Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Saya titipkan beberapa pantun seloka bersempena menjelangnya pilihanraya kecil P36 - Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari 2009 nanti. Untuk sama-sama difikirkan, untuk sama-sama direnungkan.

Calon-calon berkempen dari rumah ke rumah,
Berjalan kaki melangkah sampai lenguh sendi,
Selalunya sombong kini semuanya dah ramah,
Apakah cuma lakonan nak pikat pengundi?

Alah bisa tegal biasa,
Pepatah Melayu orang tua lama,
Ditipu pemimpin perkara biasa,
Rakyat Kuala Terengganu dah tahu lama.

PRU hadir lima tahun sekali,
PRK menjelma bila-bila masa,
Calon-calon berjanji rakyat dah lali,
Akhirnya terabai jua bila yang menang berkuasa.

Bersampingkan songket berbaju Melayu,
Biar pun kemas sanggup turun ke sawah,
Masa bertanding rakyat dilututi dirayu-rayu,
Dah menang berkuasa tak jenguk-jenguk ke bawah.

PRK Kuala Terengganu tiga penjuru,
Bertandingnya Bebas, PAS dan Barisan Nasional,
Ke peti undi rakyat Kuala Terengganu bakal meluru,
Jangan pangkah ikut emosi gunalah akal dengan lebih rasional.

Nukilan: Pemuda Pelapis

Agak sinis namun itulah hakikatnya. Fikir-fikirkanlah! Renung-renungkanlah!

2 Responses
  1. add Says:

    Salam PP, sama je mana-mana calon yang menang tu, semuanya macam tu,,, PAS vs BN = 2x5 je...
    Mengikut ramalan saya, BN tak kalah cuma kehilangan kerusi parlimen p36 je...


  2. Salam kembali add,

    Lama tak nampak? Ke mana menghilang? Selalunya andalah orang pertama membuat komentar kebanyakan topik saya.

    Ulasan kepada komentar anda:

    "BN tak kalah cuma kehilangan kerusi parlimen P36 je..."

    Tak kalah macam mana tu maksud saudara? Yang saya faham kalah maknanya tetap kalahlah jugak. Atau saudara cuba nak sampaikan kalah tetapi tidak merubah kerajaan kepada PAS? Jika itu yang dimaksudkan maka barulah betul.

    Insya'Allah jumpa lagi.