Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Saya percaya di stesen TV3 semuanya terdiri daripada kakitangan dari golongan manusia yang dicipta Tuhan dengan akal yang mulia serta boleh berfikir secara waras.

Malangnya, walaupun setelah dua artikel ditulis dan satu email bantahan telah dimaklumkan nampaknya seolah-olah tiada kefahaman tentang isu-isu semasa yang mereka sendiri laporkan di media mereka.

Mengikut kefahaman saya, apabila perkara semudah ini tidak mahu diambilpakai dan diterima bermakna kakitangan yang bekerja di stesen berkenaan bukanlah golongan manusia tetapi setaraf dengan spesis yang dinamakan haiwan.

Haiwan jika dilatih pun mereka tahu bercakap, faham apa yang dicakapkan tuannya, reti berkasih sayang dan pandai menyayangi tuannya serta manusia lain. Tapi lain kisahnya di stesen TV3 ini di mana pada zahirnya sahaja mereka adalah manusia namun hati, perasaan dan akal mereka lebih hina daripada haiwan kerana tidak mahu mendengar nasihat dan saranan orang lain.

Iklan-iklan produk yahudi Amerika-Israel seperti KFC, Mc Donald, L'oreal dan lain-lain masih terus dipromosikan di kaca tv tanpa ada kesedaran mendalam meskipun seluruh negara-negara Islam dunia termasuk Malaysia telah menyarankan supaya ianya diboikot.

Apakah sengaja mahu menunjuk belang dan kehebatan mereka untuk tidak mahu mengendahkan teguran orangramai? Apakah sudah bersedia untuk dipulaukan atau turut diboikot sebagaimana yahudi Israel dan Amerika?

Jika itu menjadi pilihan dan kegemaran TV3 maka teruskan usaha gila dan sewel tersebut tanpa perlu memikirkan penderitaan orang lain. Tahniah atas sikap mementingkan diri sendiri dan juga syabas atas perilaku kehaiwanan anda-anda semua.

1 Response
  1. Anonymous Says:

    TV3 jangan hanya cari duit. Soal bahasa dan bangsa negara kena ambil kira. Sampai iklan berbahasa asing jadi keutamaan, itu dah melampau. Rakyat Malaysia mesti tahu dan membudayakan bahasa Malaysia. Itu pun tak boleh nak disyaratkan. Hapuskan iklan berbahasa asing di TV3, siar hanya bahasa Malaysia.