Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Mengulas laporan Dato' Ismail Sabri Yaakob semalam, 30 Mei 2008 yang juga Menteri baru Kementerian Belia dan Sukan yang menggesa Dato' Mokhzani Mahathir meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Sepang International Circuit (SIC), saya menganggap Ismail Sabri ini sebagai satu manusia yang berpemikiran sempit yang berakalkan otak keldai.

Hari ini (31 Mei 2008) pula seorang lagi Menteri baru Kementerian Pelancongan, Dato' Azalina Othman Said turut membuat gesaan yang sama terhadap Dato' Mokhzani Mahathir. Yang satu itu senang dikategorikan sebagai "keldai jantan" tetapi yang satu ini sedikit sukar untuk dikenalpasti samada betina atau pun jantan. Mungkin sesuai jika dilabelkan sebagai "keldai tomboy".

Inilah mereka di antara golongan kaki ampu dan pembodek DS Abdullah Badawi. Majoriti Menteri dan Timbalan Menteri di bawah kepimpinan DS Abdullah hanya dipenuhi oleh pembodek-pembodek yang dipelihara DS Abdullah untuk mempertahankan kedudukannya sahaja. Sesiapa yang dirasakan tidak menyukai beliau maka akan diketepikan awal-awal lagi. Oleh itu terbentuklah sebuah "kerajaan Abdullah" yang menjadi milik mutlak DS Abdullah dan bukannya kerajaan Malaysia milik semua warganegara merdeka.

Pada hemat saya dan sebilangan besar rakyat Malaysia hari ini, golongan pengampu dan pembodek ini adalah spesis-spesis yang tidak berpendirian serta jauh sekali mempunyai wawasan perjuangan. Inilah sebenarnya "duri-duri dalam daging" yang utama yang wajib dihapuskan dengan kadar segera jika Malaysia mahu terus maju dan dihormati sebagai sebuah negara membangun.

Tiada sebab dan alasan munasabah untuk menggesa peletakan jawatan itu bagi mengaitkan apa-apa jawatan dalam kerajaan jika sekiranya tidak menjadi ahli Umno atau anggota BN. Jika betul-betul mahu bertindak menggesa sesiapa yang memegang jawatan di dalam kerajaan, saya percaya jawatan-jawatan lain seperti Ketua-ketua Pengarah itu dan ini, Pengarah-pengarah di mana-mana jabatan, Pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan sebagainya, juga ada tergolong daripada mereka yang tidak menjadi ahli Umno malahan ramai yang secara terang-terangan tidak menyokong kerajaan.

Andaikata mahu bertindak menggesa Dato' Mokhzani, saya menyarankan supaya turut dibuat gesaan serupa kepada semua pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang lain yang tidak menjadi ahli Umno dan yang menentang kerajaan. Malahan lebih buruk lagi ramai di antara mereka menjadi ahli parti pembangkang. Kalau mahu diikutkan, saya yakin jumlahnya melebihi daripada separuh penjawat awam.

Maka sejumlah besar kakitangan dan pegawai di sektor kerajaan ini haruslah segera dikosongkan oleh mereka yang tidak menyokong kerajaan dan dengan ini banyaklah kekosongan jawatan kerajaan akan berlaku. Kenapalah sebodoh dan sesempit itu akal kedua-dua menteri baru ini? Jadi tidak salahlah saya melabelkan kedua-dua menteri ini sebagai "keldai jantan dan keldai tomboy" kerana itu yang selayaknya buat mereka.

Mereka tidak perlu mengatakan Sepang International Circuit (SIC) bukan milik Dato' Mokhzani kerana sudah tentulah semua orang tahu. Begitu juga Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pelancongan bukanlah hakmilik kedua-dua menteri berkenaan. Jadi janganlah bersikap "tepuk dulang paku serpih, mengata orang awak berdua yang lebih-lebih". Siapakah mereka berdua ini untuk membuat gesaan sedemikian?

Kedua-dua keldai ini juga sebenarnya masih terus kelabu mata dan kelabu otak disebabkan tidak nampak kerajaan Malaysia telah disalahjadikan sebagai "kerajaan Abdullah" di mana kedua-dua keldai ini juga adalah tunggangan DS Abdullah supaya menjerit dan melalak apabila ada percanggahan angin pendapat. Baguslah jika sanggup dan bersedia dijadikan jentera tunggangan Abdullah. Syabas dan tahniah!

Pemuda Pelapis
Setelah beberapa hari isu "pengkhianat parti" kembali terjun ke dalam Umno, akhirnya barulah Tun Dr Mahathir mahu membuat sedikit ulasan ringkas. Berita laporan ini dipetik daripada sumber Bernama kerana ianya ada kaitan dengan ulasan Pemuda Pelapis untuk beberapa artikel penulisan di blog ini sebelumnya yang bertajuk Abdullah dan Najib Pendek Akal, Bukti Terkini Abdullah Terus Berbohong dan Parti Tupperware atau Parti Tong Sampah.

Di samping itu beliau turut menyentuh sedikit berkenaan kenyataan Menteri Belia dan Sukan berkaitan isu jawatan anaknya, Mokhzani sebagai Pengerusi Sepang International Circuit (SIC) yang dilihat sebagai tidak profesional kerana mencampur-adukkannya dengan isu-isu politik semasa.

PETALING JAYA, 31 Mei (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Nor yang melompat masuk ke dalam Umno seperti katak.

Beliau berkata tidak mustahil tindakan Mohamad Ezam keluar masuk parti akan berulang kerana beliau pernah keluar Umno dan menyertai PKR dan kini keluar PKR dan menganggotai Umno semula.

Dr Mahathir berkata demikian pada program Suntikan Semangat Satria di sini Sabtu. Program itu antara lain menumpukan perkara berkaitan pembangunan semangat golongan Melayu selain permasalahan yang dihadapi Umno kini.

Program itu turut dihadiri Exco Pemuda Umno Datuk Sazmi Miah, anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali dan bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Datuk Ruhanie Ahmad.

Dr Mahathir juga berpendapat permohonan kemasukan semula Mohamad Ezam ke dalam Umno kali ini merupakan "batu loncatan" terhadap Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mungkin menyertai Umno semula.

"Anwar menggunakan Ezam untuk menyertai Umno semula kerana dia (Anwar) sedar satu cara yang dia boleh jadi Perdana Menteri ialah dengan disokong oleh Umno.

"Dari situ apa juga cara untuk mendapatkan sokongan Umno akan diusahakan oleh Anwar. Sebab itu kena berhati-hati apabila Ezam lompat masuk dalam Umno di waktu ini," katanya.

Mengenai anaknya, Datuk Mukhriz, yang kini dilihat semakin lantang bersuara, Dr Mahathir berkata: "Kalau dahulu ahli politik boleh mengkritik, kenapa sekarang tidak boleh?"

Beliau juga enggan mengulas panjang kenyataan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob yang menggesa seorang lagi anaknya, Datuk Mokhzani supaya meletak jawatan sebagai pengerusi Sepang International Circuit (SIC).

"Kalau saya di tempatnya (Mokhzani), saya tidak akan meletak jawatan. Saya akan melepaskan jawatan sekiranya saya nak berbuat begitu, tanpa paksaan kerana saya lebih suka 'ditendang'," katanya.

-- BERNAMA

Itulah ringkas sahaja kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad membuat ulasan. Kita semua haruslah ambil tahu dan peka dengan setiap apa yang diperkatakan oleh beliau kerana Tun tidak pernah bercakap tanpa fakta. Apa sahaja kenyataannya selalunya telah dianalisa sebelum diucapkan dan tidak seperti Abdullah dan Najib yang selalu sangat kita lihat merapu-rapu apabila berucap di khalayak ramai, khususnya Najib yang gemar bercakap "ala-lucah" seperti dalam Perhimpunan Agung Umno yang lalu.

Pemuda Pelapis
Memetik kenyataan akhbar laporan Bernama, apa yang dibentangkan ini hanyalah ranting yang tidak begitu penting dan kurang sesuai di dalam situasi semasa ini. Pokoknya perlu diselesaikan segera supaya kukuh dan stabil barulah dahan serta rantingnya mampu bercambah dan tumbuh dengan baik.

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Pemimpin Pergerakan Pemuda Umno hari ini menyambut baik pengumuman pembentukan lima sekretariat khas dan sebuah sekretariat tetap oleh ketua pergerakan itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, semalam.

Anggota exco Pergerakan Pemuda Umno Harrison Hassan berkata penubuhan kesemua sekretariat itu bakal menjadi nadi penting kepada Pemuda Umno untuk sentiasa menjadi segar, dinamik dan relevan kepada anggota Umno dan keseluruhan rakyat.

"Langkah ini adalah bukti Umno yang sentiasa peka dan terbuka terhadap semua pandangan, luahan dan kritikan yang membina. Berasaskan formula kesinambungannya sejak (Umno ditubuhkan) 62 tahun lalu, Umno sentiasa bersedia bermuhasabah dan berubah demi kepentingan ramai," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Semalam, Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan pembentukan enam sekretariat itu sebagai agenda bertindak Pergerakan Pemuda Umno bagi memacu usaha mengembalikan keyakinan golongan muda terhadap parti.

Sekretariat khas yang ditubuhkan ialah Sekretariat Permuafakatan, Sekretariat Peremajaan Umno, Sekretariat Pembelaan Rakyat, Sekretariat Pembinaan Negara Bangsa dan Sekretariat Perhubungan Media, dan Sekretariat Tetap.

Hishammuddin berkata setiap sekretariat mempunyai rangka kerja sendiri melalui terma rujukan yang ditetapkan untuk menentukan visi, misi dan objektif dalam merealisasikan hasrat itu.

Harrison seterusnya melahirkan rasa syukur atas kepercayaan Hishammuddin yang melantiknya (Harrison) mempengerusikan Sekretariat Peremajaan Umno.

"Sekretariat ini akan mendekati golongan sasar bagi memastikan Umno tetap diminati oleh generasi muda," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Perak Zainol Padzi Paharuddin berkata penubuhan sekretariat itu membuktikan komitmen Pemuda Umno untuk melihat gerakan menyeluruh anggota-anggota Pemuda dalam mendokong dan meneruskan agenda parti, terutamanya dalam memartabatkan institusi Raja-Raja Melayu.

"Usaha harus digerakkan ke arah memperkukuhkan kembali kuasa Raja-Raja Melayu supaya kedaulatan dan kekuasaan orang Melayu sentiasa terjamin.

