Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi pengundi-pengundi Kuala Terengganu bakal membuang undi untuk menentukan parti manakah akan memenangi PRK Kuala Terengganu kali ini.
Gambar yang tertera di atas mengaitkan isu-isu semasa yang dipropagandakan oleh PAS menjelang saat-saat kecemasan menjelangnya pembuangan undi pagi ini, Sabtu, 17 Januari 2009. Isu-isu ini menguatkan keyakinan Pakatan Rakyat bahawa mereka mampu memenangi pilihanraya kecil ini. Mungkin ada kebenarannya namun tidaklah 100% benar belaka tetapi pembangkang tetap menjadikan ia satu propaganda di saat-saat kecemasan, dengan harapan rakyat Kuala Terengganu berjaya dipengaruhi mereka.
Kes Datuk Mat Razali Kassim yang juga Datuk Bandar Kuala Terengganu yang dilantik sebagai Pegawai Pengurus PRK Kuala Terengganu dikatakan bersalah kerana mengeluarkan kata-kata memaksa kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu supaya mengundi BN dengan kata dua. Setelah laporan polis dibuat akhirnya beliau meletakkan jawatan sebagai pengurus pilihanraya kecil ini dan diambil-alih tugas tersebut oleh timbalannya.
Isu kedua pula ialah isu paling popular yang sering dipropagandakan oleh Pakatan Rakyat iaitu sogokan wang kepada pengundi-pengundi kawasan. Untuk bersikap adil, isu ini sukar untuk dinafikan kerana di dalam BN khususnya Umno sendiri pun ini seolah-olah satu kemestian yang tidak dapat hendak dielakkan. Maklum sajalah sebagai parti pemerintah mereka mempunyai dana yang besar dari pelbagai sudut sumber kewangan. Isu ini mungkin berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Cuma dalam soal rasuah dan sogokan wang ini bukti kukuh tidak diperolehi oleh pihak Pakatan Rakyat tetapi hanya bukti-bukti yang samar sahaja. Walau bagaimanapun mereka tetap meminta pihak Suruhanjaya Pilihanraya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah membuat siasatan bersandarkan atas kesamaran bukti tersebut.
Jika sudah ada bukti kukuh maka tentulah Pakatan Rakyat tahu dengan sebenar-benarnya jumlah sogokan itu. Ada pihak mereka mengatakan RM200, ada pula menyebut RM300 malahan sehingga RM1,000. Yang mana satu yang betul? Jika menuduh pastikan ada bukti yang kuat untuk membuat dakwaan.
Kononnya pula ada diberitakan mana-mana pengundi yang memangkah BN hendaklah membuktikan dengan mengambil gambar kertas undi dengan telefon bimbit berkamera untuk menuntut suapan sejumlah RM1,000 daripada pihak BN. Wow! Mahalnya undi warga Kuala Terengganu kali ini.
Bayangkan jumlah pengundi kali ini dijangka 80,229 orang. Andaikata separuh daripadanya, katakanlah 40,200 orang untuk meyakinkan kemenangan BN walaupun tipis bermakna jika didarabkan dengan RM1,000 seorang maka BN perlu membayar rasuah undi sejumlah RM40.2Juta.
Benarkah apa yang didakwa oleh Pakatan Rakyat ini? Bagaimana pula kalau PAS yang menang? Apakah ianya masih dianggap rasuah juga? Atau mungkin Pakatan Rakyat akan melupakan sahaja isu ini disebabkan kemenangan tersebut? Mahukah BN melunaskan bayarannya kepada pengundi Kuala Terengganu yang ada bukti bergambar dengan kekalahan ini nanti?
Isu terbaru ialah kepala babi yang dibelah dua yang diletakkan di atas bendera PAS dan ditinggalkan di pintu masuk surau Universiti Malaya sepertimana yang dilaporkan oleh portal berita Malaysiakini. Angkara siapakah ini? Apa kaitannya pilihanraya kampus UM dengan pilihanraya kecil di Kuala Terengganu tentang kejadian ini?
