Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
Isu ADUN Bota melompat parti dari Barisan Nasional masuk PKR begitu dibanggakan oleh puak-puak Pakatan Rakyat khususnya PKR itu sendiri. Hakikatnya tanpa disedari mereka sebenarnya dilihat amat bodoh sekali dari luar. Mereka ditipu oleh Anwar malahan mereka semuanya rela menipu diri sendiri. Kenapa?
Seperti lazimnya kita sedia maklum bahawa keseluruhan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat (PKR, PAS dan DAP) terlalu taksub dan tidak pernah bersetuju dengan Barisan Nasional khususnya Umno itu sendiri di dalam apa jua perkara dan isu-isu semasa. Apatah lagi untuk menyokong tidak akan sekali-kali. Namun begitu, kebelakangan ini mereka bersusah-payah berusaha dengan apa cara sekali pun untuk melobi dan memujuk wakil-wakil rakyat DUN dan Parlimen dari BN untuk mengajak melompat masuk ke parti-parti pakatan mereka setelah beberapa kali tarikh penukaran kerajaan yang diwar-warkan oleh "De Facto Leader" mereka menemui jalan buntu dan gagal.
Apabila tercapai sudah hajat mereka setelah berlakunya seorang ADUN dari BN melompat masuk ke parti PKR maka mereka bersorak riuh-rendah meraikan pengkhianat Umno/BN itu sebagai seorang wira baru buat pakatan mereka. Konsep perjuangan PR hari ini sebenarnya sudah jauh tersasar dan terbalik di mana pengkhianat di pihak lawan dianggap sebagai wira di pihak pakatan mereka. Kejayaan awal strategi kotor ini satu sumber inspirasi baru di pihak PR. Situasi ini hanya dilihat sebagai satu strategi orang yang amat terdesak gilakan kuasa untuk cuba merampas takhta kerajaan persekutuan dengan kaedah dan pendekatan songsang. Biar pun ianya sebagai suatu tindakan yang tidak bermaruah tetapi demi cita-cita, Anwar sanggup melakukan apa sahaja.
Dengan dikepalai oleh seseorang yang berperilaku songsang akhirnya perjuangan politik parti-parti di bawah PR turut berjaya dijuruskan dengan strategi songsang sebegini. Samada ianya disedari atau pun tidak, pemimpin-pemimpin Islam di dalam PR begitu bodoh dan dungu sekali kerana telah menerima baik strategi songsang ini untuk diterapkan sebagai agenda perjuangan yang baru kepada pakatan mereka. Jika Umno/BN yang memulakan maka ianya dilihat sebagai satu kesalahan besar kerana menggunakan taktik kotor yang jelek lagi menjijikkan di pandangan mereka tetapi ianya menjadi bersih, betul dan halal apabila di pihak mereka yang melakukannya.
Yang lebih utama, kita tahu selama ini PR menyerang kelemahan Umno/BN dengan menghasut seluruh rakyat khususnya golongan muda agar jangan lagi menaruh keyakinan dan mempercayai Umno/BN, lebih-lebih lagi menyerang keperibadian pemimpin-pemimpin Umno/BN dengan seteruk-teruknya dan sehina-hinanya tetapi apa yang dihairankan serta pelik, mereka kini seolah-olah buat-buat lupa semua itu dan sanggup pula memujuk para pemimpin Umno/BN yang telah dianggap sebagai golongan perasuah dan hina ini agar melompat masuk ke pakatan mereka tanpa rasa malu. Tidakkah ini dilihat sebagai satu tindakan yang teramat-amat bodoh, terlalu terdesak dan sama-sekali tidak bermaruah?
MENGAJAK GOLONGAN MUDA PR BERFIKIR SEJENAK
Kepada golongan muda penyokong PR pula tidakkah kalian semua terfikir semua ini? Kalian telah dihasut agar jangan menyokong para pemimpin Umno/BN kononnya pemimpin Umno/BN mengamalkan kronisme dan rasuah politik tetapi dalam masa yang sama para pemimpin dalam PR sendiri terhegeh-hegeh cuba menarik masuk lebih ramai wakil-wakil rakyat BN kepada PR? Jadi apa bezanya? Kalian menyokong sedangkan kalian semua telah ditanamkan dengan segala kebencian terhadap pemimpin di dalam Umno/BN?
Contohnya, jika semasa di dalam Umno/BN pemimpin itu bernama Mamat, apakah setelah masuk PKR maka namanya bertukar menjadi Salleh? Sudah tentu Mamat adalah tetap Mamat juga. Apakah perangai dan tingkahlakunya akan berubah dengan cara berhijrah parti? Di sini saya harap kalian semua cubalah membuka minda untuk memberi sedikit ruang kebebasan berfikir secara waras dan lebih matang. Jangan disempitkan benak minda anda.
Hapuskanlah sikap mendewakan pemimpin kalian secara membabi-buta. Jangan mudah ditipu dan tertipu serta janganlah kalian menipu diri kalian sendiri. Inilah sebenarnya yang berlaku sekarang di dalam PR yang anda sokong. Para pemimpin yang kalian terlalu mendewakan (khususnya Anwar), telah membohongi kalian secara jelas dan nyata akibat keterdesakan beliau untuk mencapai matlamatnya sahaja. Yang bodoh adalah anda-anda semua.
Secara tidak anda sedari hakikatnya anda tetap masih menyokong para pemimpin Umno/BN asalkan mereka ini melompat masuk ke PR. Lama-kelamaan PR yang dianggotai oleh PKR, PAS dan DAP dipenuhi juga dengan para pemimpin Umno/BN (jika realiti berlaku sebagaimana digambarkan Anwar). Cuma jenama parti dan barisannya sahaja berbeza pada nama sedangkan orang-orangnya tetap itu juga.
Saya katakan begini kerana habuan yang diumpan oleh Anwar untuk mereka melompat masuk mana-mana parti dalam PR ialah perjanjian untuk memenuhkan jawatan-jawatan penting. Maka tiada beza mereka di dalam Umno/BN atau pun di dalam PR kerana orangnya adalah individu yang sama juga. Kalau anda sudah menganggap mereka ini gagal di dalam Umno/BN, apakah anda fikir mereka akan berjaya memacu perubahan apabila berada di dalam PR? Jika anda berani mengatakan "Ya" maka ternyata akal fikiran anda begitu terbatas dan sememangnya telah dirosakkan teruk oleh Anwar serta kepimpinan PR.
Oleh itu saya harap dengan entri saya kali ini mampu membuka sedikit ruang minda kalian untuk berfikir secara lebih terbuka, waras dan matang di dalam membuat penilaian sebenar tanpa dibelenggu oleh kekolotan ideologi perjuangan yang telah diterapkan ke minda anda oleh para pemimpin PR anda selama ini. Saya tidak menyalahkan anda 100% wahai golongan muda-mudi kerana kalian masih terlalu muda dan mentah untuk memahami segala-gala kelicikan permainan kotor saudara Anwar Ibrahim.
Disebabkan itu jugalah beliau menjadikan golongan muda sebagai sasaran utama perjuangan beliau kerana mungkin difikirkan golongan muda seperti anda begitu mudah dipengaruhi serta diperdayakannya. Lebih melekakan anda lagi apabila beliau turut mempergunakan anakanda beliau sendiri, Nurul Izzah yang menang di luar dugaan (kerana ahli-ahli Umno/BN memberontak) di Parlimen Lembah Pantai pada pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang lalu sebagai satu pendekatan untuk menarik lebih ramai golongan muda seperti anda. Ini semua hanyalah satu permainan silap mata Anwar semata-mata. Ketahuilah dengan sebenar-benarnya jika anda semua masih leka dan masih tidak arif. Renung-renungkanlah dengan lebih rasional selepas ini.
Siapa tak kenal Anwar Ibrahim? Seantero dunia mengenali beliau. Kenal secara baik ataupun tidak baik bukan masalahnya tetapi kenal tetap kenal.
Anwar akan melakukan apa sahaja demi mencapai agenda dan matlamatnya untuk dijulang sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tak dapat secara tertib ikut depan, ikut pintu belakang pun dia sanggup. Itu dah memang menjadi rasmi Anwar. Perangai dia lagu tu, politik dia pun lagu tu jugak.
Yang mana dulunya Umno kini melompat masuk Pakatan Rakyat adalah mereka yang berjaya dilembukan Anwar. Yang bodoh, yang bengong dan yang tolol ialah part-parti komponen Pakatan Rakyat serta para pengikut dan penyokongnya .
Mereka ini jenis yang angguk seangguk-angguknya dengan menyokong membuta-tuli. Apa Anwar buat semuanya betul seolah-olah Anwar maksum. Ibaratnya kalau Anwar suruh menonggeng pun depa semua sanggup turut kata-kata Anwar. Nak menegur, nak menasihat, nak mengkritik langsung tak ada yang berani nak buka mulut.
Di sini pun budak kecil tahu nak menilai sebab mana ada manusia macam kita ni sempurna? Apabila tak ada teguran atau kritikan bermakna perjuangan parti berkenaan sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena di mana-mana.
PKR tak lebih sebuah PartiKelentongRakyat.
Kalau kita kata bingai depa marah, bila kita kata bangang depa melenting, lebih-lebih lagi kalau kata bahlul terus depa mengamuk berarak tepi jalan macam orang gila terjerit-jerit, terlaung-laung dan terlolong-lolong nak tunjuk hebat berperang. Itu sajalah yang puak-puak Pakatan Rakyat reti buat selama ni.
Nak dilayan terasa pulak macam orang bodoh. Nak turut serta jauh sekali, selisih malaikat 44 (macam orang biasa sebutlah). Pendekata puak-puak Pakatan Rakyat ni semua tak ada kelas dan tak ada kualiti kepimpinan langsung. Hajat di hati tu tinggi menggunung konon nak tubuh kerajaan persekutuan tapi tok guru-tok guru PAS ajar anak buah mencuri, merompak dan menculik wakil-wakil rakyat BN. Strategi kotor yang dihalalkan ulamak mereka.
Bukan ke jelas Anwar dan Pakatan Rakyat dah begitu terdesak? Ada mata pandang-pandanglah, ada telinga dengar-dengarlah, ada otak fikir-fikirlah dan ada hati timbang-timbanglah. Jangan jadi manusia buta hati.
Kes ADUN Bota dalam Parlimen Parit, Perak, Dato' Nasarudin Hashim yang secara rasmi mengumumkan kemasukannya ke parti PKR semasa sidang media yang dibuat bersama Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim petang semalam mencerminkan keperibadian beliau yang amat buruk, hina dan tidak bermaruah sama sekali. Beliau berhak melompat tetapi melompatlah secara berhemah dan dengan penuh ketertiban.
Rasionalnya di sini, kedua-dua pihak iaitu Umno dan PKR sebenarnya telah tertipu.
Umno sedia dibohongi oleh orang yang direstui "Mr Flip Flop" kerana masing-masing dulu telah bersedia angguk-angguk tanpa ada geleng-geleng. Apa yang dicakapkan "Mr Flip Flop" semuanya angguk belaka dan Najib pula kata "Yes". Jika tanpa restu pucuk pimpinan, orang ini tentu tidak terpilih atas tiket BN untuk bertanding di DUN Bota dalam pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 lalu. Akhirnya orang yang direstui "Mr Flip Flop" mengkhianati parti.
