Isu ADUN Bota melompat parti dari Barisan Nasional masuk PKR begitu dibanggakan oleh puak-puak Pakatan Rakyat khususnya PKR itu sendiri. Hakikatnya tanpa disedari mereka sebenarnya dilihat amat bodoh sekali dari luar. Mereka ditipu oleh Anwar malahan mereka semuanya rela menipu diri sendiri. Kenapa?
Seperti lazimnya kita sedia maklum bahawa keseluruhan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat (PKR, PAS dan DAP) terlalu taksub dan tidak pernah bersetuju dengan Barisan Nasional khususnya Umno itu sendiri di dalam apa jua perkara dan isu-isu semasa. Apatah lagi untuk menyokong tidak akan sekali-kali. Namun begitu, kebelakangan ini mereka bersusah-payah berusaha dengan apa cara sekali pun untuk melobi dan memujuk wakil-wakil rakyat DUN dan Parlimen dari BN untuk mengajak melompat masuk ke parti-parti pakatan mereka setelah beberapa kali tarikh penukaran kerajaan yang diwar-warkan oleh "De Facto Leader" mereka menemui jalan buntu dan gagal.
Apabila tercapai sudah hajat mereka setelah berlakunya seorang ADUN dari BN melompat masuk ke parti PKR maka mereka bersorak riuh-rendah meraikan pengkhianat Umno/BN itu sebagai seorang wira baru buat pakatan mereka. Konsep perjuangan PR hari ini sebenarnya sudah jauh tersasar dan terbalik di mana pengkhianat di pihak lawan dianggap sebagai wira di pihak pakatan mereka. Kejayaan awal strategi kotor ini satu sumber inspirasi baru di pihak PR. Situasi ini hanya dilihat sebagai satu strategi orang yang amat terdesak gilakan kuasa untuk cuba merampas takhta kerajaan persekutuan dengan kaedah dan pendekatan songsang. Biar pun ianya sebagai suatu tindakan yang tidak bermaruah tetapi demi cita-cita, Anwar sanggup melakukan apa sahaja.
Dengan dikepalai oleh seseorang yang berperilaku songsang akhirnya perjuangan politik parti-parti di bawah PR turut berjaya dijuruskan dengan strategi songsang sebegini. Samada ianya disedari atau pun tidak, pemimpin-pemimpin Islam di dalam PR begitu bodoh dan dungu sekali kerana telah menerima baik strategi songsang ini untuk diterapkan sebagai agenda perjuangan yang baru kepada pakatan mereka. Jika Umno/BN yang memulakan maka ianya dilihat sebagai satu kesalahan besar kerana menggunakan taktik kotor yang jelek lagi menjijikkan di pandangan mereka tetapi ianya menjadi bersih, betul dan halal apabila di pihak mereka yang melakukannya.
Yang lebih utama, kita tahu selama ini PR menyerang kelemahan Umno/BN dengan menghasut seluruh rakyat khususnya golongan muda agar jangan lagi menaruh keyakinan dan mempercayai Umno/BN, lebih-lebih lagi menyerang keperibadian pemimpin-pemimpin Umno/BN dengan seteruk-teruknya dan sehina-hinanya tetapi apa yang dihairankan serta pelik, mereka kini seolah-olah buat-buat lupa semua itu dan sanggup pula memujuk para pemimpin Umno/BN yang telah dianggap sebagai golongan perasuah dan hina ini agar melompat masuk ke pakatan mereka tanpa rasa malu. Tidakkah ini dilihat sebagai satu tindakan yang teramat-amat bodoh, terlalu terdesak dan sama-sekali tidak bermaruah?
MENGAJAK GOLONGAN MUDA PR BERFIKIR SEJENAK
Kepada golongan muda penyokong PR pula tidakkah kalian semua terfikir semua ini? Kalian telah dihasut agar jangan menyokong para pemimpin Umno/BN kononnya pemimpin Umno/BN mengamalkan kronisme dan rasuah politik tetapi dalam masa yang sama para pemimpin dalam PR sendiri terhegeh-hegeh cuba menarik masuk lebih ramai wakil-wakil rakyat BN kepada PR? Jadi apa bezanya? Kalian menyokong sedangkan kalian semua telah ditanamkan dengan segala kebencian terhadap pemimpin di dalam Umno/BN?
Contohnya, jika semasa di dalam Umno/BN pemimpin itu bernama Mamat, apakah setelah masuk PKR maka namanya bertukar menjadi Salleh? Sudah tentu Mamat adalah tetap Mamat juga. Apakah perangai dan tingkahlakunya akan berubah dengan cara berhijrah parti? Di sini saya harap kalian semua cubalah membuka minda untuk memberi sedikit ruang kebebasan berfikir secara waras dan lebih matang. Jangan disempitkan benak minda anda.
