Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis

Jelas terbayang wajah Wan Ahmad Farid (calon BN) sugul dan muram setelah tewas kepada Mohd Abdul Wahid Endut (calon PAS) di dalam pertarungan pilihanraya kecil Kuala Terengganu, 17 Januari '09 semalam.

Di hari penamaan calon pada 6 Januari '09 lalu beliau kelihatan ceria bersama-sama calon PAS dan calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam. Beliau terpaksa akur dengan kekalahan tersebut kerana majoriti rakyat Kuala Terengganu telah membuat keputusan untuk memilih wakil PAS ke parlimen.

Kekalahan ini juga merupakan satu tamparan hebat kepada beliau sendiri yang telah kehilangan dua jawatan sekaligus sebagai Senator dan Timbalan Menteri Dalam Negeri akibat terpaksa meletakkan jawatan untuk bertanding menjadi calon BN dalam pilihanraya kecill bagi parlimen Kuala Terengganu.

Wan Farid harus banyak belajar di atas kelemahan dirinya sendiri di dalam membentuk keperibadian diri dan pergaulan dengan masyarakat. Untuk menjadi pemimpin yang disukai dan dihormati, beliau harus bijak menyesuaikan diri dengan riak wajah yang sentiasa senyum dan ceria. Bukan dengan mempamerkan wajah serius sepanjang masa. Inilah di antara salah satu punca kekalahan beliau semalam sepertimana yang heboh diperkatakan oleh masyarakat. Terimalah ia sebagai satu pengajaran yang berguna.

Pada hemat saya perkara ini memang ada kebenarannya dan kepimpinan Umno/BN tidak harus menganggap ini sebagai sesuatu yang remeh-temeh. Para pemimpin Umno/BN dinasihatkan agar mengikuti kursus-kursus motivasi kepimpinan dan seminar-seminar untuk belajar cara-cara senyum apabila berurusan dengan masyarakat kerana para pemimpin Umno/BN dikenali sebagai golongan pemimpin yang sombong dan ego.

Sesungguhnya melontarkan senyuman itu adalah satu sedekah di sisi Islam. Belajarlah dari kesilapan dan kelemahan. Jangan hanya pandai bersenyum-senyuman ketika waktu pilihanraya sahaja malahan senyum-senyumlah selalu di sepanjang masa walau sesibuk mana pun kita dan walau seperit mana pun masalah yang melanda.

Senyum juga adalah terapi kecantikan untuk awet muda dan penawar untuk memperolehi ketenangan jiwa. Yang penting jangan sekali-kali kita hipokrit kerana bersikap sedemikian hanya memakan diri sendiri.

Walaupun tewas, Wan Farid harus mengekalkan sikap prihatinnya dan terus berkhidmat kepada masyarakat setempat atas tiket Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu. Lawatan dan ziarah dari rumah ke rumah, menemui peniaga dan penjaja di pasar turut perlu dijadikan sebagai rutin agar lebih dikenali dan senang didampingi masyarakat jika masih berhasrat untuk menjadi calon BN dalam PRU13 akan datang.

Formulanya tidaklah sukar jika mahu menjadi seorang pemimpin yang dihormati dan disukai rakyat. Hanya perlu bijak bergaul dan bercampur dengan masyarakat di samping memberi khidmat terbaik kepada mereka. Apabila kita mampu membuat orang suka kepada kita maka orang akan menghormati kita. Insya'Allah apabila menjadi calon maka pasti majoriti rakyat akan memilih kita atas dasar kepercayaan dan keyakinan yang telah kita bina. Fikir-fikirkanlah!

5 Responses
  1. Anonymous Says:

    Betul kewibawaan tak terserlah jika riak wajah tidak berseri dgn senyuman. Ini adalah realiti kehendak rakyat kerana rakyat mudah beranggapan pemimpin begini sombong di mata mereka. Kalau mereka pilih mereka merasa sukar untuk mendapat khidmat dan tak selesa nak berurusan. Keluhan rakyat ttg ini perlu diberi perhatian oleh kepimpinan Umno.


  2. Anonymous Says:

    BN KENA BELAJAR DARI KESILAPAN. AKHIR2 INI KELEMAHAN DI PIHAK BN TERLALU KETARA. SUKA MEMINGGIRKAN HAL2 REMEH MENYEBABKAN BN SELALU KECUNDANG. TERNYATA PAK LAH DAN NAJIB PEMIMPIN YG SERBA KEKURANGAN.


  3. Anonymous Says:

    tempat lama warisan perjuangan aku kalau x betul niatnya maka telah aku sumpah pasti jatuh tergolek jua. akhirnya harapan kosong yg dibawa berbekalkan sikap kepura-puraan nyata x menguntungkan barisan nasional. najib pewaris korupsi abdullah pembawa malapetaka pada prk kt. umno beransur-ansur hilang kuasa. parti baru akan timbul menyaingi pas dan bn. pkr akan terkubur sikit masa lagi. dap akan ditelan bumi.


  4. Anonymous Says:

    padan muka BN kalah. satu pengajaran yg perlu diketahui oleh seluruh pemimpin Umno yg rakyat telah menolak kerajaan BN. petanda awal utk kekalahan lebih besar BN pada pilihanraya umum ke 13 nanti.


  5. add Says:

    Sapa suruh wan farid terima jadi calon BN...(contoh mudah dalam perebutan ketua bahagian kuala terengganu cukup untuk menilai diri sendiri) ni mesti ada "perjanjian masyuk" dengan KJ dalam politik. Kalau tidak mana boleh wan farid kalah.... Allah tidak merstui semua calon yang mempunyai agenda peribadi melebihi agenda agama,bangsa dan negara..