"Kita tidak mahu Raja-Raja Melayu hanya sekadar menjadi simbol sebaliknya mahu mereka (raja-raja Melayu) berada dalam kedudukan untuk menjadi penjaga kelangsungan politik Melayu," kata Zainol.

-- BERNAMA

Apa pun yang dibentuk dan ditubuhkan tidak ada guna dan tiada memberi apa-apa makna serta manfaat selagi asas dan dasar perjuangan Umno yang ada sekarang di bawah kepimpinan Abdullah-Najib masih tidak diperbetulkan secara total melalui reformasi besar-besaran di semua peringkat. Walau bagus macam mana sekalipun usaha-usaha baru yang mahu diaplikasikan dan diserapkan kepada seluruh ahli-ahli serta rakyat, dipercayai tidak akan kesampaian.

Keperluan utama dewasa ini yang harus digembeling secara permuafakatan adalah mengembalikan wadah perjuangan asal parti Umno untuk membela agama, bangsa dan negara setelah Umno/BN berada di ambang maut pada ketika ini. Isu-isu yang dibangkitkan ini hanyalah cabang-cabang dahan dan ranting kecil sahaja tetapi dasarnya (pokok) harus terlebih dahulu berada di dalam keadaan yang benar-benar kukuh barulah matlamat apa pun akan mampu dicapai dengan jaya.

Sementelah pula Ketua Pergerakan Pemuda Umno dan Ketua Pemuda Umno Perak sendiri sudah tidak lagi jelas prinsip perjuangannya. Hak dan kebenaran sebagai landasan asas perjuangan telah diketepikan tetapi begitu tertonjol dengan sikap "ampu, bodek dan talam dua muka" maka sudah tentulah "cakap tidak serupa bikin" yang bakal berlaku. Maka buat seketika ini, semua ini hanya membuang masa sahaja.

Jika masing-masing yang mengeluarkan kenyataan ini secara jujur mahu membuktikan komitmen bagai apa yang diperkatakan, perbetulkan dahulu perkara pokok yang sedang dituntut oleh majoriti rakyat dan ahli-ahli di akar umbi supaya menunaikan dahulu reformasi menyeluruh sebagai komitmen paling utama.

Tidak perlu melalak jauh-jauh mengusulkan itu dan ini dalam keadaan semasa ini kerana kami semua di akar umbi dan majoriti rakyat sudah jelak dan muak dengan dendangan wayang kulit anda-anda semua. Cermin-cerminlah diri sendiri masing-masing sebelum mahu tunjuk hebat. Jangan sampai mengiyakan kata pepatah, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran". Utamakanlah apa yang lebih utama!

HISHAMMUDDIN HARUSLAH TERLEBIH DAHULU MELUNASKAN KATA-KATA AWAL BELIAU TENTANG REFORMASI MENYELURUH DI DALAM UMNO JIKA MAHU MELIHAT UMNO TERUS RELEVAN.


Pemuda Pelapis
Berdasarkan pendek akal kedua-dua pemimpin tertinggi parti menerima kemasukan semula "3 pengkhianat parti" dengan begitu mudah mempercayai alasan-alasan "3 hantu raya" itu tanpa memikirkan risiko lebih besar yang akan ditanggung Umno, maka jelaslah betapa "korup" pemikiran kedua-dua pemimpin tertinggi Umno.

Begitu jugalah pemimpin-pemimpin lain yang menyokong tindakan tersebut. Hairan bin Ajaib apabila akal yang cukup mulia Allah swt kurniakan tidak mahu digunakan sebaik-baik mungkin. Nak ambil tindakan pada ahli ikut "mood" sesuka hati, nak terima musuh pun main ikut "mood" sendiri. Ini "Parti Tupperware" atau "Tong Sampah" sebenarnya?

Ini sekaligus membuktikan Umno pimpinan Abdullah-Najib tidak ubah seperti "Tong Sampah" yang ternganga menerima apa saja orang buang ke dalamnya. Apabila orang kata "tak ada otak" kita rasa nak marah tapi hakikatnya pemikiran kedua-dua pemimpin tertinggi ini jelas seperti manusia tidak siuman dan tidak lagi waras. Tidak tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk untuk jangkamasa panjang. Bukan salah jika mahu menerima tetapi sikap tergesa-gesa menerima tanpa usul periksa dengan lebih teliti dan mendalam itu adalah satu tata-etika yang tidak betul caranya.

Kedua-duanya sama naik meraban tak tentu pasal sehingga dah tak reti nak buat keputusan terbaik seolah-olah Umno dah tak ada orang lain lagi dah, sehingga terpaksa menerima pengkhianat dan musuh ketat. Kenapa tak gubal saja 100% dasar parti supaya boleh terima semua bangsa? Kan lagi bagus! Sekurang-kurangnya mampu meramaikan bilangan ahli-ahli baru untuk memperkukuhkan lagi sokongan membawa rebah kepada 2 pemimpin tertinggi yang amat gila kuasa ini. Lagi cepat hancur lagi baik kalau dah itu yang diingini sangat.

Ketiga-tiga makhluk asing yang terjun semula ke dalam Umno itu disebabkan perjuangan mereka dah tak lagi laku di dalam PKR jadi kenapa mudah sangat Umno kutip semuanya? Tak lama lagi berduyun-duyun puak-puak yang dah tak laku dalam PKR akan sertai Umno untuk membiakkan parasit-parasit sepertimana Abdullah membiakkan spesis pendatang tanpa izin (PATI) di negara kita sejak beliau mentadbir kerajaan.

Kalau dulu pengkhianat-pengkhianat ini boleh lari masuk PKR dan mengutuk mencaci Umno/BN, sekarang ini bila masuk semula Umno/BN mereka kutuk dan caci PKR pula. Bilamana tak dapat apa-apa jawatan nanti, mereka tetap dengan cara yang serupa untuk kembali belot dan melakukan perkara yang sama terhadap Umno/BN sekali lagi. Apakah tidak serik-serik? Inikah manusia yang kononnya mengaku ikhlas dalam perjuangan? Lainlah jika dulu semasa keluar Umno mereka tak masuk mana-mana parti lawan. Kajilah semula dan janganlah berpemikiran terlalu korup sehingga rakyat naik meluat dan memandang hina kepada pemimpin.

Ketika diterima masuk kelmarin Ezam cakap bukan kerana mahukan apa-apa jawatan tapi hari ini pula terus-terang tanpa malu kata nak bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan Disember akan datang. Apa ni Ezam, bercakap macam keling paria berbelit-belit lidah. Inikah manusia yang boleh kita percayai? Manusia yang amat terdesak seperti Ezam ini sanggup menyatakan apa sahaja alasan untuk menagih simpati termasuklah kenyataannya yang mengatakan beliau bukan pengintip PKR. Perilaku budak ini tidak ubah seperti Anwar bekas ketuanya.

Ini jenis manusia yang hanya layak dihukum rejam sampai mati sahaja kerana inilah jenis manusia perosak agama, bangsa dan negara. Semalam kata lain, hari ini cakap lain dan esok sudah tentu terlebih-lebih lainnya. Cukup bahaya dan cukup parasit kepada Umno. Tapi nak kata macam mana, dah Presiden parti sendiri pun 2x5 sikap dolak-daliknya. Abdullah terima bulat-bulat pun atas dasar keserasian "sikap yang sama ngam" dengan beliau.

Ini semua bencana dan malapetaka yang dibawa oleh Abdullah yang disokong Najib ke dalam Umno, BN dan kerajaan. Masalah sedia-ada tidak tahu diselesaikan, nasihat tidak mahu didengar, cerdik tak boleh diikut dan bodoh tak boleh ditegur. Sikap perasan Abdullah dan Najib ini sudah keterlaluan. Amat malang sekali di abad ke-21 ini, menjadi "Hari Ini Dalam Sejarah" negara apabila Malaysia mempunyai dua pemimpin paling bodoh yang melampau-lampau. Inilah yang Tun Dr Mahathir kata "Umno Yang Bukan Lagi Umno". Banyak sebab-sebab sebenarnya.

Jika benar mahu menguji kejujuran dan keikhlasan Ezam dan rakan-rakannya yang baru kembali kepangkuan Umno, kita tengok selama 2 penggal (10 tahun) daripada sekarang, jangan izinkan beliau memegang apa-apa jawatan di dalam Umno dari sekecil-kecil tanggungjawab sehinggalah sebesar-besarnya.

Andaikata mereka ini masih terus setia dan taat barulah kita boleh mempercayai kejujuran yang dinyatakan itu. Kalau benar-benar jujur mahu berjuang memperkukuhkan parti, tidak semestinya memegang apa-apa jawatan. Sebagai ahli biasa pun mereka boleh berjuang dari bawah. Itu semua bukan satu alasan yang harus dibangkitkan.


Pemuda Pelapis
Seluruh rakyat digesa "Say NO To Najib" kerana beliau tiada pendirian dan tiada prinsip perjuangan yang jelas, sebaliknya terus bersekongkol dengan menyokong apa sahaja pembohongan DS Abdullah. Kita tidak mahu "pemimpin-pemimpin munafik" bermaharajalela mewarisi kepimpinan negara.

Isu kemasukan semula Ezam ke dalam Umno semalam yang diterima mudah oleh DS Abdullah terus dipertikaikan pula oleh 2 pemimpin Umno/BN iaitu seorang Ahli MT, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi Ahli Parlimen Kalabakan, Sabah, Dato' Abdul Ghapur Salleh menurut laporan berita Bernama hari ini.

Memetik sebahagian kenyataan Tan Sri Muhyiddin,

Menurutnya MT perlu membuat pertimbangan itu kerana Mohamad Ezam pernah meninggalkan parti dan menyertai pembangkang dan kini memohon menyertai semula Umno.

"MT mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat mengenai tata etika Umno kepada pemimpin Umno Perlis di sini hari ini.

Muhyiddin berkata Mohamad Ezam tidak boleh diterima sebagai anggota parti secara automatik kerana rekod politiknya.

"Kalau tak ada rekod tak apa. Ini (kes yang ada rekod) mesti dibawa ke MT," katanya.

Rujuk berita penuh di sini...

Berpandukan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, kita faham bahawa DS Abdullah tidak pernah berbincang soal kemasukan semula Ezam (bekas Ketua Pemuda PKR) ke dalam Umno dengan ahli-ahli MT, jadi macam mana boleh timbul satu kenyataan daripada mulut sumbing DS Abdullah yang begitu yakin bahawa MT Umno tidak membantah? Hari ini telah ada bantahan kedengaran.