Samalah juga seperti "Si Perestu" yang telah mengkhianati parti sebagaimana diketahui umum. Perumpamaan yang paling tepat untuk "Si Nasarudin Katak" yang melompat ini ialah "bagaikan melepas anjing yang tersepit". Bila terlepas tuannya digigit kembali. Jadi siapa yang wajar dipersalahkan? Apabila "Boss" telah mengajar anak buahnya mengkhianat, mana mungkin anak buah mampu berjalan lurus dan betul? Bukankah Umno/BN mengamalkan "Kepimpinan Melalui Teladan"? Apa yang dilakukan oleh pemimpin di atas maka itulah juga yang dilakukan oleh pemimpin di bawah. Cuma kaedah pengkhianatan sahaja yang mungkin berbeza.
Apa pun tingkahlaku "Nasarudin Katak" terang-terangan mengkhianati perjuangan parti yang mana sekaligus turut mencemarkan agama, bangsa dan negara. Islam tidak mengajar ilmu pengkhianatan kepada umatnya. Beliau dididik dan diasuh di dalam Umno/BN. Beliau mendapat nama dan tempat atas tiket Umno/BN setelah mandat diberikan oleh para pengundi DUN Bota dan kemenangan yang diperolehinya sebagai ADUN Bota bukan atas tiket PKR. Maka adalah wajar bagi seseorang yang merasakan dirinya bermaruah untuk turut meletakkan jawatan sebagai ADUN Bota sebelum melompat parti dan bertanding semula di DUN Bota atas tiket PKR pula dalam pilihanraya kecil. Itu barulah "gentleman" dan ada maruah namanya.
Sementara bagi PKR pula, ADUN katak ini melompat masuk PKR kerana tertarik dengan tawaran Anwar untuk menjadikan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang baru menggantikan wakil PAS, Nizar yang tunduk kepada telunjuk DAP. Rupanya melompat parti kerana mengejar habuan yang lumayan. Di situ pun kita mampu menilai keperjuangan sebenar para pemimpin yang ada sekarang, baik di pihak Umno/BN mahupun di pihak Pakatan Rakyat. Jadi apakah bezanya jikalau PR menganggap BN seburuk-buruk parti politik sedangkan di pihaknya sendiri turut merasuahkan jawatan, pangkat, wang ringgit dan harta benda? Di mana yang dikatakan kononnya PR mengamalkan perjuangan membela rakyat? Bukankah ini namanya perjuangan membela pemimpin pilihan sahaja? Perebutan jawatan MB Perak ini juga bakal mengundang pertelagahan antara PAS dan PKR. Hanya tunggu dan lihat.
Namun begitu PKR janganlah bermegah dan merasa selesa dengan kemampuannya memancing pemimpin Umno/BN pada ketika ini kerana jika sekarang "Si Nasarudin Katak" boleh berbuat begini kepada Umno/BN, tidak mustahil "Katak" ini juga boleh mengkhianati PKR di kemudian hari kelak. Hidup ini umpama roda yang berpusing. Adakala kita di atas, adakala kita di bawah. Setiap pusingan bakal menemui titik pusingannya. Kata pepatah, "ada ubi ada batas, ada hari ada balas".
Jika nak lebih mudah difahami, ianya umpama seorang isteri yang curang. Kalau hari ini isteri orang itu menyukai kita dan sanggup curang kepada suaminya dan apabila kita menikahinya nanti, si isteri tadi tidak mustahil akan turut curang kepada kita pada masa akan datang. Ibaratnya seperti seekor anjing, jika tak dapat makan tahi pun, sekurang-kurangnya dihidu pun mampu memberi satu kepuasan. Oleh itu PKR janganlah terlalu yakin dan bermegah diri dengan memperolehi seekor "Katak" bernama Nasarudin Hashim ini. Beliau ini tidaklah sehebat mana pun.
Kepada kepimpinan Umno/BN pula ingin saya nasihati, terimalah tamparan hebat ini sebagai satu pengajaran yang amat bermanfaat kepada perjuangan parti. Semoga apa yang telah berlaku kali ini tidak akan berulang atau dilakukan pula oleh para pemimpin lain. Caranya, carilah jalan terbaik, bermuhasabahlah diri di mana kesilapan dan kelemahan yang ada. Saya percaya dengan pengguguran lebih ramai pemimpin-pemimpin "expired" dan menaikkan golongan muda yang berpotensi (kecuali Khairy) mampu membantu memulihkan parti dan menambat kembali keyakinan rakyat kerana suara di bawah begitu nyaring kedengaran tidak lagi mahukan semua "Si Tua" penjuak dan pencacai. Andai ini mampu dilakukan dengan segera secara proaktif adalah diyakini sokongan akan pasti kembali kepada Umno/BN secara total.
Di dalam barisan PR tiada apa yang menarik jika mahu dikaji dengan teliti. Hanya gara-gara kehebatan seorang pemimpin mereka bernama Anwar Ibrahim semata-mata. Mati Anwar nanti maka matilah Pakatan Rakyat, khususnya PKR itu sendiri. Tidak akan wujudnya lagi kesinambungan perjuangan PKR setelah bersemadinya Anwar Ibrahim nanti. Maka itu sebelum Anwar bersemadi di pusara kekal, pastikan Umno/BN tidak disemadikan. Jika membiarkan Umno/BN disemadikan awal nescaya mana mungkin mampu bangun kembali. Jika bangkit dengan roh tanpa jasad mana nak sama hidup bersama roh dan jasad. Kekuatannya tentu sekali berbeza. Jika para pemimpin semua mahu faham maka fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah.
Yang pergi biarkan dia pergi. Tidak guna dipujuk-rayu. Pertahankanlah harga sebuah perjuangan dan maruah parti. Umno/BN tidak memerlukan golongan "Katak" yang tidak berpendirian seperti Nasarudin ADUN Bota. Kata peribahasa, "patah tumbuh, hilang berganti". Apa perlu dikesal dan ditangisi? Tiada gunanya lagi. Perbetulkanlah kedudukan untuk kembali teguh bertakhta sebagai sebuah parti pembela agama, bangsa dan negara. Jangan jadi seperti Pakatan Rakyat yang tiada halatuju perjuangan sebaliknya hanya mendokong seorang individu bernama Anwar untuk didarjatkan sebagai Perdana Menteri. Itu sahaja matlamat perjuangan mereka.
Pemuda Pelapis: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Umno/BN bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah sebaik-baik pepatah yang menepati perkembangan semasa apabila baru sahaja tewas kepada PAS dan terlepas kerusi parlimen Kuala Terengganu yang disandangnya pada 17 Januari 2009 baru-baru ini. Kini menerima tamparan daripada ADUN Bota (BN) pula.
Mengikut laporan blog Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, ADUN Bota di Perak, Dato' Nasarudin Hashim dari BN dikatakan telah menyertai PKR. Jika begitu, ini bermakna sekali lagi pilihanraya kecil akan diadakan di negeri Perak pula. Klik di sini untuk rujukan.
Berikut saya siarkan petikan komen saya yang mungkin disiarkan atau mungkin tidak disiarkan.
January 25th, 2009 at 5:41 pm
Wow! Hebatnya PKR ni ye Dato’ Seri? ADUN BN pun sanggup lepas jawatan untuk masuk PKR. Kalau macam tu nampaknya tak lama lagi sekali lagilah kita bakal hadapi pilihanraya kecil untuk DUN Bota pula. Syabaslah saya ucapkan asalkan perjuangan PKR telus dan tulus. Masalahnya benar ke begitu? Jika apa yang tersurat sama dengan apa yang tersirat maka alhamdulillah. Kot-kot tidak bagaimana? Walaupun saya tidak berada di pihak PKR tapi saya tetap terbuka menyokong segala yang HAK dan KEBENARAN. Yang mana Umno salah, saya tetap bangkang, yang mana PKR salah, saya juga bangkang. Begitulah dengan part-parti lain. Erti kipas @ bodek tidak ada dalam kamus hidup saya.
Setahu saya dasar penubuhan PKR dahulu adalah bertujuan membela seorang individu sahaja (Dato’ Seri). Di manakah yang dikatakan PKR sebagai sebuah parti politik yang bertujuan membela rakyat? Kejayaan PKR berputik dari sentimen simpati terhadap Dato’ Seri akibat peristiwa pemecatan Dato’ Seri sebagai TPM dan Naib Presiden Umno pada 1998 dahulu. Ia mula membentuk satu komuniti pengikut dan penyokong tegar @ fanatik Dato’ Seri.
Di dalam Pakatan Rakyat yang menggabungkan tiga parti yakni PKR, PAS dan DAP dilihat turut tidak sehaluan serta banyak juga penyelewengan di dalam perjuangan. Malangnya kumpulan pengikut tegar Pakatan Rakyat tidak ada yang jujur dan berani mempertikaikan soal-soal ini selain hanya menyokong membuta-tuli sedangkan di dalam Umno/BN kami sedia mengkritik dan mengecam para pemimpin secara lebih terbuka.
Apakah para pengikut Pakatan Rakyat menganggap para pemimpin mereka sebagai manusia yang maksum yang langsung tidak pernah melakukan apa-apa kesilapan sehingga ada yang menyamakan pemimpin-pemimpin kaum Cina seperti Umar Abdul Aziz atau para-para sahabat Rasulullah SAW dan alim-ulamak terkenal? Sudah butakah mata hati mereka ini sehingga agama Islam dipolitikkan? Sejahat-jahat Umno sebagaimana yang dinilai oleh Pakatan Rakyat, tidaklah sampai ke tahap buta mata hati untuk memperlekehkan perkara-perkara sedemikian.
Adatlah bak kata orang tua-tua, dalam setandan pisang bukannya semua elok belaka, pasti ada beberapa biji pisang yang busuk. Begitulah juga dengan parti Umno/BN. Pakatan Rakyat juga tidak terkecuali. Oleh itu Umno/BN tidak wajar dihukum tetapi pucuk pimpinan parti yang ada sewajarnya dipertanggungjawabkan sebagai bersalah maka perlu ditentang. Sebagai pejuang yang ikhlas dan jujur, Dato’ Seri sepatutnya berbaik sangka dan merendah diri beralah untuk kembali mendampingi Umno dan kembali ke landasan asal. Adalah diyakini kepimpinan Umno sedia menerima Dato’ Seri semula. Ikutlah rasmi perjuangan Rasulullah SAW yang berdakwah dengan berbuat baik kepada kaum Yahudi dan Nasrani dan bukan secara memusuhi mereka. Di situlah kejayaan Rasulullah SAW mengembangkan syiar Islam.
