ADUN BOTA YANG BERJAYA DILEMBUKAN ANWAR
Kes ADUN Bota dalam Parlimen Parit, Perak, Dato' Nasarudin Hashim yang secara rasmi mengumumkan kemasukannya ke parti PKR semasa sidang media yang dibuat bersama Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim petang semalam mencerminkan keperibadian beliau yang amat buruk, hina dan tidak bermaruah sama sekali. Beliau berhak melompat tetapi melompatlah secara berhemah dan dengan penuh ketertiban.
Rasionalnya di sini, kedua-dua pihak iaitu Umno dan PKR sebenarnya telah tertipu.
Umno sedia dibohongi oleh orang yang direstui "Mr Flip Flop" kerana masing-masing dulu telah bersedia angguk-angguk tanpa ada geleng-geleng. Apa yang dicakapkan "Mr Flip Flop" semuanya angguk belaka dan Najib pula kata "Yes". Jika tanpa restu pucuk pimpinan, orang ini tentu tidak terpilih atas tiket BN untuk bertanding di DUN Bota dalam pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 lalu. Akhirnya orang yang direstui "Mr Flip Flop" mengkhianati parti.
Samalah juga seperti "Si Perestu" yang telah mengkhianati parti sebagaimana diketahui umum. Perumpamaan yang paling tepat untuk "Si Nasarudin Katak" yang melompat ini ialah "bagaikan melepas anjing yang tersepit". Bila terlepas tuannya digigit kembali. Jadi siapa yang wajar dipersalahkan? Apabila "Boss" telah mengajar anak buahnya mengkhianat, mana mungkin anak buah mampu berjalan lurus dan betul? Bukankah Umno/BN mengamalkan "Kepimpinan Melalui Teladan"? Apa yang dilakukan oleh pemimpin di atas maka itulah juga yang dilakukan oleh pemimpin di bawah. Cuma kaedah pengkhianatan sahaja yang mungkin berbeza.
Apa pun tingkahlaku "Nasarudin Katak" terang-terangan mengkhianati perjuangan parti yang mana sekaligus turut mencemarkan agama, bangsa dan negara. Islam tidak mengajar ilmu pengkhianatan kepada umatnya. Beliau dididik dan diasuh di dalam Umno/BN. Beliau mendapat nama dan tempat atas tiket Umno/BN setelah mandat diberikan oleh para pengundi DUN Bota dan kemenangan yang diperolehinya sebagai ADUN Bota bukan atas tiket PKR. Maka adalah wajar bagi seseorang yang merasakan dirinya bermaruah untuk turut meletakkan jawatan sebagai ADUN Bota sebelum melompat parti dan bertanding semula di DUN Bota atas tiket PKR pula dalam pilihanraya kecil. Itu barulah "gentleman" dan ada maruah namanya.
Sementara bagi PKR pula, ADUN katak ini melompat masuk PKR kerana tertarik dengan tawaran Anwar untuk menjadikan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang baru menggantikan wakil PAS, Nizar yang tunduk kepada telunjuk DAP. Rupanya melompat parti kerana mengejar habuan yang lumayan. Di situ pun kita mampu menilai keperjuangan sebenar para pemimpin yang ada sekarang, baik di pihak Umno/BN mahupun di pihak Pakatan Rakyat. Jadi apakah bezanya jikalau PR menganggap BN seburuk-buruk parti politik sedangkan di pihaknya sendiri turut merasuahkan jawatan, pangkat, wang ringgit dan harta benda? Di mana yang dikatakan kononnya PR mengamalkan perjuangan membela rakyat? Bukankah ini namanya perjuangan membela pemimpin pilihan sahaja? Perebutan jawatan MB Perak ini juga bakal mengundang pertelagahan antara PAS dan PKR. Hanya tunggu dan lihat.
Namun begitu PKR janganlah bermegah dan merasa selesa dengan kemampuannya memancing pemimpin Umno/BN pada ketika ini kerana jika sekarang "Si Nasarudin Katak" boleh berbuat begini kepada Umno/BN, tidak mustahil "Katak" ini juga boleh mengkhianati PKR di kemudian hari kelak. Hidup ini umpama roda yang berpusing. Adakala kita di atas, adakala kita di bawah. Setiap pusingan bakal menemui titik pusingannya. Kata pepatah, "ada ubi ada batas, ada hari ada balas".