Ini sekaligus membuktikan bahawa ulasan saya sebagai Pemuda Pelapis sama sekali tidak salah. Presiden Umno, DS Abdullah begitu mudah mempercayai kata-kata Ezam serta masih jelas terus berbohong kepada rakyat melalui liputan media semalam apabila menyatakan bahawa,

Petikan sebahagian kenyataan Abdullah,

Semalam, Abdullah yang juga Presiden Umno mengumumkan penerimaan kemasukan semula Mohamad Ezam ke dalam Umno tanpa sebarang syarat setelah tiada bantahan daripada Majlis Tertinggi (MT) dan Pemuda Umno.

Rujuk berita penuh di sini...

Sementara itu memetik kenyataan Dato' Abdul Ghapur Salleh, Ahli Parlimen Kalabakan pula bahawa beliau mahu DS Abdullah bersikap adil kepada semua bekas-bekas ahli parti yang pernah dikenakan tindakan sebelum ini.

Memetik sebahagian kenyataan Dato' Abdul Ghapur Salleh,

Beliau berkata kemasukan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Noor ke dalam Umno seharusnya membuka ruang kepada semua anggota Umno yang pernah dikenakan tindakan disiplin untuk turut kembali menyertainya.

"Kita tidak mahu hanya kerana Ezam yang mahu masuk semula menyertai Umno, kita terima semula. Bagaimana pula dengan ahli-ahli UMNO yang pernah dikenakan tindakan disiplin, adakah Umno juga akan menerima mereka semula?"

Rujuk berita penuh di sini...

Jika merujuk kepada ulasan artikel penulisan saya semalam, saya turut menggesa agar DS Abdullah berlaku adil kepada semua pihak lain sepertimana saranan Dato' Abdul Ghapur Salleh jika alang-alang tidak mahu memikirkan lagi soal risiko yang bakal ditanggung oleh Umno.

Petikan artikel Pemuda Pelapis semalam yang bertajuk "Abdullah dan Najib Pendek Akal",

Jika begitu ceritanya, terima sajalah Anwar Ibrahim semula atau sesiapa sahaja musuh-musuh parti supaya Umno lebih cepat hancur dan jahanam. Benarlah kata-kata Tun Dr Mahathir bahawa Umno yang dipimpin oleh DS Abdullah bukan lagi "Parti Umno Sebenar" tetapi sudah menjadi "Parti Dolah Badawi" kerana dia melakukan apa sahaja mengikut kehendak "akal pendek" beliau dan adakalanya berpandukan "akal putarbelit" beliau bagi agenda-agenda tertentu demi kepentingan peribadi beliau serta keluarga beliau.

Rujuk artikel penuh di sini...

Hari ini jelaslah kenyataan DS Abdullah sebagai Presiden parti itu amat bercanggah sekali dengan pendirian lain-lain pemimpin parti dan Ahli MT, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan sebab itulah artikel sebelumnya saya ada mengatakan bahawa DS Abdullah pandai-pandai membuat keputusan sendiri tanpa merujuk pandangan ahli-ahli lain seolah-olah Umno menjadi hakmilik mutlak beliau dan keluarga beliau. Bila masa beliau berbincang dengan Majlis Tertinggi Umno dan yakin mengatakan tiada apa-apa bantahan daripada MT?

Bukankah ini jelas dan nyata DS Abdullah terus bersikap pembohong? Al-Quran dan Hadis telah menggariskan bahawa manusia yang suka berbohong adalah "kaum munafik" yang dimurkai Allah swt dan dibenci oleh Rasulullah saw. Oleh yang demikian, untuk apa lagi semua orang perlu menyokong DS Abdullah sebagai Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi BN? Apakah semua orang yang menyokong tidak takut dengan dosa-dosa bersubahat? Apakah hanya mengejar duniawi semata-mata sedangkan akhirat terus dilupakan? Apakah anda semua hidup menongkat langit dan tidak akan mati?

Lanjutan daripada kemasukan Ezam semalam, hari ini Utusan Malaysia Online pula melaporkan ada lagi "2 hantu raya" lain PKR menyertai Umno menjejaki langkah yang sama seperti Ezam. Mereka ialah bekas Setiausaha Sulit DS Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Kewangan, Anuar Shaari dan bekas Ketua Angkatan Muda PKR Kedah, Khairul Anuar Ramli. Kita amat khuatir mereka-mereka ini bakal menjadi "parasit-parasit dan pelesit-pelesit" di dalam Umno yang akan menghancurkan lagi perjuangan parti.

Dipercayai lama-kelamaan Umno akan dipenuhi dengan anasir-anasir "duri dalam daging, musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan talam dua muka" sedangkan tanpa mereka-mereka ini semua pun Umno telah sedia dianggotai oleh pemimpin-pemimpin yang bersikap sedemikian. Ini pasti akan menjahanamkan lagi Umno dan sekaligus memusnahkan BN.

Wahai bangsaku! Pemuda Pelapis mengajak anda sekalian berfikirlah secara waras di tahap kualiti "Gred A", apa akan jadi dan apa akan menimpa nasib parti Umno yang telah menjadi satu-satunya wadah perjuangan bangsa Melayu selama 62 tahun? Apakah wajar kita membiarkan sahaja Presiden dan Timbalan Presiden Umno sekarang sesuka hati memperlakukan apa sahaja mengikut "akal pendek" mereka berdua?

Jika anda semua benar-benar jujur dan ikhlas masih sayangkan parti Umno, sama-samalah bertindak menyingkirkan kedua-dua "pengkhianat parti" ini tanpa kompromi. Korbankan 2 orang untuk menyelamatkan semua orang. Melayu tidak akan mundur tanpa Abdullah dan tanpa Najib. Say "No To Najib" sebagai pengganti Abdullah. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Percayalah! Bunga-bunga tidak baik sudah mula kelihatan semakin jelas.

Pemuda Pelapis
Kemasukan semula saudara Mohamad Ezam, bekas Ketua Angkatan Muda PKR ke dalam Umno sebagai ahli seumur hidup sebenarnya satu persoalan yang diragui di peringkat akar umbi dan juga kepada seluruh rakyat yang menyokong perjuangan Umno.

Presiden Umno melalui kenyataannya kelihatan begitu mudah mempercayai bekas musuh parti. Sementara Timbalan Presiden melalui kenyataannya pula yang dilihat suka "mengiyakan" apa sahaja keputusan Presiden tanpa mahu mengkaji dan menyelidiki dengan lebih mendalam kenapa bekas orang kanan PKR itu sanggup kembali semula kepangkuan Umno.

Inilah kata pepatah, "kera di hutan disusukan tapi anak sendiri dipinggirkan". Maksudnya di dalam situasi politik semasa ini ialah ketua parti sanggup menerima bekas musuh semudah itu dan dalam masa yang sama tidak mahu ambil-pakai saranan bermanfaat yang disuarakan oleh "bekas ahli seumur hidup No.1" Umno (baru) yang juga bekas Perdana Menteri yang ternyata jauh lebih pintar dan telah banyak berjasa kepada negara. Malahan turut dimusuhi tanpa berfikir panjang.

Pada pandangan saya, banyak sebab yang boleh meragui kemasukan semula Ezam ke dalam Umno. Pertamanya, beliau (Ezam) terpaksa masuk sebagai ahli seumur hidup RM100 bagi meyakinkan kepimpinan Umno. Jika hanya masuk sebagai ahli biasa RM2 mungkin tak nampak satu kesungguhan, di mana bila-bila masa akan dianggap boleh keluar semula untuk belot kepada perjuangan. Walaupun kedua-dua jenis keahlian itu boleh belot tetapi beliau cuba menunjukkan komitmen setelah sekian lama menjadi penderhaka kepada Umno.

Kedua, apabila beliau kembali kepangkuan Umno sudah tentulah beliau mengharapkan sesuatu jawatan atau peranan penting setelah tidak diberikan perhatian yang wajar oleh kepimpinan PKR terhadap perjuangan beliau selama 10 tahun dengan parti keluarga rakus itu (PKR). Pada PRU12 lalu beliau tidak dicalonkan bertanding di mana-mana kerusi DUN atau Parlimen kerana dikatakan telah menyendiri selama 2 tahun, maka ini sudah tentu dilihat sebagai salah satu sebab kekecewaan beliau.

Walaupun Pak Lah kata Ezam tidak meminta apa-apa jawatan tetapi saya amat tidak percaya dengan semua itu kerana Pak Lah telah terbukti sebagai pemimpin yang terkenal dengan "dolak-dalik" selama ini. Kalau tidak, mana mungkin Pak Lah boleh sambung kenyataan mengatakan jika Ezam berhasrat mahu bertanding mana-mana jawatan dalam pemilihan Umno Disember ini akan terlebih dahulu dikaji oleh pengurusan parti.

Ketiga, seseorang musuh yang pernah terlalu lantang memburuk-burukkan parti Umno dan BN setelah keluar mengikuti ketuanya DS Anwar Ibrahim, bilamana begitu terbuka dan mudah untuk kembali semula ke dalam Umno bermakna pasti mungkin ada agenda-agenda tersembunyi yang telah dirancang dengan teliti. Jika ada pemimpin Umno begitu sumbang bersuara tentang "duri dalam daging" sebelum ini menuduh Tun Dr Mahathir, kenapa tidak mahu melihat penyertaan semula Ezam ini sebagai usaha-usaha parti lawan yang mungkin ada konspirasi meletakkan Ezam juga untuk bertindak sebagai "duri dalam daging" di dalam Umno?

Keempat, secara sedar atau pun tidak sedar kemasukan semula Ezam ke dalam Umno yang diberikan liputan media semasa penyerahan borang dan temubual di studio itu untuk tujuan apa sebenarnya, jika tiada apa-apa matlamat dan motif di pihak Umno pimpinan Pak Lah sendiri? Apa yang istimewa sangat saudara Ezam ini kepada Umno? Apakah jasa-jasa beliau yang boleh Umno kira selama ini? BN berlogokan "sebuah dacing" jika diimbang dan dihalusi pengkhianatan Ezam terhadap Umno dan BN amatlah banyak sekali sehingga dacing BN itu mampu dilihat "rebeh ke kiri (berat sebelah kiri)" lebih kepada dosa-dosanya mengkhianati agama, bangsa dan negara.