Saya menghargai kewibawaan Dato’ Seri namun saya menilai perjuangan Dato’ Seri tidak lebih sebagai bekas pemimpin dan bekas ahli Umno yang kecewa. Maka manusia yang kecewa kebiasaanya akan mengutuk perjuangan parti yang pernah dia sendiri sertai sebelumnya dengan mengadakan pelbagai tohmahan dan fitnah termasuklah adu-domba akibat dia tahu dia tidak mungkin ada tempat lagi untuk kembali ke dalam parti yang pernah disertainya dahulu. Apakah perjuangan Dato’ Seri hari ini atas dasar dendam kesumat?
Kemasukan berduyun-duyun ahli-ahli Umno ke dalam Pakatan Rakyat, baik ke dalam PKR, PAS atau DAP adalah perkara lumrah apabila kecewa. Golongan ini adalah golongan manusia yang kecewa dan saya juga menganggap penghijrahan mereka bermotifkan perasaan kecewa dan Pakatan Rakyat umpama parti tong sampah yang mengutip segala buangan. Maaf! Ini adalah hakikatnya demi meramaikan komuniti sahaja. Kepengaruhan Pakatan Rakyat sekarang berlandaskan kuantiti @ komuniti yang besar untuk mengharapkan kejayaan tetapi di segi kualitinya tidak ada. Saya percaya Dato’ Seri lebih arif dan lebih cerdik tentang ini cuma mungkin saja-saja tidak mahu membicarakan soal ini.
Nampaknya sekali lagi tamparan hebat buat Umno/BN yang terpaksa bekerja keras untuk memastikan satu lagi kerusi yang disandangnya tidak terlepas kepada Pakatan Rakyat. Seandainya terus gagal maka proses pemulihan yang lebih proaktif wajar diaplikasikan oleh pucuk kepimpinan Umno.
Selamat menyambut Tahun Baru Cina @ Gong Xi Fa Cai kepada seluruh kaum Cina di Malaysia. Tahun ini adalah tahun lembu bagi masyarakat Cina seluruh dunia.
Saya agak berminat juga dengan tarian singa dan kebetulan ketika saya pulang berurusan di Bukit Bintang petang semalam saya ternampak satu pertunjukan tarian singa baru hendak dimulakan lalu saya sempat merakamkannya. Selamat menonton!
Sesekali kita perlu juga "release tension" dengan menonton pelbagai pertunjukan daripada membicarakan soal politik bodoh saban hari.
RASA NAK MEMBEBEL SIKIT:
Yang tak layak diangkat, yang layak pula diketepikan. Siapa punya kepala? Sendiri faham, sendiri jawab! Tun Dr Mahathir ada jawapannya.
Tajuk terbaru beliau "Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu" hanya merungkaikan sebahagian sahaja malahan banyak lagi kelemahan dan kekurangan pucuk pimpinan yang ada jika mahu dibicarakan.
Tun memang hebat maka beliau wajar mempertikaikan kebodohan pucuk pimpinan selepas beliau melepaskan jawatan tertingginya akibat terlalu banyak kesan-kesan buruk yang telah merugikan rakyat dan negara.
Salam hormat dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung setia.
Sedikit rasa ralat dengan sikap cuai dan alpa sesetengah rakyat kita khususnya rakan-rakan blogger yang saya hormati. Meskipun ideologi politik kita berbeza namun perjuangan memboikot negara yahudi Israel-Amerika wajib diteruskan dengan penuh rasa tanggungjawab dan prihatin.
Petikan di bawah adalah komentar saya di blog PerakExpress.Com di bawah tajuk "Terima kasehhhhh!!!!" yang ditulis oleh saudara Mat Saman Kati. Pautan di sini...
Pemuda Pelapis January 20th, 2009 00:47
Salam MSK dan rakan-rakan bloggers,
Tahniah atas kemenangan PR yang diwakili PAS di PRK Kuala Terengganu. Sayang seribu kali sayang, dalam kehangatan anda semua meraikan kemenangan pemimpin anda namun anda alpa penderitaan saudara kita di Palestin. Isu boikot wajar diteruskan dan tidak harus terhenti di pertengahan jalan demi melemahkan ekonomi yahudi Israel-Amerika. Jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja. Jika inilah perilaku kita sebagai umat Islam maka itulah Islam semakin lemah.
Di blog PerakExpress ini terpampang iklan nuffnang yang mempromosikan MILO produk Nestle milik yahudi yang tersenarai sebagai produk yang wajib kita boikot. Apa sudah jadi dengan anda semua? Apakah demi mengharapkan pengunjung klik untuk memperolehi beberapa sen setiap klik maka agama Islam sanggup dipergadaikan? Sudah lupakah penderitaan saudara kita di Palestin? Di manakah sikap keprihatinan kita? Apakah sumbangan kita jika perkara semudah ini pun sukar dilakukan sedangkan saudara Islam kita di sana bergadai nyawa mempertahankan negara mereka?
Kita nampak kesilapan dan kelemahan orang lain tetapi kekurangan diri sendiri tidak kita akui. Belajarlah daripada kesilapan, iktibarkanlah daripada teguran demi manfaat kita semua. Jadilah Islam yang bertanggungjawab memperjuangkan agama dan jadilah Melayu yang prihatin di dalam memperjuangkan nasib bangsa di tanahair sendiri.
Sekian teguran dan nasihat saya.
Diharapkan teguran ini diterima baik dengan penuh keterbukaan serta berlapang dada. Jadikan ia sebagai peringatan buat kita semua.
Jelas terbayang wajah Wan Ahmad Farid (calon BN) sugul dan muram setelah tewas kepada Mohd Abdul Wahid Endut (calon PAS) di dalam pertarungan pilihanraya kecil Kuala Terengganu, 17 Januari '09 semalam.
Di hari penamaan calon pada 6 Januari '09 lalu beliau kelihatan ceria bersama-sama calon PAS dan calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam. Beliau terpaksa akur dengan kekalahan tersebut kerana majoriti rakyat Kuala Terengganu telah membuat keputusan untuk memilih wakil PAS ke parlimen.
Kekalahan ini juga merupakan satu tamparan hebat kepada beliau sendiri yang telah kehilangan dua jawatan sekaligus sebagai Senator dan Timbalan Menteri Dalam Negeri akibat terpaksa meletakkan jawatan untuk bertanding menjadi calon BN dalam pilihanraya kecill bagi parlimen Kuala Terengganu.
Wan Farid harus banyak belajar di atas kelemahan dirinya sendiri di dalam membentuk keperibadian diri dan pergaulan dengan masyarakat. Untuk menjadi pemimpin yang disukai dan dihormati, beliau harus bijak menyesuaikan diri dengan riak wajah yang sentiasa senyum dan ceria. Bukan dengan mempamerkan wajah serius sepanjang masa. Inilah di antara salah satu punca kekalahan beliau semalam sepertimana yang heboh diperkatakan oleh masyarakat. Terimalah ia sebagai satu pengajaran yang berguna.
Pada hemat saya perkara ini memang ada kebenarannya dan kepimpinan Umno/BN tidak harus menganggap ini sebagai sesuatu yang remeh-temeh. Para pemimpin Umno/BN dinasihatkan agar mengikuti kursus-kursus motivasi kepimpinan dan seminar-seminar untuk belajar cara-cara senyum apabila berurusan dengan masyarakat kerana para pemimpin Umno/BN dikenali sebagai golongan pemimpin yang sombong dan ego.
Sesungguhnya melontarkan senyuman itu adalah satu sedekah di sisi Islam. Belajarlah dari kesilapan dan kelemahan. Jangan hanya pandai bersenyum-senyuman ketika waktu pilihanraya sahaja malahan senyum-senyumlah selalu di sepanjang masa walau sesibuk mana pun kita dan walau seperit mana pun masalah yang melanda.
Senyum juga adalah terapi kecantikan untuk awet muda dan penawar untuk memperolehi ketenangan jiwa. Yang penting jangan sekali-kali kita hipokrit kerana bersikap sedemikian hanya memakan diri sendiri.
Walaupun tewas, Wan Farid harus mengekalkan sikap prihatinnya dan terus berkhidmat kepada masyarakat setempat atas tiket Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu. Lawatan dan ziarah dari rumah ke rumah, menemui peniaga dan penjaja di pasar turut perlu dijadikan sebagai rutin agar lebih dikenali dan senang didampingi masyarakat jika masih berhasrat untuk menjadi calon BN dalam PRU13 akan datang.
Formulanya tidaklah sukar jika mahu menjadi seorang pemimpin yang dihormati dan disukai rakyat. Hanya perlu bijak bergaul dan bercampur dengan masyarakat di samping memberi khidmat terbaik kepada mereka. Apabila kita mampu membuat orang suka kepada kita maka orang akan menghormati kita. Insya'Allah apabila menjadi calon maka pasti majoriti rakyat akan memilih kita atas dasar kepercayaan dan keyakinan yang telah kita bina. Fikir-fikirkanlah!
Tahniah saya ucapkan kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut yang telah berjaya memenangi PRK Kuala Terengganu dan takziah kepada calon BN, Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan juga calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam yang tewas.
Keputusan mutakhir dan muktamad PRK Kuala Terengganu:
Mohd Abdul Wahid Endut (PAS): 32,883 undi Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN): 30,252 undi Azharudin Mamat @ Adam (Bebas): 193 undi
Jumlah berdaftar: 80,229 pengundi Jumlah mengundi: 63,993 pengundi Peratus mengundi: 79.76%
Saya agak lewat membuat posting ini kerana masa yang tidak mengizinkan di awal tadi. Sepatutnya BN tidak perlu diucapkan dengan ucapan takziah malahan turut diucapkan tahniah kerana BN dan jentera-jentera pilihanraya mereka termasuklah media arus perdana telah berjaya membawa propaganda yang teramat bagus sekali sehingga menjuruskan kekalahan di kerusi parlimen yang disandangnya.
BN telah gagal mempertahankan kerusi parlimen Kuala Terengganu. Sebab apa? Sebab virus bernama "kuda trojan" yang dibawa ke dalam kempen PRK Kuala Terengganu. Dulu ketika PRK Permatang Pauh juga virus ini dibawa dan menyebabkan kekalahan BN dengan majoriti kemenangan PKR semakin bertambah.
Penyebab lainnya ialah kerana media-media arus perdana yang berat sebelah keterlaluan serta membuat propaganda memburuk-burukkan calon dan parti lawan. Rakyat menjadi bosan... bosan... dan bosan...
Selain itu masih banyak usaha-usaha penyelewengan cuba dilakukan oleh BN yang dapat dihidu oleh pembangkang seperti sogok duit kepada pengundi dan petugas media, usaha memaksa undi kepada BN yang dianggap jengkel di mata masyarakat.
Di samping itu kredibiliti calon sendiri turut memainkan peranan, sebab itulah Tun Dr Mahathir Mohamad awal-awal lagi telah mengatakan BN telah melakukan kesilapan besar dengan meletakkan Wan Ahmad Farid sebagai calon. Itulah nasihat orang tua tak mahu dengar. Bangkang... bangkang... bangkang... tak sudah sudah. Akhirnya tanggunglah sendiri.
Nampaknya di zaman Pak Lah dan Pak Jib ni rakyat benar-benar memberontak dan masih belum reda. Sekaligus saya rasa jika berlaku peralihan kuasa pada Mac 2009 nanti pun, tiada sebarang perubahan dan kemajuan yang mampu dilakukan oleh Pak Jib melalui petunjuk kekalahan di PRK Kuala Terengganu kali ini.