Jika nak lebih mudah difahami, ianya umpama seorang isteri yang curang. Kalau hari ini isteri orang itu menyukai kita dan sanggup curang kepada suaminya dan apabila kita menikahinya nanti, si isteri tadi tidak mustahil akan turut curang kepada kita pada masa akan datang. Ibaratnya seperti seekor anjing, jika tak dapat makan tahi pun, sekurang-kurangnya dihidu pun mampu memberi satu kepuasan. Oleh itu PKR janganlah terlalu yakin dan bermegah diri dengan memperolehi seekor "Katak" bernama Nasarudin Hashim ini. Beliau ini tidaklah sehebat mana pun.
Kepada kepimpinan Umno/BN pula ingin saya nasihati, terimalah tamparan hebat ini sebagai satu pengajaran yang amat bermanfaat kepada perjuangan parti. Semoga apa yang telah berlaku kali ini tidak akan berulang atau dilakukan pula oleh para pemimpin lain. Caranya, carilah jalan terbaik, bermuhasabahlah diri di mana kesilapan dan kelemahan yang ada. Saya percaya dengan pengguguran lebih ramai pemimpin-pemimpin "expired" dan menaikkan golongan muda yang berpotensi (kecuali Khairy) mampu membantu memulihkan parti dan menambat kembali keyakinan rakyat kerana suara di bawah begitu nyaring kedengaran tidak lagi mahukan semua "Si Tua" penjuak dan pencacai. Andai ini mampu dilakukan dengan segera secara proaktif adalah diyakini sokongan akan pasti kembali kepada Umno/BN secara total.
Di dalam barisan PR tiada apa yang menarik jika mahu dikaji dengan teliti. Hanya gara-gara kehebatan seorang pemimpin mereka bernama Anwar Ibrahim semata-mata. Mati Anwar nanti maka matilah Pakatan Rakyat, khususnya PKR itu sendiri. Tidak akan wujudnya lagi kesinambungan perjuangan PKR setelah bersemadinya Anwar Ibrahim nanti. Maka itu sebelum Anwar bersemadi di pusara kekal, pastikan Umno/BN tidak disemadikan. Jika membiarkan Umno/BN disemadikan awal nescaya mana mungkin mampu bangun kembali. Jika bangkit dengan roh tanpa jasad mana nak sama hidup bersama roh dan jasad. Kekuatannya tentu sekali berbeza. Jika para pemimpin semua mahu faham maka fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah.
Yang pergi biarkan dia pergi. Tidak guna dipujuk-rayu. Pertahankanlah harga sebuah perjuangan dan maruah parti. Umno/BN tidak memerlukan golongan "Katak" yang tidak berpendirian seperti Nasarudin ADUN Bota. Kata peribahasa, "patah tumbuh, hilang berganti". Apa perlu dikesal dan ditangisi? Tiada gunanya lagi. Perbetulkanlah kedudukan untuk kembali teguh bertakhta sebagai sebuah parti pembela agama, bangsa dan negara. Jangan jadi seperti Pakatan Rakyat yang tiada halatuju perjuangan sebaliknya hanya mendokong seorang individu bernama Anwar untuk didarjatkan sebagai Perdana Menteri. Itu sahaja matlamat perjuangan mereka.
Pemuda Pelapis: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Assalamualaikum anakku,
Lompat si katak lompat,
Betul ke Anwar tawarkan Katak tu jawatan MB Perak??
Mustahil Nizar mahu melepaskan jawatan sebegitu kepada sesiapa pun. Dia tidak akan mahu berkompromi dalam hal ini. Mak Cik pasti dia amat sayangkan jawatan MB ini lebih dari nyawanya sendiri.
Al Maklum orang baru rasa "Kuasa".
Wa'alaikumsalam Kak,
Dalam politik ni kalau tak betul orang tak bercakap. Dari ura-ura bakal menjadi realiti. Jika tidak mana mungkin SI KATAK BOTA sanggup menghina diri sendiri dan berani mengambil risiko.
Jangan kita tidak tahu siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya. Anwar sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamatnya untuk dijulang sebagai Perdana Menteri. Dia tak akan berpuashati selagi dendam kesumatnya tidak tercapai. Perjuangan Anwar adalah perjuangan membalas dendam terhadap apa yang pernah menimpanya pada 1998 dahulu.