Kelima, Pak Lah dan Najib begitu mudah mempercayai alasan-alasan Ezam kenapa beliau mahu menyertai semula Umno sebagai ahli seumur hidup dengan kenyataan yang kononnya beliau begitu teruja apabila melihat satu pembaharuan yang dibawakan oleh pucuk kepimpinan negara pada hari ini seperti penubuhan suruhanjaya kehakiman dan pencegahan rasuah. Adakah ini satu alasan kuat untuk pengurusan Umno menerima "bekas pengkhianat" dengan begitu mudah sekali? Apakah Ezam ini jujur dengan kenyataannya dan juga segala alasan-alasan lain beliau?

Keenam, sedikit menarik kepada saya di mana sebelumnya Hishammuddin, Ketua Pergerakan Pemuda Umno begitu bersungguh-sungguh mahu mengajukan "3 soalan bodoh" kepada Ezam bagi mempersoalkan kenapa Ezam berminat mahu kembali kepada Umno tetapi tidak kesampaian apabila Presiden dan Timbalan Presiden parti telah mengenepikan Hishammuddin untuk tidak berbincang dengan beliau tetapi di sebaliknya Pak Lah terus disokong Najib untuk menerima kemasukan Ezam begitu sahaja.

Memetik kata-kata Hishammuddin,

Dalam hal ini, sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, saya pasti akan terbabit dalam perbincangan mengenai kemasukan Ezam dan saya bersedia untuk mengemukakan tiga perkara penting mengenai beliau.

Hishammuddin seharusnya menanggung malu apabila Pak Lah dan Najib meminggirkan beliau dalam soal ini. Baca cerita penuh di sini...

Maka saya melihat ini sebagai satu prosedur yang tidak menepati kehendak parti apabila Presiden membuat keputusan dengan membelakangkan Pemuda, Putera, Puteri dan Wanita Umno. Sekurang-kurangnya sedikit pandangan pelbagai pihak haruslah diambilkira demi menjaga kepentingan parti dan keharmonian semua pihak. Barulah seorang Presiden itu nampak adil dan berwibawa serta benar-benar bertanggungjawab terhadap parti.

Jika begitu ceritanya, terima sajalah Anwar Ibrahim semula atau sesiapa sahaja musuh-musuh parti supaya Umno lebih cepat hancur dan jahanam. Benarlah kata-kata Tun Dr Mahathir bahawa Umno yang dipimpin oleh DS Abdullah bukan lagi "Parti Umno Sebenar" tetapi sudah menjadi "Parti Dolah Badawi" kerana dia melakukan apa sahaja mengikut kehendak "akal pendek" beliau dan adakalanya berpandukan "akal putarbelit" beliau bagi agenda-agenda tertentu demi kepentingan peribadi beliau serta keluarga beliau.

Di sini juga saya melihat DS Najib masih lagi bersikap sebagai "Yes Boss" kepada Pak Lah dan berterusan tidak berpendirian sendiri serta tidak berani menasihati DS Abdullah supaya memikirkan dahulu risiko dengan lebih teliti sebelum terus membuat keputusan menerima.

Jika Ezam nak hantar borang, terima sajalah borang permohonan itu tetapi tidak semestinya terus meluluskan semudah itu. Betul-betul 2 pemimpin tertinggi ini memang "pendek akal" dan tidak nampak layak memimpin negara.

Saya sarankan kedua-duanya wajib letak jawatan segera jika mahu melihat perjuangan Umno dan BN masih terus relevan. Tidak mustahil jika inilah perilaku Najib, maka beliau akan mewarisi kepimpinan Abdullah Badawi untuk menjadikan pula Umno sebagai "Parti 2 Bersaudara (Najib-Hishammuddin)" setelah peralihan kuasa nanti. Amat mengecewakan.


Pemuda Pelapis
Selamat pulang ke tanahair dengan selamat!

Pemuda Pelapis menyambut baik kepulangan Tun Dr Mahathir dari Tokyo selepas menghadiri persidangan ekonomi Nikkei. Diiringi doa yang tulus suci semoga Tun sihat walafiat sepanjang masa, dipanjangkan usia dan dirahmati Allah swt. Perjuangan Tun masih diperlukan untuk mengembalikan kedaulatan agama, bangsa dan negara tercinta daripada belenggu penjajahan "pengkhianat 3 beranak" dan kroni-kroninya.

Malaysia dijadikan "Kerajaan 3 Beranak"

Tun melahirkan kekecewaan beliau dengan petikan daripada pepatah pantun Melayu bahawa diri beliau "belum mati, sudah tidak dikenang". Kenyataannya itu sayu didengar. Saya amat memahami perasaan Tun ketika ini apabila segala jasa dan budi beliau selama ini langsung tidak dihargai oleh para pemimpin negara yang ada.

Pisang emas dibawa belayar,
Tinggal sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Inilah gambaran dan keluhan Tun Dr Mahathir terhadap pemimpin-pemimpin hari ini yang telah lupa daratan. Saya menganggap mereka bagaikan "kacang lupakan kulit" atau lebih tepat lagi ibarat "melepaskan anjing-anjing tersepit".

Pucuk pimpinan hari ini juga tidak ubah seperti "ketam mengajar anaknya berjalan betul" sedangkan pada masa yang sama ketuanya sendiri ternyata tidak betul dan mengkhianati agama, bangsa dan negara dengan berselindung di sebalik agenda memerangi rasuah dan sebagainya untuk mengaburi mata rakyat seluruhnya. Ayuh! Bersama-samalah kita bersatu untuk berjuang menyingkirkan Abdullah sekeluarga yang "gila kuasa dan tamak haloba".

Pemuda Pelapis

Sambil ronda-ronda tengok kawasan bloggers, terbaca satu berita menarik di blog Kuda Kepang oleh Datuk Ruhanie Ahmad, bekas wakil rakyat dan juga orang kuat politik Johor. Berita ini datangnya daripada laporan "mStar Online (The Star)" mengikut kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid.

Ini berita baik, rungut Pemuda Pelapis dalam hati dan kemudiannya berbincang dengan ahli keluarga. Kenapa agaknya Pemuda Pelapis kata ini satu berita baik? Jawapannya, baguslah kalau benar-benar menjadi kenyataan sebab barulah kali ini kita betul-betul dapat menguji kekuatan sebenar kata-kata Dato' Seri Anwar Ibrahim dan juga kata-kata Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bukan ke... masing-masing duduk kata mereka terus disokong? Si Dolah begitu ego mengatakan akar umbi masih menyokong beliau manakala Si Anwar Jenin pulak duduk kata akan ada ahli-ahli parlimen BN lompat parti kepada gagasan PR sebab Anwar bercita-cita tinggi mahu menjadi PM. Jadi kita tengok sajalah parti mana sebenarnya yang "confirm" tergolek kali ini. Nasiblah... Dato' Seri Najib, kalau BN menang dapatlah duduk takhta PM ganti Pak Lah tapi kalau PR yang menang, melopong sajalah sambil diejek Anwar.

Mengikut penilaian Pemuda Pelapis, situasi sekarang berada pada kedudukan 50:50 jika benar-benar berlaku "PRU Mengejut" kalau berdasarkan apa yang bergolak di dalam Umno dan BN sekarang ini, sementelah pula Tun Dr Mahathir telah keluar daripada Umno. Sementara gagasan PR pula dilihat telah jelas membohongi rakyat setelah tidak mampu untuk menunaikan segala janji-janji manifesto mereka. Maka itu, kedua-dua pihak ini ada peluang yang samarata. Pak Lah dah berbohong kepada rakyat dan Anwar juga turut berbohong kepada rakyat. Kiranya samarata-lah tu.

Ada orang kata BN akan dapat balik majoriti 2/3 tetapi Pemuda Pelapis lebih percaya ramalan Tun Dr Mahathir berdasarkan cerita sebelumnya. Tun amat jarang melakukan kesilapan di dalam ramalan tentang politik. Itu adalah satu anugerah Tuhan kepada beliau (gifted) yang tidak boleh kita nafikan. Perpecahan pengikut di dalam Umno pada situasi semasa ini perlu juga kita ambilkira. Jangan buat-buat tidak tahu. Ramai yang sudah keluar mengikut jejak Tun cuma media sahaja yang tidak mendedahkannya demi kepentingan politik keluarga dan kroni "Parti Dolah Badawi".


Apa pun keadaannya, Pemuda Pelapis tetap berpendirian teguh bersama perjuangan Tun Dr Mahathir. Jika kata Tun tubuhkan parti baru, pastinya Pemuda Pelapis akan menyahut cabaran itu untuk menyertainya. Tapi jikalau Pak Lah turun takhta sebelum "PRU Mengejut" ini dan Tun kembali semula masuk Umno, pun Pemuda Pelapis akan ikut serta. Daripada ikut bontot Pak Lah, jauh lebih baik ikut bontot Tun Dr Mahathir.

Kata orang tua-tualah, jika kita berkawan atau bergaul dengan orang yang cerdik pandai (pintar) maka kita juga pasti akan menjadi pintar sepertinya. Tapi kalau kita berkawan dengan orang bodoh dan lembap otak, kita pun akan turut jadi bodoh dan lembap jugaklah. Begitu jugalah sekiranya kita bersahabat dengan perompak atau lanun, maka kita akan sama ikut jadi perompak atau lanun jugalah (rompak duit rakyat dan duit negara).

Itu sebablah gamaknya pemimpin-pemimpin kerajaan sekarang majoritinya tidak berpemikiran pada tahap kualiti "Gred A" sebab sudah dekat 5 tahun bernaung di bawah Pak Lah. Sedikit sebanyak kelembapan otak ketua telah diserapkan oleh Pak Lah kepada mereka semua. Jadi kenalah cepat-cepat kita balik ke pangkal jalan sebelum Malaysia turut hancur atau tergadai macam Pulau Batu Putih jugak.

Akhbar baru City Examiner melaporkan muka baru "Pemuda Pelapis" sedia menyahut cabaran untuk bertanding 3 penjuru di Parlimen Ampang (P99) dalam "Pilihanraya Umum Mengejut" yang akan diumumkan SPR nanti sekiranya terpilih untuk dicalonkan atas tiket "Parti Komuniti Dr Mahathir".

Pemuda Pelapis: Jika benar Tun Dr Mahathir tubuhkan parti baru serpihan Umno untuk menyahut cabaran "PRU Mengejut" ini, agak-agak logo apa ka nama... yang Tun nak gunapakai? Tapi jangan lupa Tun, "reserve" kan P99-Ampang untuk Pemuda Pelapis menyahut cabaran mengejut ini untuk bertanding 3 penjurulah nampaknya. Soal menang kalah belakang cerita tapi lawan tetap lawan dulu. Biar putih tulang, jangan putih mata.

