelabuhan-pelabuhan antarabangsa. Masuk saja era 1981, kapal tersebut dikemudi oleh si nakhoda keempat yang serba boleh dan serba cekap dengan peralatan serba canggih.

Nakhoda itu lengkap segala sudut ilmu pelayaran dan beliau adalah nakhoda terbaik daripada keempat-empatnya. Beliau juga bijak membaca kompas, cekap membaca amaran bahaya dan tangkas di dalam tindakannya. Dalam masa yang sama nakhoda ke-4 itu amat cermat dan berhati-hati. Banyak laluan-laluan antarabangsa dibuka kepada kapal Panca Warisan yang dikemudi oleh nakhoda ke-4 itu sebagai penghargaan di peringkat dunia.

Semua pelabuhan antarabangsa diberi kebebasan keluar masuk pada bila-bila masa. Maka besarlah peluang berniaga dengan membawa rombongan saudagar-saudagar negara berurusan di peringkat global. Banyaklah hasil-hasil dagangan yang diperolehi di samping memartabatkan negara sendiri ke mata dunia. Ramai anak-anak bangsa bersilih-ganti dibawa belayar bersama untuk mempromosikan barang-barang dagangan ke dunia luar sehinggalah Melayu dikenali di peringkat dunia.

Dipendekkan cerita, nakhoda ke-4 itu cukup dihormati di atas keberaniannya mengharungi lautan dalam yang luas dan bergelombang ganas. Beliau amat disanjungi di atas kebijaksanaannya oleh seluruh pembesar-pembesar dunia dan bukan setakat warga negara sendiri sahaja.

Beliau bijak menyesuaikan diri di mana-mana sahaja dan di dalam pelbagai bidang. Tidak hanya sebagai nakhoda kapal semata-mata. Oleh kerana terlalu banyak tanggungjawab berat yang dipikul dan juga telah banyak menabur jasa maka setelah berpuashati dengan pencapaian sumbangannya, akhirnya beliau memilih untuk bersara pada tahun 2003 setelah bekerja kuat selama 22 tahun.


Kapal dijaga dengan baik selama ini tanpa cacat-cela dan kemudian diserahkan kapal Panca Warisan itu kepada penolongnya yang paling kanan pada akhir-akhir tahun persaraan beliau tersebut setelah mengambilkira bakal pengganti beliau itu "Mr Clean" di samping telah dididik agak lama cara-cara mengemudi kapal besar dengan betul. Bermulalah tugas nakhoda ke-5 untuk mengemudi kapal itu.

Apa lagi, dapat saja kapal tersebut terus dijadikannya tongkang pecah. Pelayaran pertama dihalakannya ke perairan Tanjung Keling untuk ronda-ronda makan angin dengan keluarganya. Tak puas lagi dibawanya pula menjelajah persisiran pantai seluruh pelusuk tanahair di timur, barat, utara dan selatan. Sambil makan angin sambil mengutip hasil-hasil dagangan rakyat jelata. Tugasnya bukan sekadar nakhoda ke-5 sahaja malahan turut bertindak sebagai lanun tua. Tak kurang juga hebat, pelbagai tugas songsang mampu dibuatnya.

Balik saja daripada pelayaran makan angin bersama keluarga beliau itu, nakhoda ke-5 tersebut "tersampuk badi" akibat sumpahan rakyat jelata yang dianiayai dan bermula-lah era baru di mana "Mr Clean" yang dikenali nakhoda ke-4 sebelumnya kini telah menjadi "Mr Keling". Hancur luluh dan kecewa bekas nakhoda ke-4 tadi yang terlalu sayangkan kapal Panca Warisan, begitu juga seluruh anak-anak kapal semuanya. Manakala kelasi-kelasi kapal yang ada agenda dan kepentingan peribadi terus menyokong "kekelingan" nakhoda ke-5 itu.

