KUALA TERENGGANU, 17 Januari 2009 - Kesemua 36 pusat pengundian dengan 143 saluran mengundi PRK Kuala Terengganu yang mula dibuka pada jam 8 pagi tadi telah ditutup tepat jam 5 petang tadi menurut sumber laporan terkini Bernama.
Menurut jurucakap SPR hanya 76% sahaja daripada 80,229 pengundi berdaftar yang keluar membuang undi sehingga jam 4 petang. Peratusan penuh sehingga kesemua pusat mengundi ditutup jam 5 petang masih belum diketahui dan sedang dikira.
Pengiraan undi dibuat di semua 143 saluran mengundi sebelum dibawa untuk dikumpulkan di pusat penjumlahan undi di Stadium Negeri Terengganu lewat petang ini. Keputusan penuh dijangka dapat diketahui dan diumumkan malam ini selewat-lewatnya jam 10:30 malam.
Pada pilihanraya umum tahun lepas, jumlah peratusan yang keluar membuang undi seramai 66,231 daripada 80,325 pengundi yang berdaftar iaitu lebih kurang 82.45%. Kali ini dijangka berlaku penyusutan bilangan pengundi yang mengambil bahagian untuk mengundi.
Apakah sebabnya punca penyusutan ini berlaku? Apakah kerana masyarakat pengundi Kuala Terengganu bosan untuk melayani kerenah kedua-dua parti gergasi BN dan PAS yang banyak berpropaganda? Maka hari ini tamatlah sudah perang propaganda antara BN dan PAS dalam siri PRK Kuala Terengganu. Kita bakal mengetahui siapa menang dan siapa yang kalah nanti. Sama-sama kita tunggu laporan penuh di kaca tv malam ini.

PAS telah menang,,,, dan BN pun telah menang juga iaitu kepada petugas yang sepatutnya tabur duit tetapi, disimpannya dalam kantung untuk kehidupan selepas prk ini.
kepada UMNO, untuk terus "hidup" lagi selepas ini, semestinya TDM kena masuk semula ke pentadbiran kerajaan...... walau apa cara apa pun.demi untuk menyelamatkan malaysia dari digadai oleh DAP, maka najib tidak perlu lagi jadi PM ke 6, sebaliknya jadilah PM ke 7 selepas TDM sebagai PM ke-4 dan ke 6.
sokong TDM kembali memegang jawatan PM
Tahu! Saya tahu!
Maaf posting terkini lambat sikit nak ditulis kerana tak dapat nak dielakkan, saya ada mesyuarat tergempar pasal bisnes sebentar tadi sehingga terlepas menyaksikan pengumuman keputusan PRK Kuala Terengganu.
Kekalahan BN ini angkara virus Umno. Kenal siapa dia kan? Ada yang panggil kuda trojan, ada yang gelar tenggiling dan ada yang ejek pipi loyot. Di samping itu kekalahan ini juga berpunca daripada media arus perdana yang keterlaluan membuat propaganda yang menjurus kepada kebencian rakyat.
Aduhai! BN... BN...
Alahai! Umno... Umno...
Apalah yang kau buat, Najib... Najib...