Pemuda Pelapis
Terbaru pada 24 Mei 2008, Dato' Seri Hishammuddin mula menzahirkan sikap bodoh beliau yang melampau apabila mempertikaikan 3 soalan bodoh untuk diajukan kepada Mohamad Ezam Mohd Noor, bekas Ketua Pemuda PKR yang dikatakan berura-ura mahu kembali kepangkuan Umno.

Mohon seluruh pengunjung blog Pemuda Pelapis membaca laporan Utusan Online itu dengan penuh pengamatan dan fikirkan kemunasabahannya. Tidakkah persoalan yang mahu ditanya beliau itu kepada Mohamad Ezam sebagai pertanyaan budak-budak? Inikah nilai kualiti seorang Ketua Pergerakan Pemuda Umno dan juga ketokohan seorang Menteri Pelajaran Malaysia? Sungguh memalukan...

Jika Pemuda Pelapis lah berada di tempat beliau, pastinya soalan "Gred A+" yang akan diajukan. Tidak perlu sampai 3 soalan. Dahlah 3 soalan, dah tu semuanya soalan "low class" pulak tu. Apa ni? Macam ni sajakah akal Menteri Pelajaran Malaysia?

Mungkin Pemuda Pelapis hanya bertanya 1 atau 2 soalan sahaja tetapi padat dan padu. Jika Hishammuddin mahu tahu apakah soalannya, janganlah "malu-malu kucing" untuk bertanya melalui e-mel Pemuda Pelapis. Tetapi sebelum diberitahu, kena tadahlah telinga dulu sebab Pemuda Pelapis akan berkhutbah panjang kepada Hishammuddin. Setakat hantar wakil untuk bertanya, Pemuda Pelapis langsung tak akan layan.

Ini pula ada berita sensasi disebalik tabir setelah sekian lama sanjungan diberikan oleh barisan pemuda Umno selama ini terhadap Hishammuddin. Beliau juga begitu megah mengatakan bahawa beliau yang berjaya membawa Pergerakan Pemuda Umno lebih stabil jika dibandingkan ketika mula-mula beliau mengambil-alih jawatan tersebut 10 tahun yang lalu ketika Umno sedang bergolak. Tepatlah tu... diambil ketika bergolak dan nak dilepaskan pun di waktu sedang bergolak. Genaplah satu pusingan yang akhirnya kembali bercantum kepada bergolak juga.

Apa pun cerita ini hasil penulisan rakan blogger yang lebih tahu sejarah dan latarbelakang Hishammuddin. Kata beliau, jangan membaca untuk menafikan dan tidak pula untuk dipercayai bulat-bulat tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai sejauh mana kebenarannya.

Selepas selesai mentelaah tulisan tersebut, saya mengajak anda semua berfikir. Tanya beberapa soalan ini dan cari jawapannya. Hebat sangatkah Hishammuddin yang sebenarnya? Karier politik beliau bertapak dari mana dan sejak bila? Apakah kerana memang ada ketokohan atau takdir yang menyebelahi beliau daripada warisan dan keturunan? Adakah disebabkan pengaruh datuk dan bapanya? Bagaimana jikalau beliau hanya orang biasa seperti kita? Rasa-rasanya sampaikah beliau ke tahap sekarang ini? Pengaruh siapakah pula yang beliau cuba berpaut sekarang ini? Apakah hubungan Najib dengan beliau?

Yang terakhir adalah soalan-soalan "cepu emas" yang sungguh menarik untuk kita semua sama-sama menilai Hishammuddin. Siapakah insan istimewa yang pernah mengangkat Hishammuddin di dalam "piring emas" untuk dimartabatkan sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Ledang dan menaikkan beliau di dalam politik sejak dulu hingga ke tahap kini kalau bukan Tun Dr Mahathir Mohamad?

Kenapa jasa insan tersebut kini tidak dikenang, malahan dicemuh dan dicaci pula akibat bercanggah sedikit pendapat akhir-akhir ini? Tidak puas membelasah Tun dengan kenyataan beliau yang lebih berbau hasutan, anak Tun, Datuk Mukhriz pula turut menjadi mangsa untuk dibelasahnya sekali. Apakah tujuan sebenar Hishammuddin? Adakah dia mahu naik dengan jalan pintas dan sanggup mencantas orang lain? Inikah sikap manusia yang patut diangkat sebagai pemimpin?

Soalan "bonus cepu emas" pula, benarkah Hishammuddin "kaki botol" dan "kaki perempuan" sejak dulu hingga kini? Dikhabarkan kononnya beliau suka kepada wanita-wanita separuh umur yang berpengalaman. Sejauh mana kebenarannya, wallahu'alam, saya tidak pasti tetapi saya akan cuba menyelidik dahulu sebelum mengesahkannya.

Saranan sahabat blogger itu, katanya:

Hishamuddin Hussein lebih baik berhenti sahaja jadi ahli UMNO dan bertugas sepenuh masa untuk menjaga kepentingan orang Melayu dalam projek Danga Bay di Johor Bharu, yang semua orang tahu dia ada kepentingan dan tunjukkan orang China sebagai proksi orang yang berkuasa di situ. Apa Melayu dapat dalam projek yang berbilion itu. Jawab dahulu kemudian baru jadi Naib Presiden UMNO atau hendak berpatah balik jadi Ketua Pemuda.

Pendekata, Hishammuddin kini diekori ramai kerana kelantangan bodoh beliau bersuara sumbang kebelakangan ini yang telah dihidu hanya untuk kepentingan peribadi beliau. Tindakan beliau sudah mirip kelakuan Anwar Ibrahim yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai apa yang dicita-citanya. Tetapi janganlah pula melenting apabila rakyat turut membongkarkan apa sahaja keburukan beliau.


Pemuda Pelapis

Pemandangan Pulau Pisang dari udara, terletak di perairan Johor, kira-kira 15 kilometer dari Pontian Kecil. Bulatan menunjukkan rumah api yang diurus oleh Singapura sebagaimana di Pulau Batu Putih.


Inilah rumah api yang dibina oleh Singapura di Pulau Pisang pada tahun 1914 melalui satu perjanjian dengan Kesultanan Johor yang telah dipersetujui dan ditandatangani bersama pada tahun 1900.

Menyusul isu Pulau Batu Putih yang telah diberikan pemilikannya kepada Singapura, barulah ada pemimpin Johor mula mahu buka mata luas-luas. Sebelumnya di mana semua para pemimpin berkaliber negeri Johor? Adakah disebabkan "sudah terhantuk baru terngadah" setelah dikejutkan oleh keputusan ICJ tempohari ke atas Pulau Batu Putih?

Sekarang ini baru timbul pula keinsafan mahu menjaga kedaulatan Pulau Pisang di Pontian Kecil, perairan negeri Johor. Persoalannya semenjak silam lagi kita telah membiarkan penguasa Singapura membina rumah api di situ.

Memanglah bagus jika semuanya sudah mula timbul kesedaran tetapi masalahnya rumah api yang dibina oleh Maritim Singapura itu telah ada satu perjanjian kekal selama-lamanya di antara kerajaan British Singapura dengan Sultan Johor (Sultan Ibrahim) yang ditandatangani pada tahun 1900 dulu. Apakah kita pasti ia menjadi milik mutlak kita atau akan turut melalui proses perbicaraan yang sama juga sepertimana Pulau Batu Putih?

Semua pemimpin dah mula celik mata setelah sekian lama tahi mata berselepat tidak bercuci. Barulah sekarang ini mahu kembali menggilap otak (polish) yang dah lama berkarat. Lemah! Lemah! Memang lemah sungguh kepimpinan yang ada pada hari ini, tidak kira di mana negeri pun. Inilah akibat daripada tidak ambil peka fakta sejarah, yang akhirnya menjurus kerugian kepada generasi hari ini.


Kewujudan pulau-pulau di perairan Semenanjung, Sabah dan Sarawak bukan baru semalam timbul dari laut tetapi telah semulajadi wujud sejak zaman-berzaman lamanya. Kenapa baru sekarang semua pemimpin baru mahu menitikberatkannya? Selama ini masing-masing duduk buat apa?

Kenapa agaknya semua pemimpin yang ada tidak peka selama ini? Adakah semuanya turut hanyut dibuai mimpi-mimpi indah? Mungkinkah sudah terlalu selesa kerana negara kita sudah setengah abad merdeka? Tidak pernahkah semua terfikir bentuk penjajahan baru? Atau apakah telah dijangkiti sindrom kelembapan ketua? Mengapa perlu ikut seikut-ikutnya tanpa mahu berfikiran sendiri? Ikut sajalah apa yang baik dan tidak semestinya perlu ikut segala-galanya.

Mungkin akan ada kedengaran mana-mana pemimpin Johor yang marah dengan tulisan saya ini namun saya tidak bermaksud mahu menyalahkan keseluruhan mereka. Cuma siapa yang makan cili-lah yang pasti terasa pedasnya. Yang mana makan buah ceri tentulah merasa kemanisan buah ceri.

Nawaitu saya hanyalah untuk menyuntik sedikit kesedaran minda di kalangan pemimpin supaya lebih aktif dan peka, di samping berpemikiran yang melangkaui jangkaan masa depan. Itulah sebaik-baiknya yang harus digarabkan kepada semua pemimpin, samada wakil rakyat parlimen mahu pun wakil rakyat negeri masing-masing. Saling bantu-membantulah antara satu sama lain di dalam menyalurkan maklumat untuk diambil tindakan cepat.

Jika terus leka dan tiada sebarang tindakan segera, dikhuatiri akan banyak lagi pulau-pulau kecil di perairan Malaysia akan ditawan negara-negara jiran. Jangan hanya menumpukan di perairan Johor sahaja, jenguk-jenguklah juga perairan di sebelah utara, barat dan timur.

Jangan pula menjadi seperti "semut dan gula". Apabila ada satu-satu isu dibangkitkan maka barulah semua orang tertumpu kepada isu yang satu itu. Bijak-bijaklah bertanggungjawab di kawasan masing-masing. Apa guna menjadi wakil rakyat yang dipilih untuk mewakili kawasan masing-masing?

Dan janganlah juga bekerja mengikut rasmi "tukul dan pahat" yang hanya bertindakbalas setelah diketuk. Sendiri-sendiri mahu ingatlah!

