Politik pembangkang berkisarkan politik lembu dan politik babi. Kedua-dua kes lembu dan babi ini telah menjadi tajuk bualan masyarakat. Kes lembu ditemui di Perak dan kes babi pula di Selangor.
Kisah di Perak, bekas MB Lembu baru terjumpa jalan keluar untuk balik semula ke kandang asalnya setelah hampir setahun termenginap di kandang yang salah iaitu di kediaman rasmi Menteri Besar Perak.
Walau pun kerajaannya telah dikorbankan pada 5 Februari 2009 lalu tapi beliau enggan beredar dari situ kerana dihidapi sindrom penyakit "mental terlampau" yang menganggap dirinya masih sebagai MB Perak yang sah. Kesian...
Akhirnya beliau terpaksa akur dengan sendirinya untuk keluar mencari kandang lain. Harapan bekas MB Lembu ini untuk menarik perhatian kerajaan baru BN Perak agar menggunakan kekerasan menghalau beliau tidak diendahkan.
Tanggapan bekas MB Lembu ini meleset setelah umpan untuk meraih simpati rakyat sekiranya terjadi kekerasan itu gagal kerana tidak langsung mahu dilayan oleh kerajaan baru BN Perak pimpinan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir. Syabas orang BN lebih berakal...Kita berharap semoga sindrom penyakit "mental terlampau" bekas MB Lembu Perak ini akan beransur pulih dengan segera dan semoga beliau redha menerima qada' dan qadar ketentuan Ilahi.
Sementara di Selangor pula, MB Babi dalam kebimbangan setelah dihambat kereta... lembu... akibat kerakusannya menyondol wang rakyat untuk tujuan bersedekah. Mungkin beliau tidak diajar erti-maksud sedekah yang sebenar-benarnya oleh Tuan Guru N.Ajis. Beliau turut dilaporkan menyalahguna wang rakyat negeri Selangor untuk menyelenggara kenderaan pacuan empat roda peribadinya yang saban hari digunakan untuk melawat kandang projek babinya.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) difahamkan telah mempunyai bukti-bukti kukuh untuk mendakwa salahlaku MB Babi di Selangor ini dalam masa yang terdekat tetapi khabarnya beliau tidak gentar dihambat kereta... lembu...
Walaupun tidak gentar sepertimana dinyatakan beliau namun jelas kelihatan MB Babi ini berterusan gementar dan gagap ketika menjawab soalan wartawan.Sama-samalah kita ikuti kesudahan kisah lembu dan babi ini nanti.
|
Ramai pencacai dan penjuak parti PAS yang memuja-muja Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang dianggap bagaikan manusia maksum ini telah memarahi saya kerana menggelarkan "Dewa" mereka ini sebagai sudah nyanyuk. Ini adalah realiti dan bukan sebagai penghinaan sepertimana dakwaan mereka.
Apa pun mereka nak kata dan nak cakap tapi saya tetap dengan pendirian saya bahawa Nik Aziz memang jelas sudah memasuki ke alam nyanyuk. Ini bersandarkan kepada banyak fakta serta kenyaataan-kenyataan beliau yang boleh kita ukur dan nilai.Hidup ini umpama roda yang berpusing. Dari kecil kita dibesarkan tidak tahu bercakap apa-apa sehinggalah mula pandai bercakap bagaikan bertih goreng di zaman kanak-kanak dan melalui zaman remaja hingga dewasa. Semakin hari kita semakin berusia dan tua. Dengan umur yang dipanjangkan Allah SWT kepada seseorang atas keizinanNya maka kita kembali berperilaku seperti kanak-kanak semula. Ini adalah lumrah walau bagaimana pun ia bergantung kepada cara mana kita hidup menjaga tahap kesihatan diri sejak usia muda.Keadaan di usia tua seseorang bergantung kepada tabiat pemakanan yang diamalkan sejak di alam remaja lagi dan juga sebagai seseorang beragama Islam kita juga bergantung kepada amalan munajat zikrullah, wirid dan sebagainya. Ini semua sebagai unsur-unsur yang dapat membantu kecerdasan otak kita meskipun usia kita sudah lanjut.Jika mahu dibandingkan antara Nik Aziz dan Dr Mahathir, perbezaannya amatlah ketara sekali. Nik Aziz cuma berusia 77 tahun manakala Dr Mahathir sudah pun 83 