Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Parti PAS telah hilang pedoman dan halatujunya yang sebenar apabila sanggup dibadutkan oleh PKR dan merelakan pula mereka dicucuk hidung oleh DAP bagaikan lembu. Perjuangan Islamnya entah ke mana tetapi kini berslogankan pula "PAS Untuk Semua" dalam kempen PRK Kuala Terengganu.

Landasan perjuangan asal PAS sudah lama berkubur akibat kerakusan para pemimpinnya yang kini lebih gilakan kuasa dengan begitu ketara. Setelah Pakatan Rakyat berjaya merangkul 6 buah negeri pada PRU12 lalu, termasuk Kelantan yang masih dipertahankan, PAS mengetuai 3 kerajaan negeri iaitu di Kelantan, Perak dan Kedah.

Namun di Perak, PAS tidak ubah seperti patung badut yang hanya tunduk mengikut telunjuk DAP yang menguasai majoriti kerusi DUN negeri itu. MB Perak yang dilantik tanpa pilihan oleh DAP dari kalangan pemimpin PAS umpama seekor lembu yang dicucuk hidung, diheret ke sana ke mari dan diperalatkan DAP, tiada daya untuk bersuara selain hanya mampu diperbodoh-bodohkan dengan arahan puak-puak kafir harbi DAP.

Sementara di Selangor pula, PAS juga adalah kumpulan minoriti yang turut tunduk kepada telunjuk kaum babi DAP yang memperjuangkan projek mega ladang ternakan babi sebagai sumber ekonomi utama negeri Selangor untuk disumbat ke mulut umat Islam di Selangor. PAS dilihat tiada suara dan tiada upaya untuk membangkang malahan sanggup bersekongkol bersama PKR untuk merestui cadangan seekor babi betina DAP Seputeh. Halal dan haram sudah jadi tunggang-langgang dan tidak lagi difahami mereka. Tidakkah ini satu kepentingan peribadi namanya? Terang lagi bersuluh PAS terlalu hipokrit di dalam perjuangannya menipu rakyat di seluruh pelusuk tanahair.

Malangnya semua ini masih buta di mata hati mereka dan terus cuba dinafikan oleh kepimpinan PAS dan juga para penyokong fanatik mereka. Situasi ini amatlah menyedihkan kita sebagai sesama saudara Islam dan sebangsa Melayu yang majoriti meskipun ideologi perjuangan kita berbeza. Seburuk-buruk PAS memandang Umno pun mereka tidaklah pula tunduk membabi-buta kepada rakan-rakan komponennya serta tidak pula menjadikan projek haram di sisi Islam sebagai sumber ekonomi utama di bawah pentadbiran negeri-negeri jajahan mereka.

Walaupun saya bukanlah ahli atau penyokong PAS tetapi sebagai rakyat beragama Islam saya kecewa apabila sebuah parti politik yang asalnya ditubuhkan bertujuan memperjuangkan dasar-dasar Islam kini telah sanggup tunduk melutut di bawah telapak kaki kaum kafir harbi DAP demi mahu menduduki ambang kekuasaan. Mereka sedia dan begitu rela dihinjak kepala sehingga tergamak mengenepikan landasan perjuangan Islam. Hudud terus dipalu dijadikan modal basi PAS setiap kali berlangsungnya kempen pilihanraya sedangkan kita sedia maklum ia sesuatu yang tidak mungkin terlaksana selagi mereka berkompromi dengan DAP.

Al-Quran dan Hadis saban hari berkumandang disandiwarakan di pentas-pentas ceramah PAS hatta sehingga ke Dewan Rakyat sekalipun. Kemunafikan perjuangan PAS amat ketara berselindung di sebalik hukum-hakam Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW serta mengelirukan para pengikut mereka yang menyokong membuta-tuli dengan penuh kefanatikan tanpa mahu menggunakan walau secebis kewarasan akal fikiran yang mulia. Rata-rata melopong bagaikan dipukau para pemimpin mereka yang ibarat telah hilang akal dan pedoman.

Perjuangan PAS kini berjaya menakluki minda cendekiawan serta golongan muda-mudi yang terpelajar, malahan kumpulan elit dan korporat turut berjaya mereka pancing. PAS berjaya mengaburi minda golongan ini dengan kebijaksanaan mereka menglipurlarakan ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadis Nabi. Para penyokong taksub PAS terpegun dan hanyut dibuai sandiwara dendangan para pemimpin mereka.