Pihak Pakatan Rakyat khususnya PAS sebagai parti yang bertanding menyelar dan mengecam perbuatan khianat yang tidak bertanggungjawab ini kononnya dilakukan oleh pihak orang-orang kerajaan (BN). Mungkin berprasangka terhadap mahasiswa-mahasiswa yang anti-PAS kerana masih marahkan PAS menyokong projek babi di Selangor oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
Ini sesuatu yang amat serius dan biarlah pihak berkuasa menyiasatnya dahulu untuk menangkap pesalah sebenar. Tidak mustahil juga ini sebagai satu provokasi oleh pihak Pakatan Rakyat sendiri untuk dipropagandakan. Segalanya berkemungkinan apabila keadaan mendesak di saat-saat akhir. Sejauh mana kebenarannya, wallahu'alam!
Sementara bagi ketua pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim pula, beliau menjadikan isu Datuk Mat Razali Kassim dengan isu kenyataan terbaru Azilah Hadri (tertuduh kes pembunuhan Altantuya Shariibuu) sebagai dua senjata terakhir Pakatan Rakyat untuk meraih kemenangan bergaya di PRK Kuala Terengganu. Benarkah Pakatan Rakyat yakin menang kali ini?
PAS kata mereka amat yakin boleh menang, BN pun kata mereka mampu menang di Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil kali ini. Sementara calon Bebas yang hanya memperuntukkan sejumlah RM15,000 sahaja untuk kempen pilihanraya kecil ini awal-awal sudah mengatakan agak sukar bagi beliau untuk menang. Jika dah dua-dua PAS dan BN kata masing-masing bakal menang, habis siapa yang kalah? Silap-silap Bebas pulak yang menang. Amacam kawan-kawan?
Apa pun masing-masing berhak meramal peluang mereka. Bagi saya, walaupun pelbagai isu-isu yang dipropagandakan oleh pembangkang di saat-saat kecemasan ini, kepercayaan saya, BN masih mampu memenangi PRK Kuala Terengganu ini meskipun dengan kemenangan yang amat tipis.
Baiklah tentu pembaca mahu tahu apakah ramalan saya secara peribadi. Sejak 10 hari menyaksi, membaca, mendengar, merujuk dan menilai kempen-kempen di kedua-dua pihak, saya meletakkan BN tetap kekal menjadi penyandang di PRK Kuala Terengganu dengan kemenangan yang amat tipis lebih kurang dengan majoriti tidak sampai 300 undi.
Tapi jika salah saya mohon maaf kerana ini hanyalah satu ramalan semata-mata. Apa pun keputusan muktamadnya nanti adalah apa yang bakal diputuskan oleh pengundi-pengundi Kuala Terengganu sendiri. Sama-samalah kita tunggu sehingga lewat malam 17 Januari 2009 (hari ini).

Saya pun jangka BN menang dgn tipis mungkin sekadar 100 undi lebih je
korang tak caye ke pas menang? bn tenat giler kat kt.
rasuah ke
sogok ke
bribe ke
sombong ke
tak pandai senyum ke
wan farid calon bn tetap menang walau pun dgn majoriti tipis. kalo tak percaya tgklah nanti. bn takkan lepas peluang utk mempertahankan kerusi parlimen kt. tak dpt cara baik cara jahat pun dia tetap usaha nak menang. ini sumpah setia jentera bn di kt.
Aiseymen sedara confident ke BN boleh menang hari ni? Tgk gaya skrg 50-50 sengit gak ni tp tak mustahil BN mampu swing.
jange lupo tgk siare lasung undi prk k.trg di rtm 1 pagi ni. mugo2 bn mene la yo...
Dalam pas pun ada beri duit kopi juga pada pengundi, tapi istilah tu menghalalkan cara, iaitu puak depa kata duit yang kita bagi ni adalah duit tabung yang didermakan oleh orang ramai untuk kegunaan parti dlam pilihanraya, so ada yang lebih ni yang bagi pada pengundi ni,,,, che wah sedap bebeno dengar cakap manis puak-puak pas ni....
lebong sungguh la puak pas ni... semoga bn kekalkan kerusi parlimen,,,amin... terima kasih kepada pp kerana kempen saat-saat akhir kepada bn walau ada sinis sikit-sikit...