tahun sehingga kini. Bermakna Nik Aziz 6 tahun lebih muda daripada Dr Mahathir. Dari segi fizikal pun kita semua dapat melihat Dr Mahathir lebih sihat dan lebih cergas daripada Nik Aziz.Sungguh pun Dr Mahathir jauh lebih tua daripada Nik Aziz namun Dr Mahathir masih mempunyai ketajaman akal fikiran dengan segala idea-idea bernas yang sukar untuk disangkal oleh sesiapa kecuali musuh-musuh politik "baghal" yang sengaja menolak idea dan ilham yang baik. Malahan Nik Aziz sendiri pernah memuji serta mengakui kelebihan yang ada pada Dr Mahathir. Yang terbaru pujian Nik Aziz ketika Dr Mahathir keluar daripada Umno tempohari dengan menaruh harapan jikalau Dr Mahathir sudi menyertai PAS. Kata Nik Aziz, Dr Mahathir adalah seorang tokoh yang amat berwibawa dan orang seperti inilah yang sangat-sangat diperlukan oleh PAS. Di sini juga ada unsur percanggahan cakap-cakap Nik Aziz. Semasa Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, Nik Aziz kutuk Dr Mahathir dan kata macam-macam pada Dr Mahathir.Untuk meringkaskan cerita, kita fokus kembali kepada Nik Aziz. Kenapa saya menilai Nik Aziz sudah nyanyuk? Berikut saya ungkapkan sebahagian fakta dan kenyataan Nik Aziz dari semasa ke semasa.ISU PROJEK BABI DI SELANGORSemasa kerajaan campuran Selangor (PAS-PKR-DAP) yang menamakan mereka sebagai Pakatan Rakyat mengambil-alih kerajaan negeri daripada Barisan Nasional pada 8 Mac 2008 lalu, isu hangat yang dibangkitkan ialah berkenaan projek mega ternakan babi-babi tonyok yang cuba dijadikan sumber pendapatan utama kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sehingga bercita-cita menjadi pengekspot utama untuk bekalan babi negara China.Secara jelasnya Nik Aziz tampil memberi keterangan bahawa umat Islam tidak salah untuk memelihara babi. Katanya lagi, umat Islam boleh berniaga menjual babi asalkan jangan dimakan sahaja dan kalau tersentuh maka perlu disamak. Tapi tentulah tidak ada umat Islam yang mahu menjual babi, katanya. Saya teramat malu seorang Tuan Guru agama yang dianggap Ulamak dalam PAS telah mengeluarkan kenyataan songsang sebegini. Ulasan saya: 1. Ayat Al-Quran dan Hadis mana yang dirujuk oleh Nik Aziz dalam perkara ini? Berikan dalil-dalil Naqli dan Aqli secara nyata agar mudah difahami oleh seluruh umat Islam yang ada di Malaysia ini. Mungkin umat Islam seluruh dunia juga berminat ingin tahu akan perihal ini.2. Kalaulah begitu kata Nik Aziz, apakah hukumnya wang hasil pendapatan daripada projek babi itu? Bolehkah ianya diberi makan kepada umat Islam?3. Jika Nik Aziz kata boleh dan ianya halal. Baiklah, kenapa pula judi, arak dan pelacuran dikatakan haram? Kenapa di Kelantan semua kedai nombor ekor, kedai arak dan rumah pelacuran ditutup? Kenapa tidak sambung sahaja lesen-lesen premis berkenaan? Setahu saya masih ramai rakyat Kelantan penyokong PAS yang juga kaki membeli nombor ekor.4. Babi sepertimana difahami umat Islam adalah najis berat (mughallazah) dan wajib disamak kalau kita terkena atau tersentuh. Sedangkan judi, arak dan zina (pelacuran) tidak pula disebut wajib disamak. Yang mana lagi berat dan lagi haram? Mengikut kefahaman saya, jika yang haram maka hukumnya tetap juga haram dan macam mana pula Nik Aziz boleh katakan hasil babi sebagai halal?5. Rumusannya, bermakna atas tiket parti PAS, dengan menyokong perjuangan mereka maka segala yang Allah SWT sudah jelas mengatakan ianya sebagai haram akan menjadi halal oleh kepimpinan di bawah PAS. Bila berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional ia masih haram dan kena berpandukan hukum Al-Quran dan Hadis Nabi. Betapa sesatnya kefahaman PAS yang dipimpin oleh Nik Aziz dan Haji Hadi.ISU LOMPAT PARTITerbaru dan terhangat sejak seminggu dua yang lepas ialah mengenai isu lompat