Bermakna rakyat turut menolak kehadiran Pak Jib sebagai pengganti Pak Lah (jika berlaku peralihan kuasa). Maka itu Umno/BN sewajarnya mencari satu resolusi yang lebih baik dan terbaik di dalam menangani masalah ini.
KUALA TERENGGANU, 17 Januari 2009 - Kesemua 36 pusat pengundian dengan 143 saluran mengundi PRK Kuala Terengganu yang mula dibuka pada jam 8 pagi tadi telah ditutup tepat jam 5 petang tadi menurut sumber laporan terkini Bernama.
Menurut jurucakap SPR hanya 76% sahaja daripada 80,229 pengundi berdaftar yang keluar membuang undi sehingga jam 4 petang. Peratusan penuh sehingga kesemua pusat mengundi ditutup jam 5 petang masih belum diketahui dan sedang dikira.
Pengiraan undi dibuat di semua 143 saluran mengundi sebelum dibawa untuk dikumpulkan di pusat penjumlahan undi di Stadium Negeri Terengganu lewat petang ini. Keputusan penuh dijangka dapat diketahui dan diumumkan malam ini selewat-lewatnya jam 10:30 malam.
Pada pilihanraya umum tahun lepas, jumlah peratusan yang keluar membuang undi seramai 66,231 daripada 80,325 pengundi yang berdaftar iaitu lebih kurang 82.45%. Kali ini dijangka berlaku penyusutan bilangan pengundi yang mengambil bahagian untuk mengundi.
Apakah sebabnya punca penyusutan ini berlaku? Apakah kerana masyarakat pengundi Kuala Terengganu bosan untuk melayani kerenah kedua-dua parti gergasi BN dan PAS yang banyak berpropaganda? Maka hari ini tamatlah sudah perang propaganda antara BN dan PAS dalam siri PRK Kuala Terengganu. Kita bakal mengetahui siapa menang dan siapa yang kalah nanti. Sama-sama kita tunggu laporan penuh di kaca tv malam ini.
Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi pengundi-pengundi Kuala Terengganu bakal membuang undi untuk menentukan parti manakah akan memenangi PRK Kuala Terengganu kali ini.
Gambar yang tertera di atas mengaitkan isu-isu semasa yang dipropagandakan oleh PAS menjelang saat-saat kecemasan menjelangnya pembuangan undi pagi ini, Sabtu, 17 Januari 2009. Isu-isu ini menguatkan keyakinan Pakatan Rakyat bahawa mereka mampu memenangi pilihanraya kecil ini. Mungkin ada kebenarannya namun tidaklah 100% benar belaka tetapi pembangkang tetap menjadikan ia satu propaganda di saat-saat kecemasan, dengan harapan rakyat Kuala Terengganu berjaya dipengaruhi mereka.
Kes Datuk Mat Razali Kassim yang juga Datuk Bandar Kuala Terengganu yang dilantik sebagai Pegawai Pengurus PRK Kuala Terengganu dikatakan bersalah kerana mengeluarkan kata-kata memaksa kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu supaya mengundi BN dengan kata dua. Setelah laporan polis dibuat akhirnya beliau meletakkan jawatan sebagai pengurus pilihanraya kecil ini dan diambil-alih tugas tersebut oleh timbalannya.
Isu kedua pula ialah isu paling popular yang sering dipropagandakan oleh Pakatan Rakyat iaitu sogokan wang kepada pengundi-pengundi kawasan. Untuk bersikap adil, isu ini sukar untuk dinafikan kerana di dalam BN khususnya Umno sendiri pun ini seolah-olah satu kemestian yang tidak dapat hendak dielakkan. Maklum sajalah sebagai parti pemerintah mereka mempunyai dana yang besar dari pelbagai sudut sumber kewangan. Isu ini mungkin berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Cuma dalam soal rasuah dan sogokan wang ini bukti kukuh tidak diperolehi oleh pihak Pakatan Rakyat tetapi hanya bukti-bukti yang samar sahaja. Walau bagaimanapun mereka tetap meminta pihak Suruhanjaya Pilihanraya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah membuat siasatan bersandarkan atas kesamaran bukti tersebut.
Jika sudah ada bukti kukuh maka tentulah Pakatan Rakyat tahu dengan sebenar-benarnya jumlah sogokan itu. Ada pihak mereka mengatakan RM200, ada pula menyebut RM300 malahan sehingga RM1,000. Yang mana satu yang betul? Jika menuduh pastikan ada bukti yang kuat untuk membuat dakwaan.
Kononnya pula ada diberitakan mana-mana pengundi yang memangkah BN hendaklah membuktikan dengan mengambil gambar kertas undi dengan telefon bimbit berkamera untuk menuntut suapan sejumlah RM1,000 daripada pihak BN. Wow! Mahalnya undi warga Kuala Terengganu kali ini.
Bayangkan jumlah pengundi kali ini dijangka 80,229 orang. Andaikata separuh daripadanya, katakanlah 40,200 orang untuk meyakinkan kemenangan BN walaupun tipis bermakna jika didarabkan dengan RM1,000 seorang maka BN perlu membayar rasuah undi sejumlah RM40.2Juta.
Benarkah apa yang didakwa oleh Pakatan Rakyat ini? Bagaimana pula kalau PAS yang menang? Apakah ianya masih dianggap rasuah juga? Atau mungkin Pakatan Rakyat akan melupakan sahaja isu ini disebabkan kemenangan tersebut? Mahukah BN melunaskan bayarannya kepada pengundi Kuala Terengganu yang ada bukti bergambar dengan kekalahan ini nanti?
Isu terbaru ialah kepala babi yang dibelah dua yang diletakkan di atas bendera PAS dan ditinggalkan di pintu masuk surau Universiti Malaya sepertimana yang dilaporkan oleh portal berita Malaysiakini. Angkara siapakah ini? Apa kaitannya pilihanraya kampus UM dengan pilihanraya kecil di Kuala Terengganu tentang kejadian ini?
Pihak Pakatan Rakyat khususnya PAS sebagai parti yang bertanding menyelar dan mengecam perbuatan khianat yang tidak bertanggungjawab ini kononnya dilakukan oleh pihak orang-orang kerajaan (BN). Mungkin berprasangka terhadap mahasiswa-mahasiswa yang anti-PAS kerana masih marahkan PAS menyokong projek babi di Selangor oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
Ini sesuatu yang amat serius dan biarlah pihak berkuasa menyiasatnya dahulu untuk menangkap pesalah sebenar. Tidak mustahil juga ini sebagai satu provokasi oleh pihak Pakatan Rakyat sendiri untuk dipropagandakan. Segalanya berkemungkinan apabila keadaan mendesak di saat-saat akhir. Sejauh mana kebenarannya, wallahu'alam!
Sementara bagi ketua pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim pula, beliau menjadikan isu Datuk Mat Razali Kassim dengan isu kenyataan terbaru Azilah Hadri (tertuduh kes pembunuhan Altantuya Shariibuu) sebagai dua senjata terakhir Pakatan Rakyat untuk meraih kemenangan bergaya di PRK Kuala Terengganu. Benarkah Pakatan Rakyat yakin menang kali ini?
PAS kata mereka amat yakin boleh menang, BN pun kata mereka mampu menang di Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil kali ini. Sementara calon Bebas yang hanya memperuntukkan sejumlah RM15,000 sahaja untuk kempen pilihanraya kecil ini awal-awal sudah mengatakan agak sukar bagi beliau untuk menang. Jika dah dua-dua PAS dan BN kata masing-masing bakal menang, habis siapa yang kalah? Silap-silap Bebas pulak yang menang. Amacam kawan-kawan?
Apa pun masing-masing berhak meramal peluang mereka. Bagi saya, walaupun pelbagai isu-isu yang dipropagandakan oleh pembangkang di saat-saat kecemasan ini, kepercayaan saya, BN masih mampu memenangi PRK Kuala Terengganu ini meskipun dengan kemenangan yang amat tipis.
Baiklah tentu pembaca mahu tahu apakah ramalan saya secara peribadi. Sejak 10 hari menyaksi, membaca, mendengar, merujuk dan menilai kempen-kempen di kedua-dua pihak, saya meletakkan BN tetap kekal menjadi penyandang di PRK Kuala Terengganu dengan kemenangan yang amat tipis lebih kurang dengan majoriti tidak sampai 300 undi.
Tapi jika salah saya mohon maaf kerana ini hanyalah satu ramalan semata-mata. Apa pun keputusan muktamadnya nanti adalah apa yang bakal diputuskan oleh pengundi-pengundi Kuala Terengganu sendiri. Sama-samalah kita tunggu sehingga lewat malam 17 Januari 2009 (hari ini).
Sepertimana sebelumnya saya pernah labelkan PAS juga umpama sebuah parti sampah yang berbangga mengutip ahli-ahli dan pemimpin Umno yang kecewa.
Tengok saja bukti gambar di atas di mana Zaid Ibrahim duduk bersebelahan Mustafa Ali menghadiri kempen PAS di PRK Kuala Terengganu. Bekas Menteri di JPM yang menjaga hal-ehwal undang-undang ini telah lama dihidu sebagai ahli dan pemimpin yang curang kepada perjuangan parti tapi diangkat naik juga oleh Pak Lah yang tidak cerdik. Bila kecewa dipecat atas salahlaku diri sendiri maka terus lompat parti. Itulah dunia politik yang serba mungkin.
Kalau sebelumnya PAS telah menubuhkan Kelab Penyokong PAS dari kalangan bukan Melayu dan bukan Islam, tidak mustahil suatu hari nanti PAS akan turut membuka keahlian kepada golongan bukan Islam pula. Petanda awal sebenarnya telah digambarkan oleh PAS cuma orang-orang Umno saja kurang peka. Maka tidak hairanlah apabila dalam kempen PRK Kuala Terengganu ini PAS menukar slogan baru "PAS UNTUK SEMUA" demi mahu memikat hati pengundi kaum Cina.
Jelas dan nyata PAS sebuah parti politik yang tidak berpendirian dan tiada prinsip tetap. Hari ini dia cakap lain, esok dia boleh kata lain pula. Jadi sesuailah jika PAS menang dalam PRK Kuala Terengganu ini kalau dah itu yang dia mahukan sangat. PAS nampaknya begitu yakin akan memenanginya. Lagi pun pengundi-pengundi Kuala Terengganu sendiri pun memang jenis yang tidak mempunyai pendirian tetap. Mereka lebih suka ikut angin dan selera sendiri tanpa mahu memikirkan kebaikan masa depan masyarakat secara menyeluruh.
