Penamaan calon bagi pilihanraya kecil P36 - Kuala Terengganu berjalan lancar pagi tadi di Stadium Negeri Kuala Terengganu. Kita bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru apabila di saat-saat akhir calon AKIM menarik diri.
Calon yang disahkan diterima bertanding oleh SPR Negeri ialah Wan Ahmad Farid Wan Salleh dari BN, Mohd Abdul Wahid Endut dari PAS dan seorang calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam. Manakala calon AKIM yang dari awalnya ribut semacam akhirnya menarik diri dan tidak menyerahkan borang pencalonan pagi tadi walaupun beliau hadir di situ.
Apakah agaknya yang bermain di minda calon AKIM yang menarik diri itu sehingga tidak berani meneruskan perjuangan yang sebelumnya begitu berkobar-kobar? Mungkinkah Harun @ Abdul Rahman takut akan kehilangan wang pertaruhan (deposit) jika kalah teruk? Apakah kekalahan yang telah jelas nampak di mata beliau? Inikah semangat seorang pejuang Islam yang boleh diharapkan?
Mesej khas buat Harun Mohamad, 63 wakil AKIM, diharapkan lain kali sila cermin diri terlebih dahulu sebelum gopoh membuat pengumuman untuk turut serta sebagai calon dalam pilihanraya kecil P36 - Kuala Terengganu. Jangan memalukan parti sendiri jika tiada keberanian dan tidak mempunyai semangat juang yang kental. Memalukan bangsa dan agama. Inilah dia wakil AKIM sebagai parti picisan PAS yang tidak bermaruah. Orang nak bertanding dia pun sibuk nak bertanding.

Memetik kenyataan Presiden AKIM yang amat kecewa:
Presiden AKIM, Hanafi Mamat, berkata Harun juga telah mengkhianati parti kerana menyatakan sokongan terbuka kepada calon PAS pada pilihanraya kecil itu.
"Harun telah menghampakan harapan AKIM apabila menarik diri tetapi lebih mengecewakan apabila menyokong pula PAS," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Di pusat penamaan di Stadium Negeri di Kuala Terengganu hari ini, Harun 63, yang juga dikenali sebagai Abdul Rahman, membuat kejutan apabila mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihanraya kecil itu tanpa memberi alasan spesifik.
Rujuk kenyataan penuh di sini...
Apakah agaknya yang bermain di minda calon AKIM yang menarik diri itu sehingga tidak berani meneruskan perjuangan yang sebelumnya begitu berkobar-kobar? Mungkinkah Harun @ Abdul Rahman takut akan kehilangan wang pertaruhan (deposit) jika kalah teruk? Apakah kekalahan yang telah jelas nampak di mata beliau? Inikah semangat seorang pejuang Islam yang boleh diharapkan?
Mesej khas buat Harun Mohamad, 63 wakil AKIM, diharapkan lain kali sila cermin diri terlebih dahulu sebelum gopoh membuat pengumuman untuk turut serta sebagai calon dalam pilihanraya kecil P36 - Kuala Terengganu. Jangan memalukan parti sendiri jika tiada keberanian dan tidak mempunyai semangat juang yang kental. Memalukan bangsa dan agama. Inilah dia wakil AKIM sebagai parti picisan PAS yang tidak bermaruah. Orang nak bertanding dia pun sibuk nak bertanding.
{tak perlu siarkan}
Tuan, Tuan tahu tak kenapa imej dan widget di row ketiga sebelah kanan blog Tuan hilang dan muncul di bahagian kiri sebelah bawah?
Saya pun pernah terkena benda macam ni.
Sebabnya, ada widget di situ yang terlalu besar atau lebar. Tuan letak widget yang kecil2 sahaja di row ketiga manakala widget yang lebar , Tuan letak di tengah2.
Cuba dulu sebab saya pernah kena...
Wassalam.
Pertanyaan:
Apa yang dimaksudkan dengan tak perlu disiarkan? Harap perjelaskan supaya difahami.
Maklumbalas:
Berkenaan widget saudara maksudkan itu saya tak nampak ada apa-apa kekurangan pada "resolution screen" saya. Mungkin saya guna laptop yang "resolution" nya 1280x1024. Saya cuba pada desktop PC pun sama tiada berlaku sebagaimana yang saudara katakan itu. Adakah sebab screen agaknya? Cuba saudara check semula dengan rakan-rakan yang lain.
Apa pun terima kasih atas pesanan serta peringatan ini.
Tuan,
Saya ingat komen akan melalui proses moderation dahulu. Itu yang saya fikir tak payah siar sebab tak berkaitan dengan artikel Tuan.
Yang kedua, tak tahulah. Mungkin hanya pada pc saya atau sebab saya guna Internet Explorer. Apa yang muncul di pc saya adalah, widget Tuan yang disebelah kanan tu "TIADA" dan hanya terpapar di bahagian bawah kiri sekali blog Tuan.
Itu menyebabkan Jalur Gemilang terletak di bawah sekali.
Kalau saya sahaja yang mengalaminya, saya minta maaf.
Wassalam.
Ok HM takpe small matter. Sebab itu saya remind kat bhg text ruangan atas "best view with Mozilla Firefox + font size 14" sejak daripada blog dengan wajah template lama lagi. Kalau saudara nak test tengok elok cuba adjust MSIE kepada font size 14 insyallah nampak kemas rasanya.
Saya pun ada "installed" MSIE V7.o tapi tak minat nak guna sangat kerana pandangan saya lebih cenderung kepada Mozilla Firefox V3.0.5.
Saya rasa bukan saudara seorang saja yang alami pandangan macam ni mungkin orang lain pun turut hadapi situasi yang sama seperti saudara jika font size disetkan melebihi 14.
Sekian dimaklumkan. Juga maaf atas kesulitan yang dialami. Kita sama tapi tak serupa. Ha! Ha! Ha!