Segeralah Bertindak, Fikirkan Kemakmuran dan Fahamilah Kehendak Semua! Jangan Jadi Pengkhianat!
Terlebih dahulu saya menyusun sepuluh jari memohon maaf pada semua kerana apa yang bakal dibicarakan ini mungkin agak terlepas cakap dan lebih berterus-terang daripada biasa. Kepada mana-mana pemimpin atau pihak yang terasa sedikit pedas, harap maaf! Apa pun nawaitu saya adalah demi untuk kebaikan semua.
Sebelum ini saya telah menulis artikel "Politik Dolak-Dalih" dan "Politik Test Market" yang mengaitkan Pak Lah dan Dato’ Seri Najib secara terbuka sebagai luahan hati rakyat yang nampak apa sebenarnya pergolakan yang berlaku sehingga BN nyaris "TERKUBUR".
Hari ini sekali lagi saya mahu memperingatkan keter"BUKU"an hati rakyat terhadap sikap keterlaluan Pak Lah yang masih suka "BERDOLAK-DALIH" dan terlalu "BIDA'AH". Semoga artikel ini dibaca dan ditatap sendiri oleh Pak Lah serta kuncu-kuncu Pak Lah termasuklah semua "Kaki Ampu" Pak Lah dan berfikirlah secara lebih dewasa dan lebih matang.
Suka atau tidak suka, hakikat dan kenyataannya, Pak Lah, anak, menantu serta kuncu-kuncu harus menerima dengan hati penuh terbuka dan berlapang dada. Hendak membodek atau mengampu, bukan sikap saya… mohon berbanyak maaf sekali lagi!
Politik tanahair pada hari ini secara "TERANG LAGI BERSULUH" mahukan perubahan besar kepada pucuk pimpinan negara. "REFORMASI" di dalam Umno dan BN harus dilakukan "SEGERA" dan bukan lagi mengikut "CITARASA" dan "SELERA" Pak Lah untuk mengambil masa terlalu panjang sehingga ke Disember 2008. Tak perlulah mengambil waktu yang terlalu lama untuk melakukan "PERALIHAN KUASA".
Bukan rakyat bencikan Pak Lah tapi rakyat benci kepada sikap Pak Lah yang "TIDAK ADIL" yang lebih mengutamakan diri sendiri dan kepentingan keluarga sendiri. Berundur secara terhormat, kan lebih bagus daripada digulingkan dalam pertandingan? Takkan perkara ini pun rakyat nak tolong fikirkan bagi pihak Pak Lah? Faham-faham sendiri sudahlah…
Jika Pak Lah masih mahu bersikap "ACUH TAK ACUH" dengan desakan majoriti rakyat atau mahu ambil "OWN SWEET TIME" kita khuatir makna "SWEET" itu tidak akan ada apa-apa erti lagi sebagai satu "KEMANISAN" di dalam perjuangan. Kita takut di sebaliknya ia mungkin bertukar menjadi "BITTER" yang bakal meninggalkan kesan yang "AMAT PAHIT" kepada sejarah Umno dan BN. Mohon Pak Lah faham-fahamkanlah erti kiasan saya ini dan tolong jangan mementingkan diri sendiri, juga keluarga sendiri. Rasa-rasanya saya sudah cukup berterus-terang kepada Pak Lah.
Sedarlah... Insaflah... juga banyak-banyaklah bertaubat untuk kembali ke pangkal jalan kerana perjuangan Pak Lah sudah jauh "TERSASAR" daripada landasan sebenar. Majoriti rakyat, juga ahli-ahli Umno dan parti-parti komponen BN di peringkat akar umbi telah menolak kepimpinan Pak Lah. Apa lagi yang Pak Lah mahu "BERDOLAK-DALIH?"
Perlukah lagi untuk Pak Lah main "SORONG PAPAN, TARIK PAPAN?" Nak ajak main-main "TARIK TALI" pun rasanya rakyat dah tak sangup dah… Dah cukup bosan…
Kebelakangan ini bila ada beberapa kerat pemimpin dah mula berani "MENDESAK" Pak Lah, lain pulak ceritanya… Puak-puak "PENGAMPU" Pak Lah dah mula "TARIK MUKA MASAM" sesama pemimpin… Politik apa namanya ni? IKHLAS, JUJUR DAN TELUS dah pergi ke mana?