Parti Umno sebagai tunjang kepada BN tetap lebih relevan jika mahu dibandingkan dengan PAS yang "kluk klek" (bak kata orang Terengganu). Maksudnya "kluk klek" itu ialah tidak berpendirian. Parti Umno tidak bersalah dalam situasi semasa dan kebelakangan ini tetapi perilaku pemimpinnya sahaja yang memporak-perandakan perjuangan parti. Maka itu para pemimpin Umno sering dikecam oleh ahli-ahli dan juga rakyat. Sekurang-kurangnya pengikut Umno mahu juga mengecam salahlaku pemimpin mereka tetapi pengikut PAS dan PKR bagaimana? Tidak ada yang telus dan jujur mahu mempersoalkan salahlaku para pemimpin mereka selain menjadi "Pak turut" dan "Mak turut" seturut-turutnya secara membabi-buta.
Rakyat Terengganu pernah memberi peluang kepada PAS untuk memerintah negeri itu pada tahun 1999 hingga 2004 tetapi Terengganu ketika itu dilihat banyak terjejas, mundur dan ketinggalan di bawah pentadbiran PAS. Tiada apa-apa yang dilakukan PAS. Itulah pengakuan kata-kata calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut sendiri yang bertanding dalam PRK Kuala Terengganu ini ketika berbahas di Dewan Undangan Negeri Terengganu suatu masa dahulu. Jadi apakah wajar lagi untuk rakyat Kuala Terengganu mengundi calon PAS itu?
Bak trend muda-mudi sekarang mengatakan, "LU FIKIRLAH SENDIRI".
Saya percaya di stesen TV3 semuanya terdiri daripada kakitangan dari golongan manusia yang dicipta Tuhan dengan akal yang mulia serta boleh berfikir secara waras.
Malangnya, walaupun setelah dua artikel ditulis dan satu email bantahan telah dimaklumkan nampaknya seolah-olah tiada kefahaman tentang isu-isu semasa yang mereka sendiri laporkan di media mereka.
Mengikut kefahaman saya, apabila perkara semudah ini tidak mahu diambilpakai dan diterima bermakna kakitangan yang bekerja di stesen berkenaan bukanlah golongan manusia tetapi setaraf dengan spesis yang dinamakan haiwan.
Haiwan jika dilatih pun mereka tahu bercakap, faham apa yang dicakapkan tuannya, reti berkasih sayang dan pandai menyayangi tuannya serta manusia lain. Tapi lain kisahnya di stesen TV3 ini di mana pada zahirnya sahaja mereka adalah manusia namun hati, perasaan dan akal mereka lebih hina daripada haiwan kerana tidak mahu mendengar nasihat dan saranan orang lain.
Iklan-iklan produk yahudi Amerika-Israel seperti KFC, Mc Donald, L'oreal dan lain-lain masih terus dipromosikan di kaca tv tanpa ada kesedaran mendalam meskipun seluruh negara-negara Islam dunia termasuk Malaysia telah menyarankan supaya ianya diboikot.
Apakah sengaja mahu menunjuk belang dan kehebatan mereka untuk tidak mahu mengendahkan teguran orangramai? Apakah sudah bersedia untuk dipulaukan atau turut diboikot sebagaimana yahudi Israel dan Amerika?
Jika itu menjadi pilihan dan kegemaran TV3 maka teruskan usaha gila dan sewel tersebut tanpa perlu memikirkan penderitaan orang lain. Tahniah atas sikap mementingkan diri sendiri dan juga syabas atas perilaku kehaiwanan anda-anda semua.
Saudara-saudari yang dihormati sekalian. Sebentar tadi saya telah menghantar satu email menyarankan agar pihak TV3 segera menghentikan siaran iklan-iklan produk Yahudi Israel - Amerika seperti KFC, Mc Donald dan lain-lain. Berikut ini saya "copy & paste" email tersebut untuk tatapan seluruh pembaca dan pengunjung blog Pemuda Pelapis.
from: Pemuda Pelapis to: news@tv3.com.my date: Tue, Jan 13, 2009 at 9:21 PM subject: Tolong Peka & Prihatin Kesengsaraan Orang Lain mailed-by gmail.com Perhatian buat seluruh warga TV3 khususnya penerbit,
Dengan rasa prihatin dan amat bertanggungjawab saya anak Malaysia merasa amat kesal dan dukacita dengan sikap saudara-saudari warga TV3 seluruhnya yang boleh disifatkan sebagai golongan manusia yang tidak berhati perut serta tidak bertanggungjawab sama sekali di dalam merasai penderitaan rakyat Palestin.
TV3 dilihat saban hari memaparkan liputan kekejaman rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza di Palestin tetapi tuan/puan seolah-olah buta hati dan buta minda kerana tidak peka dengan saranan kerajaan dan juga seluruh rakyat Malaysia ke arah memboikot produk-produk Israel dan Amerika.
Setiap hari saya masih melihat TV3 terus menyiarkan iklan-iklan KFC dan Mc Donald di kaca televisyen. Mungkin ada lagi pengiklanan produk lain yang saya kurang perasan.
Maka demikian saya menyeru dengan ketegasan atas dasar tanggungjawab serta keprihatinan agar pihak TV3 menghentikan segera segala pengiklanan tersebut. Saya mengecam pihak TV3 sekiranya seruan memboikot ini tidak diambil perhatian apatah lagi jika ianya diabaikan tanpa rasa ada sikap perikemanusiaan untuk merasai penderitaan orang lain. Janganlah terlalu mementingkan keuntungan perniagaan daripada sumber-sumber pengiklanan.
Apakah TV3 akan bankrap dengan tidak menyiarkan iklan-iklan tersebut? Jika pihak TV3 mahu memberi alasan bahawa syarikat-syarikat itu telah menjelaskan bayaran bagi tujuan pengiklanan bukankah ianya masih boleh dibuat kiraan setakat mana yang telah disiarkan maka selebihnya dikembalikan sahaja kepada mereka? Gunalah sedikit akal fikiran dengan lebih waras. Takkanlah perkara semudah ini pun perlu diberi tunjuk-ajar?
Sekian dimaklumkan. Sila beri perhatian dan kerjasama.
Terima kasih!
-- PEMUDA PELAPIS www.pemuda-pelapis.blogspot.com
Diharapkan semoga email yang telah dihantar ini mendapat perhatian dan kerjasama mereka dengan penuh rasa prihatin dan tanggungjawab. Seandainya di pihak TV3 terus berdegil maka adalah wajar seluruh warga Malaysia turut memboikot stesen TV3. Kita rakyat mempunyai pilihan stesen-stesen lain seperti RTM dan Astro maka itu kita tidak menanggung apa-apa kerugian untuk tidak menonton siaran-siaran TV3.
Apa pun kita lihat perkembangannya nanti dan bergantung kepada keadaan semasa. Sekian dimaklumkan.
Parti PAS telah hilang pedoman dan halatujunya yang sebenar apabila sanggup dibadutkan oleh PKR dan merelakan pula mereka dicucuk hidung oleh DAP bagaikan lembu. Perjuangan Islamnya entah ke mana tetapi kini berslogankan pula "PAS Untuk Semua" dalam kempen PRK Kuala Terengganu.
Landasan perjuangan asal PAS sudah lama berkubur akibat kerakusan para pemimpinnya yang kini lebih gilakan kuasa dengan begitu ketara. Setelah Pakatan Rakyat berjaya merangkul 6 buah negeri pada PRU12 lalu, termasuk Kelantan yang masih dipertahankan, PAS mengetuai 3 kerajaan negeri iaitu di Kelantan, Perak dan Kedah.
Namun di Perak, PAS tidak ubah seperti patung badut yang hanya tunduk mengikut telunjuk DAP yang menguasai majoriti kerusi DUN negeri itu. MB Perak yang dilantik tanpa pilihan oleh DAP dari kalangan pemimpin PAS umpama seekor lembu yang dicucuk hidung, diheret ke sana ke mari dan diperalatkan DAP, tiada daya untuk bersuara selain hanya mampu diperbodoh-bodohkan dengan arahan puak-puak kafir harbi DAP.
Sementara di Selangor pula, PAS juga adalah kumpulan minoriti yang turut tunduk kepada telunjuk kaum babi DAP yang memperjuangkan projek mega ladang ternakan babi sebagai sumber ekonomi utama negeri Selangor untuk disumbat ke mulut umat Islam di Selangor. PAS dilihat tiada suara dan tiada upaya untuk membangkang malahan sanggup bersekongkol bersama PKR untuk merestui cadangan seekor babi betina DAP Seputeh. Halal dan haram sudah jadi tunggang-langgang dan tidak lagi difahami mereka. Tidakkah ini satu kepentingan peribadi namanya? Terang lagi bersuluh PAS terlalu hipokrit di dalam perjuangannya menipu rakyat di seluruh pelusuk tanahair.
Malangnya semua ini masih buta di mata hati mereka dan terus cuba dinafikan oleh kepimpinan PAS dan juga para penyokong fanatik mereka. Situasi ini amatlah menyedihkan kita sebagai sesama saudara Islam dan sebangsa Melayu yang majoriti meskipun ideologi perjuangan kita berbeza. Seburuk-buruk PAS memandang Umno pun mereka tidaklah pula tunduk membabi-buta kepada rakan-rakan komponennya serta tidak pula menjadikan projek haram di sisi Islam sebagai sumber ekonomi utama di bawah pentadbiran negeri-negeri jajahan mereka.
Walaupun saya bukanlah ahli atau penyokong PAS tetapi sebagai rakyat beragama Islam saya kecewa apabila sebuah parti politik yang asalnya ditubuhkan bertujuan memperjuangkan dasar-dasar Islam kini telah sanggup tunduk melutut di bawah telapak kaki kaum kafir harbi DAP demi mahu menduduki ambang kekuasaan. Mereka sedia dan begitu rela dihinjak kepala sehingga tergamak mengenepikan landasan perjuangan Islam. Hudud terus dipalu dijadikan modal basi PAS setiap kali berlangsungnya kempen pilihanraya sedangkan kita sedia maklum ia sesuatu yang tidak mungkin terlaksana selagi mereka berkompromi dengan DAP.
Al-Quran dan Hadis saban hari berkumandang disandiwarakan di pentas-pentas ceramah PAS hatta sehingga ke Dewan Rakyat sekalipun. Kemunafikan perjuangan PAS amat ketara berselindung di sebalik hukum-hakam Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW serta mengelirukan para pengikut mereka yang menyokong membuta-tuli dengan penuh kefanatikan tanpa mahu menggunakan walau secebis kewarasan akal fikiran yang mulia. Rata-rata melopong bagaikan dipukau para pemimpin mereka yang ibarat telah hilang akal dan pedoman.
Perjuangan PAS kini berjaya menakluki minda cendekiawan serta golongan muda-mudi yang terpelajar, malahan kumpulan elit dan korporat turut berjaya mereka pancing. PAS berjaya mengaburi minda golongan ini dengan kebijaksanaan mereka menglipurlarakan ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadis Nabi. Para penyokong taksub PAS terpegun dan hanyut dibuai sandiwara dendangan para pemimpin mereka.
Penilaian golongan para pengikut seperti ini sungguh cetek dengan hanya mengukur kepimpinan PAS di sudut kefasihan dan kepetahan berucap di dalam bahasa-bahasa Al-Quran dan Hadis secara zahir semata-mata tanpa mahu mendalaminya dengan teliti. Soal PAS yang gemar memanipulasi ayat-ayat Al-Quran langsung tidak mahu dititikberatkan samada benar sahih atau pun sebaliknya melainkan angguk seangguk-angguknya.
