Hari ini 2 Januari 2009, agensi berita Bernama melaporkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata "Bantuan Bukan Gula-Gula Pikat Pengundi" di Kuala Terengganu.
Kita rakyat di seluruh negara sering disebutkan dengan kenyataan dan situasi "kebetulan" yang sudah mual dan amat jelak sekali untuk didengari. Setiap kali adanya pilihanraya kecil atau pilihanraya umum maka banyaklah bantuan itu dan ini disalurkan di kawasan-kawasan terbabit.
Apabila pembangkang menempelak isu ini maka pembesar-pembesar Umno/BN menyanggah kenyataan pembangkang sedangkan tanpa disedari ianya telah menjadi "kudis buta" atau dipanggil juga sebagai penyakit "kusta" di dalam perjuangan politik Umno/BN sejak sekian lamanya.
Yang menjadi isunya di sini kenapa apabila tibanya musim pilihanraya barulah bantuan disegerakan di sesuatu tempat itu? Memang tidak dinafikan kerajaan Barisan Nasional sentiasa menghulurkan bantuan tanpa mengira masa dan musim tetapi itu adalah satu tanggungjawab sebagai kerajaan yang memerintah.
Samalah keadaannya seperti institusi kekeluargaan bilamana ibubapa melahirkan anak maka haruslah dipelihara dengan makan minum yang mencukupi serta diasuh dan diberikan pendidikan yang baik sehinggalah anak-anak kecil tadi membesar dalam kesempurnaan. Oleh itu tidak perlulah bantuan yang dihulurkan itu digembar-gemburkan yang hanya mengundang pihak pembangkang menjadikannya sebagai satu isu dalam kempen pilihanraya.
Ianya lebih ketara di saat-saat sebegini. Dalam situasi pilihanraya kecil dan juga pilihanraya umum perkara bantuan ini terlalu difokuskan dan pembesar-pembesar kerajaan pula masa inilah kelihatan gigih luarbiasa memainkan adegan-adegan masing-masing dengan watak-watak yang terlampau sehingga mengundang kebencian rakyat apatah lagi di kalangan pemimpin parti lawan.
Janganlah segala-galanya cuba dipolitikkan oleh kerajaan jika tidak mahu isu bantuan dispekulasikan oleh pihak pembangkang di saat-saat pilihanraya. Lakukan tugas dan tanggungjawab secara luhur, jujur, telus dan ikhlas. Kerajaan kepada rakyat umpama ibu dan bapa kepada anak-anak dalam institusi keluarga.
Semua pemimpin kerajaan disarankan mengubah persepsi dan pandangan rakyat agar situasi kebetulan tidak terlalu sering dijadikan sebagai alasan sepanjang masa di dalam sejarah politik negara. Ianya amat memualkan dan jelik sekali di kaca mata rakyat dan lebih-lebih lagi di pihak pembangkang.
Di era millenium dan di zaman globalisasi ini sesuatu kelainan wajar diaplikasikan di dalam memikat hati pengundi dan rakyat. Dengan berterusan membawa perilaku lapuk ini hanya akan merugikan parti sendiri dan secara langsung memudarkan kredibiliti diri sendiri.
Sampai bilakah situasi kebetulan ini harus berpanjangan? Adakah sampai bahtera Umno/BN pecah berkecai sehingga karam di dasar lautan maka semua pemimpin baru mahu sedar dan bangkit dari lamunan? Jika saya sebagai orang Umno/BN merasa getik dan meluat dengan kenyataan ini apatah lagi orang-orang di luar Umno/BN? Tidakkah semudah itu yang dapat difikirkan oleh para pemimpin?
Kemaskinilah tahap daya pemikiran supaya kelihatan lebih ada kelas dan tergolong di dalam kualiti "Gred A" yang paling atas jika berharapan tinggi mahu menjawat kerusi Timbalan Presiden Umno sepertimana yang dicalonkan. Kalau inilah pemimpin yang mahu diangkat naik oleh parti nescaya masa depan parti dan negara akan menjadi lebih parah akibat ketandusan idea pemikiran.
Berbanyak maaf Tan Sri tetapi terimalah teguran ini sebagai satu teguran yang membina parti dan perjuangan masa depan agar Umno/BN kembali dihormati sebagaimana dahulu dan asalnya.

kan dah adat kite bertandang rumah orang..bawa buah tangan.. barulah tak rasa malu dan tuan rumah pun gembira..inikan pula nak minta bantuan dan pertolongan orang...buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali..orang hulur bantuan pun ko nak marah ...dah hilang akal apa....tak nak terima jangan lah ambil..kalau dapat syukur...
hello anonymous ko ni x fhm ke apa citer dia tulis? kata bodoh krg marah plak. org citer topik alasan kebetulan x sudah2 tp ko komen psl bawak buah tgn pe ke jadahnya? x fhm x yah ler nyampuk ngok!
Tak habis2 dgn alasan kebetulan. Idea lapuk ni dah tak laku lagi dah. Mat Taib dah patut pencen duduk diam2 belai bini kat rumah. Kata org N9 ontok2 dah ler.
Very good!