parti. Setelah tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak (yang hanya berusia hampir 11 bulan) kepada Barisan Nasional ekoran 3 orang ADUN Pakatan Rakyat keluar daripada parti masing-masing dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional sehingga membawa kepada pembentukan kerajaan baru Barisan Nasional di Perak dengan majoriti mudah (melebihi 3 kerusi DUN) tidak dapat diterima dengan redha oleh golongan Ulamak yang kononnya selama ini berpaksikan Islam.Situasi ini telah menimbulkan pelbagai persepsi negatif daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terhadap Barisan Nasional, termasuklah kenyataan nyanyuk daripada Nik Aziz sendiri. Kata beliau, jika UMNO dan BN menerima dan merelakan perkara ini berlaku maka kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang tidak bermaruah. Nik Aziz bersetuju kerajaan BN negeri Perak dilabelkan sebagai kerajaan haram yang kononnya telah melakukan rampasan kuasa secara zalim.Kata Nik Aziz, kalau ADUN atau AP daripada BN melompat masuk ke Pakatan Rakyat barulah suci dan bermaruah tetapi jika ADUN atau AP Pakatan Rakyat yang melompat masuk parti BN maka ini tidak betul caranya dan dianggap salah serta tidak mulia.Kita juga sudah beberapa kali mendengar Nik Aziz membuat pelbagai tanggapan yang bercanggah dengan kenyataanya sendiri sebelum ini. Anwar Ibrahim semasa menyatakan hasratnya untuk membentuk kerajaan persekutuan pada 16 September 2008 telah disokong oleh Nik Aziz secara terbuka.Ketika itu Anwar sedang berusaha memujuk dan mahu memperdayakan sekurang-kurangnya 31 Ahli Parlimen (AP) BN di Sabah dan Sarawak agar melompat masuk Pakatan Rakyat demi mahu merealisasikan hajatnya untuk menjadi Perdana Menteri. Nik Aziz mengulas ia sebagai satu usaha murni yang mencontohi perjuangan Rasulullah SAW. Pengkhianatan Anwar telah disamakan dengan kepimpinan Nabi Muhammad SAW. Apalah malangnya sikap Nik Aziz ini.Saya juga ada menjawab perkara ini pada ruangan komentar pengunjung di bawah topik "Wajah-wajah Penderhaka Raja dan Undang-undang". Sila klik dan baca....Tetapi apabila telah berlaku di sebaliknya sehingga kerajaan Pakatan Rakyat tumbang di Perak, Nik Aziz telah konar 360 darjah atau membuat pusingan "U" mengatakan kerajaan BN pimpinan Najib telah melakukan rampasan kuasa secara zalim dengan gelaran "kudeta" atau "coup d'etat" dan sebagainya. Inilah pemikiran senteng Nik Aziz yang ketara sudah nyanyuk.Ulasan saya:Ringkasnya bermaksud, sesuatu yang membawa keberuntungan kepada Pakatan Rakyat (PAS-PKR-DAP) maka dianggap boleh dan halal oleh Nik Aziz tetapi tindakan yang tidak menguntungkan mereka maka semudah itu ia dianggap salah, haram dan tidak bermaruah oleh Nik Aziz.ISU BOGEL ADUN BUKIT LANJAN - ELIZABETH WONGIsu paling sensasi dan paling kontroversi bulan Februari 2009 ini ialah mengenai gambar bogel Elizabeth Wong yang tersebar meluas melalui sistem MMS dan internet. Isu ini amat memalukan Pakatan Rakyat dan merupakan satu tamparan paling hebat kepada mereka.Demi menghalalkan perjuangan politik Pakatan Rakyat, akhirnya Nik Aziz turut tampil memberi keterangan ringkas untuk terus membela. Katanya, tidak salah Elizabeth Wong atau sesiapa pun yang mahu bertelanjang di dalam rumahnya sendiri. Yang salahnya ialah orang yang menceroboh masuk dan merakamkan gambar Elizabeth Wong yang telanjang. Di segi Islam pun tidak menjadi apa-apa kesalahan katanya, cuma mungkin kita malu pada malaikat sajalah. Tambah Nik Aziz lagi, Elizabeth Wong juga tidak perlu meletakkan kedua-dua jawatannya kecuali sebagai exco Selangor sahaja. Alasannya untuk tidak membazirkan wang rakyat bagi mengadakan pilihanraya kecil yang baru. Begitulah kenyataan Nik Aziz.Ulasan saya:1. Kalau betul pun tidak salah sebagaimana