Penilaian golongan para pengikut seperti ini sungguh cetek dengan hanya mengukur kepimpinan PAS di sudut kefasihan dan kepetahan berucap di dalam bahasa-bahasa Al-Quran dan Hadis secara zahir semata-mata tanpa mahu mendalaminya dengan teliti. Soal PAS yang gemar memanipulasi ayat-ayat Al-Quran langsung tidak mahu dititikberatkan samada benar sahih atau pun sebaliknya melainkan angguk seangguk-angguknya.

PAS sebenarnya sudah boleh dinilai sebagai sebuah perjuangan Islam yang sesat dan jika berlarutan dibiarkan tanpa dipantau oleh Majlis Fatwa dan JAKIM ia bakal menjurus kepada kesesatan yang lebih tegar sebagaimana ajaran sesat Al-Arqam yang pernah diharamkan dahulu. Cuma bezanya di sini PAS bergerak sebagai sebuah parti politik yang bertopengkan Islam. Kafir-mengkafir sesama Islam umpama mencarut dan tidak salah di pandangan mereka wa'imah mereka sedar itu adalah sesuatu yang haram di sisi ajaran Islam menurut Al-Quran.

Di dalam membuat sedikit komentar terhadap PAS saya kira perkara ini wajar diperingatkan selalu setelah melihat ramai pengikut PAS dan blogger aliran perjuangan PAS yang juga turut saling kafir-mengkafir sesama umat Islam hanya gara-gara bertelagah pendapat soal isu-isu ideologi politik semata-mata. Mungkin inilah musibah akibat PAS tunduk kepada kaum kafir harbi DAP laknatullah dengan mengenepikan ketelusan perjuangan asalnya yang telah lari daripada hukum-hakam Allah SWT. Apakah demi kuasa dan pengaruh maka PAS sedia berbuat apa sahaja? Di manakah pendirian, prinsip dan halatuju perjuangan PAS yang didokong selama ini?

Hari ini PAS ternyata ketandusan modal politik dan PAS juga ibarat sebuah parti sampah yang sedia mengutip tokoh-tokoh politik Umno yang kecewa akibat digantung dan dibuang parti. Bagi PAS kemasukan orang-orang Umno yang kecewa ini disambut dengan seribu rahmat yang besar maknanya buat seluruh kepimpinan PAS dengan paluan gendang ke seluruh pelusuk kampung di serata tanahair bagi memperkenalkan ahli-ahli baru ini kepada penyokong mereka dengan lebih dekat.

Mereka bangga seolah-olah ini suatu kejayaan buat mereka walhal di sebaliknya mereka alpa dengan kehadiran orang-orang Umno yang kecewa inilah juga pembawa virus kepada perjuangan mereka nanti. Penyakit membela dan memelihara orang-orang kecewa inilah yang juga bakal bertindak sebagai duri dalam daging yang boleh menjadi pemangkin kemusnahan mereka sendiri seandainya tidak diberi cukup habuan.

Golongan ini merupakan kumpulan yang ada matlamat dan agenda tersembunyi. Jika hari ini mereka boleh melompat ke parti PAS, apakah mustahil esok lusa mereka melompat masuk ke parti lain pula atau keluar untuk menubuhkan parti picisan baru yang lain sebagaimana yang berlaku dengan AKIM?

Semakin hari semakin PAS berusia dan makin terserlah pula kemengarutan dan kemencarutan PAS. Bak pepatah yang sering mengatakan, "Gajah depan mata tak nampak tapi kuman seberang lautan jelas kelihatan". Salah orang mereka baca namun salah sendiri tidak mahu bermuhasabah.

3 Responses
  1. Anonymous Says:

    a'kum pemuda pelapis. tahniah di atas tulisan tajuk PAS ibarat parti badut@parti lembu. mmg saudara orang melayu tulin. hidup melayu...hidup melayu.... islam.....................???????????????????????????.. hanya hukum hudud sahaja dapat menyelamatkan remaja islam di malaysia.... dan hukuman sivil, dan mahkamah syariah sekarang memang amat mampu menyelamatkan melayu ternoda, bohsia, bohjan, mat rempit, dllll... untuk kembali membuat kemusnahan diri, agama, bangsa dan negara setelah dihukum....


  2. W'salam saudara Anon,

    Terima kasih atas sokongan bersama daripada saudara serta rakan-rakan. Harap semoga saudara dapat memperkenalkan diri menggunakan nama samaran atau nama sebenar di masa akan datang walaupun ruangan saya membenarkan penggunaan anonymous. Kerjasama semua pembuat komentar diucapkan terima kasih.


  3. Anonymous Says:

    duo kali kawe baco nok wi pehe. yo lo doh kalu demo kato lagu ni gak.