Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Umno/BN bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah sebaik-baik pepatah yang menepati perkembangan semasa apabila baru sahaja tewas kepada PAS dan terlepas kerusi parlimen Kuala Terengganu yang disandangnya pada 17 Januari 2009 baru-baru ini. Kini menerima tamparan daripada ADUN Bota (BN) pula.

Mengikut laporan blog Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, ADUN Bota di Perak, Dato' Nasarudin Hashim dari BN dikatakan telah menyertai PKR. Jika begitu, ini bermakna sekali lagi pilihanraya kecil akan diadakan di negeri Perak pula. Klik di sini untuk rujukan.

Berikut saya siarkan petikan komen saya yang mungkin disiarkan atau mungkin tidak disiarkan.

January 25th, 2009 at 5:41 pm

Wow! Hebatnya PKR ni ye Dato’ Seri? ADUN BN pun sanggup lepas jawatan untuk masuk PKR. Kalau macam tu nampaknya tak lama lagi sekali lagilah kita bakal hadapi pilihanraya kecil untuk DUN Bota pula. Syabaslah saya ucapkan asalkan perjuangan PKR telus dan tulus. Masalahnya benar ke begitu? Jika apa yang tersurat sama dengan apa yang tersirat maka alhamdulillah. Kot-kot tidak bagaimana? Walaupun saya tidak berada di pihak PKR tapi saya tetap terbuka menyokong segala yang HAK dan KEBENARAN. Yang mana Umno salah, saya tetap bangkang, yang mana PKR salah, saya juga bangkang. Begitulah dengan part-parti lain. Erti kipas @ bodek tidak ada dalam kamus hidup saya.

Setahu saya dasar penubuhan PKR dahulu adalah bertujuan membela seorang individu sahaja (Dato’ Seri). Di manakah yang dikatakan PKR sebagai sebuah parti politik yang bertujuan membela rakyat? Kejayaan PKR berputik dari sentimen simpati terhadap Dato’ Seri akibat peristiwa pemecatan Dato’ Seri sebagai TPM dan Naib Presiden Umno pada 1998 dahulu. Ia mula membentuk satu komuniti pengikut dan penyokong tegar @ fanatik Dato’ Seri.

Di dalam Pakatan Rakyat yang menggabungkan tiga parti yakni PKR, PAS dan DAP dilihat turut tidak sehaluan serta banyak juga penyelewengan di dalam perjuangan. Malangnya kumpulan pengikut tegar Pakatan Rakyat tidak ada yang jujur dan berani mempertikaikan soal-soal ini selain hanya menyokong membuta-tuli sedangkan di dalam Umno/BN kami sedia mengkritik dan mengecam para pemimpin secara lebih terbuka.

Apakah para pengikut Pakatan Rakyat menganggap para pemimpin mereka sebagai manusia yang maksum yang langsung tidak pernah melakukan apa-apa kesilapan sehingga ada yang menyamakan pemimpin-pemimpin kaum Cina seperti Umar Abdul Aziz atau para-para sahabat Rasulullah SAW dan alim-ulamak terkenal? Sudah butakah mata hati mereka ini sehingga agama Islam dipolitikkan? Sejahat-jahat Umno sebagaimana yang dinilai oleh Pakatan Rakyat, tidaklah sampai ke tahap buta mata hati untuk memperlekehkan perkara-perkara sedemikian.

Adatlah bak kata orang tua-tua, dalam setandan pisang bukannya semua elok belaka, pasti ada beberapa biji pisang yang busuk. Begitulah juga dengan parti Umno/BN. Pakatan Rakyat juga tidak terkecuali. Oleh itu Umno/BN tidak wajar dihukum tetapi pucuk pimpinan parti yang ada sewajarnya dipertanggungjawabkan sebagai bersalah maka perlu ditentang. Sebagai pejuang yang ikhlas dan jujur, Dato’ Seri sepatutnya berbaik sangka dan merendah diri beralah untuk kembali mendampingi Umno dan kembali ke landasan asal. Adalah diyakini kepimpinan Umno sedia menerima Dato’ Seri semula. Ikutlah rasmi perjuangan Rasulullah SAW yang berdakwah dengan berbuat baik kepada kaum Yahudi dan Nasrani dan bukan secara memusuhi mereka. Di situlah kejayaan Rasulullah SAW mengembangkan syiar Islam.

Saya menghargai kewibawaan Dato’ Seri namun saya menilai perjuangan Dato’ Seri tidak lebih sebagai bekas pemimpin dan bekas ahli Umno yang kecewa. Maka manusia yang kecewa kebiasaanya akan mengutuk perjuangan parti yang pernah dia sendiri sertai sebelumnya dengan mengadakan pelbagai tohmahan dan fitnah termasuklah adu-domba akibat dia tahu dia tidak mungkin ada tempat lagi untuk kembali ke dalam parti yang pernah disertainya dahulu. Apakah perjuangan Dato’ Seri hari ini atas dasar dendam kesumat?

