Salam hormat dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung setia.
Sedikit rasa ralat dengan sikap cuai dan alpa sesetengah rakyat kita khususnya rakan-rakan blogger yang saya hormati. Meskipun ideologi politik kita berbeza namun perjuangan memboikot negara yahudi Israel-Amerika wajib diteruskan dengan penuh rasa tanggungjawab dan prihatin.
Petikan di bawah adalah komentar saya di blog PerakExpress.Com di bawah tajuk "Terima kasehhhhh!!!!" yang ditulis oleh saudara Mat Saman Kati. Pautan di sini...
Diharapkan teguran ini diterima baik dengan penuh keterbukaan serta berlapang dada. Jadikan ia sebagai peringatan buat kita semua.
Sedikit rasa ralat dengan sikap cuai dan alpa sesetengah rakyat kita khususnya rakan-rakan blogger yang saya hormati. Meskipun ideologi politik kita berbeza namun perjuangan memboikot negara yahudi Israel-Amerika wajib diteruskan dengan penuh rasa tanggungjawab dan prihatin.
Petikan di bawah adalah komentar saya di blog PerakExpress.Com di bawah tajuk "Terima kasehhhhh!!!!" yang ditulis oleh saudara Mat Saman Kati. Pautan di sini...
Pemuda Pelapis January 20th, 2009 00:47
Salam MSK dan rakan-rakan bloggers,
Tahniah atas kemenangan PR yang diwakili PAS di PRK Kuala Terengganu. Sayang seribu kali sayang, dalam kehangatan anda semua meraikan kemenangan pemimpin anda namun anda alpa penderitaan saudara kita di Palestin. Isu boikot wajar diteruskan dan tidak harus terhenti di pertengahan jalan demi melemahkan ekonomi yahudi Israel-Amerika. Jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja. Jika inilah perilaku kita sebagai umat Islam maka itulah Islam semakin lemah.
Di blog PerakExpress ini terpampang iklan nuffnang yang mempromosikan MILO produk Nestle milik yahudi yang tersenarai sebagai produk yang wajib kita boikot. Apa sudah jadi dengan anda semua? Apakah demi mengharapkan pengunjung klik untuk memperolehi beberapa sen setiap klik maka agama Islam sanggup dipergadaikan? Sudah lupakah penderitaan saudara kita di Palestin? Di manakah sikap keprihatinan kita? Apakah sumbangan kita jika perkara semudah ini pun sukar dilakukan sedangkan saudara Islam kita di sana bergadai nyawa mempertahankan negara mereka?
Kita nampak kesilapan dan kelemahan orang lain tetapi kekurangan diri sendiri tidak kita akui. Belajarlah daripada kesilapan, iktibarkanlah daripada teguran demi manfaat kita semua. Jadilah Islam yang bertanggungjawab memperjuangkan agama dan jadilah Melayu yang prihatin di dalam memperjuangkan nasib bangsa di tanahair sendiri.
Sekian teguran dan nasihat saya.
Diharapkan teguran ini diterima baik dengan penuh keterbukaan serta berlapang dada. Jadikan ia sebagai peringatan buat kita semua.
Saya sokong Tuan.
Di blog saya juga ada iklan. Sekarang juga saya periksa.Kita baik punya boikot, tak perasan yang kita sedang buat marketing pula.
Alhamdulillah,
Berbanyak terima kasih atas kesedaran saudara HM. Sebarkan info teguran ini kepada seluruh rakan-rakan bloggers yang lain. Saling bantu-membantulah kita sesama bloggers tanpa mengira soal kepartian.
pp kau tak gi baca ke apa mat saman kati jawab balik? kau tegur psl lain dia pi jwb psl lain. jauh betul dia konar. biasa la bdk2 pakatan rakyat ni bodoh sombong takleh kena tegur. tak nak ngaku salah. aku malas nak tlg layan cuma nak sampaikan pd kau je.
penyokong umno
Terima kasih Penyokong Umno. Saya dah baca awal dah tapi nak buat apa jawab menjawab? Lantak pi lah, dah dia rasa dia terlebih cerdik kita nak buat macam mana? Kita tegur short cut way dia bantai konar jauh-jauh. Takpe biarkan, dia tak makan saman sebab nama dia pun dah memang Mat Saman.
Kadang-kadang ada jenis manusia yang "CERDIK TAK BOLEH DIIKUT, BODOH TAK BOLEH DITEGUR". Caci, hina, mengutuk dah jadi darah daging para penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat. Sendiri-sendiri mahu fahamlah.
Lu fikirlah sendiri...! He... he...
teman harap kita tak boikot produk fizikal saja. kita kana boikot rtm tv3 dan astro sekali. kita semua tahu
tv ini plg banyak membeli rancangan dy hoolywood. dan hollywood adalah pelobi besar yahudi.
dgn memboikot tv tersebut merka tidak akan membeli rancangan dari sana lagi dan kita berjaya melemahkan pelobi yahudi. harap rakyat malaysia boleh boikot seperti yg teman cadangkan diatas.
kita mesti kuatkan semangat kita untuk boikot hiburan dari hollywood ni. memang susah tapi satu hari kita kurangkan 2-3jam tgk rancangan2 hollywood. biar rtm tv3 dan astro merasa penangan boikot ini. kemudian barulah mereka berhenti membeli rancangan dari hollywood.
jgn bagi alasan teman nak tgk brita kat awani la kita nak tgk ceramah agama kat tv1 lah. kita perlu boikot secara total seperti kita memboikot barang fizikal.
adios.