Hapuskanlah sikap mendewakan pemimpin kalian secara membabi-buta. Jangan mudah ditipu dan tertipu serta janganlah kalian menipu diri kalian sendiri. Inilah sebenarnya yang berlaku sekarang di dalam PR yang anda sokong. Para pemimpin yang kalian terlalu mendewakan (khususnya Anwar), telah membohongi kalian secara jelas dan nyata akibat keterdesakan beliau untuk mencapai matlamatnya sahaja. Yang bodoh adalah anda-anda semua.
Secara tidak anda sedari hakikatnya anda tetap masih menyokong para pemimpin Umno/BN asalkan mereka ini melompat masuk ke PR. Lama-kelamaan PR yang dianggotai oleh PKR, PAS dan DAP dipenuhi juga dengan para pemimpin Umno/BN (jika realiti berlaku sebagaimana digambarkan Anwar). Cuma jenama parti dan barisannya sahaja berbeza pada nama sedangkan orang-orangnya tetap itu juga.
Saya katakan begini kerana habuan yang diumpan oleh Anwar untuk mereka melompat masuk mana-mana parti dalam PR ialah perjanjian untuk memenuhkan jawatan-jawatan penting. Maka tiada beza mereka di dalam Umno/BN atau pun di dalam PR kerana orangnya adalah individu yang sama juga. Kalau anda sudah menganggap mereka ini gagal di dalam Umno/BN, apakah anda fikir mereka akan berjaya memacu perubahan apabila berada di dalam PR? Jika anda berani mengatakan "Ya" maka ternyata akal fikiran anda begitu terbatas dan sememangnya telah dirosakkan teruk oleh Anwar serta kepimpinan PR.
Oleh itu saya harap dengan entri saya kali ini mampu membuka sedikit ruang minda kalian untuk berfikir secara lebih terbuka, waras dan matang di dalam membuat penilaian sebenar tanpa dibelenggu oleh kekolotan ideologi perjuangan yang telah diterapkan ke minda anda oleh para pemimpin PR anda selama ini. Saya tidak menyalahkan anda 100% wahai golongan muda-mudi kerana kalian masih terlalu muda dan mentah untuk memahami segala-gala kelicikan permainan kotor saudara Anwar Ibrahim.
Disebabkan itu jugalah beliau menjadikan golongan muda sebagai sasaran utama perjuangan beliau kerana mungkin difikirkan golongan muda seperti anda begitu mudah dipengaruhi serta diperdayakannya. Lebih melekakan anda lagi apabila beliau turut mempergunakan anakanda beliau sendiri, Nurul Izzah yang menang di luar dugaan (kerana ahli-ahli Umno/BN memberontak) di Parlimen Lembah Pantai pada pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang lalu sebagai satu pendekatan untuk menarik lebih ramai golongan muda seperti anda. Ini semua hanyalah satu permainan silap mata Anwar semata-mata. Ketahuilah dengan sebenar-benarnya jika anda semua masih leka dan masih tidak arif. Renung-renungkanlah dengan lebih rasional selepas ini.

Jika UMNO sinonim dengan politik wan, maka apakah pula sesinonimannya dengan PKR?
Soalan cepu emas, terima kasih HM.
Umno sinonim dikaitkan dengan salahlaku politik wang sementara PKR telah terpalit arang sebagai sebuah parti politik yang berKETUAkan pemimpin peliwat. Ketuanya tidak dapat lari daripada tuduhan meliwat sesama jantina sejak sedekad lalu hingga kini dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Kini meliwat parti lawan pula dengan bertindak secara terdesak memancing wakil-wakil rakyat Barisan Nasional.
Sekian dimaklumbalaskan. Terima kasih.
terima kasih saudara
topik anda kali ini ada logiknya
tersedar sikit setelah membacanya
terus terang saya termenung selepas mentelaah tulisan anda ttg perkara ni krn selama ni saya antara yg taksub menyokong dsai dgn emosi kebencian kpd umno yg ditanamkan kpd golongan muda seperti saya dan kwn2. jelas dsai dan kepimpinannya bijak bermain kata2 hingga mampu membuat golongan muda mudah dipengaruhi dan terikut-ikut. betul kalau nak cerita psl salah semua pihak ada buat salah dan salah itu wajib diperbetulkan bkn dimusnahkan.
Ini kes gila kuasa sanggup khianat mandat rakyat. Akan dtg x pyh lagi adakan pilihanraya kalau x mahu hormati mandat rakyat buat membazir duit rakyat je. Anwar x siuman sbb kalau dia ada otak dia x tergamak buat keje mcm ni. Dia kena hormat keputusan rakyat. Pemimpin Pakatan Rakyat pemecah belah bangsa melayu.