PAS sebenarnya sudah boleh dinilai sebagai sebuah perjuangan Islam yang sesat dan jika berlarutan dibiarkan tanpa dipantau oleh Majlis Fatwa dan JAKIM ia bakal menjurus kepada kesesatan yang lebih tegar sebagaimana ajaran sesat Al-Arqam yang pernah diharamkan dahulu. Cuma bezanya di sini PAS bergerak sebagai sebuah parti politik yang bertopengkan Islam. Kafir-mengkafir sesama Islam umpama mencarut dan tidak salah di pandangan mereka wa'imah mereka sedar itu adalah sesuatu yang haram di sisi ajaran Islam menurut Al-Quran.
Di dalam membuat sedikit komentar terhadap PAS saya kira perkara ini wajar diperingatkan selalu setelah melihat ramai pengikut PAS dan blogger aliran perjuangan PAS yang juga turut saling kafir-mengkafir sesama umat Islam hanya gara-gara bertelagah pendapat soal isu-isu ideologi politik semata-mata. Mungkin inilah musibah akibat PAS tunduk kepada kaum kafir harbi DAP laknatullah dengan mengenepikan ketelusan perjuangan asalnya yang telah lari daripada hukum-hakam Allah SWT. Apakah demi kuasa dan pengaruh maka PAS sedia berbuat apa sahaja? Di manakah pendirian, prinsip dan halatuju perjuangan PAS yang didokong selama ini?
Hari ini PAS ternyata ketandusan modal politik dan PAS juga ibarat sebuah parti sampah yang sedia mengutip tokoh-tokoh politik Umno yang kecewa akibat digantung dan dibuang parti. Bagi PAS kemasukan orang-orang Umno yang kecewa ini disambut dengan seribu rahmat yang besar maknanya buat seluruh kepimpinan PAS dengan paluan gendang ke seluruh pelusuk kampung di serata tanahair bagi memperkenalkan ahli-ahli baru ini kepada penyokong mereka dengan lebih dekat.
Mereka bangga seolah-olah ini suatu kejayaan buat mereka walhal di sebaliknya mereka alpa dengan kehadiran orang-orang Umno yang kecewa inilah juga pembawa virus kepada perjuangan mereka nanti. Penyakit membela dan memelihara orang-orang kecewa inilah yang juga bakal bertindak sebagai duri dalam daging yang boleh menjadi pemangkin kemusnahan mereka sendiri seandainya tidak diberi cukup habuan.
Golongan ini merupakan kumpulan yang ada matlamat dan agenda tersembunyi. Jika hari ini mereka boleh melompat ke parti PAS, apakah mustahil esok lusa mereka melompat masuk ke parti lain pula atau keluar untuk menubuhkan parti picisan baru yang lain sebagaimana yang berlaku dengan AKIM?
Semakin hari semakin PAS berusia dan makin terserlah pula kemengarutan dan kemencarutan PAS. Bak pepatah yang sering mengatakan, "Gajah depan mata tak nampak tapi kuman seberang lautan jelas kelihatan". Salah orang mereka baca namun salah sendiri tidak mahu bermuhasabah.
Kempen PRK Kuala Terengganu mempamirkan kemengarutan dan kemencarutan di kedua-dua pihak BN dan PAS. Calon Bebas juga yang bakal memperolehi kredit lebih. Kehadiran Ezam Mohd Noor bakal memberi impak negatif kepada BN.
Seingat saya sebelum tarikh penamaan calon lagi TPM, Dato' Seri Najib telah mengingatkan agar jentera BN tidak memainkan sentimen keperibadian calon atau pemimpin parti pembangkang di dalam usaha berkempen. Tapi nampaknya pesanan itu ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Najib sewajarnya lebih tegas di dalam perkara ini untuk tidak mengikut jejak PAS yang terkenal menggunakan kaedah serangan peribadi.
Ezam yang dibawa ke Kuala Terengganu hanya sebagai virus semata-mata untuk tujuan mendedahkan rahsia keburukan ketua pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang kononnya disimpan beliau sekian lama. Begitulah mengikut apa yang diucapkan beliau di pentas BN di Kuala Terengganu. Apabila disoal wartawan beliau enggan mengulasnya kecuali setelah Anwar memberi respon terlebih dahulu.
Ezam sudah beberapa kali mencabar Anwar dalam isu yang sama ini tetapi tidak pernah pula diberikan apa-apa respon balas oleh ketua pembangkang itu kecuali dalam kempen baru-baru ini Anwar ada menyentuh perkara itu. Ada juga saya terfikir mengapa Anwar mengambil langkah berdiam diri tentang isu ini? Selalunya kita faham sesuatu isu yang dibawa sebagai tuduhan maka Anwar pasti bingkas menjawabnya.
Mungkin benar tiada apa-apa yang perlu dilayan untuk dijawab agaknya. Atau Anwar beranggapan budak Ezam ini memang jenis suka berkokok dan menyalak tak tentu pasal kerana Anwar lebih mengenali siapa Ezam sebenarnya. Mungkinkah di sebalik isu ini tersirat isu peribadi mereka berdua sebagai pasangan gay yang putus cinta dan menyimpan dendam kesumat sehingga mengheret ianya ke kancah politik? Mereka berdua yang lebih tahu.
Ish! Ish! Ish! Rasa macam tak betul aje budak Ezam ni. Bila wartawan dah bertanya kenapa nak diam-diam? Bukan ke elok kalau dinyatakan secara jujur kepada wartawan supaya pendedahan ini dapat disiarkan di dada-dada media arus perdana? Jika rahsia keburukan Anwar ini merupakan sesuatu yang benar lagi sahih rasanya awal-awal lagi budak Ezam ni dah sebarkan.
Kenapa sekarang baru heboh semula? Sejak tarikh beliau kembali ke pangkuan Umno lagi hal ini telah disebutkan tetapi mengapa harus bertapis-tapis lagi? Masih adakah lagi secebis cintamu terhadap Anwar? Ini saya anggap sebagai satu gimik berkempen sahaja. Dulu pun semasa kempen PRK di Permatang Pauh pun begitu juga dicakapkannya. Ish! Ish! Ish! Memang dah sahlah budak Ezam ni otaknya dah tak "centre" lagi agaknya. Ke sana ke mari cuba meraih populariti murahan dan turut mengiyakan kebenaran dirinya sebagai "kuda trojan" parti Umno dan BN. Alahai lemahnya kepimpinan BN memilih jentera kempen pilihanraya.
Fokuslah kempen ke arah memenangkan calon BN yang bertanding dan bukannya masa yang sesuai untuk mendedahkan keburukan dan kelemahan Anwar. Lagi pun bukannya Anwar yang menjadi calon Pakatan Rakyat untuk PRK Kuala Terengganu. Semasa PRK Permatang Pauh kenapa tak didedahkan sehabis-habisan dulu? Kata bodoh, bingai dan bangang karang marah pulak tapi nampak sangat memang bingai pun.
Nampaknya TPM seolah-olah merestui kehadiran "kuda trojan" ini untuk membawa isu berkenaan di PRK Kuala Terengganu. Ini sekaligus mencanggahi pendiriannya sendiri yang menyeru jentera BN agar kempen-kempen BN pada PRK di Kuala Terengganu diadakan secara lebih bersih tanpa menyerang isu-isu peribadi pemimpin parti lawan. Najib bersikap menconteng arang ke mukanya sendiri tanpa beliau sedari.
SYABAS TOK JIB YANG SERING CELARU! MACAM MANA NAK JADI PM?
Sejarah politik negeri Terengganu agak unik kalau mahu dikajiselidik oleh penganalisis politik tanahair. Bertukar tangan kerajaan dari BN kepada PAS dan kembali dirampas BN adalah sesuatu yang bukan pelik atau menghairankan. Ia umpama menukar pakaian atau mengubah selera makan.
Situasi ini menggambarkan pengundi-pengundi di Terengganu cukup hebat sokmo! Hebat yang boleh dinilai kepada dua bentuk samada di sudut kebaikan mahupun di segi keburukan. Secara umumnya jika bercerita soal kebaikan maka baiknya yang teramat-amat sangat tetapi jika keburukan pula begitulah juga ianya teramat-amat sehingga menjurus kepada fanatik terhadap sesuatu perkara.
Kalau dalam bahasa politik kita sering mendengar istilah ATAS PAGAR atau yang bermaksud BERKECUALI namun bagi pengundi di Terengganu bilangan golongan ini boleh dikatakan agak kurang daripada negeri-negeri lain disebabkan sikap fanatik mereka yang bermusim. Ia bagaikan keadaan cuaca begitulah lebih kurang.
Contohnya di musim tengkujuh nelayan tidak akan turun ke laut untuk menangkap ikan. Sesetengahnya yang mempunyai kemahiran bertukang akan melakukan kerja-kerja pertukangan. Yang mempunyai tanah kebun pula akan bertani dan bercucuk tanam. Tapi tidak kurang juga yang hanya duduk goyang kaki di kedai kopi sambil menghabiskan masa bermain DAM, bermain TERUP dan berborak kosong. Begitulah umpamanya peralihan aktiviti bermusim sementara menunggu keadaan cuaca mengizinkan nelayan-nelayan ini turun semula ke laut.
Pendekata setiap sesuatu yang mereka lakukan maka dilakukannya secara bersungguh-sungguh. Saya hanya mengambil satu contoh golongan sahaja bagi memudahkan kita semua memahami sikap orang-orang Terengganu secara amnya. Golongan ini pula adalah golongan rakyat yang berpuak-puak. Haruslah kita ketahui bahawasanya penduduk di negeri-negeri pantai timur Semenanjung kebanyakannya sering berpuak-puak, lebih-lebih lagi orang-orang Kelantan. Terengganu dan Pahang tidaklah keterlaluan sangat tetapi masih lagi boleh dikategorikan sebagai berpuak-puak.
Oleh itu apabila tradisi kehidupan telah diserapkan dengan budaya berpuak-puak sejak sekian lamanya maka setiap sesuatu hal mereka akan mencapai kata sepakat ke arah mana mereka perlu condong. Ini berlaku tanpa disedari mereka akibat keadaan semasa tetapi itulah hakikatnya. Keadaan inilah juga dapat kita kaitkan ke dalam isu-isu politik semasa di sudut kepengaruhannya.
Mereka selalunya akan mengikut kata ramai (majoriti) ke arah mana mereka patut lebih cenderung. Jika PAS berjaya memukul gendang dan meniup seruling dengan lebih merdu maka pentas PAS-lah yang dikerumuni bagaikan kumpulan semut mendapat gula. Sebaliknya jika BN mengalunkan muzik yang lebih syahdu dan mengasyikkan sehingga mampu melekakan mereka maka ke pentas BN pula mereka akan berkunjung berpusu-pusu. Begitulah rutin pengundi-pengundi di Terengganu setiap kali kempen-kempen di musim pilihanraya berlangsung sehinggalah tiba ke hari pembuangan undi.