Pemuda Pelapis
Susulan beberapa kenyataan dan ulasan sumbang beberapa pemimpin Umno sebelumnya terhadap Datuk Mukhriz, hari ini Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz yang juga Menteri di JPM telah mula sedar bahawa perlembagaan parti tiada halangan serta tidak bercanggah untuk mana-mana ahli parti mahu menegur atau membuat apa-apa saranan terhadap pucuk pimpinan parti. Sebab itulah saya katakan, atas alasan apa Exco Pergerakan Pemuda Umno itu perlu diambil tindakan? Maka hari ini kenyataan balas ini sudah berjawab dengan jelas.

Memetik kenyataan Dato' Seri Nazri Aziz,


Menurut beliau, walaupun Ahli Parlimen Jerlun itu mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletak jawatan, semua pihak tidak boleh mengambil jalan mudah dengan menghukum atau memecat Mukhriz.


Beliau berkata, ini kerana UMNO mempunyai saluran Perlembagaan yang membolehkan setiap ahlinya memberikan pandangan terhadap pemimpinnya.

Alhamdulillah jika sekiranya lebih ramai lagi para pemimpin kerajaan (khususnya Umno) dapat mencontohi sikap terbuka seperti Dato' Seri Nazri itu. Sebelum ini, beliau juga turut ada bercanggah pendapat dengan beberapa kenyataan pemimpin lain tetapi beliau cepat mengambil langkah pembetulan untuk bermuhasabah diri.

Inilah yang saya maksudkan pemikiran di tahap kualiti "Gred A". Diharapkan Dato' Seri Nazri akan terus mengekalkan sikap beliau ini dan janganlah lagi ada pasang surutnya. Semoga sikap konsisten ini perlu dikekalkan oleh beliau dan saya turut menggesa lebih ramai lagi pemimpin yang sebelum ini mengecam Datuk Mukhriz agar kembali ke pangkal jalan untuk turut akur kepada perlembagaan parti.


Sudah jelaslah sekarang bahawa segala kenyataan-kenyataan berbau hasutan sebelumnya oleh Hishammuddin, Zaid Ibrahim, bahagian-bahagian Pemuda Umno negeri Perak dan Negeri Sembilan serta lain-lainnya yang sewaktu itu sebagai "menangguk di air keruh" untuk mencari peluang mengkhianati Datuk Mukhriz dengan cuba menggagalkannya atau mencantas beliau daripada bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan Disember akan datang.


Mulai saat ini, Mukhriz haruslah lebih berhati-hati terhadap mereka-mereka ini semua. Kenalilah kawan dan lawan. Bukan musuh luar yang perlu dibimbangi tetapi musuh politik Mukhriz berada di dalam parti sendiri.

Pemuda Pelapis
Saya dengan penuh keikhlasan hati dan jujur menyarankan kepada semua pemimpin-pemimpin negara khususnya pentadbir-pentadbir negara yang berada di dalam Kabinet supaya berfikirlah secara lebih dewasa, lebih matang dan lebih waras tanpa terpengaruh dengan emosi terhadap kemelut yang melanda negara hari ini. Hapuskan sikap mementingkan diri sendiri. Kebanyakan orang menyebut kikis atau hakis sebenarnya tidak tepat kerana ia masih meninggalkan kesan. Sebaliknya hapuskan terus sikap buruk itu.

Apa pun yang sedang dihadapi pada situasi semasa haruslah ditangani dengan bijaksana berakalkan pemikiran pada tahap kualiti "Gred A" dan bukan meletakkannya sama taraf sepertimana anak-anak kecil di bangku tadika atau sekolah rendah. Apa yang dilihat pada keadaan semasa, rata-rata pemimpin yang ada begitu mudah melatah bagi melempiaskan rasa kurang senang terhadap sesuatu usul atau saranan yang dibuat oleh mana-mana pihak yang bertentangan pendapat.

Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana hanya mencerminkan kerendahan kredibiliti serta moral pemimpin itu sendiri. Secara tidak langsung ia juga membuka peluang kepada parti lawan untuk menyahut kesempatan yang mana kita mungkin tidak nampak jelas. Apa yang diperhatikan, saya nampak ramai pemimpin hanya lebih pandai bercakap dan berhujah tetapi sayangnya apabila tiba kepada pelaksanaan sebenar, ianya tidak ada sebarang tindakan.

Namun bilamana ada pihak-pihak yang mula berani bersuara lantang, kita amat cepat bingkas bangun dari lamunan untuk melahirkan perasaan tidak senang dan terus menghukum tanpa mahu meneliti maksud sebenar dengan lebih mendalam. Alangkah bagusnya jikalau tindakan yang sama itu dapat dilakukan dengan kata sepakat bagi memujuk Dato' Seri Abdullah supaya berundur dengan baik sebagai menyahut kehendak majoriti rakyat di dalam memulihkan situasi institusi kerajaan yang kian meruncing.

Malangnya tiada sesiapa pun yang berani mahu bersuara lantang seperti Datuk Mukhriz selain hanya terus berperanan "membodek pucuk pimpinan" demi kepentingan peribadi masing-masing. Bisikan halus juga tidak kedengaran sebab takut kehilangan pengaruh dan jawatan. Apa akan jadi dengan Umno dan BN jika semua yang berada di atas masih terus bersikap menafikan?

Tolonglah ambilkira tsunami awal yang telah berlaku pada PRU12 yang lalu sebagai amaran daripada rakyat. Janganlah dibiarkan PRU13 akan datang Umno dan BN terus dilenyapkan gara-gara mahu menyokong dan membela hanya seorang individu bernama Dato' Seri Abdullah. Kita perlu lebih waras memikirkan kepentingan yang lebih ramai iaitu rakyat dan negara, barulah jelas bahawa kita menyokong parti untuk memperjuangkan rakyat dan negara.

Banyak kedengaran majoriti pemimpin atas bangga mengatakan mereka menyokong parti tetapi di dalam masa yang sama mereka juga masih membela hanya seorang individu sahaja. Cukup-cukuplah bersandiwara mengelirukan rakyat. Jangan mengundang rakyat bangkit memberontak dengan lebih ganas lagi. Elakkanlah sebarang demonstrasi jalanan sebelum ianya berlaku.

Jika kata terus juga bersikap "endah tidak endah" dengan kehendak suara majoriti rakyat dan ahli-ahli di akar umbi maka dipercayai perkara lebih buruk akan terjadi dan ingatlah juga bahawa "si pembodek-si pembodek" seperti anda semua akan turut kehilangan kuasa apabila kerajaan bertukar tangan kepada gagasan parti lawan. Maka apa salahnya kita korbankan seorang daripada semua sekali terkorban?

Perjuangan itu sendiri sudah jelas membawa maksud satu pengorbanan. Tidak hanya dengan mengekalkan kuasa sahaja dianggap sebagai satu perjuangan sebaliknya tuntutan berkorban supaya berundur juga adalah satu perjuangan. Inilah yang sepatutnya perlu dilihat Dato' Seri Abdullah dan semua pemimpin jika jujur dan ikhlas sayangkan perjuangan parti. Renung-renungkanlah dengan penuh kematangan. Berfikirlah pada tahap kualiti "Gred A" jika mahu terus dihormati serta diyakini oleh rakyat dan barulah layak bergelar pemimpin yang berwibawa.

Ulasan-ulasan balas oleh beberapa pemimpin seperti Datuk Zaid Ibrahim melalui kenyataannya semalam (24 Mei 2008) terhadap desakan yang dibuat oleh Datuk Mukhriz agar PM berundur berdasarkan "kata dua" itu sebenarnya tidak perlu diulas. Cara ulasan Datuk Zaid itu hanya layak dinilai pada tahap "Low Grade" sahaja iaitu pada pemikiran golongan bawahan yang tidak matang. Orang yang bijaksana dan faham undang-undang tidak sepatutnya menilai orang lain sebegitu dan cara olahan kenyataan beliau itu mencerminkan pemikiran yang cuma menyebelahi satu pihak sahaja dan ini sangat tidak adil.

Begitu juga dengan kenyataan Dato' Seri Hishammuddin yang sebelumnya membidas desakan Datuk Mukhriz itu. Ternyata Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu telah berpaling tadah untuk bersikap "talam dua muka" dan ianya bercanggah dengan pendirian awal beliau pada kenyataan 14 Mac 2008 yang lalu supaya reformasi besar-besaran perlu dilakukan di dalam parti. Terbaru Hishammuddin terus lantang bersuara sumbang yang hanya akan membuatkan barisan pelapis di akar umbi semakin meragui kredibiliti beliau sebagai pemimpin muda.

Maka demikian, saya menyeru semua pengunjung blog Pemuda Pelapis supaya sama-samalah kita berfikir ke arah kebaikan demi memihak kepada hak dan kebenaran. Apa yang baik kita ikut dan apa yang menjahanamkan kita, wajib kita hindari tanpa perlu menyokong membuta-tuli. Sebaik-baiknya kita perlu bermuafakat menentang dengan lebih lantang dan berani jika mahukan Umno dan BN terus relevan (Pulang paku buah keras terhadap kenyataan awal Hishammuddin - cakap tidak serupa bikin).

Pemuda Pelapis
Pulau Batu Putih (Pedra Branca)

Menyentuh sedikit isu keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih (Pedra Branca) yang disiarkan secara langsung oleh RTM1 pada jam 4.00PM semalam (23 Mei 2008) dan laporan berita Bernama tepat jam 12.09AM masuk awal pagi 24 Mei 2008.

Sekali lagi rakyat telah dikecewakan. Kita akur dengan keputusan tersebut tetapi kekecewaan di sini bukan ke atas keputusan itu tetapi kecewa dengan pemimpin-pemimpin yang terlibat di dalam proses tuntutan tersebut. Mereka gagal menghalusi dan meneliti fakta-fakta secara jelas untuk memikirkan implikasi keputusan. Pemimpin hari ini hanya bijak membazirkan masa rakyat, bijak menghabiskan duit rakyat dan bijak bersandiwara dengan rakyat.

Apa yang saya fahami dan dapati bahawa keputusan penghujahan di pihak Singapura yang membuat tuntutan bersama dengan Malaysia ke atas kedaulatan Pulau Batu Putih (Pedra Branca) itu sudah jelas, nyata dan cukup kuat untuk berpihak kepada mereka dan mereka lebih berhak berdasarkan segala bukti surat yang pernah dikeluarkan oleh kerajaan negeri Johor sejak dahulu lagi yang menyatakan bahawa Johor tidak pernah menuntut hak kedaulatan ke atas pulau itu.