Kemasukan berduyun-duyun ahli-ahli Umno ke dalam Pakatan Rakyat, baik ke dalam PKR, PAS atau DAP adalah perkara lumrah apabila kecewa. Golongan ini adalah golongan manusia yang kecewa dan saya juga menganggap penghijrahan mereka bermotifkan perasaan kecewa dan Pakatan Rakyat umpama parti tong sampah yang mengutip segala buangan. Maaf! Ini adalah hakikatnya demi meramaikan komuniti sahaja. Kepengaruhan Pakatan Rakyat sekarang berlandaskan kuantiti @ komuniti yang besar untuk mengharapkan kejayaan tetapi di segi kualitinya tidak ada. Saya percaya Dato’ Seri lebih arif dan lebih cerdik tentang ini cuma mungkin saja-saja tidak mahu membicarakan soal ini.

PEMUDA PELAPIS

Nampaknya sekali lagi tamparan hebat buat Umno/BN yang terpaksa bekerja keras untuk memastikan satu lagi kerusi yang disandangnya tidak terlepas kepada Pakatan Rakyat. Seandainya terus gagal maka proses pemulihan yang lebih proaktif wajar diaplikasikan oleh pucuk kepimpinan Umno.

4 Responses
  1. Anonymous Says:

    Apabila wakil rakyat berpindah parti, ia tidak belibatkan pilihanraya kecil. Hanya perpindahan kerusi DUN/Parlimen sahaja.
    Tarak baca ka bro?


  2. Saudara Anon,

    Pertamanya mungkin saya salah tafsir pada awalnya kerana sangka saya ADUN Bota turut melepaskan jawatannya sebagai ADUN sebab kemenangannya dulu adalah atas tiket BN maka demi maruah sepatutnya beliau perlu berbuat demikian tapi rupanya pengkhianat perjuangan parti dengan cara melompat katak untuk mengikut haluan tiupan angin atas alasan senang nak berkhidmat disebabkan Pakatan Rakyat telah menubuhkan kerajaan di Perak. Ini bermakna beliau memang tidak bermaruah sama sekali. Jika saya jadi beliau saya akan melepaskan jawatan sebagai ADUN Bota dan bertanding semula dalam pilihanraya kecil di DUN Bota untuk membuktikan disokong semula ataupun tidak.

    Keduanya, jangan terlalu yakin atau mudah kata tidak berlaku pilihanraya kecil di DUN Bota kerana jika sekiranya BN membuat bantahan kepada SPR dan memohon perintah mahkamah supaya diadakan pilihanraya kecil semula maka tidak mustahil ianya berlaku. Walaupun Perak ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat tetapi Perak masih bernaung di bawah kerajaan persekutuan (BN) dan saya pasti BN tidak akan hanya berdiam diri tentang perkara ini. Haruslah faham bahawa kerajaan persekutuan (BN) adalah kerajaan yang masih berkuasa ke atas Malaysia termasuklah semua negeri-negeri di dalamnya meskipun yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Sudah tentulah sesebuah kerajaan persekutuan yang berkuasa tidak akan sekali-kali memberi laluan semudah itu kepada parti pembangkang. Samalah juga sekiranya Pakatan Rakyat yang memerintah kerajaan persekutuan.

    Soalnya sekarang apabila seorang dah mulakan takkanlah BN nak duduk berdiam diri dan berpuashati atas tindakan khianat seperti itu? Dengan peruntukan dan kuasa yang masih ada di tangan pastilah sesuatu akan diambil tindakan.


  3. Anonymous Says:

    anonymous lu mau ckp org tarak baca lu sendiri ada fhm baca ka??? title tu kan dah satu persoalan??? lu ada fhm ka apa owner blog tulis??? ayoyo...chitt!!!


  4. Anonymous Says:

    RASIONALnya begini.....ADUN ialah wakil kepada rakyat tempat dia mewakilinya secara khas dan wakil kerajaan yang memerintah secara am..Kalau rakyat tempat dia wakil tu semua/kebanyakannya dah sokong PR..dia kena jadi wakil PR lahh. Tak payah buang masa pilihanraya lagi..menghabiskan duit rakyat! Tukar tempat duduk di DUN waktu bersidang nanti tu aje...

    Macamana nak tau kebanyakan rakyat yang diwakilinya itu sudah menyokong PR sekarang??? Tentulah BN kata melalui pilihanraya..(peluang hantu2 mengundi..)tapi AWAS BN kena pikir 10 kali untuk adakan PRK sebab hantu2 pun dah masuk PR sekarang. 'DUIT AMEK UNDI TETAP PR'.
    .....nak wat cam na tuhh?