Saudara-saudari yang dihormati sekalian. Sebentar tadi saya telah menghantar satu email menyarankan agar pihak TV3 segera menghentikan siaran iklan-iklan produk Yahudi Israel - Amerika seperti KFC, Mc Donald dan lain-lain. Berikut ini saya "copy & paste" email tersebut untuk tatapan seluruh pembaca dan pengunjung blog Pemuda Pelapis.
Diharapkan semoga email yang telah dihantar ini mendapat perhatian dan kerjasama mereka dengan penuh rasa prihatin dan tanggungjawab. Seandainya di pihak TV3 terus berdegil maka adalah wajar seluruh warga Malaysia turut memboikot stesen TV3. Kita rakyat mempunyai pilihan stesen-stesen lain seperti RTM dan Astro maka itu kita tidak menanggung apa-apa kerugian untuk tidak menonton siaran-siaran TV3.
Apa pun kita lihat perkembangannya nanti dan bergantung kepada keadaan semasa. Sekian dimaklumkan.
from: Pemuda Pelapis
to: news@tv3.com.my
date: Tue, Jan 13, 2009 at 9:21 PM
subject: Tolong Peka & Prihatin Kesengsaraan Orang Lain
mailed-by gmail.com
Perhatian buat seluruh warga TV3 khususnya penerbit,
Dengan rasa prihatin dan amat bertanggungjawab saya anak Malaysia merasa amat kesal dan dukacita dengan sikap saudara-saudari warga TV3 seluruhnya yang boleh disifatkan sebagai golongan manusia yang tidak berhati perut serta tidak bertanggungjawab sama sekali di dalam merasai penderitaan rakyat Palestin.
TV3 dilihat saban hari memaparkan liputan kekejaman rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza di Palestin tetapi tuan/puan seolah-olah buta hati dan buta minda kerana tidak peka dengan saranan kerajaan dan juga seluruh rakyat Malaysia ke arah memboikot produk-produk Israel dan Amerika.
Setiap hari saya masih melihat TV3 terus menyiarkan iklan-iklan KFC dan Mc Donald di kaca televisyen. Mungkin ada lagi pengiklanan produk lain yang saya kurang perasan.
Maka demikian saya menyeru dengan ketegasan atas dasar tanggungjawab serta keprihatinan agar pihak TV3 menghentikan segera segala pengiklanan tersebut. Saya mengecam pihak TV3 sekiranya seruan memboikot ini tidak diambil perhatian apatah lagi jika ianya diabaikan tanpa rasa ada sikap perikemanusiaan untuk merasai penderitaan orang lain. Janganlah terlalu mementingkan keuntungan perniagaan daripada sumber-sumber pengiklanan.
Apakah TV3 akan bankrap dengan tidak menyiarkan iklan-iklan tersebut? Jika pihak TV3 mahu memberi alasan bahawa syarikat-syarikat itu telah menjelaskan bayaran bagi tujuan pengiklanan bukankah ianya masih boleh dibuat kiraan setakat mana yang telah disiarkan maka selebihnya dikembalikan sahaja kepada mereka? Gunalah sedikit akal fikiran dengan lebih waras. Takkanlah perkara semudah ini pun perlu diberi tunjuk-ajar?
Sekian dimaklumkan. Sila beri perhatian dan kerjasama.
Terima kasih!
--
PEMUDA PELAPIS
www.pemuda-pelapis.blogspot.com
Diharapkan semoga email yang telah dihantar ini mendapat perhatian dan kerjasama mereka dengan penuh rasa prihatin dan tanggungjawab. Seandainya di pihak TV3 terus berdegil maka adalah wajar seluruh warga Malaysia turut memboikot stesen TV3. Kita rakyat mempunyai pilihan stesen-stesen lain seperti RTM dan Astro maka itu kita tidak menanggung apa-apa kerugian untuk tidak menonton siaran-siaran TV3.
Apa pun kita lihat perkembangannya nanti dan bergantung kepada keadaan semasa. Sekian dimaklumkan.
tunggu gapo lagi gak. kita pakat boikot ja tv3 nate ni. tok reti baso. kawe lamo doh tokse buko siare tv3. kecek banyok takdok guno. boikot ja.
bagus usaha ini sbg peringatan buat mereka. memang sakit hati bila tv3 siarkan iklan seolah-olah menyokong produk yahudi sdgkan saudara kita di bumi palestin sengsara. hrp semua org memberi sokongan atas usaha saudara ini.
Tahniah usaha yg mulia. Semoga Allah jua membalas budi saudara.
bagus aku sokong...
ada jawapan balas tlg siarkan di blog...
ganyang TV3 cukup2...
cayalah yop camnilah baru anak jantan! apa2 pun mika sokong sgt usaha kome ni. syabas!!!
belasah dia yop...
kasi taruk dia yop...
wak junus
wak junus nak leteor lg sekali...
tak byk nak tambah sikit je...
kasi taruk cili bg pedas sikit lg...
mmg cinnabai tv3 ni...
AGREED!!!
BRAVO!!!
LETS BOYCOTT TV3!!!
BOYCOTT TV3!!!
BOYCOTT TV3!!!
BOYCOTT TV3!!!
Setuju tindakan saudara PP. Teruskan perjuangan membela saudara kita yg teraniaya di Palestin.
TV3 tolong jgn buta!!!!!
pah lagu mano? tv3 takdok respon ko demo lagi ko? kito boikot jah...
demo tu tahu dio saloh la tuuu baso bengak dok'oh...
Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang menyokong usaha boikot ke atas Israel-Amerika.
Saya harap lebih ramai rakyat kita yang benar-benar ada kesedaran yang tulin untuk bersimpati terhadap penderitaan rakyat Palestin yang dizalimi oleh rejim zionis Israel dengan sokongan Amerika. Jika kita bersatu dan sepakat maka kita mampu melemahkan ekonomi Israel-Amerika dan mendesak keganasan itu dihentikan segera.
Apa yang mendukacitakan saya ialah apabila ramai di antara kita hanya bijak bercakap soal boikot tetapi hakikatnya tidak faham apa yang mereka sendiri cakapkan. Contoh yang jelas ialah seperti TV3 sendiri. Pihak mereka hari-hari membuat liputan kekejaman di Palestin tetapi dalam masa yang sama mereka juga menyokong produk-produk Israel-Amerika dengan mempromosikannya di kaca tv. Di sini jelas tiada kesedaran di hati dan minda mereka.
Untuk mereka yang bertanya saya adakah saya ada menerima respon balas daripada pihak TV3? Jawapannya tiada dan saya tidak mengharapkan apa-apa respon balas daripada pihak TV3, cukuplah kalau mereka menghentikan segera pengiklanan produk-produk yahudi ini di kaca tv. Saya juga percaya sesuatu yang terkena batang hidung mereka sendiri, sudah tentu mereka tiada modal untuk menjawab atau memberi apa-apa alasan lagi.
Jika pihak TV3 tetap juga berdegil dan tidak mengendahkan saranan tersebut maka tidak ubahlah mereka ibarat haiwan yang tidak berakal seperti manusia. Ini agak keras bunyinya tetapi itulah hakikatnya.
Sekian.
salam Bro:
Semalam aku ke Tesco Melaka, agak terkejut, orang ramai jauh berkurangan di sana. Harap ianya dapat menyedarkan rakyat negara ini sekalian.
Mungkin ini juga satu pengajaran untuk TV3
http://zoompanas.blogspot.com/2009/01/calon-pas-menang-pilihan-raya-kecil.html