Sesekali datang kemaruk perasaan bila badi datang menjengah maka nakhoda ke-5 itu asyik belayar ke sana ke mari. Daripada tongkang pecah yang bergerak perlahan tadi, kali ini digerak-gilakan selaju-lajunya macam "speed boat" tak tahu apa yang nak dikejarnya. Sudahlah kompas tak tahu di baca, hala pun tak tahu ke mana nak dituju, jadi dia main hentam laluan sajalah. Meredah ombak membabi-buta ikut kehendak hati.

Sampai ada sesetengah kelasi mula naik pening tapi takut nak menegur nakhoda kerana nanti dihumbannya ke laut. Rupa-rupanya yang mengemudi laju itu bukanlah si nakhoda ke-5 itu tetapi menantunya. Rupa-rupanya si nakhoda ke-5 itu ketika belayar suka tidur dibelai "jin" peliharaan yang dah dinaikkan pangkat daripada dayang kini menjadi rakan kongsi katil. Hilanglah "motto" yang diperkatakan dulu kononnya "one man, one woman". Padanlah pun! Katanya kelasi-kelasi kapal sesama sendiri.

Si menantu itu memanglah buta segala buta. Dengan penuh kerakusan, habis batu karang, batu hitam, batu putih, batu belah, batu dolah dilanggarnya berdentam-dentum sampai bocor perut kapal. Mujurlah sempat jugak berlabuh di Pelabuhan PRU12 di perairan Putrajaya.

Ada bagus jugak dipandu laju sekali-sekala, jika tidak, mungkin dah karam di tengah lautan gelora. Bila jurutera kapal periksa di pengkalan pelabuhan, banyak sungguh bocor di sana sini. Padanlah pun! Sekali lagi kelasi-kelasi kapal mengeluh.


Sungguh pun begitu, kelasi-kelasi bebal yang ada agenda tersendiri itu takut dan malu nak maklumkan kepada bekas nakhoda ke-4 dulu. Ada banyak sebab kenapa takut dan malu nak menceritakan perkara yang sebenarnya. Di antara sebab-sebabnya mungkin nak jaga kredibiliti masing-masing.

Ada kemungkinan takut dikecam bekas nakhoda ke-4 kerana membiarkan kapal Panca Warisan dikemudi oleh menantu nakhoda ke-5 yang tidak dikenali dan tidak pernah pun dilantik. Yang lebih utama adalah sebab nak mengambil hati si nakhoda ke-5 takut dihukum gantung tak bertali maka terlepaslah peluang kenaikan pangkat. Masing-masing berangan-angan nak berebut naik pangkat biar pun kapal dah pecah dan rabak dikerjakan "si nakhoda ke-5 and the family".


Sekali lagi dipendekkan cerita tentang nakhoda ke-5 pulak. Akhirnya si nakhoda ke-5 itu dah terlalu pening akibat mabuk laut dan juga buntu tak tahu nak "repair" kapal tersebut yang dah rosak teruk. Dengan mengambil jalan mudah berakalkan "Mr Keling" beliau memberi alasan kenaikan harga adalah kerana krisis di peringkat global yang tak dapat dielakkan, jadi terpaksalah menaikkan segala harga barang-barang keperluan rakyat jelata.

Jika rakyat nak membeli kenalah membayar dengan harga yang tinggi bagi mengumpul keuntungan cepat dengan harapan dapatlah membaiki kapal yang dah bocor sana dan bocor sini itu dengan segera sebelum menyerahkan tanggungjawab kepada penolong nakhoda paling kanan iaitu "si yes man bebal" yang bakal menjadi nakhoda ke-6. Nakhoda ke-5 itu pun cuak dan takut jugak nanti kalau-kalau nakhoda ke-6 akan "duplicate" cara beliau mengheret bekas nakhoda ke-4 ke mahkamah. Tambah-tambah pulak kerana dah merosakkan kapal Panca Warisan hampir separuh lunyai.

Penutup ceritanya, daripada "Mr Clean" tiba-tiba bertukar menjadi "Mr Keling" kerana kuasa di tangan dan akhirnya ke arah nak "end-up" sebagai "Mr Pandir" yang terpandir dalam sejarah nakhoda kapal Panca Warisan. Sekian al-kisahnya Pak Pandir alaf baru.