kata Nik Aziz, apakah wajar seorang manusia waras mesti bertelanjang meski pun dalam rumah sendiri?2. Dalam kes Elizabeth Wong, siapakah yang dimaksudkan penceroboh oleh Nik Aziz? Adakah teman lelaki Elizabeth Wong? 3. Tahukah Nik Aziz bahawa Elizabeth Wong sudah lama mengamalkan hidup bebas dan seks bebas? Mustahil budak muda bernama Hilmi Malek masuk ke rumah Elizabeth Wong tanpa keizinannya. Ini telah berlaku atas dasar suka sama suka. Bermakna wujudnya kerelaan di sini.4. Yang menarik minat saya, harap Nik Aziz boleh tampil sekali lagi menyatakan dalil-dalil berpandukan Al-Quran dan Hadis yang mengatakan seseorang yang waras boleh bertelanjang di dalam rumahnya sendiri. Dari apa yang difahami ramai, di dalam Islam kalau hendak mandi walau pun berseorangan dalam bilik air, kita disarankan menyarungkan kain basahan untuk mandi dan tidak mendedahkan aurat, meski pun lelaki. Apakah Nik Aziz sendiri mandi dengan bertelanjang bulat?5. Elizabeth Wong adalah seorang pemimpin Pakatan Rakyat walau pun dia berbangsa Cina dan bukan beragama Islam. Apakah wajar Nik Aziz sebagai seorang Ulamak cuba mempertahankan moral buruk seorang pemimpin seperti Elizabeth Wong itu? Sebagai pemimpin sepatutnya mempamirkan contoh dan teladan yang baik kepada rakyat dan bukan sikap amalan hidup bebas sepertimana yang dilakukan Elizabeth Wong selama ini. Sungguh pun itu gambar bogel lama beliau, apakah ini kualiti pemimpin yang diangkat oleh Pakatan Rakyat untuk dijadikan pemimpin kepada rakyat?6. Saranan daripada ramai pemimpin BN agar Elizabeth Wong meletakkan kesemua jawatannya adalah demi menjaga maruah Pakatan Rakyat khususnya PKR itu sendiri. Kalau Dr Chua Soi Lek berani bertanggungjawab dan meletakkan jawatan kerana skandal seksnya, apakah bezanya dengan kes Elizabeth Wong? 7. Bukankah ianya turut mengaitkan soal moraliti pemimpin? Siapa cakap Dr Chua Soi Lek hanya meletakkan jawatannya sebagai Menteri Kesihatan sahaja? Bukankah kerusi Parlimen Labis di Johor telah dimenangi oleh anaknya pada PRU12 yang lalu? Bermakna laluan telah diberikan oleh Dr Chua Soi Lek kepada anaknya.ISU CABAR-MENCABAR IBRAHIM ALI MELETAKKAN JAWATANIsu terkini juga tidak kurang menarik untuk saya mengaitkan bahawa Nik Aziz sebagai sudah nyanyuk. Kenyataan Nik Aziz menjerat dirinya sendiri.Ia mengenai kisah cabar-mencabar Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas, Ibrahim Ali yang digesa meletakkan jawatan oleh Nik Aziz hanya kerana Ibrahim Ali tidak bersetuju atau tidak sependapat dengan beberapa pandangan pihak PAS. Alasannya kerana Ibrahim Ali dianggap tidak mengenang budi setelah menggunakan logo PAS di dalam PRU12 yang lalu serta telah disokong oleh pengundi-pengundi PAS di Pasir Mas. Jika dalam kes bogel Elizabeth Wong, Nik Aziz ada mengatakan ADUN Bukit Lanjan itu tidak perlu meletakkan jawatan sebagai ADUN cuma sekadar meletakkan jawatan sebagai exco sahaja. Alasannya kerana demi mengelakkan pembaziran wang rakyat seandainya pilihanraya kecil turut diadakan.Apa bezanya pula dengan menggesa Ibrahim Ali agar meletakkan jawatan? Tidakkah ianya juga membawa pembaziran wang rakyat jika sekiranya Ibrahim Ali menerima cabaran itu untuk meletakkan jawatan yang sekaligus turut diadakan pilihanraya kecil di Pasir Mas? Apakah demi kepuasan pihak Pakatan Rakyat maka Nik Aziz sanggup melakukan apa sahaja sepertimana tindak-tanduk Anwar Ibrahim?Samalah juga isunya dengan tuntutan pembubaran DUN negeri Perak oleh Pakatan Rakyat yang tentunya lebih membazirkan wang rakyat bagi mengadakan pilihanraya semula untuk seluruh DUN negeri Perak. Alahai Nik Aziz...Nik Aziz! Berpusing-pusing Nik Aziz bercakap.Sekejap cakap begini, sekejap cakap begitu? Apa nak jadi dengan Tuan Guru dan Ulamak yang