Tahniah saya ucapkan kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut yang telah berjaya memenangi PRK Kuala Terengganu dan takziah kepada calon BN, Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan juga calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam yang tewas.
Keputusan mutakhir dan muktamad PRK Kuala Terengganu:
Mohd Abdul Wahid Endut (PAS): 32,883 undi
Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN): 30,252 undi
Azharudin Mamat @ Adam (Bebas): 193 undi
Majoriti kemenangan: 2,631 undi
Undi rosak: 665 undi
Jumlah berdaftar: 80,229 pengundi
Jumlah mengundi: 63,993 pengundi
Peratus mengundi: 79.76%
Saya agak lewat membuat posting ini kerana masa yang tidak mengizinkan di awal tadi. Sepatutnya BN tidak perlu diucapkan dengan ucapan takziah malahan turut diucapkan tahniah kerana BN dan jentera-jentera pilihanraya mereka termasuklah media arus perdana telah berjaya membawa propaganda yang teramat bagus sekali sehingga menjuruskan kekalahan di kerusi parlimen yang disandangnya.
BN telah gagal mempertahankan kerusi parlimen Kuala Terengganu. Sebab apa? Sebab virus bernama "kuda trojan" yang dibawa ke dalam kempen PRK Kuala Terengganu. Dulu ketika PRK Permatang Pauh juga virus ini dibawa dan menyebabkan kekalahan BN dengan majoriti kemenangan PKR semakin bertambah.
Penyebab lainnya ialah kerana media-media arus perdana yang berat sebelah keterlaluan serta membuat propaganda memburuk-burukkan calon dan parti lawan. Rakyat menjadi bosan... bosan... dan bosan...
Selain itu masih banyak usaha-usaha penyelewengan cuba dilakukan oleh BN yang dapat dihidu oleh pembangkang seperti sogok duit kepada pengundi dan petugas media, usaha memaksa undi kepada BN yang dianggap jengkel di mata masyarakat.
Di samping itu kredibiliti calon sendiri turut memainkan peranan, sebab itulah Tun Dr Mahathir Mohamad awal-awal lagi telah mengatakan BN telah melakukan kesilapan besar dengan meletakkan Wan Ahmad Farid sebagai calon. Itulah nasihat orang tua tak mahu dengar. Bangkang... bangkang... bangkang... tak sudah sudah. Akhirnya tanggunglah sendiri.
Nampaknya di zaman Pak Lah dan Pak Jib ni rakyat benar-benar memberontak dan masih belum reda. Sekaligus saya rasa jika berlaku peralihan kuasa pada Mac 2009 nanti pun, tiada sebarang perubahan dan kemajuan yang mampu dilakukan oleh Pak Jib melalui petunjuk kekalahan di PRK Kuala Terengganu kali ini.
Bermakna rakyat turut menolak kehadiran Pak Jib sebagai pengganti Pak Lah (jika berlaku peralihan kuasa). Maka itu Umno/BN sewajarnya mencari satu resolusi yang lebih baik dan terbaik di dalam menangani masalah ini.
frah kawe bn bodo
pahni kawe nok ajok saing2 masuk pas pulok
salam Bro:
Sikap ahli Umno dan BN dilihat bukan sahaja ditolak namun,janji-janji Umno dilihat hanya untuk memancing undi semata-mata.Maka kerana itu Umno harus berubah sehingga rakyat kembali yakin kepada ketelusan membantu orang Melayu.
PS: Terima kasih kempen EZAM.
Gedebe...jange masok PAS sebab ahli ramai doh, takdok peluang. Masuklah AKIM. Lo ni presiden AKIM takdok, kosong sebab presiden doh keno gantung...hehehe
Bro
Kekalahan UMNO di KT menang ramai orang dah duga dan ramai rakyat dok minta/doakan.
PRK kali ini mencatat banyak sejarah, antaranya PRK KT ini memperlihatkan bagaimana UMNO menggunakan segenap cara yang ada semata-mata nak menang. Cara dan kaedahnya sampai buat cabutan loteri (kah kah kah ) pun ade.Bagi orang melayu, jerat pembangunan, jerat ugutan, jerat duit dah tak menjadi lagi...
UMNO perlu buat analisa yang jujur dan mengambil tindakan segera jika mahu terus relevan. Pertama-tamanya, pemimpin-pemimpin yang dah expire ( dan tok rok cetong seperti mat taib, ali ketam rahim thamby chik dll ), pemimpin-pemimpin yang rasuah semua kena buanglah. Beri peluang kepada pemimpin-pemimpin yang bersih dan berakhlak menjadi pemimpin...( tapi ade ke pemimpin macam tu dlm UMNO?...)
Kedua, bubarkan UMNO(Baru) yang ada sekarang dan hidupkan kembali UMNO yang dimatikan oleh TDM. Kaedah nak hidupkan balik masih ada.
bat8
Sabar Gedebe, jangan gopoh buat keputusan. Jgn kerana itu saudara jadi gelabah.
Salam kembali KulatLapok, betul tu dan banyak lagi kelemahan lain-lain yang harus diperbetulkan oleh pucuk kepimpinan.
Saudara Anon (bat8), ya benar apa yang saudara katakan itu. Itulah punca kekalahan kerana rakyat sudah meluat dengan segala janji-janji manis yang kosong. Semua itu indah khabar dari rupa. Soal Umno (Baru) atau yang lama sama sahaja yang penting pemimpin perlu ada kewibawaan serta mampu diterima rakyat. Yang ada sekarang majoriti mereka yang sudah ditolak rakyat dan wajar dinasihati supaya berundur untuk memberi laluan kepada muka-muka baru.
Salam,
Selagi politik wang dan rasuah tidak dapat dihapuskan maka BN(UMNO le)akan semakin jatuh maruahnya kerana banyak pemimpin dalam puak mereka korupsi.Kalau nak kuat semula cari yg korupsi tu(banyak sangat) buang dan ambil yg baik bukan dimata pemimpin tapi dimata rakyat.UMNO akan gagah semula.Kalau boleh buat buat leee.Tak boleh kot!!