Andaikata Pakatan Rakyat ditakdirkan berjaya mengambil-alih kerajaan persekutuan, sama-samalah kita tengok betapa rakus dan lebih zalim lagi tindakan-tindakan yang bakal dilakukan beliau. Bukan mahu memburukkan Anwar tetapi beliau adalah PRODUK YAHUDI yang berhubungan rapat dengan Amerika dan Israel. Selak dan tontonlah segala petikan video tentang Anwar yang ada di dalam blog saya ini. Tontonlah, amatilah dan fikirkanlah. Jika slogan Anwar LAWAN TETAP LAWAN, slogan saya kepada Anwar, SEKAT TETAP SEKAT kemaraan Anwar Peliwat.
Pendekata, TAK SUNGGUH TAK KATA, TAK TUMBUH TAK MELATA.
Sekali lagi, wassalam!
Salam,
Saya setuju dengan pendapat anda mengenai "isu lompat katak ini".
Bagi saya ini adalah hak individu (YB) tersebut dan kita tidak boleh berkata begitu kepada beliau.
Mungkin YB tersebut nampak kepincangan di dalam pentadbiran BN di Perak dan apabila suara beliau diperkecilkan oleh BN maka beliau perlu mencari sesuatu corak pentadbiran yang baru untuk memotivasikan matlamat beliau iaitu berkhidmat dengan baik kepada rakyat.Maka pimpinan PR menjadi pilihan beliau, itu kehendak ALLAH SWT, kenapa mesti takut dan hina? sebaliknya UMNO perlu bermuhasabah diri...
Jika anda kira beliau(YB) mengkhianati bangsa, agama dan negara anda mugkin silap. Saya kira beliau masih seorang ISLAM, masih berbangsa melayu dan masih warganegara Malaysia.
OK lah bagaimana dengan kemenangan PAS/PR di KT? kenapa rakyat menolak BN? Kerajaan menggunakan semua saluran yang ada untuk menjatuhkan pimpinan PR tetapi PR menang juga.
Saya kira BN perlu memberikan peluang kepada semua YB masuk kepada sesuatu saluran yang ada seperti media massa(jangan sekat2/ sikit)maka semua orang akan menilai kredebiliti YB tersebut secara dekat dan tiadalah lagi blog-blog (bawah tanah ini) yang kebanyakkannya menyokong pimpinan PR...
bagaimanapula dengan pemimpin UMNO ? adakah mereka mencerminkan pimpinan ISLAM yang hebat ? Lihat sahaja apa jadi dengan Masjid Kristal di Terengganu (hanya sebagai produk pelancongan seperti yang di katakan Menteri Pelancongan)?
Adakah bersalaman dengan bukan muhrim itu boleh didalam ISLAM?
Adakah ISLAM membenarkan umat Islam menghadiri KONSERT RIHANNA (program haram)? jawapannya ada pada anda, dan jika anda setuju maka saya mohon agar anda perbetulkan syahadah dan Islam anda semula.
Lihat sahaja nilai bangsa melayu apabila awal tahun ini sahaja 12 ahli UMNO didakwa dengan politik wang, bagaimana itu?
Jika betul UMNO bantu bangsa Melayu dan ISLAM khususnya, sila beritahu saya mana di dalam Berjaya Times Square lot-lot kedai melayu ? atau mana-mana pusat beli belah besar di negara ini ada lot kedai orang melayu ?
Tahukah anda bekas MB Selangor sanggup habiskan hampir sejuta ringgit untuk seunit kereta? , tetapi berkokok, apabila MB Selagor membeli 15 unit kereta dengan harga 2.5 Juta dengan jaminan servis yang baik...so, mana menguntungkan ???
Kita masih mempunyai SULTAN/ AGONG yang memberikan perkenan. So apa yang kita nak takutkan ???
Jika kehendak ALLAH pemimpin PR jadi pemimpin, maka kita kena akur dengan kehendak-NYA.
Ingat kuasa memilih di tangan rakyat...dan di tentukan oleh ALLAH SWT...
Jika anda sekat pemimpin PR maka saya dan rakan2 PR akan sediakan lorong lain untuk PR melaluinya...Bumi ini milik ALLAH SWT..
Mana bukti yang ANWAR itu pengikut yahudi, dalam ISLAM kita di ajar berprasangka baik sesama umat ISLAM dan begitu juga dengan umat bukan ISLAM.
Tetapi apa sudah jadi dengan A.Kugan mangsa kekejaman polis ?
Negara ini negara rakyat Malaysia dan bukannya negara UMNO/BN...
Semua layak memerintah..dan rakyat berhak memilih yang terbaik buat mereka...
Berilah peluang kepada PR membuktikan khidmat mereka kepada rakyat...
Lompat je lar