nyanyuk ni? Macam manalah Ibrahim Ali tak naik angin, sedangkan saya pun naik angin pada Nik Aziz kalaulah begini sikap beliau.Ulasan saya:Seandainya sebahagian fakta dan kenyataan Nik Aziz yang dipaparkan ini masih lagi mahu dibela oleh penjuak dan pencacai buta Pakatan Rakyat khususnya PAS dengan beranggapan segala kata-kata dan tindakan Nik Aziz itu betul, soalan saya satu sahaja. Pada pandangan anda semua, apakah Nik Aziz masih waras dan tidak nyanyuk? Atau mungkin Nik Aziz saja-saja berbuat nyanyuk demi kepentingan politik pembangkang? Begitukah pandangan anda semua?Jika begitulah yang dianggap, selepas ini saya malu untuk memanggil Nik Aziz sebagai Tuan Guru dan Ulamak yang kononnya mahir dan arif tentang Islam. Selepas ini saya bakal menamakan Nik Aziz sebagai N.Ajis untuk panggilan "shortform" yang baru. Ikut mana anda semua nak faham, terpulanglah kepada anda.Alasan saya, inilah di antara Ulamak akhir zaman yang terkandung di dalam Al-Quran yang amat dibimbangi Rasulullah SAW sebagaimana keterangan Allah SWT di dalam kitab suciNya. Ulamak sebeginilah paling merbahaya kepada dunia kerana jelas lagi nyata sanggup menyongsangkan kefahaman ramai atas segala kenyataan-kenyataan beliau yang sengaja mengelirukan umat-umat Muhammad SAW yang cetek pengetahuan mengenai Islam.N.Ajis yang berkefahaman sesat lagi menyesatkan ini telah diangkat darjatnya oleh pengikut-pengikut Pakatan Rakyat yang esktrim dan fanatik tanpa mempunyai akal fikiran yang waras untuk menegur dan menasihati yang mana buruk dan yang mana baik, selain ikut seikut-ikutnya secara membabi-buta hanya kerana serban N.Ajis sebesar bakul di kepalanya.Saya percaya kenyataan saya ini bakal mengundang kemarahan ramai khususnya di kalangan pengikut PAS sendiri tetapi biar semua orang tahu saya amat kecewa dan marah pada N.Ajis. Saya juga berhak menyedarkan N.Ajis dengan segala kata-kata dan tindak-tanduk N.Ajis yang lebih tidak bertanggungjawab sejak akhir-akhir ini. N.Ajis adalah pemecah-belah bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia. Jika Malaysia menjadi Palestin kedua maka N.Ajis-lah orang yang sepatutnya dipersalahkan.Banyak lagi contoh-contoh lain jika mahu dihuraikan di sini. Antara lainnya soal kafir-mengkafirkan sesama umat Islam hanya kerana perbezaan ideologi politik di antara PAS dan UMNO. Ini bukan perkara baru malahan sudah lama berlanjutan. Haji Hadi juga turut terlibat secara langsung di dalam soal-soal kemusnahan bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia. Haji Hadi turut pernah mengeluarkan fatwa-fatwa songsang sebelum ini.Pesanan saya kepada semua penyokong N.Ajis. Jika Raja-Raja Melayu anda sanggup menderhaka secara nyata, siapakah N.Ajis untuk dipuja dan dipuji? Apa besar dan hebatnya N.Ajis di sisi Allah SWT? Apakah N.Ajis maksum dan ahli syurga? N.Ajis hanya makhluk Allah SWT sama seperti saya dan semua orang lain. Ramai lagi orang-orang yang lebih hebat ilmu agamanya daripada N.Ajis cuma tidak menonjol diri sahaja.Benar, kita memang diajar menghormati Ulamak tetapi inikah jenis Ulamak yang harus kita hormati? Hanya kerana mahu menangguk di air yang keruh maka N.Ajis sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik pembangkang, seolah-olah apa sahaja yang dia cakap segalanya betul belaka dan harus diterima oleh semua.Kalau UMNO dan BN dianggap berselindung di sebalik Istana, bagaimana pula PAS dan pemimpin Islam Pakatan Rakyat yang lebih hina kerana berselindung di sebalik Al-Quran dan Hadis? Apakah benar politik mereka mengikut landasan Islam atau Islam itu telah dipolitikkan oleh mereka demi kepentingan peribadi?
|
|
Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog Pemuda Pelapis dan rakan-rakan bloggers yang dihormati sekalian.