Timbal-balas dan timbal-balik sekiranya dacing BN nampak condong tak selari maka PAS jualah bakal mendapat manfaatnya. Teringat saya pada PRU10 yang diadakan pada 29 November 1999, ketika itu saya sekeluarga bermastautin di sana selama 2 tahun. Slogan kempen PAS ketika itu ialah KITA PAKAT TRY TUKAR KERAJAAN SEKALI. Sungguhpun pendek dan ringkas tetapi cukup berkesan. Ternyata pun akhirnya kerajaan negeri benar-benar bertukar tangan kepada PAS dengan penuh bergaya.
Daripada 32 kerusi DUN yang dipertandingkan hampir keseluruhan diragut oleh PAS. Cuma 4 kerusi DUN sahaja yang mampu dipertahankan oleh BN manakala 8 kerusi Parlimen yang dipertandingkan tiada satu pun yang mampu dipertahankan BN. 7 kerusi dimenangi PAS dan 1 menjadi milik parti Keadilan. Memang hebat pengundi-pengundi Terengganu.
Saya yang balik membuang undi di Selangor terkejut mendengar pengumuman keputusan itu yang disiarkan secara lintas langsung pada awal pagi (lewat tengah malam). Begitulah hebat sokmo pengundi-pengundi di Terengganu yang mampu bersikap apa-apa aje. Sebarang kemungkinan boleh terjadi tanpa dapat diramalkan.
Dari situasi yang berlaku ini saya merumuskan sikap pengundi-pengundi Terengganu sukar untuk dibuat ramalan. Manakala sesetengah pihak yang saya temui (khususnya anak-anak jati Terengganu sendiri) menilai bahawa di dalam isu politik negeri Terengganu, rakyatnya tidak berpendirian teguh. Mereka lebih suka kepada angin perubahan semasa. Mereka gemar mencuba dan sanggup memperjudikan nasib dengan nekad.
Jadi janganlah kita merasa pelik atau terkejut sekiranya sesuatu yang di luar dugaan bakal terjadi. Tidak mustahil kalau calon Bebas yang menang sepertimana saya katakan dalam artikel saya sebelumnya. Ini kerana pengundi-pengundi Terengganu memang hebat sokmo!
TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA RAKYAT TERENGGANU YANG PELIK DAN UNIK.
Saya titipkan beberapa pantun seloka bersempena menjelangnya pilihanraya kecil P36 - Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari 2009 nanti. Untuk sama-sama difikirkan, untuk sama-sama direnungkan.
Calon-calon berkempen dari rumah ke rumah, Berjalan kaki melangkah sampai lenguh sendi, Selalunya sombong kini semuanya dah ramah, Apakah cuma lakonan nak pikat pengundi?
Alah bisa tegal biasa, Pepatah Melayu orang tua lama, Ditipu pemimpin perkara biasa, Rakyat Kuala Terengganu dah tahu lama.
PRU hadir lima tahun sekali, PRK menjelma bila-bila masa, Calon-calon berjanji rakyat dah lali, Akhirnya terabai jua bila yang menang berkuasa.
Bersampingkan songket berbaju Melayu, Biar pun kemas sanggup turun ke sawah, Masa bertanding rakyat dilututi dirayu-rayu, Dah menang berkuasa tak jenguk-jenguk ke bawah.
PRK Kuala Terengganu tiga penjuru, Bertandingnya Bebas, PAS dan Barisan Nasional, Ke peti undi rakyat Kuala Terengganu bakal meluru, Jangan pangkah ikut emosi gunalah akal dengan lebih rasional.
Nukilan: Pemuda Pelapis
Agak sinis namun itulah hakikatnya. Fikir-fikirkanlah! Renung-renungkanlah!
Alhamdulillah usaha rakyat mengadakan perarakan dan perhimpunan aman di Kedutaan Amerika Syarikat bagi membantah kekejaman rejim zionis Israel ke atas Palestin berlangsung dengan selamat petang semalam selepas Solat Jumaat.
Tokoh negarawan, mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad dijemput khas bagi menyampaikan sepatah dua ucapan menyeru seluruh rakyat dan semua pihak agar bersatu hati memboikot Israel, Amerika Syarikat dan Britain yang menyokong serangan ke atas Palestin. Beliau mahu rakyat Malaysia memboikot segala produk keluaran negara-negara Yahudi berkenaan bagi melumpuhkan ekonomi mereka.
Namun apa yang mendukacitakan ialah apabila masih ada stesen televisyen swasta TV3 yang tidak peka serta tidak bertanggungjawab terhadap usaha rakyat dan kerajaan ini. Kumpulan Media Prima ini dilihat terlampau taksub mengejar keuntungan pengiklanan apabila stesen TV3 ini masih terus menyiarkan iklan-iklan produk Yahudi seperti iklan Mc Donald. Sekaligus mencerminkan bahawa TV3 mengambil langkah yang bertentangan dengan usaha kerajaan dan rakyat untuk memboikot produk-produk Yahudi.
Sebagai rakyat yang prihatin saya mengecam stesen TV3 yang tidak bertanggungjawab untuk turut serta di dalam usaha kerajaan dan rakyat memboikot negara-negara Yahudi tersebut khususnya Israel. Juga turut disarankan agar pihak kerajaan mengeluarkan satu memo arahan kepada semua stesen-stesen televisyen tempatan agar menghentikan segera pengiklanan produk-produk Yahudi di kaca TV.
Rakyat Malaysia yang prihatin, penyayang, pencinta kedamaian, benci pada pengkhianatan dan kekejaman ayuh beramai-ramai kita turun serang Kedutaan Besar USA di Jalan Tun Razak membantah dan memprotes serangan maha zalim Israel ke atas Gaza.
Kenapa di Kedutaan USA? Kerana USA adalah sekutu ISRAEL LAKNATULLAH yang berdiri di belakang menyokong keganasan ke atas Palasetin dengan bekalan senjata dan peluru membunuh kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua yang tidak berdosa.
Siapa penganjur? Bila? Di mana nak berkumpul? Nak pakai apa? Nak bawa senjata apa? Amboi banyak pulak soalannya... Tang pakai apa tu soalan pelik. Tentulah kena pakai baju pakai seluar. Takkan nak jadi hero-hero bogel macam mogok di Shah Alam pulak. Sudahnya tak ada pun hantu yang turun berbogel.
Anjuran: COMPLETE Tarikh: Jumaat, 9 Januari 2009 Masa: Bermula jam 2 petang (selepas Solat Jumaat) Tempat: Berkumpul depan Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak Pakaian: Bersesuaian dengan tema pembebasan Palestin Peralatan: Sepanduk bertuliskan bantahan serangan ke atas Palestin dsb... Agenda: Menyampaikan memorandum bantahan kepada Duta USA
Jom kita sertai beramai-ramai membantah dan memprotes kezaliman ke atas rakyat dan negara Palestin sebagai tanda prihatin dan simpati kita ke atas penderitaan saudara-saudara kita di sana.
Sebarkan maklumat ini kepada rakan dan taulan anda semua.
Apa sebenarnya yang berlaku dalam pentadbiran parti AKIM sehingga kalut-malut semacam? Siapakah presiden tulen parti AKIM?
Berikutan penarikan diri Harun @ Abdul Rahman Mohamad semasa penamaan calon pada 6 Januari 2009 lepas, Hanafi Mamat yang mengakui dirinya Presiden AKIM mengecam Harun dan semalam (7 Januari 2009) pula seorang lagi presidennya, Kapten (B) Abdullah Sani Musa menjawab balas kenyataan Hanafi Mamat itu. Siapa presiden yang tulen dan asli ni?
Berikut ini adalah petikan kenyataan seorang lagi presiden parti AKIM.
Harun bertindak atas arahan AKIM
PASIR PUTEH 7 Jan. - Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) mengakui mengarahkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Harun Mohamad menarik diri pada saat-saat akhir.
Presidennya, Kapten (B) Abdullah Sani Musa berkata, arahan itu dibuat kerana bimbang ia akan menyemarakkan lagi perpecahan di kalangan orang Melayu dan secara tidak langsung mencemarkan imej Islam.
Beliau berkata, Harun tidak akan dikenakan tindakan disiplin seperti dakwaan bekas ahli parti itu, Hanafi Mamat yang turut mendakwa dirinya sebagai Presiden AKIM.
"Arahan tersebut dikeluarkan oleh ibu pejabat parti di Pasir Puteh dan bukannya seperti yang dibuat oleh Hanafi.
"Sebenarnya Hanafi telah digantung keahlian pada tahun lepas kerana melanggar peraturan parti," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penarikan diri calon AKIM pada saat-saat akhir proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, semalam.
Ekoran itu, Hanafi mengeluarkan kenyataan bahawa Harun akan dikenakan tindakan disiplin kerana menarik diri dan memberikan sokongan kepada calon Pas.
Abdullah mendakwa Hanafi mula mendakwa dirinya presiden parti pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan ekoran itu, AKIM akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
Beliau menjelaskan, AKIM ditubuhkan pada 1995 oleh allahyarham bapanya dan kini mempunyai 25,000 ahli di seluruh negara.
"Kita juga akan membuat laporan polis terhadap Hanafi kerana melarikan beberapa dokumen penting parti," katanya.
Pada masa sama, beliau turut menyeru semua ahli dan penyokong parti itu supaya tidak menyokong mana-mana parti yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini.
"Mereka yang menganggotai 25 cawangan parti di kawasan Parlimen berkenaan perlu bersikap berkecuali dengan tidak memberi sokongan sama ada calon UMNO, Pas mahupun Bebas," katanya.
Pelik tetapi benar. Inilah kenyataannya yang berlaku dalam parti AKIM. Haru-biru jadinya. Bayangkanlah "satu kapal dua nakhoda", jika seorang mahu ke kanan dan seorang lagi mahu ke kiri nescaya terbelah dua kapalnya dan karam segera.
Ingatkan parti gergasi sahaja yang kecoh dan kepoh berebut jawatan rupanya parti picisan pun turut kalut jugak. Tak sangka cempedak jadi nangka nooo! Dunia! Dunia! Tak tahulah apa nak jadi dengan makhluk Allah di planet bumi ni.
Pilihanraya kecil P36 - Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan dua gergasi politik tanahair atau musuh politik tradisi BN dan PAS sedang melalui situasi hangat berkempen sehingga menjelangnya hari pengundian pada 17 Januari 2009 nanti.
Calon Bebas kurang difokuskan media dan bloggers. Apakah calon Bebas dianggap terlalu kerdil? Namun janganlah memperkecil-kecil atau memperlekehkan calon Bebas ini kerana jika tersilap langkah atau salah percaturan di antara kedua-dua pihak yang dianggap gergasi itu tidak mustahil kredit bakal menyebelahi calon Bebas yang mungkin tidak semena-mena meraih kemenangan mudah dek kerana pertelagahan dua gergasi yang mengundang kebosanan pengundi di parlimen Kuala Terengganu. Sebarang kemungkinan boleh terjadi.