Terlalu banyak dah masa rakyat "TERBAZIR" duduk di bawah kepimpinan Pak Lah. Lagi lama makin "HARU BIRU" dan "TERBANTUT EKONOMI RAKYAT". Rakyat dah tak boleh nak bertoleransi lagi dah… Rakyat perlukan kehidupan yang lebih sempurna… Pak Lah dan seluruh keluarga dah cukup banyak dah "BUAT DUIT"… Dah kaya-raya pun rasanya sampai tak habis makan sampai bila-bila pun… Bagilah peluang kepada rakyat pula untuk "MENCARI MAKAN" di tanahair sendiri… Tolonglah ada belas kasihan sikit pada rakyat. Janganlah "ZALIM" sangat…
Apabila baru-baru ini Pak Lah masih juga lagi "BERBOHONG" mengatakan di peringkat akar umbi masih menyokong Pak Lah, pada saya itu sudah boleh dianggap sebagai satu "BIDA'AH".
BN dah tinggal "SEPARUH NYAWA" pun masih nak mengatakan begitu. Sebelumnya Pak Lah dah "MENGAKU" puncanya adalah kerana diri Pak Lah sendiri, saya dah cukup lega dengan pengakuan tersebut tapi bila berlanjutan lagi sampai macam ni, mula datang balik rasa meluat dan hilang langsung rasa hormat pada pemimpin yang bersikap macam ni.
Bukankah kekalahan banyak kerusi sehingga 5 negeri baru tergadai ke tangan pembangkang disebabkan akar umbi yang tidak menyokong BN? Lupakah Pak Lah? Pak Lah dah "MELEKAT" dengan "TABIAT" suka cakap "PUSING-PUSING" kenapa ni?
Oleh itu, kenyataan Pak Lah yang kononnya hanya segelintir pemimpin sahaja yang mendesak supaya berundur segera baru-baru ini sedangkan akar umbi tidak mendesak adalah tidak benar dan perlu diperbetulkan. Jangan berterusan "BERBOHONG" dan mengelirukan rakyat.
Cukup-cukuplah Pak Lah… Sudah-sudahlah tu…
Berilah peluang pada Najib pula merasa kerusi empuk "PERDANA MENTERI" sekejap dalam situasi "PERALIHAN KUASA" ini. Saya faham, Najib pun mungkin tak lama nak duduk sebagai "ORANG NOMBOR SATU NEGARA" sebab beliau pun kena "AKUR" juga bahawa rakyat mahukan "ORANG BARU" yang lebih "BERWAWASAN" untuk menerajui kepimpinan negara.
Rata-rata banyak ramalan meletakkan Najib Tun Razak dan Muhyidin Yassin tapi setakat ini saya lebih cenderung meramalkan Hishammuddin dan Mukhriz sebagai "ORANG PALING LAYAK" sebagai "PENGGANTI NOMBOR SATU DAN NOMBOR DUA" jika mengikut kehendak barisan pelapis muda hari ini. Sejauh mana kebenaran ramalan saya, sama-samalah kita tunggu supaya masa sahaja yang menentukannya.
Apa pun Najib hanya dilihat sebagai pengganti sementara sahaja. Mungkin juga ada perubahan di dalam ramalan terkini yang akan saya rumuskan sedikit masa lagi menurut pandangan saya dan juga daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Sepertimana laporan media yang mengatakan Pak Lah mungkin melanjutkan tempoh untuk beberapa tahun lagi, sebenarnya bakal mengundang huru-hara yang lebih besar, di samping kemakmuran negara yang tidak akan mampu dicapai dalam masa yang terdekat.
Desas-desus di belakang tabir yang mengaitkan Khairy (menantu Pak Lah) sedang berusaha keras cuba mempertahankan maruah Pak Lah dan dirinya sendiri hanyalah membuang masa sahaja kerana perkara ini dipandang tidak lebih sekadar kepentingan peribadi mereka tanpa memikirkan kepentingan parti untuk meneruskan perjuangan membela hak agama, bangsa dan negara. Menyokong Khairy juga bermakna mahu melihat kehancuran parti.
Bukan kerana Khairy tu tak bagus tapi "CARA DIANGKAT NAIK" tak masuk dek akal. Kalau "BETUL CARANYA" daripada awal dulu, rasanya tak ada sebab kenapa majoriti rakyat menolak Khairy. Kesian jugak budak muda ni jadi mangsa kebencian orang sedangkan setelah digilap, nampak jugak “BERKILAT” dahi budak ni.
Tinggalkanlah "NAMA BAIK" sebagai pemimpin dan jangan sampai Umno/BN tumbang, kerana jika sekiranya ia terjadi maka rakyat yang selama ini mendokong perjuangan Umno/BN tidak akan MEMAAFKAN Pak Lah selama-lamanya. Sebaliknya Pak Lah akan dikenang sebagai "PENGKHIANAT" kepada parti dan negara. Mahukah Pak Lah dilabelkan sedemikian? Terimalah teguran ikhlas ini sebagai peringatan dan pesanan daripada saya, orang yang tiada apa-apa kepentingan pun.
Wassalam!