Ini hanyalah makluman biasa sebagai menyusuli peringatan terdahulu sahaja. Nota peringatan bertulisan merah di atas sudah cukup jelas bagi memaklumkan kepada semua yang mahu meninggalkan komentar bagi topik-topik yang ditulis untuk dibincangkan.
Saya harap tidak perlulah berulang kali saya nyatakan perkara yang sama kerana kita semuanya sudah cukup dewasa untuk memahami apa yang telah ditulis dan diperingatkan.
Sila rujuk dan baca dahulu pesanan tuan empunya blog sebelum membuat sebarang komentar dan jangan terburu-buru menaip ulasan anda hanya kerana mahu menyertai tajuk-tajuk yang dibincangkan. Apa pun saya berterima kasih di atas penyertaan anda.
Lebih-lebih lagi kepada mereka yang mahu melempiaskan sifat ammarah kerana tidak bersetuju dengan mana-mana topik yang dibangkitkan, perlulah bersikap lebih rasional dan bukannya mempamirkan sikap biadab dengan mencarut dan sebagainya.
Peringatan ini khusus saya tujukan kepada penyokong Pakatan Rakyat (pakatan haram yang tidak berdaftar). Belajarlah hidup dengan lebih berhemah. Jangan jadi sampah masyarakat.
Sila letakkan nama sebenar atau nama samaran di awal komentar atau di akhir komentar anda jika sekiranya anda menggunakan "Anonymous". Bagi mereka yang tidak mematuhinya, jangan marah jika saya tidak menyiarkannya.
Banyak juga komentar yang menyokong yang tidak disiarkan kerana tidak mematuhi peraturan. Yang mencarut sudah tentulah saya tidak akan melayaninya. Hidup ini ada peraturan dan jika kita ikut peraturan maka barulah aman dan tenteram hidup kita.
Bagi pihak Pakatan Rakyat, disebabkan hidup mereka tidak ada peraturanlah maka mereka menyalak dan merusuh di tepi-tepi jalan tanpa mengira siang atau pun malam. Sampai masuk ke blog orang lain pun mereka nak lakukan perkara yang serupa.
Perilaku sedemikian menjadi kesukaan mereka, mungkin akibat jangkitan virus tegar daripada tingkahlaku ketua-ketua mereka.
Membidas pedas tidak menjadi masalah kepada saya tetapi biarlah beradab sebagai manusia yang tinggi nilai kesopanannya apatah lagi buat golongan Melayu yang juga mengaku Islam. Jangan pula sampai digelar sebagai haiwan.
Saya memilih lebih baik tiada sebarang komentar daripada melayani komentar yang langsung tidak berkualiti dan tidak bersangkut-paut dengan apa yang dibincangkan. Sesetengahnya menasihati saya supaya menutup blog kerana terlalu sakit hati dengan penulisan saya.
Kepada golongan ini saya nasihatkan agar tidak payahlah lagi menjenguk atau membacanya jika tidak tahan dengan sindiran saya kerana apa yang ditulis itu berlandaskan fakta dan hakikat berkaitan isu-su semasa.
Juga haruslah ingat bahawa ini adalah blog saya dan saya punya suka mahu menulis apa sahaja asalkan tidak melanggar undang-undang sebagaimana pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat yang tidak tahu dan tidak faham tentang undang-undang.
Kenapa agaknya ada yang sakit hati dan marah sangat? Jawapannya kerana terkena batang hidung sendiri. Bila terkena pada pihak lain mereka kutuk sakan tapi bila mereka yang terkena mereka melenting sakan.
Janganlah cuba mahu menegakkan benang yang basah dan melahirkan rasa tidak senang terhadap penulisan orang lain. Bersetuju atau tidak bersetuju, pilihan di tangan anda.
Saya tidak pernah memaksa sesiapa ke blog ini dengan mengacukan pisau atau pistol di leher cuma sekadar mempelawa dengan penuh budi-bahasa. Saya kira keterangan ini sudah padat dan jelas untuk difahami bersama.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
|