Surat itu sudah boleh dilihat sebagai "satu perakuan" yang pernah dibuat oleh kerajaan Johor. Termasuklah juga fakta-fakta lain yang dihujahkan Singapura yang tidak perlu diulangbicara di sini. Kenapa bijak pandai yang terlibat di dalam isu tuntutan ini masih cuba mahu menjadi "pahlawan bodoh" yang hanya mampu ditertawakan oleh dunia luar? Apakah benar Malaysia mempunyai "hujah-hujah konkrit" sepertimana yang pernah disebutkan sebelum ini atau hanya sengaja digembar-gemburkan sahaja? Jika benar kita ada hujah-hujah yang cukup konkrit itu, kenapa kalah perbicaraan?

Di mana semua pemimpin-pemimpin hebat daripada Johor? Di mana Hishammuddin yang berkelulusan undang-undang dan memegang jawatan Menteri Pelajaran? Kenapa anak kelahiran Johor ini tidak membantu menyalurkan maklumat lengkap sebelum pergi berlawan atau sememangnya tidak mengetahui sejarah sebenar? Sungguh memalukan rakyat Malaysia. Apa pula pandangan Peguam Negara yang bersungguh-sungguh berhujah? Atau Peguam Negara juga turut diperalatkan?

Jelas Malaysia hari ini hanya mempunyai pemimpin-pemimpin yang berfikiran sempit serta dangkal ilmu. Istilah mudahnya, lebih teori daripada praktikal. Lebih banyak cakap daripada pelaksanaan sebenar. Mereka berfikir tanpa menggunakan akal fikiran (otak), sebaliknya rata-rata berfikir menggunakan kepala lutut mereka. Inilah satu sindrom baru yang parah, "penyakit terlalu merasa lebih bijak daripada orang lain" yang akhirnya merugikan diri sendiri, rakyat dan negara.

Begitulah juga nasib politik Malaysia hari ini. Umno dan BN telah pupus, yang tinggal hanya "Parti Dolah Badawi" yang dipuja-puja oleh seluruh kaki ampu dan pengikut bontot Abdullah. Bau kentut Abdullah pun dikatakan wangi semerbak kerana kepentingan peribadi masing-masing. Jika kata Abdullah suruh hisap ibu jari kaki dia macam kanak-kanak hisap puting pun saya percaya mereka sanggup lakukan mengikut telunjuk Abdullah.

Pandangan baik-baik yang disarankan bekas Perdana Menteri pun turut diperlekehkan yang akhirnya semua orang menjadikan Tun sebagai musuh walhal Tun berniat murni mahu menyelamatkan keadaan. Masing-masing merasakan diri sendiri sudah cukup bijak pandai. Saya amat yakin dan percaya, jika sekiranya Tun Dr Mahathir masih menjadi PM sudah semestinya beliau terlebih dahulu meneliti perkara ini semasak-masaknya sebelum membuat tuntutan berkenaan.

Itulah hakikatnya sikap manusia yang "amat bodoh sombong". Inilah yang dikatakan bahawa, "cerdik tidak boleh diikut dan bodoh tidak boleh ditegur". Rakyat pada realiti Malaysia hari ini, sememangnya benar-benar merasa kecewa dengan kepimpinan yang ada.

Perubahan ke arah segala kebaikan masih lagi kabur dan tidak nampak adanya tanda-tanda positif meskipun pemberontakan rakyat semakin jelas. Apakah dengan berlakunya rusuhan besar-besaran nanti barulah kerajaan mahu menyelesaikan segala kemelut yang melanda negara hari ini? Sesuatu yang pernah dilaungkan sebagai bukan budaya rakyat Malaysia, janganlah pula diundang supaya ianya bakal menjadi satu kejutan budaya baru.

Pemuda Pelapis
Kredibiliti Hishammuddin Mula Diragui

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein telah berkelibat baru pula untuk dikenali sebagai
"Talam Dua Muka" sejak akhir-akhir ini apabila telah mula mencongak "kuasa lebih tinggi" akan digenggamnya sedikit masa lagi.

Beliau begitu mudah melatah untuk menghukum orang lain tanpa mahu mengkaji sedalam-dalamnya sebab musabab dengan lebih teliti sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan media.


Sebelumnya saya, Pemuda Pelapis amat menyanjung tinggi beliau sebagai pemimpin tertinggi Pemuda Umno tetapi apabila telah mula menampakkan sikap mahu "mengampu" pucuk pimpinan sekarang di bawah teraju Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah menjerumuskan kehancuran parti dan kerajaan, maka saya mengisytiharkan "hilang kepercayaan secara total" terhadap Hishammuddin.

Selagi beliau tidak memohon maaf dan menarik balik segala kenyataannya yang mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad kerana bertindak keluar Umno dan kemudiannya Dato' Mukhriz Mahathir yang sekali lagi mendesak PM, saya tidak akan memaafkan beliau sampai bila-bila.

Saya juga amat yakin dan pasti lebih ramai ahli-ahli pemuda di peringkat akar umbi akan turut hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap perjuangan Hishammuddin. Kita khuatir pemimpin sebegini akan terus mempelopori warisan perjuangan yang hanya berkepentingan peribadi menjaga "temolok dan perut" sendiri semata-mata.


Di sini saya memberikan satu contoh yang amat mudah sahaja untuk kita semua fahami, ucapan Hishammuddin sebelum ini dan dibandingkan pula dengan ucapan beliau sekarang ini. Selepas semua orang membacanya, saya minta semua pengunjung blog Pemuda Pelapis supaya memikirkannya. Bukankah kenyataan Hishammuddin itu telah jelas bercanggah daripada pendirian awal beliau?

Apakah budak Johor ini sudah begitu angkuh atau telah diserang penyakit "epilepsi" atau "terencat akal" dan telah mula menunjukkan sikap "tamak dan gila kuasa" sepertimana pemimpin-pemimpin lain juga? Atas dasar apa perlu membawa kenyataan desakan Dato' Mukhriz itu kepada pengurusan disiplin Umno?

Saya tidak nampak ianya satu kesalahan besar atau melanggar tatatertib parti. Secara tidak langsung, ini mengesahkan bahawa kita di dalam Umno tidak lagi ada demokrasi dan tidak bebas untuk membuat saranan yang baik ke arah menyelamatkan parti. Sebab itulah Tun Dr Mahathir telah memilih jalan keluar daripada parti. Tidakkah tindakan Tun itu memberi satu keinsafan kepada Hishammuddin untuk memikirkannya secara waras kenapa dan mengapa?


Apa bezanya desakan yang terbaru supaya PM meletakkan jawatan dengan desakan yang sama yang sebelumnya pernah dibuat oleh Mukhriz? Cukup mudah untuk kita semua fahami dengan jelas. Mukhriz memberi maksud yang begitu "simple" di mana budak-budak sekolah rendah pun mampu untuk memahaminya tetapi kenapa akal Hishammuddin sebegitu bodoh sekali sehingga tidak sampai kefahaman terhadap apa yang dimaksudkan Mukhriz? Apakah akibat sudah terlalu cerdik sehingga kini kembali menjadi dungu?

Mukhriz hanya memberi "kata dua" kepada PM (Abdullah), jika desakan beliau masih tidak diendahkan sehingga Julai 2008 maka biarlah beliau sahaja yang memilih jalan untuk berundur serta meletakkan semua jawatannya di dalam Umno dan sebagai Ahli Parlimen Jerlun. Ini membawa mesej sebenar bahawa mana-mana satu pihak perlulah mengalah dan Mukhriz menegaskan yang beliau sedia mengalah jika sekiranya PM tidak mahu mengalah. Bukankah itu satu cadangan penyelesaian yang baik dan begitu berhemah?

Kenapa Hishammuddin mesti menyalahertikan kenyataan "kata dua" Mukhriz itu dan dijadikan sebagai satu isu besar untuk dipropagandakan? Atau adakah unsur-unsur "konspirasi yang berniat jahat" di belakang tabir untuk "mencalit arang" ke muka pemimpin "dua beranak" ini? Saya nampak jelas bahawa saudara Mukhriz berada di pihak yang benar dan sebab itulah Mukhriz menyatakan beliau bersedia menghadapi tindakan serta tidak takut dengan ugutan Hishammuddin untuk membawa perkara ini kepada pengurusan parti.

Siapa sebenarnya yang bersikap mengugut di sini? Hishammuddin atau Mukhriz? Siapa yang mempertaruhkan parti sebagai sandaran atau tebusan untuk berselindung? Hishammuddin atau Mukhriz? Fikir-fikirkanlah saudara-saudari semua. Sama-samalah kita mencari kebenaran yang hakiki dan haramkanlah diri kita daripada terus bersekongkol atau bersubahat di dalam usaha-usaha kebatilan. Sesungguhnya Allah swt amat murka kepada golongan kaum yang suka berdusta.

Saya teramat sedih apabila ini sahajalah kepimpinan Umno dan BN yang tinggal pada hari ini, yang tidak boleh hindar atau lari daripada bersikap mengampu pemimpin tertinggi. Rasa macam tidak percaya sejahat ini hati Hishammuddin dan sehina ini sikap beliau sejak kebelakangan ini.

"Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang... Maha suci Allah, hanya Engkau sajalah yang lebih Maha mengetahui segala-galanya dan berikanlah petunjukMu kepada kami semua demi menepati setiap segala kebaikan seluruh rakyat dan negara Malaysia tercinta pada hari ini. Sesungguhnya Engkau sahajalah yang Maha berkuasa ke atas segala sesuatu yang telah Engkau ciptakan. Amin" - doa Pemuda Pelapis.

Moga-moga Allah memakbulkan doa-doa hamba-hambaNya yang teraniaya dan menurunkan bala kepada seluruh kepimpinan jahil yang telah mengkhianati rakyat dan negara. Wassalam!

NOTA: BERFIKIRLAH DENGAN LEBIH WARAS MENGGUNAKAN OTAK DAN AKAL FIKIRAN YANG MULIA. BUKAN BERFIKIR DENGAN KEPALA LUTUT ATAU KEPALA "ANU" SEPERTIMANA PAK LAH DAN MEREKA YANG SEWAKTU DENGANNYA. JIKAKALAU TAK RETI-RETI JUGAK NAK FAHAM NASIHAT ORANG, ESOK LUSA KALAU KENA MAKI HAMUN JANGAN PULAK NAK MELENTING.