Namun kehangatan awal kempen pilhanraya kecil ini dikatakan dicemari isu-isu serangan peribadi ke atas calon khususnya yang dilontarkan oleh pihak Pakatan Rakyat terhadap calon Barisan Nasional. Pelbagai tohmahan dan tuduhan diapi-apikan oleh jentera kempen pembangkang di kedai-kedai kopi dan juga dari rumah ke rumah bagi memburuk-burukkan calon BN tentang soal yang remeh-temeh seperti sombong, tidak mesra dengan masyarakat, ego dan sebagainya. Itulah pandangan daripada pihak BN melalui kenyataan-kenyataan oleh beberapa pemimpinnya.
Manakala calon Pakatan Rakyat yang diwakili PAS juga tidak terkecuali dipersenda-sendakan dengan pelbagai ejekan dari cerita-cerita lampau sepertimana tersebarnya video Youtube yang memetik kata-kata Mohd Abdul Wahid Endut dalam sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu suatu ketika dahulu yang berbunyi, "di zaman kita, PAS tak ada buat apa-apa pun". Jawapan balas ini dilemparkan secara spontan oleh ADUN Wakaf Mempelam itu berpunca daripada persoalan lapangan terbang Kuala Terengganu yang agak lewat disiapkan. Begitulah apa yang telah dimanipulasikan oleh pemimpin dan jentera BN Negeri Terengganu di sudut persepsi Pakatan Rakyat pula.
Itu merupakan salah satu isu yang cuba memperlihatkan tanggapan buruk terhadap kedua-dua pihak calon BN dan PAS. Masing-masing saling serang-menyerang kenyataan bagi menguatkan hujah untuk memenangi hati pengundi. Kenyataan siapa yang lebih terpaut kukuh di hati pengundi Kuala Terengganu maka di situlah kelebihan kredit yang bakal dikutip nanti. Tapi jika ada di kalangan pengundi yang menganggap semua itu satu lakonan loyar buruk kedua-dua pihak maka calon Bebaslah yang bakal mendapat manfaatnya atau setidak-tidaknya bakal menjurus kepada undi rosak yang disengajakan oleh para pengundi P36 - Kuala Terengganu. Segalanya mungkin dan tiada yang mustahil.
Dalam pada itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula mengulas mengenai calon BN yang dipilih bertanding bagi kerusi P36 - Kuala Terengganu itu adalah calon yang tidak bijak, tidak tepat dan amat lemah sekali di pandangan mata beliau kerana Wan Ahmad Farid Wan Salleh dianggap sebagai proksi kepada Pak Lah dan calon itu adalah calon BN pilihan peribadi Pak Lah. Begitulah maksudnya lebih kurang. Apakah ini satu kebenaran?
Pada hemat saya kebiasaannya Tun Dr Mahathir tidak bercakap sembarangan atau mengeluarkan sebarang komentar tanpa usul periksa. Sudah tentulah beliau lebih arif dan lebih mengetahui perkara sebenarnya daripada sumber-sumber dalaman Umno sendiri yang boleh dipercayai dan diterimapakai sebelum sesuatu ulasan diperkatakan.
Komen Tun terhadap calon BN ini begitu ringkas dan bersahaja maka kenyataan Tun itu harus boleh diterimapakai untuk dipertimbangkan akan kebenarannya. Saya tidak melihat bahawa Tun cuba mahu menggugat peluang kemenangan kepada calon BN pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu tetapi Tun kelihatan cuba berterus-terang kepada seluruh organisasi Umno dan BN khususnya Dato' Seri Najib (bakal Presiden dan bakal PM) agar berfikir sejenak akan apa yang diperkatakannya itu.
Tun mungkin bernawaitu tidak mahu di era Najib memegang tampuk pemerintahan negara sebagai Perdana Menteri baru menggantikan Pak Lah nanti, Najib akan terus dibelenggu, dibayangi serta dikelilingi oleh kroni-kroni Pak Lah yang telah bersiap-siaga diletakkan awal-awal sebagai proksi Pak Lah melalui strategi terancang sebelum Pak Lah berundur. Walaupun Pak Lah yang satu telah berundur tetapi masih ramai "Pak Lah Klon" yang bakal mengelilingi Najib di dalam pentadbirannya nanti. Juga tidak mustahil isu Institut Jantung Negara (IJN) yang sebelumnya cuba diswastakan itu ada kemungkinan mengandungi agenda tersembunyi Pak Lah dan kroni-kroninya yang cuba menangguk di air keruh.
Ini amat wajar diketahui dan disedari oleh Najib sebelum terlewat. Tun mungkin berhasrat tidak mahu mengizinkan Najib terus mewarisi kelemahan cara urustadbir Pak Lah di samping cuba mengelakkan Najib daripada memikul segala liabiliti Pak Lah. Jika ini berlaku maka Najib bakal menerima nasib lebih malang daripada Pak Lah dan kecaman yang lebih hebat akan dihadapinya nanti. Oleh itu Najib haruslah lebih berhati-hati menilai setiap gambaran yang cuba Tun sampaikan dari semasa ke semasa sekiranya tidak mahu melangkah silap ke hadapan.
Salam sejahtera dan salam hormat buat semua rakan-rakan blogger dan pengunjung sekalian. Marilah kita warga Malaysia bersatu hati untuk sama-sama bertindak memboikot produk-produk Yahudi.
Apa yang tertera ini adalah sebahagian produk-produk ternama yang popular yang digemari oleh rakyat Malaysia. Sebenarnya masih banyak lagi produk-produk Yahudi yang berada di pasaran tempatan. Gambar diambil daripada blog saudara Harimau-Menaip dan di"edit"kan menjadi satu.
Seruan bersama agar kita saling merasai penderitaan warga Palestin khususnya kanak-kanak dan wanita yang lemah serta tidak berdosa telah dizalimi dengan kekejaman yang amat dahsyat pada dekad ini. Ternyata undang-undang dan perikemanusiaan tidak lagi menjadi satu kepentingan dan toleransi oleh kaum-kaum binatang seperti Israel, Amerika Syarikat, Britain serta negara-negara sekutunya yang lain.
Jika kalian terus menyokong membeli dan menikmati produk-produk tersebut maka samalah ertinya kalian turut bersubahat menyokong pembunuhan beramai-ramai saudara-saudara kita di bumi Palestin. Bangkitlah dengan rasa penuh kesedaran bersama untuk menyatakan BENCI KEPADA ISRAEL dan BENCI KEPADA YAHUDI laknatullah!
Jadilah kita rakyat yang saling prihatin sesama insan yang tidak bernasib baik. Tiada agama di dunia ini yang mengajar kita akan kezaliman dan kekejaman. Oleh itu seluruh rakyat Malaysia disarankan agar turut serta dengan rasa penuh tanggungjawab bersama untuk memboikot produk-produk keluaran mereka yang berada di pasaran tempatan mulai sekarang.
Malaysia hanyalah sebuah negara kerdil yang lemah. Apa lagi yang mampu kita lakukan selain daripada usaha memboikot produk-produk Yahudi ini. Setidak-tidaknya kita mampu melumpuhkan usaha pemasarannya di bumi Malaysia ini sebagai tanda kita memprotes dan mengecam tindakan zalim mereka ke atas serangan di Gaza, Palestin.
Namun apa yang mengecewakan saya pada hari ini apabila adanya stesen-stesen televisyen seperti TV3 yang masih terus menyiarkan lagi iklan-iklan KFC, Mc Donald dan bermacam-macam lagi produk-produk Yahudi. Kenapa pihak Kementerian Penerangan tidak mengeluarkan satu pekeliling khas untuk menyebarkan berita pemboikotan ini dengan segera setelah kerajaan Malaysia membantah serangan ke atas Gaza sejak lebih seminggu yang lalu?
Sekalipun kerajaan agak sedikit lembap dan alpa dalam tindakannya kenapakah pihak stesen TV ini begitu megah terus menyiarkannya? Di manakah rasa keprihatinan dan tanggungjawab sebagai manusia yang berakal? Apakah pihak Media Prima semuanya dibarisi kakitangan dari puak-puak Yahudi keturunan Israel? Gunakanlah akal secara bijak dan lebih waras di dalam menyokong usaha negara-negara Islam sedunia yang sedang mengecam hebat dan mengutuk keras serangan ke atas Palestin. Janganlah terlalu mementingkan perniagaan dan mencari keuntungan tanpa batasan.
Saya secara terus-terang menyelar mana-mana stesen TV baik hakmilik kerajaan mahupun swasta yang masih terus menyiarkan iklan-iklan atau juga rancangan-rancangan yang mempromosikan produk atau negara Yahudi Israel dan sekutu-sekutunya. Jangan menjadi manusia bangsat yang buta hati naluri.
Cakap serupa bikin?
-
Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin is at a crossroad to put money
where his mouth is, in the perspective of integrity and proper governance.
The ...
GEMPAR: Mahathir angkat sumpah
-
*NEWS:*
Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri
Malaysia di hadapan Yang di Pertuan Agong di Balai Rong Seri, Istana
Neg...
Just an amusing observation..
-
Brightest students in A class, studied Science, became engineers, doctors,
architects, building the country etc.
Students in B class, studied Commerce, be...
Bapak ayam
-
Merekalah bapak ayam
Mengatur tauke tauke besar yang ghairah merogol
Menyondol hutan hutan dara subur yang basah lebat merimbun
Meraba ganas liang, lubang, l...
SALAM BAHAGIA DAN SELAMAT MEMBACA
-
As Salam. Ramai yang bertanya sama ada saya masih menulis di blog atau
sebaliknya. Saya memberitahu mereka bahawa tumpuan kini adalah kepada tiga
cabang m...
Tepu
-
Otak tepu. Masa lapang pun tepu.
Sibuk sampai tak sempat fikir tentang blog.
Dulu tak macam ni.
Mungkin ia kesan penuaan.
Nasib baik sedar diri dah tua.
Itup...
BEGAIM ALI NAK JADI CALON DI DUN CEMPAKA?
-
Jika Umno masih lagi sebuah parti politik, maka Umno mesti bertanding di
pilihan raya kecil (PRK) DUN Cempaka, kecualilah Umno Kelantan sudah jadi
NGO uj...
PERGINYA SEORANG LAGI NASIONALIS MELAYU
-
KUALA LUMPUR 22 Mac 2012 - Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Mazlan Nordin,
87, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini
pada p...
-
DENGAR TITAH RAJA
Melayu.
Jangan derhaka.
Nanti dapat malapetaka.
Ini negeri raja punya.
Kita semua hanya menumpang.
Derhaka, nanti kena pelempang.
Mer...
Ucapan Presiden UMNO di PAU 2009
-
Seawalnya saya ingin berkongsi Firman Allah SWT, dalam surah As-Saff ayat
yang ke-4
*‘Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya, da...
Isu Masuk Syurga: Transkrip Kenyataan Nik Aziz
-
KUALA LUMPUR 20 Ogos – TV3 malam ini menyiarkan rakaman audio Mursyidul Am
PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinang pada
17...
Menyelami Partisipasi Politik Belia
-
Pada 4 Julai 2009, genaplah 100 hari saya menjadi Ahli Majlis Tertinggi
UMNO. Dalam tempoh itu, tema utama yang saya bincangkan ialah partisipasi
belia dal...