Pemuda Pelapis
Episod "Mesyuarat Agong Luar Biasa" di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Pemuda Pelapis di Kementerian Bumi dan Langit tempohari membincangkan "halatuju" perjuangan hari ini untuk mengaturkan "gerak gempur" yang berkesan ke arah memerangi pengkhianatan kepimpinan Malaysia hari ini, di samping "membebaskan negara daripada belenggu penjajahan keluarga Si Lelah Betawi".

Kata Tun Dr Mahathir: Nombor 1 - Kita banyak dengar tentang kemungkinan ahli parti Barisan Nasional lompat masuk parti lawan.

Pemuda Pelapis jawab: Yes! Yes! Yes! Correct! Correct! Correct! Tapi itu cuma "angan-angan Si Anwar Mat Jenin" saja. It won't happen sebab kita kan ada strategi nak buat "Pak Lelah menangis bisu" sampai keluar air mata berdarah.

Kata Tun Dr Mahathir: Nombor 2 - Jika 35 ahli masuk parti lawan, parti BN akan jatuh. Parti lawan akan menang dan akan dirikan Kerajaan.

Pemuda Pelapis jawab: Ya! Ya! Ya! Right! Right! Right! Itupun kalau berlaku tapi istilah "kalau-berkalau" ni tidak ada dalam kamus saya, Tun. Kita kena tepat aturkan strategi... kena perfect, Tun. Sat lagi saya cerita no! (dialek utara sikit)

Kata Tun Dr Mahathir: Nombor 3 - Apa akan jadi pada wakil rakyat BN yang lompat? Mereka tidak akan jadi Perdana Menteri kerana sudah tentu pemimpin Pakatan akan jadi PM. Ahli-ahli Pakatan yang lain juga ingin jadi Menteri dan Timbalan Menteri.

Pemuda Pelapis jawab: Haa? Toksah risaulah Tun, tak ada mananya depa nak lompat macam katak. "Remote control" kan ada pada Tun. Apa... "Si Lelah Betawi" tu duk ingat dia saja ka yang ada "remote control" kat tangan? Saya kan dah lantik Tun supaya "ragut balik" jawatan Perdana Menteri melalui pembentukan "Komuniti Bebas Dr Mahathir" dalam masa yang terdekat ini. Dah alang-alang semua orang hina Tun kononnya Tun masih menyimpan cita-cita untuk dikejar. "Alang-alang seluk pekasam" kita redah sajalah. Baru padan muka depa semua.

Kata Tun Dr Mahathir: Nombor 4 - Berapa tempat yang tinggal pada ahli BN yang lompat? Tentu tidak semua mereka akan dapat tempat. Mereka akan terus jadi pengikut Pakatan sahaja, seperti mereka mengikut Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum mereka lompat.

Pemuda Pelapis jawab: Ya! Ya! Ya! Correct! Correct! Correct! Sebab tu saya sebut tadi depa takkan "lompat bodoh-bodoh macam katak" selagi Tun tak beri "green light" pada depa. Kan kita dah kenalpasti siapa ahli-ahli parlimen kita yang kita nak tarik keluar join "Komuniti Bebas Dr Mahathir" nanti? Depa ni taklah sebahlul "kaki-kaki ampu" Si Lelah Betawi tu. Percayalah kat saya... depa pasti ikut kita punya. Nanti saya terangkan pada depa semua.

Kata Tun Dr Mahathir: Nombor 5 - Jika Ahli Dewan Rakyat BN keluar dari BN tetapi tidak masuk parti lawan mereka akan bebas menyokong atau menolak undang-undang atau dasar parti Kerajaan atau usul-usul parti lawan. Mereka bebas mengecam parti Kerajaan jika melakukan kesalahan, demikian juga apabila parti lawan membuat atau pun melakukan perkara yang salah.

Pemuda Pelapis jawab: Haa... tu pun dia jawapannya! Right! Right! Right! Correct! Correct! Correct! Dapat pun Tun tangkap apa sebab saya sarankan pada Tun tempohari supaya "formulasikan" satu kaedah khusus yang lebih drastik dan lebih proaktif. Saya kuat yakin dan amat percaya pada kepintaran Tun yang cekap mengolah strategi supaya depa semua "ternganga" melopong. Dua-dua pihak tu akan tahu "penangan" kita kali ini. Dengar macam pelik tapi bila dah menjadi sat lagi... ada pulak kita dengar yang "mati tegak" sebab "terkejut beruk" tak menyangka usaha kita ini.

Kata Tun Dr Mahathir: Nombor 6 - Jika jumlah yang tinggal BN cukup untuk kurangkan penyokong Kerajaan supaya tidak ada majoriti lagi, Kerajaan pimpinan Dato Seri Abdullah akan jatuh.

Pemuda Pelapis jawab: Yes! Tun. You are right. Correct! Correct! Correct! Jawabnya "tergolek dog" lah Si Lelah Betawi langsung merangkaklah dia keluar dari kediaman Perdana Putra untuk balik kampung. Paling best jika dapat buat Si Lelah Betawi sekeluarga keluar "sehelai sepinggang" daripada situ tahan teksi kat tepi jalan tu. Yang sedihnya kampung dia sendiri pun dah tergadai kat DAP.

Kata Tun Dr Mahathir: Nombor 7 - Kerajaan baru hanya boleh didirikan jika dipersetujui oleh ahli-ahli yang keluar BN, kerana mereka memiliki cukup undi untuk menentukan BN atau Pakatan yang menjadi majoriti dalam Parlimen.

Pemuda Pelapis jawab: Marvelous! Tun. You are very genius. Saya "tabik spring" pada Tun. That's a good planning to be achieved by us! Tapi Tun... setakat 35 mana cukup? Itu hanya matlamat untuk gagasan PR yang hanya perlukan sejumlah itu. Kita sekurang-kurangnya mesti ada genap 58 ahli parlimen BN untuk ikut kita maka barulah kuasa "Komuniti Bebas Dr Mahathir" lebih besar dari kedua-dua belah pihak tu yang cuma tinggal 82 kerusi masing-masing. Jika antara depa tu ada terlebih sorang pun depa masih jugak lagi kata depa menang untuk bentuk kerajaan. Kita kena ambik "ngan-ngam" cukup-cukup. Senarai nama kan semua dah ada, so kita panggil sajalah depa untuk memperjelaskan bahawa "group 58" ni sebenarnya lebih besar kuasanya daripada kedua-dua itu walaupun masing-masing masih ada 82 kerusi. Ini sudah bagus... Tun. Silap haribulan kita tubuh kerajaan baru saja dengan berikan beberapa syarat kepada gagasan PR. Nak condong ke mana pun kali ini, kita punya sukalah. Soal syarat-syarat nanti kita bincang semula... no!

Kata Tun Dr Mahathir: Nombor 8 - Jika BN ganti Dato Seri Abdullah dengan orang lain yang berani, kumpulan yang keluar dari BN boleh sokong BN semula dan BN akan kembali jadi Kerajaan.

Pemuda Pelapis jawab: Yes! Yes! Yes! Right! Right! Right! Itulah yang kita tunggu. Biar padan muka Si Lelah Betawi yang tak ada otak tu. Dia mana ada tahu malu. Orang suruh undur baik-baik cara terhormat pasal nak jaga air muka dia... dah dia sendiri yang nak pilih jalan malu ni, maka kita terpaksalah lakukan secepat mungkin. "Biar pun sampai terpaksa berputih tulang, jangan biar kita berputih mata", namun saya pasti berdiri teguh di belakang Tun pada bila-bila masa pun.

Kata Tun Dr Mahathir: Nombor 9 - Ini adalah satu cara untuk memaksa Dato Seri Abdullah letak jawatan. Kemudian semua yang lompat boleh masuk balik parti masing-masing.

Pemuda Pelapis jawab: Correct! Correct! Correct! Nampak! Nampak! Nampak! Habis tu... bila kita nak mulakan misi kita ni, Tun? Lagi cepat lagi bagus. Kita kena cepat-cepat kejutkan Si Lelah Betawi ni sampai dia naik "sawan" gila babi betul-betul. Sabar kita pun dah lama dah habis limit. Tak patutlah kita masih nak lengah-lengahkan lagi.

Kata Tun Dr Mahathir: Akhir sekali nombor 10 - Percayalah, mereka daripada parti komponen BN yang telah sokong parti lawan PRU12 akan kembali sokong BN apabila Dato Seri Abdullah bukan lagi Perdana Menteri.

Pemuda Pelapis jawab: Haa! Tu dia no...! Yes! Yes! Yes! So kita mulakanlah segera, Tun. Lagi cepat lagi baik. Jika ada apa-apa yang perlu saya bantu Tun, bagitahulah bila-bila masa pun. Saya lately ni memang berjaga 24 jam. Pinjam "mata bionic" sat sebab nak pastikan strategi menyingkirkan Si Lelah Betawi ni mencapai kejayaan, barulah saya rasa tenang sikit. Ini jika Tengku Razaleigh dengar pun pasti dia setuju ikut punya. Otak Tun dah pun Tun pinjamkan saya separuh hari tu. Kalau dapat bagi penuh, lagi saya suka. Esok pun saya sanggup nak pi buat "transplant" segera. Last sekali, satu saja saya nak beri pandangan pada Tun dan bincangkan perkara ini dengan Mukhriz baik-baik. Senaraikan semua "kaki-kaki ampu" dan apabila kita bentuk kerajaan baru nanti dengan kuasa "group 58" kita, semua mereka ini kita kena singkirkan daripada Kabinet baru. Jangan lupa masukkan sekali nama Hishammuddin sebab dia pun dah mula "kurang ajar" bila sudah nampak nak dapat kuasa lebih tinggi.

Ingat tak Tun suami-isteri selalu nasihat saya dulu... kata Tun, "dalam politik... hari ini mungkin dia kawan karib kita tapi tak mustahil esok lusa dia boleh jadi musuh ketat kita pula". Saya memang tak pernah lupa "kata-kata hikmat" Tun berdua itu. Terima kasih Tun.


Wahai barisan pemimpin-pemimpin bengap yang ada hari ini. Fikir-fikirkanlah! Renung-renungkanlah! Saya juga menyeru sejumlah "58 orang" ahli-ahli parlimen BN agar segera membebaskan diri untuk menyertai barisan kepimpinan pintar "Komuniti Bebas Dr Mahathir" dan kita akan pastikan tempat-tempat istimewa kepada anda yang menyahut cabaran dan seruan ini.

Sekian, salam perjuangan!